Gaya Kepimpinan

Download Report

Transcript Gaya Kepimpinan

Pengurusan
Pendidikan Jasmani dan Sukan
Kepimpinan
Ahli Kumpulan
GOH CHIEW CHEH
LOW PIU KIAH
NG WEI WEI
TIONG LI YAU
WOO SET MEI
Pengenalan
• Kepimpinan ialah perkataan
terbitan daripada “pimpin”.
Pimpin bererti bimbing, pandu
atau tunjuk.
• Kepimpinan ialah tingkah laku
yang mempunyai keupayaan
mengubah haluan sesuatu
organisasi.
• Kepimpinan merupakan satu
subjek yang menarik kepada
semua golongan masyarakat.
• Kepimpinan merupakan suatu
kuasa yang menghubungkan
pemimpin dengan pengikutnya
dan mendorong pengikutnya
supaya mengerah tenaga secara
tersusun menuju objektif yang
dirumus secara kolektif.
• Kepimpinan juga memberikan
perwatakan dan menerima
perwatakan daripada media,
persekitaran dan iklim di
tempat ia berfungsi.
• Kepimpinan sentiasa aktif.
• Kepimpinan mengambil
prinsip-prinsip, kaedah dan
sistem mengikut kadar yang
pasti dan tetap secara yang
disengajakan.
Pandangan islam dan
barat tentang definisi
kepimpinan
Pandangan Islam
1. Setiap individu yang mukallaf
Pandangan Barat
1. Kepimpinan sebagai proses
(orang yang
mempengaruhi tindak-tanduk
dipertanggungjawabkan dengan
individu atau kumpulan dalam
kewajipan dan perintah untuk
usaha mencapai sesuatu
menjalankan hukum tuntutan
matlamat bagi situasi tertentu.
agama Islam serta menjauhi
larangan Allah atas dasar orang
tersebut sudah mencapai usia
dewasa dan mempunyai akal [akil
baligh] serta telah sampai seruan
agama [syariat Islam] kepadanya)
berperanan sebagai pemimpin.
2. Kepimpinan
Islam
2.
Sebarang kegiatan yang
mengekalkan keadilan
melibatkan seseorang
dan kesaksamaan
merujuk orang lain supaya
masyarakat yang menjadi
bekerja dengan rela untuk
kewajipan bagi memberi
mencapai matlamat
ruang kepada
kumpulan.
pembangunan dan
penyerlahan potensi diri.
Konsep Kepimpinan
Konsep Kepimpinan
• Manusia sebagai pemimpin/khalifah.
• Sekecil pemimpin ialah ia memimpin dirinya sendiri.
• Kepimpinan mempunyai sejarah yang sangat lama, termasuklah
konsep kepimpinan dari Perspektif Islam dan konsep kepimpinan
dari konsep kepimpinan dari Perspektif Islam .
• konsep kepimpinan dalam Islam berasaskan amanah san taqwa
manakala dari perspektif Barat kepimpinan dilihat sebagai
fenomena yang melibatkan hubungan dan tanggungjawab antara
manusia.
Konsep kepimpinan dari Perspektif Islam
• Kepimpinan dalam Islam berasaskan kepada amanah dan taqwa.
• Kepimpinan merupakan satu tanggungjawab suci yang dipikul oleh
seorang hamba Allah dan seorang khalifah Allah di bumi untuk membawa
manusia lain kepada matlamat hidup berasaskan kehendak Allah s.w.t.
• Contoh kepimpinan Islam :Nabi Muhammad s.a.w.
• Yang mana Firman Allah yang bermaksud:
Dan kami jadikan mereka pemimpin (lelaki) berdasarkan pilihan kami
dan kami berikan mereka inspirasi untuk melakukan perkara ibadah,
melakukan sembahyang seperti yang ditetapkan dan melakukan amal
jariah dan secara berterusan mereka hendaklah setia kepada Kami sahaja.
( Anbiyaa’ 21: 73).
Konsep Kepimpinan Barat
• Kepimpinan menurut Barat pula adalah berorientasikan
keadaan/situasi yang berubah-ubah.
• Memberi fokus kepada matlamat tertentu dalam aspek
kehidupan dunia sahaja (sekular).
• Elemen-elemen penting dalam kepimpinan berdasarkan
kepada kuasa dan pengaruh semata (ada kuasa semua
boleh buat).
Ciri-ciri
•
•
•
•
•
•
Kuasa dan pengaruh
Mengikut prinsip dan kadar.
Akhlak yang baik
Berkemanusiaan
Adil dan saksama
Kematangan emosi
• Kemampuan mental.
• Sihat dan berkemampuan
• Kemahiran berkomunikasi yang
baik
• Kematangan
• Kekuatan motivasi
• Berkemahiran sosial yang baik
• Berkemahiran pengurusan
•
•
•
•
•
•
•
Jujur dan amanah
Menghormati orang lain
Pantas, Cergas dan Proaktif
Berfikiran mendidik dan Mendorong
Sedia membantu dan Bertimbangrasa
Daya Imiginasi, Kreatif dan Inovatif
Tegas, Arahan Jelas dan Bijak
mengawal serta mengarah manusia
Kompetensi Kepimpinan
Kompetensi
Kepimpinan
Penjelasan
Kecerdasan Emosi
Keupayaan pemimpin untuk mengerti dan melahirkan
perasaan, menyerap emosi ke dalam pemikirannya,
memahami dan berhujah dengan emosi, serta mengawal
emosi
Integriti
Pemimpin mempunyai sikap berterus terang dan
mengotakan apa-apa yang dikata
Bertenaga
Mempunyai ciri-ciri memotivasi dalaman yang
mendorong pemimpin mencapai matlamat
Motivasi Kepimpinan
Pemimpin memerlukan kuasa sosial untuk mencapai
matlamat pasukan dan organisasi
Keyakinan Diri
Kepercayaan kendiri pemimpin terhadap kemahiran
kepimpinan dan keupayaan dalam mencapai objektif
Kecerdasan
Keupayaan kognitif pemimpin untuk memproses
maklumat yang banyak
Pengetahuan tentang
Perniagaan
Pemimpin memahami persekitaran organisasi untuk
membuat keputusan secara gerak hati
Kemahiran – kemahiran yang Harus Ada pada
Seseorang Pemimpin
1. Kemahiran Teknikal
kecekapan dan kefahaman tentang satu aktiviti
khusus, terutamanya yang melibatkan kaedah,
proses, prosedur atau teknik.
melibatkan pengetahuan yang khusus, kebolehan
menganalisis dengan menggunakan alat-alat,
dan teknik dalam bidang-bidang yang khusus.
2. Kemahiran Kemanusiaan
keupayaan seseorang bekerja sebagai ahli
pasukan dan membangunkan usaha sama dalam
kalangan ahli pasukan yang dipimpinnya.
Hal ini bererti seseorang itu perlu mempunyai
kemahiran dari aspek perhubungan awam;
memahami diri sendiri dan orang lain serta boleh
bekerjasama bersama-sama dengan mereka
dengan lebih baik
3. Kemahiran Konseptual
Kebolehan seseorang melihat suatu usaha
secara menyeluruh termasuk mengenali fungsifungsi berlainan dalam organisasi yang berkaitan
antara satu sama lain dan memahami perubahan
yang berlaku pada satu fungsi akan
mempengaruhi fungsi yang lain.
Peranan Pemimpin
•
•
•
•
menetapkan matlamat
menyusun
mengarah dan menyelaras
mengawal bagi mencapai matlamat
yang ditetapkan.
• Runtuhkan segala halangan
• Menggunakan semua sumber tenaga
kerja anda, segala kemahiran mereka,
segala masa yang mereka ada untuk
keberkesanan organisasi.
• Wujudkan perspektif dan asas
pengetahuan (Budaya ilmu)
• Wujudkan Organisasi
Pembelajaran yang berteraskan
rohani dan jasmani
• Bertindak Proaktif
• Mengurus perubahan
• Membuat tinjauan dan pemantauan
berterusan
• Merujuk kepada mesyuarat atau
perbincangan
Kepimpinan yang
Berkesan
• Mewujudkan strategi / pendekatan
yang rasional
• Memastikan sokongan dan
kerjasama semua ahli
• Memberi dorongan / motivasi
• Memastikan kawalan yang
berkesan
• Memastikan pencapaian matlamat
yang dikehendaki
• Penerusan budaya kerja cemerlang
• Penyelesaian masalah yang efektif
Prinsip Kepimpinan
Prinsip Kepimpinan (Perspektif Barat)
1.Memahami diri anda sebagai pemimpin.
2.Menguasai kemahiran teknikal.
3.Mencari peluang untuk menjalankan tanggungjawab.
4.Berupaya menyelesai masalah dan membuat keputusan dengan cekap.
5.Memberi contoh yang boleh diikuti.
6.Fahami anggota pasukan.
7.Pastikan anggota diberikan maklumat apabila perlu.
8.Wujudkan hubungan manusia berasaskan rasa hormat satu sama lain.
9.Pastikan anggota faham akan langkah-langkah mencapai matlamat.
10.Memberi peluang latihan kepada anggota sebagai sebuah pasukan.
11. Menggunakan secara maksimum kebolehan anggota sebagai sebuah
pasukan melalui semangat kekitaan yang tinggi.
Prinsip Kepimpinan (Perspektif Islam)
•Kepimpinan bagi orang Islam begerak dalam paradigma yang berteraskan
kepercayaan dan sepenuh penyerahan kepada Pencipta, yakni Allah S.W.T.
•Sarjana Islam melahirkan prinsip kepimpinan dalam Islam seperti berikut:
1. Kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah.
2. Kepimpinan adalah pelaksanaan amanah yang menpunyai kesinambungan
dengan tradisi kepimpinan para Anbiya dan Rasul.
3. Memberikan, memperlihatkan dan berkongsi hala tuju ataupun wawasan
dengan organisasi dan pengikut mereka.
4. Mengambil peranan utama dalam mencorakkan dan mengekalkan budaya
organisasi mereka.
5. Berperanan wujudkan daya mapan organisasi untuk jangka panjang.
6. Mempunyai nilai-nilai murni kepimpinan seperti keyakinan, keadilan,
pengorbanan, petah dan tegas membuat keputusan.
Fungsi Pemimpin
FUNGSI TUGASAN
Memahami tugas dan merancang
pelbagai rancangan bg
menyelesaikan tugas secara
menyeluruh
FUNGSI KUMPULAN
Pemimpin adalah contoh kepada
kumpulan
FUNGSI TERHADAP INDIVIDU
Pemimpin mengawal individu
dalam kumpulan
FUNGSI
TUGASAN
FUNGSI
KUMPULAN
FUNGSI
TERHADAP
INDIVIDU
9 PRINSIP KEPEMIMPINAN
DALE CARNEGIE
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 1 : KALAU ANDA
HARUS MENCARI KESALAHAN, Mulailah
Dengan Pujian dan Penghargaan yang Jujur
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 2 : MENGKRITIK
NAMUN TIDAK DIBENCI, Beritahu Kesalahan
Orang Lain Dengan Cara Tidak Langsung
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 3 : BICARAKAN
KESALAHAN ANDA DULU SEBELUM
MENGKRITIK ORANG LAIN
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 4 : TAK SEORANG
PUN YANG SUKA DIPERINTAH, Ajukan
Pertanyaan Sebagai Ganti Memberi
Perintah Langsung
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 5 : BERI KESEMPATAN
ORANG LAIN UNTUK MENYELAMATKAN MUKA
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 6 : BAGAIMANA
MEMACU ORANG LAIN MENUJU SUKSES, Pujilah
Peningkatan Sekecil Apa Pun dan Pujilah Setiap
Peningkatan. Jadilah “Tulus Dalam Penerimaan
Anda dan Murah Hati Dalam Penghargaan Anda.”
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 7 : BERI ORANG
LAIN REPUTASI BAIK UNTUK MEREKA
PENUHI
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 8 : BUATLAH
KESALAHAN TAMPAK MUDAH DIPERBAIKI
• PRINSIP KEPEMIMPINAN 9 : BUAT ORANG
LAIN SENANG MENGERJAKAN HAL YANG
ANDA SARANKAN
Gaya Kepimpinan
Gaya kepimpinan banyak bergantung
kepada kepercayaan dan andaian
seorang pemimpin terhadap orang–
orang yang ada di bawah
organisasinya.
39
Gaya Kepimpinan sebenarnya
melibatkan perkara berikut:
•Berkait rapat dengan proses membuat
keputusan
•Keadaan memilih atau memaksa
•Kepatuhan atau penentangan
•Lingkungan kuasa mengikut penerimaan
•Keberkesanan organisasi dan aktiviti
40
•Membina budaya kerja cemerlang
•Mewujudkan budaya ilmu
•Mewujudkan perancangan strategik
•Pembinaan pasukan / kolegialiti
•Pemimpin merupakan pengurus
berkesan
41
Gaya Kepimpinan
•Demokratik
•Autokratik
•Laissez – faire
42
Kepimpinan Autokratik
• Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan
autokratik mempunyai misi dan visi yang jelas
terhadap organisasi.
• Pemimpin jenis ini tahu dengan jelas apa yang
perlu dilakukan dan bagaimana ia harus
dilakukan.
• Kebiasaannya, pemimpin autokratik akan
membuat keputusan secara bersendirian
dengan mengambil hanya sedikit input daripada
subordinat lain ataupun tiada langsung.
• Jenis kepimpinan ini hanya sesuai
diaplikasikan dalam situasi yang
memerlukan keputusan dicapai dalam
masa yang sangat singkat atau di mana
pemimpin tersebut lebih berpengetahuan
daripada subordinat dalam sesuatu
perkara.
• Gaya kepimpinan autokratik lebih fokus
kepada work-centered.
• Pemimpin hanya mengeluarkan arahan dan
memastikan arahan tersebut dilaksanakan
tanpa memberikan penjelasan.
Ciri-ciri
• Cenderung untuk memimpin dan
menggunakan kuasa secara paksaan.
• Mereka suka mendominasi.
• Terdapat kuasa mutlak di mana setiap
orang bawahan mesti menerima akibat
daripada keputusan yang dibuat sama
ada baik atau buruk.
• Lebih banyak memberi arahan dan
sentiasa menentang sebarang bentuk
pujian atau kritikan membina.
• Sentiasa memaksa pengikut membuat
sesuatu tanpa mengambilkira
keperluan individu.
• Tidak prihatin pada perasaan
pengikut, oleh itu mereka selalunya
tidak digemari.
• Pengikut melakukan sesuatu kerja
atas dasar takut (motivation by fear).
Kesan kepimpinan autokratik
• Orang bawahan mempunyai motivasi rendah
• Orang bawahan bekerja sungguh-sungguh
semasa ada ketua sahaja
• Interaksi sehala
• Orang bawahan terlalu bergantung kepada
ketua
• Suasana tegang
47
Kepimpinan Demokratik
• Pemimpin demokratik akan menunjuk
ajar dan memberi panduan kepada
orang-orang bawahannya.
• Mereka juga akan melibatkan diri dan
memberi ruang kepada subordinat untuk
menyatakan pendapat masing-masing.
• Namun demikian, berbanding
dengan gaya kepimpinan
autokratik, kumpulan organisasi
yang bekerja di bawah kepimpinan
demokratik kurang produktif tetapi
sumbangan yang diberikan oleh
setiap ahli kumpulan adalah lebih
baik, lebih kreatif dan lebih
berkualiti.
Ciri-ciri
• Lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan
lebih bertanggungjawab terhadap
keputusan yang dibuat secara bersama
dengan pemimpin.
• Penglibatan pemimpin dalam proses kerja
dapat menyemai nilai-nilai murni ke dalam
jiwa ahli-ahlinya.
• Mengambil kira semua pandangan majoriti.
• Mementingkan keputusan bersama.
• Paling berkesan.
Kesan kepimpinan demokratik
• Ahli dapat membina disiplin
• Menggalakkan semangat kerjasama,
hormat dan hubungan yang mesra
• Ahli lebih bermotivasi
• Ahli sentiasa bekerja keras walaupun
semasa ketiadaan ketua.
• Semangat kekitaan yang tinggi
• Interaksi 2 hala
51
Kepimpinan Laissez-Faire
(kebebasan)
• Pemimpin laisez faire jarang
melibatkan diri dalam proses
kerja dan membiarkan
subordinat membuat
keputusan.
• Kepimpinan ini mungkin boleh
berjaya sekiranya subordinat
mempunyai kepakaran yang tinggi
dalam bidang masing-masing.
• Walau bagaimanapun ia biasanya
akan mengakibatkan subordinat
terbabit mempunyai motivasi yang
rendah.
Ciri-ciri
• Pemimpin tidak begitu berminat dengan
urusan yang diamanahkan kepadanya.
• Melibatkan penyertaan pemimpin yang
sedikit sekali.
• Memberikan sepenuh kebebasan kepada
ahli-ahlinya untuk mengendalikan kerja
mereka.
• Pemimpin memberi kebebasan untuk
menentukan matlamat mereka tersendiri
serta cara-cara mencapainya.
• Subordinat bergantung kepada diri
sendiri sepenuhya tanpa
penjelasan daripada pemimpin.
• Subordinat perlu bersedia untuk
bertanggungjawab membuat
keputusan.
• Subordinat perlu mempunyai
toleransi yang tinggi untuk
melaksanakan kepelbagaian tugas.
• Subordinat perlu berupaya untuk
memahami dan mengenalpasti
objektif organisasi.
• Subordinat perlu mempunyai
pengalaman untuk berhadapan
dengan sebarang masalah dan
mampu menyelesaikannya.
Kelemahan
• Tidak realistik dan tidak matang
apabila berhadapan dengan situasi
di mana perkembangan pesat
sedang berlaku dalam bidang
kualiti dan keberkesanan, inovasi
dan teknologi.
• Pemimpin tidak mempunyai
keyakinan terhadap keupayaan
mereka untuk menyelia.
• Pemimpin banyak bergantung
kepada subordinat, tidak
menetapkan matlamat yang jelas.
• Pemimpin tidak membantu
subordinat untuk membuat
keputusan.
Kesan kepimpinan laissez-faire
•
•
•
•
Wujud masalah disiplin
Kualiti kerja sangat kurang
Kadar motivasi kendiri sangat rendah
Interaksi antara ketua dan ahli bebas atau
tidak ada sempadan langsung.
• Semangat kekitaan sangat rendah.
59
Perbandingan antara
Gaya Kepimpinan
Berkesan apabila..
Tidak berkesan apabila…
I.
I.
Subordinat tidak
memberi respon
kepada gaya
II.
Autokratik
Subordinat mula merasa
takut dan tertekan
II.
Subordinat mahukan
kepimpinan yang
pendapat mereka
lain
didengar dan diambilkira
Kerja perlu
III. Motivasi subordinat
dikoordinasikan
rendah dan masalah tidak
dengan jabatan lain
hadir ke tempat kerja.
III. Pengurusan
organisasi berada di
tahap yang rendah.
Berkesan apabila..
Tidak berkesan apabila…
I.
I.
Pemimpin dan
Demokratik
subordinat sama-sama
Perlu membuat keputusan
dengan pantas.
menunjukkan komitmen
yang tinggi.
I.
Subordinat mempunyai
kepakaran dan
pengalaman yang
tinggi.
II. Subordinat berminat
Laissez
faire
I.
Subordinat merasa kurang
yakin dengan ketidakhadiran
pemimpin.
II. Pemimpin tidak boleh
memberikan maklumbalas
untuk melaksanakan
mengenai prestasi kerja
tugas yang diberikan
subordinat.
dengan cemerlang.
III. Subordinat berbaloi
untuk dipercayai.
III. Pemimpin tidak pandai
berterima kasih dengan
sumbangan yang diberikan
oleh subordinat
Jenis Kepimpinan

Kepimpinan arahan
Menetapkan objektif
latihan
Kepimpinan penyokong
 Ramah dan mudah
ditemui
Kepimpinan penyertaan
 Berkongsi
tanggungjawab dengan
atlet
 Ahli kumpulan
berpeluang menentukan
matlamat sendiri

Berorientasikan kerja dan 
menekankan
pembangunan kemahiran

Mengabaikan perasaan
dan pandangan atlet

Memberikan perhatian 
kepada atlet dan
menggalakkan mereka
memberikan pandangan

Mengagihkan
tanggungjawab kepada
setiap atlet

Memberikan nasihat
secara berterusan

Berkongsi kejayaan dan
kegagalan

Mementingkan prestasi
sukan

Mementingkan suasana
harmoni dalam pasukan

Mendelegasikan autoriti

Mengawal atlet dengan
ganjaran dan denda

Menggunakan ganjaran
positif dan bukan denda

Mementingkan hierarki
autoriti
Bertimbang rasa
Berbincang untuk
menyelesaikan masalah
dan perbezaan pendapat
Teori Kepimpinan
Teori Tret
Teori Tingkah
laku
TEORI
KEPIMPINAN
Teori Kontigensi
Teori
Kontemporari
• Ia berasaskan kepada pendapat bahawa pemimpin
adalah dilahirkan dan bukan dididik.
• Pemimpin sememangnya dilahirkan untuk memimpin.
• Sifat –sifat pemimpin yang berkesan adalah:
 Bijak
 Berkeyakinan diri
 Bermotivasi tinggi
 Berpengetahuan
 berintegriti
 Emotional intelligence
• Berdasarkan kepada tingkah laku atau tindakan
yang dimainkan oleh pemimpin.
• Kontra kepada teori tret – pemimpin berkesan
boleh dilatih.
• Kajian Universiti lowa oleh Kurt Lewin : Kajian ini
berhubung dengan gaya kepimpinan yang mana
tiga gaya kepimpinan yang dikenal pasti ialah :
Autokratik, Demokratik, dan Laissez-faire.
• Kepimpinan yang berkesan mestilah fleksibel.
• Gaya kepimpinan perlu berubah mengikut
situasi.
• Gaya A tak mungkin boleh digunakan dalam
situasi B.
• Terbahagi kepada 3 model :
 Kontigensi Fiedler
 Kepimpinan Bersituasi
 Laluan Matlamat
Kontigensi
Fiedler
Kepimpinan
Bersituasi
Laluan
Matlamat
Kontigensi Fiedler
1. Kepimpinan beroreintasikan
tugas
2. Kepimpinan berorientasikan
hubungan
Kepimpinan Bersituasi
Kepimpinan yang berkesan
adalah menurut kepada
kematangan/keupayaan pengikut.
Laluan Matlamat
Cara pemimpin mempengaruhi
pengikut untuk mencapai
matlamat
• Terbahagi kepada
beberapa teori kecil
seperti disebelah…
Teori
Kognitif
Teori
Karismatik
Teori
Transaksi &
Transformasi
Teori
Kognitif
Teori
Karismatik
Teori
Transaksi &
Transformasi
Teori Kognitif
Pemimpin perlu menggunakan sumber
kognitifnya seperti kecerdasan,
kecekapan teknikal, pengetahuan dan
kepakarannya dalam apa sahaja situasi
Teori Karismatik
Penonjolan unsur karisma dalam
kepimpinan seperti keyakinan diri yang
tinggi, berpengaruh dan bersungguh
Teori Transaksi & Transformasi
Transaksi - pemimpin mengambil
peluang daripada hasil rundingan antara
organisasi dengan pengikut (manipulasi
yang membawa keuntungan peribadi).
Transformasi - pemimpin yang dianggap
sebagai penyelamat, membawa
perubahan radikal dan keputusannya
adalah mutlak.
Soalan
1. Berikut yang manakah menunjukkan
ciri gaya Kepimpinan Autokratik?
a) Pemimpin jarang melibatkan diri dalam proses kerja
dan membiarkan subordinat membuat keputusan.
b) Pemimpin mengambil kira semua pandangan majoriti.
c) Pemimpin membuat keputusan secara bersendirian
dengan mengambil hanya sedikit input daripada
subordinat lain ataupun tiada langsung.
d) Pemimpin membuat keputusan mengikut keputusan
majoriti.
2. Berikut yang mana satu bukannya
kelemahan pemimpin yang mengamalkan
Kepimpinan Laissez-Faire?
a) Pemimpin banyak bergantung kepada subordinat, tidak
menetapkan matlamat yang jelas.
b) Pemimpin tidak membantu subordinat untuk membuat
keputusan.
c) Pemimpin tidak mempunyai keyakinan terhadap
keupayaan mereka untuk menyelia.
d) Pemimpin cenderung untuk memimpin dan
menggunakan kuasa secara paksaan.
3. Berikut yang manakah bukannya ciriciri kepimpinan yang berkesan?
a) Memastikan kawalan yang berkesan.
b) Menafikan sumbangan yang diberikan oleh
subordinat.
c) Menghasilkan wawasan yang jelas.
d) Memastikan pencapaian matlamat yang
dikehendaki.
Sekian
Terima Kasih