Transcript Slide 1
DESEMBER 2010 KURSUS PENGURUSAN TATATERTIB MITC ANCASA HOTEL, AYER KEROH 1 HINGGA 3 DISEMBER 2008 Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Kursus Pengurusan Tatatertib pada 1 hingga 3 Disember yang lalu. Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama tenaga pengajar berpengalaman dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diadakan di Dewan Putra IV, MITC Ancasa Hotel, Ayer Keroh, Melaka. Objektif penganjuran kursus ini adalah bagi memberi pendedahan dan melatih pegawai yang terlibat dengan urusan pengurusan tatatertib mengenai prinsip asas dan prosedur berkaitan tatatertib dengan merujuk kepada prosedur P.U.(A) 395. Selain itu, kursus ini juga bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan pegawai tentang perkara-perkara dasar dan mekanisme dalam proses tindakan tatatertib dan juga memberi ruang dan peluang bagi pegawai-pegawai kanan BPA berkongsi pengalaman pengendalian kes-kes tatatertib oleh para penceramah yang berpengalaman. Tahun 2008 merupakan tahun pertama BPA menjalinkan kerjasama dengan pihak JPA dalam menjayakan kursus seumpama ini. Peserta-peserta kursus kali ini adalah terdiri daripada Pengarah-pengarah Negeri dan Ketua-ketua Unit di peringkat Ibu Pejabat. Para peserta yang mengikuti kursus menyatakan rasa puas hati terhadap modul-modul yang disediakan tambahan pula ianya disampaikan oleh para penceramah berpengalaman dari JPA. Kursus yang dianjurkan kali ini banyak menekankan tentang proses atau tindakan awal yang perlu diambil oleh ketua sesebuah organisasi selepas menerima aduan atau laporan salah laku berkaitan perlanggaran tatatertib. Selain itu, lain-lain modul yang terlibat adalah seperti Pengenalan Peraturan Tatatertib dan Pihak Berkuasa Tatatertib, Prosedur Gantung Kerja, Tahan Kerja dan Jenayah, Prosedur Kes Sabitan Jenayah dan Perintah Tahanan, Prosedur Kes Tatatertib Biasa, Tatakelakuan dan Larangan Dalam Perkhidmatan Awam dan sebagainya. Pembukaan kursus kali ini telah dibuat oleh Y.Brs. Puan Hjh. Umi Kalthom binti Hj. Mohamad Din, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan manakala perasmian penutup dilakukan oleh Y.Brs. Ketua Pengarah BPA, Dr. Tam Weng Wah COURSE ON DISCIPLINARY MANAGEMENT IN AYER KEROH, MALLACA 1st - 3rd DECEMBER 2008 Public Complaints Bureau (PCB), Prime Minister’s Department had conducted 3 days Disciplinary Management Course to all its senior officers from 1st to 3rd December 2008 at Dewan Putra IV, MITC Ancasa Hotel, Ayer Keroh, Melaka. The course was conducted in collaboration with the Public Services Department (PSD). The objectives of this course are to give exposure and to train PCB’s officers in managing disciplinary related issues so that they would be able execute their tasks efficiently. Apart from that, the course will also provide opportunities to PCB’s officers to exchange their views and knowledge on this matter. Year 2008 marked the first ever PCB’s collaboration with PSD in organizing such a course. Among the modules that were taught in this course were the Introduction to Disciplinary Regulations and Disciplinary Authorities, Procedures for Suspension of Duty, and Procedures on Cases related to Crime Conviction and etc. <p align=justify>The opening ceremony was conducted by the Deputy Director General (Management), Puan Hajjah Umi Kalthom binti Hj. Mohamad Din, while the closing ceremony was conducted by the Director General of PCB, Dr. Tam Weng Wah. All the officers involved had expressed their utmost satisfaction on the modules as it had provided them with ample information in managing disciplinary issues. DESEMBER 2010 “EXECUTIVE TALK" BPA Pada 22 Oktober 2008, Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama TMI Consultancy Sdn. Bhd. telah menganjurkan BPA Executive Talk bertemakan “New Thinking on How to Create the Customer Friendly Organization: Treating Complaints as Gifts”, bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) . <div align=justify>Syarahan ini telah disampaikan oleh Dr Janelle Barlow, Presiden TMI US yang juga merupakan penulis buku A Complaint is a Gift, sebuah buku yang telah mencatatkan rekod jualan terbaik sejak diterbitkan pada tahun 1996 dan kini telah diterjemahkan ke dalam 21 bahasa. <div align=justify>Syarahan tersebut yang berlangsung selama 2 jam telah berjaya mendedahkan para hadirin kepada suatu pendekatan baru dalam menangani aduan-aduan yang diterima oleh kementerian dan jabatan kerajaan. <div align=justify>Acara ini yang telah berjaya menarik minat banyak kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Lebih daripada 200 peserta yang antaranya terdiri daripada para pegawai kanan di kementerian, jabatan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, daerah dan syarikat kerajaan telah hadir. BPA EXECUTIVE TALK Public Complaints Bureau (PCB), Prime Minister’s Department in collaboration with TMI Consultancy Sdn Bhd hosted an executive talk by Dr Janelle Barlow on “New Thinking on How to Create the Customer Friendly Organization: Treating Complaints as Gifts” at Putrajaya International Convention Centre on 22 October 2008. Dr Janelle is the president of TMI US and also the coauthor of best selling book, A Complaint is a Gift. The book was first released in 1996 and has been translated into 21 languages. The two-hour talk by Dr Janelle has given the audience a new perspective of handling complaints. More than 200 attended, including senior government officers from the ministries, departments, state government, local authorities, districts and from government linked companies. DESEMBER 2010 MESYUARAT LEMBAGA PENASIHAT BPA PUTRAJAYA - Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam (BPA) yang baru dilantik telah mengadakan mesyuarat yang pertama di Bilik Mesyuarat BPA pada 14 Oktober 2008. Tempoh baru keahlian Lembaga Penasihat adalah daripada 1 September 2008 hingga 31 Ogos 2010. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y. Bhg.Tan Sri Abdul Halim Ali. Seramai 8 orang ahli Lembaga Penasihat termasuk dari perwakilan kerajaan yang baru dilantik telah hadir. Perwakilan kerajaan yang baru dilantik ialah Y. Bhg. Dato’ Mohd Abdul Halim bin Muhammad, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Datuk Haji Zaini bin Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Di antara perkara yang dibincang dalam mesyuarat tersebut adalah Laporan Prestasti BPA bagi tahun 2007 dan 2008 (sehingga 30 September). Mesyuarat Lembaga Penasihat yang akan datang telah dijadual untuk diadakan pada 14 April dan 13 Oktober 2009. PCB ADVISORY BOARD MEETING PUTRAJAYA - The newly appointed Public Complaints Bureau's Advisory Board had its first meeting on 14th October 2008. The appointment is effective from 1st September 2008 to 31st August 2010. The board meeting was chaired by Tan Sri Abdul Halim Ali. A total of 8 board members attended that meeting. The new appointed government representatives are Dato' Mohd Abdul Halim bin Muhammad, Director-General of National Registration Department and Datuk Haji Zaini bin Mohd Nor, Chief Executive Officer of National Solid Waste Management Department. Among the matters discussed in the meeting was the PCB's performance for the year 2007 and 2008 (until 30th September). The next board meetings are scheduled on 14th April and 13th October 2009. DESEMBER 2010 KUNJUNGAN HORMAT TKSU(K), JPM KE BPA PUTRAJAYA - Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri, Yang Berusaha Encik Zainol bin Othman pada 11 September 2008. Kunjungan beliau telah diiringi oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Y.Brs. En. Othman Bin Hj. Mahmood Jabatan Perdana Menteri. Dalam lawatan tersebut, Ketua Pengarah BPA, Y.Brs. Dr. Chua Hong Teck telah menyampaikan taklimat berkenaan maklumat korporat BPA dan turut memperkenalkan pegawai-pegawai kanan serta Ketua-ketua Unit di BPA. Sesi tersebut diteruskan lagi dengan perutusan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri, Yang Berusaha Encik Zainol bin Othman. Menurut beliau, aduan hendaklah dijadikan sebagai satu cabaran untuk memperkukuhkan kewibawaan kerajaan pada pandangan rakyat. Dalam ucapannya beliau berkata, "pengadu-pengadu sebagai mata, telinga dan hidung kerajaan yang memberikan perkhidmatan percuma kepada kita". Oleh itu semua aduan hendaklah diterima dengan positif dan ditangani dengan memberikan maklum balas segera kepada pengadu.</p> Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), En. Md. Zin Bin Musa dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Pn. Hajah Umi Kalthom Binti Hj. Mohamad Din. Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Ketua Pengarah BPA dan disusuli dengan sesi bergambar serta menandatangani buku kunjungan pelawat oleh TKSUK. OFFICIAL VISIT BY SENIOR DEPUTY CHIEF SECRETARY OF PRIME MINISTER'S DEPARTMENT TO PUBLIC COMPLAINTS BUREAU PUTRAJAYA - Senior Deputy Chief Secretary of Prime Minister's Department, Y. Brs. Encik Zainol bin Othman had visited Public Complaints Bureau (PCB) on the 11th September 2008. He was accompanied by Deputy Chief Secretary, Y. Brs. Encik Othman bin Hj Mahmood. Director General of PCB, Y. Brs. Dr. Chua Hong Teck had briefed the Deputy Chief Secretary of The Government on PCB's corporate information as well as introducing senior officers of PCB to Deputy Chief Secretary during this event. Y. Brs. Encik Zainol bin Othman in his speech, stressed that managing complaints should treated as a challenge to create confidence among the people towards the government. Apart from that, he also said that a complainant is an invaluable “ear and eyes” which gives free feedback to the government agencies. Thus, complaints should be treated in a more positive way and feedback should be provided in shorter time to the public. Deputy Director General (Complaints), Encik Md. Zin bin Musa and Deputy Director General (Management), Puan Hajjah Umi Kalthom binti Hj Mohd Din also attended the event. A gift was presented to the Senior Deputy Chief Secretary at the end of event. To tie up the event, a photography session was held and followed by the signing of the visitor book by Senior Deputy Chief Secretary. DESEMBER 2010 28 ADUAN DI KABB BAGAN, SEBERANG PERAI UTARA SEBERANG PERAI - Sejumlah 28 aduan telah direkodkan sepanjang program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Parlimen Bagan, Seberang Perai Utara. Program anjuran bersama Biro Pengaduan Awam, Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang berlangsung di Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi, Butterworth, Pulau Pinang. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Puan Hajjah Umi Kalthom binti Haji Mohamad Din, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri. Program tersebut telah dimeriahkan lagi dengan pembukaan 18 kaunter aduan yang mewakili pelbagai Jabatan/Agensi kerajaan antaranya Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Kesihatan Daerah SPU, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), TELEKOM, JPJ, KPDN/HEP, PERKESO, AADK, LHDN, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), FAMA, Pejabat Daerah & Tanah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Biro Pengaduan Awam. Acara yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari telah menyaksikan seramai 225 orang pengunjung membanjiri kaunter-kaunter aduan yang dibuka. Selain menerima aduan, program KABB ini juga menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada para pengunjung iaitu seperti khidmat nasihat, pemeriksaan kesihatan serta pameran informasi jabatan/agensi yang terlibat. Turut berucap di majlis KABB adalah Encik Mohd Shahrizal bin Salleh, Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Utara. IMCC AT BAGAN, SEBERANG PERAI UTARA SEBERANG PERAI - number of 28 complaints were recorded during the Integrated Mobile Complaints Counter (IMCC) at Parlimen Bagan, Sebarang Perai Utara. The programme was jointly organized by Public Complaints Bureau (PCB), Penang and the District Office of Seberang Perai Utara. It was held at Dato’ Haji Ahmad Badawi Hall in Butterworth. The programme was launched by the Deputy Director General (Management), Public Complaints Bureau, Mrs. Hajjah Umi Kalthom binti Haji Mohamad Din. 18 agencies have participated in the programme by opening their counters to provide services to the public. Among the agencies were Environment Department, District Health Office, Seberang Perai Municipal Council, Telekom, Road Transport Department and Ministry of Home Affairs. Mr. Mohd Shahrizal bin Salleh, the Deputy District Officer of Seberang Perai Utara also delivered his speech in this programme. This IMCC started at 8.30morning until 12.30afternoon and almost 225 people visited all the counters. Apart from receiving complaints, the IMCC programme also provides other services such as free advices, health check-up and exhibition from the participating agencies. DESEMBER 2010 MESRA RAKYAT PERTAMA DI KELANTAN 2008 KOTA BHARU - Program Mesra Rakyat anjuran BPA Terengganu/Kelantan telah diadakan di Dewan Besar, Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 26 Ogos 2008 mulai jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Sebanyak 14 Jabatan/Agensi Kerajaan telah dipilih untuk menjadi ahli panel dalam sesi dialog tersebut. Antaranya ialah Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan dan Polis DiRaja Malaysia. Turut mengambil bahagian ialah Jabatan Pelajaran Kelantan, Jabatan Kesihatan Kelantan, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. Program pertama yang diadakan di Kelantan pada tahun 2008 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Shukry bin Mohd. Salleh, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, dan beliau seterusnya mempengerusikan majlis dialog yang diadakan. Seramai 300 orang telah hadir dan daripada jumlah tersebut, seramai 19 orang peserta telah mengambil bahagian dalam majlis dialog yang diadakan dengan mengemukakan sebanyak 26 aduan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam, Encik Md. Zin Bin Musa. FIRST MESRA PROGRAMME IN KELANTAN FOR THE YEAR 2008 KOTA BHARU - The first ever MESRA Rakyat programme in Kelantan for the year 2008 was held on 26 August 2008 at Dewan Besar, Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu. It was organized by PCB of Terengganu/Kelantan Office. The programme was started at 8morning and ended at 12.30afternoon. 14 agencies had participated in this progamme such as District Office of Kota Bharu, Kota Bharu Municipal Council, State Public Works Department, Immigration Department and Royal Malaysian Police. The programmme was officiated by the Director of Federal Development Department, Y. Bhg. Datuk Haji Shukry bin Mohd. Salleh. A number of 300 participants had taken part in this programme and 19 of them have raised their questions to the respective panelists during the programme. Also present during this event was the Deputy Director General (Complaints), PCB, Mr. Md. Zin bin Musa. DESEMBER 2010 PELANCARAN LAMAN WEB BARU BPA Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan rasminya telah mengadakan Majlis Pelancaran Laman Web Biro Pengaduan Awam pada 15 Ogos 2008 bertempat di Auditorium B1, Jabatan Perdana Menteri. Majlis yang julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pegawaipegawai Perhubungan Awam Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang sentiasa bekerjasama dengan BPA dalam menyelesaikan aduan orang ramai. Ini selaras dengan ucapan Y.B. Tan Sri Bernard yang melihat kepada peranan dan cabaran besar BPA sebagai tempat orang ramai menyalurkan masalah yang dihadapi ketika berurusan dengan pihak kerajaan. Ketua Pengarah BPA, Y.Brs. Dr. Chua Hong Teck dalam ucapannya berkata, laman web BPA merupakan medium yang mudah untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi di mana ia menjadi penghubung di antara masyarakat dengan kerajaan. mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Memandangkan penggunaan laman web adalah lebih mudah, menjimatkan masa dan berkesan, BPA akan memastikan penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), Jabatan Perdana Menteri, Encik Mohamed bin Murad dan Timbalan Ketua Pengarah BPA, Puan Hajah Umi Kalthom binti Haji Mohamad Din. Majlis diakhiri dengan sesi sidang media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama dua orang pengadu yang telah dijemput bersempena majlis pelancaran tersebut. Terdahulu, satu sidang media berkenaan Prestasi Pengurusan Aduan Awam BPA bagi tempoh Setengah Tahun Pertama 2008 juga telah dibentangkan oleh Ketua Pengarah BPA. Selaras dengan pelancaran laman web baru ini, BPA juga sentiasa mengalu-alukan komen dan cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan yang diberikan untuk kepentingan masyarakat dan negara. LAUNCHING OF THE NEW PCB's WEBSITE The Public Complaints Bureau (PCB), Prime Minister's Department has officially launched its newly enhanced website on August 15, 2008 at the B1, Auditorium at the Prime Minister's Department Complex. The firstly ever held event was officiated by Y.B. Tan Sri Benarad Giluk Dompok, Minister at the Prime Minister's Department and were attended by government officials representing their agencies especially the agencies Public Complaints Relation Officers that never fail to render their full cooperation to PCB. Also present were Encik Mohamed bin Murad the Under Secretary (Human Resource Management Divisison) At the Prime Ministers Department and Puan Hajjah Umi Khalthom the Deputy Director General (Management) Public Complaint's Bureau, Prime Minister's Department. PCB's Director General, Dr. Chua Hong Teck in his speech mentioned that PCB's website as the easiest medium to acquire information and as a communication tool to bridge the gap between the public and the government. He hoped that with this newly enhanced website many people will benefits from using it. Since website is easy, cost-effective and efficient, PCB will ensure that ongoing improvements on its website is done from time to time in lieu to the ever vast development of technologies. A press conference session was held at the end of the event attended by Y.B Minister and two complainants that cases were successfully resolved by PCB. Earlier, Dr. Chua presented PCB's first six month progress report. In accordance to this, PCB welcomes any comment and suggestion to improve our services to serve you better. PERJUMPAAN KETUA PENGARAH DENGAN KEMENTERIAN DAN JABATAN KERAJAAN PEGAWAI-PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM PUTRAJAYA - Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan majlis perjumpaan di antara Ketua Pengarah dengan Pegawai-pegawai Perhubungan Awam (PPA) Kementerian dan Jabatan Kerajaan pada 22 Januari 2008. Seramai 46 orang PPA yang mewakili Kementerian dan Jabatan masing-masing telah hadir. Perjumpaan ini diadakan bertujuan membincang dan mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh PPA berkenaan proses kerja pemantauan media menerusi sistem I-Aduan yang bermula Disember 2007 yang lalu. Di samping perjumpaan dengan Ketua Pengarah, semua PPA telah diberikan taklimat dan latihan khusus oleh pegawai-pegawai BPA bagi membantu memudahkan proses kerja berkaitan. Sementara itu, Ketua Pengarah BPA, Dr Chua Hong Teck, dalam ucapannya, telah menekankan tentang pentingnya perlaksanaan pemantauan media ini sepertimana yang telah diarahkan oleh Ketua Setiausaha Negara di dalam suratnya bertarikh 11 Disember 2007. Beliau meminta kerjasama semua PPA supaya sentiasa memberi maklum balas segera terutamanya bagi isu yang dibangkitkan dalam ruangan surat kepada pengarang berkaitan Kementerian/Jabatan masing-masing. Melalui sistem I-Aduan ini, e-mel peringatan automatik akan dihantar kepada semua PPA dan salinan kepada Ketua Setiausaha Kementerian yang tidak memberi maklum balas dalam tempoh masa tiga hari dari tarikh ia dimasukkan ke dalam sistem tersebut. Justeru itu, beliau berharap sistem I-Aduan ini dapat diguna pakai sepenuhnya oleh Kementerian/Jabatan bagi menangani isu yang dibangkitkan secara berkesan. MEETING BETWEEN DIRECTOR GENERAL OF PUBLIC COMPLAINTS BUREAU (PCB) WITH ALL PUBLIC RELATIONS OFFICERS (PRO) FROM MINISTRIES AND AGENCIES PUTRAJAYA - A meeting between the Director General of PCB, Dr. Chua Hong Teck with all PRO from Ministries and Agencies was held on 22 January 2008. A total of 46 PRO attended the meeting. The purpose of the meeting was to discuss on the media monitoring work process problems faced by these PROs which came into effect on the 20 December 2007. Apart from the meeting, a briefing session on the media monitoring system was also given to these PROs by PCB’s officers. Dr. Chua in his speech stressed the importance of implementation of media monitoring in Ministries and agencies as directed by Chief Secretary to The Government in his letter dated 11 December 2007. PCB also seeks the co-operation from all PRO to always provide feedback on the issues published in Letter to Editor Column. Dr. Chua also informed that an automatic reminder will be sent from I-Complaint System to Secretary General of Ministry and the officer himself if the Ministry fails to provide feedback within three working days. Dr. Chua was also very hopeful that Ministries and Agencies fully utilize the I-Complaint system to tackle various issues more effectively. PERSIDANGAN KUALITI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK Timbalan Ketua Pengarah 1(TKP 1), Biro Pengaduan Awam (BPA) Encik Isbah Idrus telah mewakili BPA dalam Persidangan Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang telah diadakan pada 23 Januari 2008 di Hotel Hilton, Kuching. Persidangan sehari yang bertemakan "Kecemerlangan Modal Insan Asas Perkhidmatan Berkualiti" itu merupakan anjuran bersama di antara NPC Wilayah Sarawak dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak (Jabatan Ketua Menteri). Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia & Latihan) dan Menteri Muda Pertanian (Ekonomi Rumahtangga & Latihan), <b> Y.B. Datin Hajjah Fatimah Abdullah.</b> Seramai 300 orang peserta dan jemputan telah menghadiri persidangan tersebut. TKP 1 telah dijemput sebagai salah seorang ahli sesi perbincangan penal mengenai Integriti Pegawai Kerajaan. Dalam sesi perbincangan itu, beliau telah menunjukkan kaitan di antara penyampaian perkhidmatan dengan integriti, rasional keperluan menguruskan aduan dan fungsi serta tugas BPA. Dalam pada itu, statistik aduan khususnya kategori aduan utama dan beberapa perkara seperti penambahbaikan dari segi undang-undang dan peraturan juga telah dibincangkan. SARAWAK PUBLIC SERVICE QUALITY CONFERENCE Deputy Director General 1, Public Complaints Bureau (PCB) represented PCB to the Sarawak Public Service Quality Conference held on 23rd January 2008 at Hilton Hotel, Kuching. The one day conference with the theme of "Human Capital Excellence Leads To Quality Services" was officiated by Sarawak's Minister In Chief Minister's Office, <b>Y.B. Datin Hajjah Fatimah Abdullah</b>. The conference was jointly held by NPC of Sarawak Region and Sarawak's State Government (Chief Minister's Department). A total of 300 participants attended the conference. Deputy Director General 1 was one of the panelists in the discussion on integrity of government servants. He talked about the relationship between service delivery and integrity, the importance of complaints management and roles and responsibilities of PCB. PROGRAM MESRA DI BALIK PULAU, PULAU PINANG Biro Pengaduan Awam (BPA) Cawangan Utara dengan kerjasama Pejabat Daerah Barat Daya telah menganjurkan Program MESRA RAKYAT bertempat di Dewan Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang pada 14 Februari 2008. Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Syed Amerruddin Bin Dato' Haji Syed Ahmad, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mewakili Dato' Seri Dr. Haji Hilmi bin Haji Yahya, Setiausaha Kementerian Kewangan. Seramai 25 ahli panel dari pelbagai agensi kerajaan telah hadir mewakili Jabatan/Agensi masing-masing. Ahli-ahli panel tersebut adalah terdiri daripada: Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang Jabatan Kerja Raya Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya Jabatan Pengairan dan Saliran, Pulau Pinang Jabatan Agama Islam,Pulau Pinang Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Jabatan Alam Sekitar, Pulau Pinang Jabatan Imigresen Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pengangkutan Jalan Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang Jabatan Perikanan Pulau Pinang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Pulau Pinang Ibu Pejabat Polis Balik Pulau Hospital Daerah Balik Pulau Pejabat Kesihatan Daerah Air Puteh Pejabat Pendidikan Daerah Balik Pulau Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya Pejabat Pertanian Daerah Balik Pulau Pejabat Veterinar Balik Pulau Biro Pengaduan Awam Seramai 400 peserta jemputan yang sebahagiannya merupakan penduduk kampung sekitar Daerah Balik Pulau telah menghadiri majlis tersebut. Program ini telah menerima sebanyak 34 aduan keseluruhannya untuk diambil tindakan oleh pihak yang terlibat. Turut hadir di majlis tersebut, Ketua Pengarah BPA, Dr. Chua Hong Teck dan Pegawai Daerah Barat Daya, Tuan Haji Hasan Haji Saad. MESRA RAKYAT PROGRAMME AT BALIK PULAU, PENANG Public Complaints Bureau (PCB) of Northern Regional Office with cooperation from Barat Daya District Office has conducted MESRA Rakyat Programme on 14 February 2008. The programme was held at Sports Complex Hall of Balik Pulau and was officiated by Penang State EXCO Member, Tuan Haji Syed Amerruddin Bin Dato' Haji Syed Ahmad. A total of 25 agencies have participated in the programme as the panelists. The agencies are as below: Penang Municipal Council Land and Mineral Department of Penang Public Works Department District and Land Office of Barat Daya, Penang Drainage and Irrigation Department, Penang Islam Affairs Department, Penang Water Authority, Penang Domestic Trade and Consumer Affairs Department, Penang Environmental Department, Penang Immigration Department, Penang National Registration Department, Penang Road Transport Department, Penang Penang State Development Office Fishery Department, Penang Fishery Development Board, Penang Balik Pulau Police Headquarters Balik Pulau District Hospital Air Puteh Health Department Balik Pulau District Education Office Barat Daya District Welfare Department Balik Pulau District Agriculture Office Balik Pulau Veterinary Office Public Complaints Bureau Almost 400 participants have attended the programme and most of them were residents of several villages around Balik Pulau District. 34 complaints were lodged in this programme and these complaints were recorded by PCB for its further action. Director General of PCB, Dr. Chua Hong Teck and Balik Pulau District Officer, Tuan Haji Hasan Haji Saad also has attended the programme.