14 pengasas mazhab fiqh yang telah lenyap

Download Report

Transcript 14 pengasas mazhab fiqh yang telah lenyap

DEFINISI
MAZHAB
AKIDAH
MAZHAB
FIQH
• Bahasa : jalan atau tempat pergi
• Istilah : Cara atau manhaj bagi memahami Syariat
Islam yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh mujtahid.
• Berkaitan soal keimanan dan tauhid
• contoh : Ahl Sunnah wal Jamaah
• Berkaitan soal hukum-hakam syarak, halal haram
dsb.
• Contoh : Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali


Kepelbagaian mazhab ini bukanlah petanda
kepada perpecahan atau persengketaan
diantara umat Islam.
Ia merupakan proses perbezaan pendapat
(ikhtilaf ) yang kecil yang menyangkut
persoalan kecil atau furu’ sahaja. Adapun
persoalan dasar atau usul tidak boleh untuk
diperselisihkan.
MAZHAB
HANAFI
MAZHAB
SYAFIE
MAZHAB
MALIKI
MAZHAB
HAMBALI
Imam al
Awzaie
Imam Zaid
Imam Daud
al Zahiri
Imam al
Layth
Imam al
Tabari
Imam al Awzaie





Nama sebenar : Abd al-Rahman ibn al-Awzaie.
Terkenal sebagai tokoh hadis terkemuka pada
zamannya.
Prinsip ajaran fiqh : menjauhkan penggunaan
qiyas apabila wujud dalil jelas dalam al-Quran &
al-Sunnah.
Mazhab al-Awzaie terkenal di Syria, Jordan,
Palestin dan Lubnan sehingga kurun 10M.
Prinsip ajarannya tentang qiyas banyak ditulis
dalam kitab usul fiqh.
Imam Zaid




Cucu kepada Ali bin Abi Talib melalui
anaknya Hasan.
Beliau banyak menumpukan perhatian kepada
ilmu al-Quran dan al-Sunnah.
Beliau mengajar di beberapa bandar dan kota,
antaranya Madinah, Basrah, Kufah dan Wasit.
Ajarannya masih diamalkan hingga kini di
beberapa lokasi terpencil di Yaman.
Imam al Layth



Beliau mempelajari jurusan-jurusan ilmu
Islam daripada Abu Hanifah dan Malik bin
Anas.
Ketokohannya di Mesir sangat terserlah
sehinggakan al-Syafie juga berhijrah ke sana
untuk duduk belajar bersama anak-anak
muridnya.
Mazhab Imam al-Layts tidak tersebar luas
kerana beliau melarang anak muridnya
menulisnya.
Imam Daud al Zahiri




Diasaskan oleh Imam Dawud bin Ali. Beliau
pernah berguru dengan al-Syafie dan Ahmad bin
Hanbal dalam ilmu hadis dan fiqh.
Imam Dawud bin Ali berpegang kepada
prinsipnya yang tersendiri, iaitu hanya menerima
nas al-Quran dan al-Sunnah dalam bentuknya
yang zahir tanpa ditakwil atau diqiyaskan.
Oleh itu, beliau terkenal sebagai al-Zahiri yang
berasal dari perkataan ‘zahir’.
Mazhab beliau kemudiannya dikembangkan oleh
Imam Ibn Hazm (456H/1064H).
Imam al Tabari




Diasaskan oleh Imam Muhammad ibn Jarir ibn
Yazid al-Tabari.
Beliau sempat mendalami ajaran-ajaran Abu
Hanifah, Malik dan al-Syafie.
Sekembalinya ke tempat asalnya di
Tabaristan, beliau mula mengajar orang
ramai.
Antara hasil tulisannya yang terkenal adalah
kitab tafsir berjudul Jami’ al-Bayan yang
terkenal sehingga hari ini.