Transcript File


Dikenali sebagai sistem pencernaan.
Satu proses penguraian molekul makanan yang besar dan kompleks
menjadi molekul kecil dan ringkas.


Terdiri daripada :•
Salur alimentari
salur panjang yang dilalui oleh makanan dari rongga mulut
hingga ke dubur.
-
merangkumi rongga mulut, farinks, esofagus, perut, usus kecil
dan usus besar.
-
•
Kelenjar pencernaan
mengandungi enzim yang membantu melengkapkan proses
penghadaman.
-
terdiri daripada kelenjar air liur, hati, pankreas dinding perut dan
juga dinding usus kecil.
-
RONGGA MULUT
ESOFAGUS
FARINKS
SALUR ALIMENTARI
PERUT
USUS KECIL
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
USUS BESAR
Rajah skema sistem penghadaman/pencernaan
 Dikenali sebagai kaviti bukal atau oral.
 Terbahagi kepada 2 bahagian:• Ruang umum – ruang tengah yang mengandungi
lidah.
• Ruang vestibule – ruang di antara gigi dan
pemukaan pipi.
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
LIDAH

Terbina daripada otot terkawal.
Selaput mukosa melapisi permukaan lidah yang terdapat tompoktompok yang dikenali sebagai papila.


Papila mengandungi tunas deria rasa.

Fungsi lidah:•
Organ deria rasa

manis – hujung hadapan lidah

masin – hujung dan tepi hadapan lidah

masam – bahagian kedua-dua tepi lidah

pahit – bahagian dekat dengan umbi lidah
•
Pertuturan
•
Kunyahan dan telanan
•
Sentuhan
GIGI

Ada 3 bahagian utama :
Kepala – yang membonjol keluar dari gusi.
Umbi – tertanam di dalam gusi dan terdiri dari 1 cabang
atau lebih.


Leher – bahagian antara kepala gigi dengan umbi.

Dentin – membina gigi dan menyerupai tulang.

Diliputi oleh enamel – bahan yang paling keras dalam tubuh.

Bentuk gigi :
Kacip – menggigit dan memotong makanan.

Taring – mengoyak makanan.

Geraham kecil – mengoyak dan mengisar makanan.

Geraham besar – mengisar dan melumatkan makanan.

Suatu salur berbentuk kon yang didindingkan oleh otot
terkawal dan ruangnya dilapisi dengan selaput mukosa.

Dibahagi kepada 3 bahagian:
Farinks-hidung – sebahagaian daripada pernafasan.

Farinks-mulut – benarkan udara masuk ke dalam peti
suara.
- telan bahan makanan ke dalam
kerongkong.
Farinks-bawah – terletak di bahagian peti suara dan
berlanjutan dengan salur kerongkong di bawahnya.

DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN

Tiub berotot yang terletak di belakang trakea.

Menyambungkan farinks dengan perut.

Dinding esofagus terbina daripada tisu lembut dan
sentiasa terbuka melainkan apabila ada makanan di
dalamnya.

Berfungsi menghantar makanan dan minuman dari
farinks ke perut.

Bahagian saluran penghadaman yang berkembang menjadi seperti
karung atau pundi.

Bersambung terus dari kerongkong dan tergantung bebas di bahagian
atas sebelah kiri dalam ruang abdomen.

Fungsi perut:
Simpan bahan makanan buat sementara untuk dilembutkan dan
dihadamkan.

Menghadamkan makanan melalui enzim (pepsin&renin).
 Asid
hidroklorik yang terhasil dalam perut memusnahkan beberapa
jenis kuman tang masuk ke dalam perut.

Perut menghasilkan faktor intrinsik yang perlu untuk pembentukan
sel darah merah dan penyerapan vitamin B12.

Membenarkan penyerapan yang terhad melalui dinding (air, glukosa,
alkohol dan sesetengah dadah.

Merupakan bahagian yang terpanjang dalam salur alimentari.

Terbahagi kepada 2 :Duodenum – tiub berotot yang hubungkan perut dengan
jejunum.

- berbentuk huruf C.
- berukuran 25cm panjang.
- melengkung mengelilingi kepala pankreas.

Jejunum dan ileum – berukuran 6 meter.
- bahagian ileum tamat di dalam sekum sebagai
injap ileum yang membenarkan kandungan
ileum masuk ke dalam sekum tapi menahan
sebarang kandungan sekum kembali ke dalam
ileum.

Fungsi usus kecil :
Menyelesaikan semua proses penghadaman.

Serap bahan makanan yang terhadam, asid
amino dan glukosa ke dalam darah dan lemak
hadam ke salur limfatik.

Hasilkan beberapa hormon yang mengawal
penghasilan kelenjar pankreas, hempedu dan
kelenjarnya sendiri.

Bermula dari sekum dan tamat sebagai rektum.

Panjangnya 5 hingga 6 kaki dan pusatnya 2 ½
inci.

Bahagian usus besar :
Sekum dan apendiks.
Kolon – menaik, melintang
menurun, sigmoid dan rektum.

(transver),

Fungsi usus besar :
Selaput mukosa yang melapisi dinding dalam
kolon menghasilkan cecair lendir yang
melicinkan salur itu dan membenarkan najis
bergerak dengan mudah.

Penyerapan air. Air yang belum menyerap,
diserap apabila sampai ke dalam usus besar.

Pembuangan najis. Bahan-bahan yang tidak
hadam dikeluarkan dari rektum sebagai najis.
Rajah menunjukkan usus besar dan bahagian-bahagiannya
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN

Suatu terusan yang membuku keluar dari
rektum.

Dikawal oleh otot pencerut.

Kuncupan dan kenduran otot adalah di bawah
kuasa kemahuan manusia.

Bahagian atas pertengahannya dilapisi oleh
selaput mukosa lanjutan dari rektum, tetapi
bahagian bawahnya terbina daripada kulit tubuh.
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
KELENJAR
AIR LIUR
PANKREAS
HATI /
HEPAR
KELENJAR
PENCERNAAN
DINDING
GASTER
DINDING USUS
KECIL
HEMPEDU

Cecair yang dirembeskan secara berterusan
terdapat di dalam atau berhampiran mulut.

dan
Dihasilkan oleh 3 pasang kelenjar air liur :Kelenjar parotid – terletak di hadapan dan di bawah
telinga.

Kelenjar submandibular – terletak di bawah sudut
tulang rahang bawah di setiap sebelah muka.

Kelenjar sublingual – terletak di hadapan lantai mulut
di belakang dagu.


Air liur adalah suatu cecair yang beralkali serta jernih
dan terdiri daripada air, lendir, garam dan tialin (enzim).
Lembut, berwarna perang dan terletak di bawah otot diafragma
dalam kaviti abdomen hipokondria kanan.

Terbahagi kepada lobus kanan yang besar dan lobus kiri yang kecil
dipegang oleh ligamen falsiform.


Fungsi hati :Hasil dan rembes hempedu yang dihantar ke duodenum untuk
pencernaan.


Hasilkan bahan-bahan yang terdapat dalam darah.
Simpan zat besi dan vitamin B12, K, A dan D untuk
pembentukan sel darah merah.


Lemah atau musnahkan racun atau bahan racun dalam darah.
Metabolisma yang berkaitan dengan karbohidrat, protein dan
lemak.


Penghasilan haba.
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
Pandangan hepar dai sudut anterior dan inferior.
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
Terletak di ruang abdomen di bahagian epigastrik dan hipokondria
kiri di belakang perut dan permukaan depan menjadi sebahagian
daripada lantai perut.


Terbahagi kepada :
Kepala – dikelilingi oleh duodenum.
Badan – terletak di belakang perut dan di hadapan vertebra
pinggang pertama.

Ekor – menghulur ke bahagian hipokondria kiri dan menyentuh
limpa.


Fungsi pankreas :Penghasilan bendalir pankreas yang mengandungi tripsin,
amilase dan lipase untuk menjalankan pencernaan.

Penghasilan hormon insulin dari sel Langerhans yang terlibat
dalam metabolisma.

DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN

Cecair jernih dan bersifat asid.
Mengandungi 99% air serta bahan-bahan seperti asid hidroklorik,
enzim pepsin, renin, lipase dan lendir.

Apabila makanan sampai ke dalam perut, penghasilan kelenjar perut
bertambah kerana galakan saraf vagus dan penghasilan hormon
gastrin dari lapisan mukosa perut.

Gastrin menyerap ke dalam rerambubt darah di dinding perut dan
kelenjar ini akan mengeluarkan hasilnya secara berlebihan.


Dikenali sebagai sukkus enterikus.
Bersifat alkali dan mengandungi enzim entrokinase, erepsin,
maltase, sukrase dan lakatase.

DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN

Pundi hempedu :
Berbentuk seperti beg yang terletak di permukaan bawah
lopus kanan hati.

Panjang 3 atau 4 inci dan boleh mengandungi 1 aun cecair
hempedu.

Salur hempedu :
Salur sistika terhulur dari leher pundi hempedu dan bersatu
dengan salur hati utama lalu membentuk salur hempedu
utama.

Salur hempedu utama terletak di belakang bahagian pertama
duodenum dan bersama salur pankreas utama masuk ke dalam
bahagian kedua duodenum ampula vater.

Apabila bahan makanan berada dalam duodenum, otot
mengendur serta membenarkan hempedu serta kelenjar
pankreas masuk ke dalam duodenum.
Sambungan…..

Hempedu :
Penghasilannya sentiasa berlaku di dalam hati tetapi
bertambah semasa penghadaman.

Hati menghasilkan 1 pain hempedu setiap hari.

Bersifat alkali.

Bahan yang memberi warna kepada najis serta
menghilangkan bau busuk.

Membantu
dalam
penghadaman
menggalakkan pergerakan peristalsis.

lemak
dan
90% daripada hempedu ialah air dan bahan pewarna
atau pigmen, garam hempedu, kolesterol dan lendir.
Rajah menunjukkan pundi hempedu, duktus
hempedu dan duodenum.
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
DI DALAM RONGGA MULUT

Makanan dikunyah oleh gigi menjadi butiran yang lebih
kecil.

Kelenjar parotid, submandibular dan sublingual
merembeskan air liur ke dalam rongga mulut melalui
duktus air liur.

Semasa penelanan makanan, lidah dinaikkan untuk
menolak makanan masuk ke dalam esofagus.

Makanan bergerak melalui esofagus secara peristalsis
iaitu pengecutan dan pengenduran beritma yang berlakuk
di sepanjang salur alimentari.

Makanan memasuki perut apabila sfinkter kardium di
sekeliling bukaan perut mengendur.
DI DALAM PERUT

Terdapat banyak kelenjar gaster pada dinding perut yang
merembeskan jus gaster. Jus gaster mengandungi asid
hidroklorik, enzim renin dan pepsin.
 Asid
hidroklorik dapat membunuh kuman yang hadir dalam
makanan.

Enzim renin mengentalkan
kaseinogen kepada kasein.
susu
dengan
menukarkan

Enzim pepsin menghidrolisikan protein menjadi pepton dan
polipeptida.

Semasa makanan dicernakan dalam perut, pengecutan dan
pengenduran perut membantu memecahkan makanan secara
fizikal. Tindakan peristalsis ini juga membantu mencampurkan
makanan dengan enzim.

Makanan berada di dalam perut kira-kira 4 jam. Makanan
yang meninggalkan perut adalah separa cecair dan dikenali
sebagai kim.
DI DUODENUM

Duodenum menerima hempedu dari pundi hempedu dan
jus pankreas dari pankreas.

Hempedu disentesiskan oleh hati dan disimpan dalam
pundi hempedu. Hempedu mengandungi garam hempedu
tetapi tidak mempunyai enzim.

Hempedu berfungsi mengemulsikan / membaurkan
lemak, iaitu memecahkan lemak menjadi titisan halus
yang terampai di dalam air.

Jus pankreas diangkut dari pankreas ke duodenum
melalui duktus pankreas. Jus pankreas mengandungi 3
enzim iaitu amilase, tripsin dan lipase.
•Amilase pankreas bertindak ke atas kanji yang belum
sempat dihidrolisiskan oleh tialin dalam rongga mulut.
Hasilnya ialah maltosa.
Kanji + air
amilase
maltosa
• Tripsin menghidrolisiskan pepton dan polipeptida
menjadi peptida. Peptida ialah rantaian pendek yang
terdiri daripada beberapa asid amino.
Pepton dan polipeptida
tripsin
peptida + air
• Lipase menghidrolisiskan lemak atau minyak menjadi
asid lemak atau gliserol.
Lemak + air
lipase asid lemak + gliserol
DI USUS KECIL

Terdapat banyak kelenjar usus pada dinding usus kecil. Kelenjar usus
menghasilkan jus usus yang bersifat alkali.

Jus usus mengandungi enzim erepsin (peptidase), maltase, sukrase dan
laktase.

Erepsin menghidrolisiskan peptida menjadi asid amino.
Peptida + air

Maltase menghidrolisiskan maltosa kepada glukosa.
Maltosa + air

glukosa
sukrase glukosa + fruktosa
Laktase menghidrolisiskan laktosa menjadi glukosa dan galaktosa.
Laktosa + air

maltase
Sukrase menghidrolisiskan sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa.
Sukrosa + air

erepsin asid amino
laktaseglukosa + galaktosa
Gula ringkas, asid amino, gliserol dan asid lemak merupakan hasil akhir
pencernaan. Semua hasil pencernaan diserap ke usus kecil.
DI USUS BESAR

Dari usus kecil, makanan yang tidak tercerna
akan disalurkan ke usus besar. Penyerapan air
berlaku di sini. Akibatnya, sisa makanan tersebut
mengeras menjadi tinja. Tinja disimpan di dalam
rektum buat sementara waktu.

Apabila penuh, dinding berotot rektum akan
mengecut untuk mengeluarkan tinja melalui
dubur. Proses ini dinamakan penyahtinjaan.

Sesetengah bakteria yang hidup di dalam usus
besar bertindak ke atas sisa makanan dan
menghasilkan vitamin B12 dan K.