Transcript Slide 1

DESEMBER 2010
29 JABATAN/AGENSI KERAJAAN MERIAHKAN KABB MANJUNG
MANJUNG, 29 Oktober 2012 - Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri, dengan kerjasama Pejabat Daerah dan
Tanah (PDT) Manjung telah menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Manjung yang pada 29
Oktober 2012 (Isnin). Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Razali Bin Othman, Timbalan Setiausaha
Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) dan telah diadakan di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung.
Turut hadir menyerikan program ini adalah Yang Berbahagia Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan
Awam, Jabatan Perdana Menteri, Tuan Haji Wan Zulkiffeli bin Wan Hassan, Pengarah BPA Negeri Perak, Ketua-ketua jabatan
di Negeri Perak dan Daerah Kinta serta wakil-wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs).
Dalam ucaptama Perasmian, YBhg. Dato' Haji Razali Bin Othman menyatakan bahawa agensi - agensi kerajaan seharusnya
memberikan komitmen dalam pengurusan aduan orang awam. Penyediaan Perkhidmatan Awam haruslah menepati 6 Prinsip
yang telah digariskan YAB Perdana Menteri iaitu Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) dan Produktif, Kreatif dan Inovatif (PCI).
Pendekatan ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti dan mutu penyampaian perkhidmatan awam.
Program ini turut melibatkan penyertaan 29 jabatan/agensi Kerajaan termasuklah Pejabat Daerah dan Tanah Manjung,
Pejabat Kebajikan Masyarakat, dan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Daerah Manjung.
Secara keseluruhannya, jumlah aduan yang diterima pada program ini adalah berjumlah 20 aduan. Program yang disertai oleh
seramai 230 orang pengunjung ini tamat pada jam 1.00 petang.
29 GOVERNMENT AGENCIES AT THE MANJUNG IMCC
MANJUNG, 29 October 2012 - The Public Complaints Bureau (PCB) of Prime Minister's Department and the District and Land
Office (PDT) Manjung jointly organized an Integrated Mobile Complaints Counter (IMCC) program on 29th October 2012. The
program was inaugurated by the Dato' Razali Bin Othman, Deputy State Secretary (Management) at the Merdeka Hall, Majlis
Perbandaran Manjung.
Dato' Dr. Tam Weng Wah, Director General of the Public Complaints Bureau, Mr. Haji Wan Zulkiffeli bin Wan Hassan, the Perak
PCB Director, Heads of departments in Perak and Kinta as well as representatives of non-governmental organizations (NGOs)
were also present to grace the event.
When delivering his keynote address, Dato' Razali Bin Othman stated that all government agencies should be committed in the
management of public complaints. Public Service Provision must meet six key principles outlined by the Prime Minister such as
Quick and Accurate with Integrity (CTI) and Productive, Creative and Innovative (PCI). This approach is expected to improve the
quality and delivery of public services.
The program involved 29 departments/agencies including the Manjung District and Land Office, Social Welfare Office, and the
Royal Malaysia Police Headquarters of Manjung.
20 complaints were received in this program that was attended by 230 visitors and ended at 1.00 pm.
DESEMBER 2010
MENTERI KEWANGAN II RASMI KABB KINTA
CHEMOR - Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Perak telah
berjaya menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Kinta pada 20 Oktober 2012 (Sabtu).
Program yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ahmad Husni bin Hanadzlah, Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen
Tambun ini diadakan di Dewan Komuniti 1Malaysia, Chemor Perak. Turut hadir menyerikan program ini adalah YBhg. Dato'
Haji Roshidi bin Haji Hashim Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam,
Jabatan Perdana Menteri, Tuan Haji Wan Zulkiffeli bin Wan Hassan, Pengarah BPA Negeri Perak, Ketua-ketua jabatan di Negeri
Perak dan Daerah Kinta serta wakil-wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs).
Program ini turut melibatkan penyertaan 29 jabatan/agensi Kerajaan dan Badan Berkanun yang terlibat dengan perkhidmatan
kaunter. Antara agensi yang mengambil Bahagian adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta
dan Pejabat Kebajikan Masyarakat selain Badan Berkanun seperti Tenaga Nasional Berhad danTelekom Malaysia Berhad.
Selain itu, bagi memeriahkan program ini, BPA juga turut menganjurkan Pertandingan Kaunter Aduan/Pameran Terbaik yang
disertai oleh 28 jabatan Kerajaan dan swasta. Pertandingan ini dimenangi oleh Majlis Bandaraya Ipoh, Lembaga Air Perak dan
Pejabat Kesihatan Daerah Kinta.
Pada majlis ini juga, BPA telah menyampaikan penganugerahan kepada Pengadu Cemerlang BPA bagi tahun 2011. BPA
mengambil inisiatif ini menyediakan anugerah ini sebagai tanda menghargai peranan dan sumbangan para pengadu. Tindakan
mereka mengemukakan aduan terhadap perkhidmatan agensi-agensi awam telah menyumbang ke arah perubahan dan
inovasi dalam penyampaian perkhidmatan. Anugerah ini dimenangi oleh Encik Ho Thean Hock.
Secara keseluruhannya, jumlah aduan yang diterima pada program ini adalah berjumlah 59 aduan. Program yang disertai oleh
seramai 490 orang ini ditamatkan pada jam 2.00 petang. BPA Perak seterusnya telah mendapat maklum balas yang positif dari
orang awam yang mahukan program seumpama ini diteruskan dari semasa ke semasa bagi memberikan lebih banyak peluang
untuk orang awam berinteraksi dengan jabatan-jabatan kerajaan.
SECOND FINANCE MINISTER OFFICIATED THE KINTA IMCC
CHEMOR - The Public Complaints Bureau, Prime Minister's Department organized an Integrated Mobile Complaints Counter
(IMCC) Program in collaboration of The Ipoh City Council (MBI) on the 20th October 2012. The program was officiated by YB
Dato' Seri Ahmad Husni bin Hanadzlah, the Second Finance Minister who is also the Tambun Member of Parliament in Dewan
Komuniti 1Malaysia, Chemor, Perak. The Mayor of Ipoh, Dato' Haji Roshidi bin Haji Hashim, the Director-General of the PCB,
Dato' Dr. Tam Weng Wah, Mr. Wan Zulkiffeli Wan Hassan, the Perak PCB Director, Heads of the State Government Departments
as well as the representatives of a number of NGOs were also present to grace the event.
The program also involved 29 government agencies including the State Secretary's Office, Kinta District Office, the Welfare
Department, TNB and Telekom Malaysia. The PCB also conducted 'best counter' contest among the participating agencies and
the awards went to MBI, Perak Water Board and the Kinta Health Office respectively.
The PCB also awarded the 'Complaints Excellence' award to Mr. Ho Thean Hock as a symbol of appreciation for his outstanding
contribution on channeling constructive complaints that provided the room for improvement in government service delivery.
Overall, the program that ended at 2.00 pm registered 59 complaints from around 490 visitors received positive feedback. The
visitors also encouraged the PCB to organize this program continuously as an avenue for the public to interact with government
agencies.
DESEMBER
2010KHAS MENGKAJI TRANSFORMASI PERKHIMATAN AWAM
DIALOG
SURUHANJAYA
KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2012 - Satu sesi dialog Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) bersama
pelanggan dan orang ramai telah diadakan pada hari ini di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Majlis yang bermula dari jam 9.00
pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari telah merekodkan kehadiran seramai 150 orang yang terdiri daripada penjawat awam,
kakitangan swasta, wakil-wakil NGO termasuk OKU serta orang awam.
SKMTPA yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan dianggotai oleh beberapa orang bekas pegawai kanan
kerajaan serta pegawai yang masih berkhidmat. SKMTPA juga merupakan satu suruhanjaya khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk
menilai penyampaian perkhidmatan awam serta mendapatkan pandangan pihak yang menerima perkhidmatan awam sebelum
mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan kepada Kerajaan pada Disember 2012.
Pelbagai persoalan dikemukakan kepada ahli panel, antaranya adalah berkenaan dengan profesion perguruan, kelas-kelas tuisyen,
bantuan kepada golongan OKU dan warga emas, penyalahgunaan dadah, kemudahan pengangkutan awam, pengambilan masyarakat
Orang Asli ke dalam perkhidmatan awam dan isu pemandu teksi.
Seorang peserta OKU cacat pendengaran telah menyatakan pandangan berhubung keperluan menyediakan penterjemah bahasa isyarat
di kaunter-kaunter perkhidmatan kerajaan termasuk hospital bagi memudahkan warga OKU berurusan di kaunter kerajaan. Pandangan
beliau telah disampaikan dengan bantuan seorang penterjemah bahasa isyarat.
Di akhir sesi dialog, panel SKMTPA menyatakan bahawa kesemua pandangan/cadangan/aduan yang telah dikemukakan pada hari ini
akan direkodkan dan dikemukakan kepada kerajaan untuk tindakan penambahbaikan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan
awam dan berorientasikan rakyat.
THE SPECIAL COMMISSION ON PUBLIC SERVICE TRANSFORMATION (SKMTPA) DIALOGUE SESSION
KUALA LUMPUR, 16 October 2012 - A special dialogue session between the Special Commission on Public Service Transformation
(SKMTPA) and the general public and recipients of the public service was held today at the Craft Complex, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
This program was start at 9.00 am until 12.00 pm has recorded 150 people from government agencies, private sector, members of the
NGOs including OKU and general public.
The commission is chaired by the former Chief Justice, Tun Zaki Azmi and among the members are retired and current senior civil
servants. The commission was established by the government as a special task force to evaluate the public service delivery of the
government and engage with the public to gather their views and expectations before presenting its findings and suggestion on
improving the public service delivery to the government in December 2012.
Various issues were raised to the panel regarding teaching profession, tuition classes, assistance to OKUs and senior citizens, drug abuse,
public transportation, intake of Orang Asli to work in the public sector and taxi service issues.
There was also a dialogue participant who had hearing disability but successfully delivered his suggestions and comments regarding the
need to have a sign language interpreter in government office counters and hospitals to assist this special group in interacting with
doctors. His views were presented to the commission by a sign language interpreter as well.
In the end of dialogue session, the commission stated that all the views/comments/complaints raised today will be recorded and
presented to the government for necessary improvement in the civil service that will be people oriented.