ramadhan_bulan_perjuangan

Download Report

Transcript ramadhan_bulan_perjuangan

RAMADHAN BULAN
PERJUANGAN
Di kesempatan pada hari Jumaat dan
akhir bulan Syaaban yang mulia ini
 Marilah sama-sama kita meningkatkan
ketakwaan kita kepada Allah SWT
Mengambil peluang keemasan untuk
menghasilkan ibadah puasa yang
memenuhi standard atau kualiti yang
ditentukan Allah SWT.
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini
menempatkan kita sebagai insan
yang dikasihi Allah, membawa
kebahagian di dunia dan akhirat.
Bersempena dengan Sambutan Hari
Pahlawan Negara pada 31 Julai tahun
ini.
RAMADHAN BULAN
PERJUANGAN
Bulan Ramadhan yang kita lalui
pada hari ini merupakan medan
pentempuran dalam mendidik dan
mendekatkan diri kepada Allah
SWT
Mereka yang berjuang sepanjang
bulan yang mulia ini dianggap
berperang di jalan Allah
Firman Allah SWT di dalam surah Yusuf ayat 53:
Maksudnya: “Dan tiadalah aku berani
membersihkan diriku; sesungguhnya
nafsu manusia itu sangat menyuruh
melakukan kejahatan, kecuali orang
yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku.
Sesungguhnya Tuhanku Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
Sirah Rasulullah SAW
Meninggalkan suatu peperangan,
suatu perjuangan atau suatu jihad
yang kecil untuk dilatih melakukan
satu perjuangan atau jihad yang besar
iaitu jihad melawan nafsu.
Menurut Sayidina Ali RA
“Yang paling aku takutkan menimpa
kamu adalah panjang angan-angan dan
mengikuti hawa nafsu. Panjang anganangan dapat melupakan kehidupan
akhirat, sedangkan mengikuti hawa
nafsu dapat menghalang-halangi
kebenaran.”
Melawan hawa nafsu amatlah sukar
kerana ianya berada di dalam tubuh
badan dan hati kita
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW
bulan Ramadhan yang mulia inilah
segala musuh manusia telah dirantai
oleh Allah SWT dan kita sebagai
umat Islam di beri peluang seluasluasnya untuk beribadah kepada
Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Apabila masuk bulan
Ramadhan terbukalah pintu-pintu
rahmat dan terkuncilah segala pintu
neraka dan terbelenggulah syaitan
daripada merasuk mangsanya.”(Bukhari
& Muslim)
Pendapat Imam Nawawi RA
Proses perantaian syaitan di dalam
bulan Ramadhan hanyalah satu
simbolik atau majaz untuk
menunjukkan betapa syaitan sudah
tidak mampu untuk melaksanakan
tugasnya seperti biasa
Seluruh kemaksiatan berpunca
disebabkan mendahulukan
hawa nafsu
Nafsu jahat dan liar akan menjurus
manusia kearah kehinaan dan
kerosakan
Jika kita tidak mengikis dan
membuangnya pastinya ianya
semakin menebal dan sebati
dengan kehidupan.
Nafsu perlu
diperangi habis
habisan serta
memerlukan
kekuatan pada
diri seseorang.
Sebagai seorang
Islam, salah satu
perjuangan hebat
yang perlu
diamalkan oleh kita
ialah puasa wajib
Ramadhan.
Puasa adalah
ibadah yang
berjuang
secara
senyap
melawan
hawa nafsu
Rahsia
antara
seseorang
hamba
dengan
tuhannya
Ketika berpuasa kita
menahan diri dari
keinginan hawa nafsu
seperti makan dan
minum, hubungan seks
dan segala sifat yang
boleh membatalkan dan
mengurangkan ibadah
puasa.
Amalan wajib dan sunat yang padat
dalam bulan Ramadhan
1
2
•Latih tubi pembersihan hati
•Pembersihan dalaman
3
•Mendisiplinkan anggota
badan
4
•Mengukuhkan akhlak mulia
dan mencegah penyakit.
Dua penanda aras
Puasa
Ramadhan
semata-mata
menahan
lapar
Berpuasa
dan
mengambil
berat aspek
pembersihan
jiwa dan
akhlak kita
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa
Ramadhan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan ganjaran pahala nescaya
diampunkan baginya segala dosa yang
terdahulu” (Riwayat Bukhari)
Mimbar menyeru marilah sama-sama
kita mengambil kesempatan
bermuhasabah dan bertaubat agar
segala tindakan kita selama ini tidak
lagi dinaungi oleh nafsu yang boleh
menjerumus ke lembah yang hina.
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: Semua anak adam
berdosa, maka sebaik-baik orang
yang berdosa ialah bertaubat.
(Riwayat Ahmad)
Sejarah membuktikan bulan suci
ini penuh dengan kemenangan
yang besar
Sejarah kemenangan pertama di
dalam perang Badar yang
berlaku pada bulan Ramadhan
Kemenangan umat Islam dalam
menghadapi kekuatan
kemusyrikan dan kebatilan
musuh.
Peristiwa
Fathul
Makkah
Perang
Tabuk
•Rasulullah keluar dari
Madinah pada 10 Ramadhan
untuk menakluki Makkah
tanpa pertumpahan darah.
•Menjadi medan terakhir
yang diikuti oleh Rasulullah
SAW yang berakhir dengan
kemenangan umat Islam
pada 8 Ramadhan tahun 9
Hijrah.
Peristiwa pembebasan Sepanyol yang
dipimpin oleh Tariq bin Ziyad
Sesungguhnya syurga Allah
terbentang luas di hadapan kita, dan
di belakang kita terbentang laut,
kamu semua ada dua pilihan, apakah
mati tenggelam atau mati syahid.”
Bersempena dengan Sambutan Hari
Pahlawan Negara
Wajar bagi kita menghargai jasa dan
pengorbanan besar pahlawan dan
pasukan keselamatan dalam
mempertahankan maruah agama
kedaulatan negara dan jati diri bangsa
negara kita.
Mereka berjuang penuh keberanian,
pantang undur di dalam mempertahankan
negara, bangsa dan Agama. Mereka
berjuang dengan semangat:
Hidup dengan menempa
kemuliaan dan mati
dengan penuh
kehormatan dan
kemuliaan.
Firman Allah dalam surah at-taubah ayat 20:
Maksudnya: “Orang yang beriman dan
berhijrah serta berjihad pada jalan Allah
dengan harta benda dan jiwa mereka
adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah;
dan mereka itulah orang yang berjaya .”
Perjuangan para pahlawan
Menjadi
inspirasi dan
dorongan
Bersungguhsungguh
Jihad di medan
perang &
memerangi hawa
nafsu
Bersemangat
menghadapi
cabaran
Perjuangan
yang paling
besar
Firmannya di dalam surah al-Anfal ayat 60 yang
berbunyi:
Bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang
mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari
pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia,
untuk menggerunkan dengan persediaan itu
musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh
yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya”.
Perintah agar umat Islam
sentiasa bersiap sedia dengan
kekuatan dalam apa jua
keadaan bagi menghadapi
pelbagai bentuk ancaman dari
mereka yang bernama musuh.
Surah al-Anfal ayat 60
Bermaksud:
“mana-mana hambaku yang menunaikan
jihad pada jalanKu kerana mengharap dan
mencari keredhaanKu, Aku jamin untuk
mengembalikannya (jika Aku
kembalikannya) dengan segala apa yang
didapatinya berupa pahala atau harta
rampasan. dan jika Aku mematikannya, dia
akan Aku ampuni, Ku berikan rahmah dan
akan Ku masukkan ke dalam syurga”.
Mimbar menyeru :
Marilah sama-sama kita
bermujahadah dengan diri sendiri,
mengawal segala perbuatan agar
ianya bertepatan dengan
kehendak syariat dan tuntutan
agama.
Menghiasi diri kita dengan
amalan kebaikan
Menutup segala pintu-pintu
nafsu kejahatan
Bentuklah ahli keluarga kita
menjadi insan bertakwa
Bentuklah ahli keluarga kita
menjadi insan bertakwa
Bulan impian ini adalah anugerah
Allah kepada hamba-Nya yang
hanya datang setahun sekali dan
merupakan satu jihad daripada
seorang hamba kepada tuhannya.
Firman Allah SWT dalam Surah Faatir ayat
10:
Maksudnya: “ Sesiapa yang mahukan kemuliaan,
maka bagi Allah jualah segala kemuliaan.
Kepada-Nyalah naik segala perkataan yang baik
dan amal yang soleh pula di angkat-Nya naik.
Dan orang yang merancang kejahatan, adalah
bagi mereka azab seksa yang berat; dan
rancangan jahat mereka akan rosak binasa”.
KHUTBAH KEDUA
Segala puji-pujian hanya bagi
Allah SWT
‫إِنَّ هللا َيأْ ُم ُر ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ‬
‫ﮇ ﮈ ﮉ َل َع َّل ُك ْم َت َذ َّك ُر ْْونَ‬