Transcript File

SISTEM
URINARI
KONSEP
 Makanan yang dimakan dicernakan oleh sistem pencernaan melalui
enzim dan hormon yang dirembeskan tubuh.
 Molekul-molekul makanan dipecahkan kepada unit-unit yang lebih
ringkas dan diserap ke sel-sel tertentu untuk menghasilkan sel-sel
yang baru, molekul-molekul pengatur yang baru seperti enzim dan
molekul dan tenaga untuk menyokong proses kehidupan.
 Manakala bahan yang tidak boleh digunakan lagi (bahan buangan)
dikeluarkan bersama-sama air dan karbon dioksida sebagai hasil
terakhir.
 Makanan yang tidak diserap akan dikeluarkan dari trek gastrousus
sebagai feses melalui najis. Karbon dioksida dibawa balik ke paru-paru
oleh darah dan dikeluarkan melalui proses ekspirasi oleh sistem
pernafasan. Sebahagian daripada bahan larut dalam air dan
disingkirkan oleh kulit melalui peluh.
 Bahan toksik dan bahan asas yang berlebihan dikeluarkan dari badan
sebagai air kencing melalui sistem urinari.
Bahan makanan
yang dimakan
Tidak diserap oleh
tubuh
Dicerna oleh
sistem
pencernaan
hasilkan
Unit-unit lebih ringkas
yang dibawa oleh darah
untuk menghasilkan sel yang
baru.
molekul-molekul pengatur
seperti hormon dan enzim
tenaga yang menyokong
proses hidup
Disingkir keluar melalui
anus – najis(feses)
Kulit – peluh
Paru-paru – karbon dioksida & wap air
Sistem urinari – urea ( air kencing)
FUNGSI-FUNGSI SISTEM URINARI
 Menyingkirkan bahan kumuh ( bahan toksik) daripada darah
 Mengawal isipadu dan komposisi bahan kimia
 Mengimbangi paras asid dan alkali dalam darah
ORGAN-ORGAN SISTEM URINARI
 2 Ginjal (renal)
 2 ureter - ( tiub yang membawa air kencing dari ginjal
ke pundi kencing)
 1 pundi kencing - (alat penakung air kencing)
 1 uretra - (terusan yang membawa air kencing dari
pundi kencing ke luar untuk disingkirkan
STRUKTUR SISTEM URINARI
GINJAL
 Organ berbentuk seperti kacang merah.
 Terletak di bahagian atas dinding abdomen posterior, di antara aras






tulang vertebra toraks ke-12 dan tulang vertebra lumbar ke-3.
Tisu lemak mengelilingi ginjal dan melindunginya.
Ginjal kanan terletak di bawah sedikit berbanding ginjal kiri kerana
hati menggunakan bahagian luas di sebelah kanan abdomen.
Kedua-dua ginjal mempunyai arteri renal dan vena renal.
Arteri renal membawa darah beroksigen dari jantung ke ginjal
manakala vena renal membawa darah terdeoksigen dari ginjal
kembali ke jantung.
Air kencing dibawa ke pundi kencing melalui ureter.
Ginjal mengandungi lebih dari sejuta unit berfungsi asas yang disebut
nefron
 Setiap ginjal orang dewasa berukuran :
- 10 – 12 cm panjang
- 5 – 7 cm lebar
- 2.5 cm tebal
KEDUDUKAN GINJAL DALAM TUBUH DARI
PANDANGAN SISI
STRUKTUR GINJAL
•Setiap ginjal diliputi oleh tiga lapisan:
•Lapisan dalam dinamai kapsul renal atau kapsul sebenar.
•Lapisan luar terdiri daripada tisu perantara padat yang disebut
fasia renal atau
kapsul palsu.
•Diantara kedua-dua lapisan tisu ini ialah lapisan berlemak yang
dikenali sebagai lemak perirenal.
• Apabila ginjal dipotong dua secara longitudinal, kelihatan kawasan
yang pucat berhampiran dengan kapsul yang dikenali sebagai korteks.
• Korteks mengelilingi kawasan dalam yang lebih gelap yang disebut
medula.
•Medula terdiri daripada banyak kawasan segi tiga gelap yang dinamai
piramid.
• korteks yang pucat masuk kedalam di antara piramid membentuk
kolum-kolum renal.
STRUKTUR GINJAL
• Dasar setiap piramid menghadap ke korteks,
yang dinamai papila renal menghadap ke hilum.
manakala apeknya
• Setiap papila renal membuka ke dalam ruang kecil berbentuk
corong yang disebut kaliks minor.
• Gabungan kaliks minor membentuk kaliks major
• Gabungan dua tiga kaliks major membentuk pelvis ureter, iaitu
bahagian atas ureter yang melebar.
STRUKTUR GINJAL
(POSISI BELAHAN LONGITUDUDINAL)
NEFRON – UNIT YANG MEMBINA GINJAL
FUNGSI GINJAL
 Ginjal mempunyai 2 fungsi utama; iaitu:
1.
2.
Perkumuhan
Pengosmokawalaturan
 Sebagai organ perkumuhan, ginjal menyingkirkan
bahan kumuh toksik seperti:




Urea
Asid Urik
Ammonia
Kreatinina
 Sebagai organ pengosmokawalaturan, ginjal mengawal:




Jumlah isipadu air dalam bendalir badan
Kepekatan ion dalam bendalir badan
Tekanan osmosis iaitu kepekatan zat terlarut dan isipadu darah
serta bendalir badan
Kandungan elektrolit dan ph darah serta bendalir badan
FISIOLOGI PEMBENTUKAN AIR KENCING
 Fisiologi pembentukan air kencing boleh dibahagikan kepada
3 peringkat :
• Ultraturasan (Penapisan oleh gumpalan rerambut)
• Penyerapan semula di tubul uriniferus
• Rembesan dari salur halus kecil.
ULTRATURASAN (PENAPISAN)
• Peringkat pertama dalam pembentukan air kencing.
• Proses ini berlaku diantara glomerulus dan kapsul Bowman.
• Kandungan darah di dalam rerambut yang membina glomerulus
itu tertapis keluar secara mekanikal ke dalam kapsula
Bowman.
• Proses ultraturasan dapat berlaku glomerulus kerana:
• tekanan darah di dalam salurnadi ginjal dan cabangnya
adalah tinggi (ginjal terletak berhampiran aorta)
• Salung di dalam salurnadi halus penghantar adalah lebih besar
daripada salung di dalam salur nadi halus pengeluar.
• Rerambut atau kapilari darah yang membina gumpalan
rerambut mempunyai liang-liang halus yang banyak.
• Oleh itu, air dan bahan-bahan habluran( bahan yang mudah
larut) ditapis keluar dari gumpalan rerambut ke dalam kapsula
Bowman.
• Bahan-bahan koloid( iaitu bahan yang bermolekul besar)
seperti protien tidak ditapis keluar.
PENYERAPAN SEMULA
 Hasil tursan glomerulus akan mengalir masuk ke dalam tubul
berlingkar proksimal, liku Henle, tubul berlingkar distal dan
duktus pengumpul.
 Disepanjang tubul, hasil turasan glomerulus, iaitu air dan zat
terlarut diserap semula ke dalam aliran darah melalui kapilari
darah (kapilari peritubul) yang melingkari tubul uriniferus.
 Proses penyerapan semula adalah perlu kerana bahan yang
berguna perlu dikembalikan ke dalam aliran darah
PROSES ULTRATURASAN
PEREMBESAN ATAU PENGELUARAN
•
•
•
•
Perembesan ialah pergerakan bahan dari kapilari yang melingkari
tubul ( kapilari peritubul) ke dalam tubuh ginjal.
Bahan yang dirembes masuk ke dalam tubul merupakan bahan yang
tidak terturas ke dalam kapsul Bowman.
Bahan yang dirembes secara aktif ke dalam tubul ginjal ialah ion
hidrogen, ion kalium, bahan toksik seperti dadah dan bahan
bernitrogen.
Proses rembesan membolehkan badan mengawal atur ph bendalir
badan dan menyingkirkan bahan toksik atau bahan yang tidak
diperlukan. Lazimnya, air kencing terdiri daripada air,urea, garam
natrium klorida, asid urik dan ammonia.
PENGOSMOKAWALATURAN
 Proses pengosmokawalaturan merupakan proses keseimbangan






kandungan air dan garam mineral.
Komposisi bendalir badan lebih dipengaruhi oleh isipadu air kencing
yang disingkirkan oleh ginjal berbanding kuantiti air yan diambil oleh
badan.
Pengosmokawalaturan dikawal oleh hormon:
Hormon antidiuresis (ADH) yang dirembeskan oleh cuping posterior
kelenjar pituitari.
Hormon aldosteron yang dirembeskan oleh bahagian korteks kelenjar
adrenal. Perembesan hormon aldosteron juga dikawal oleh kelenjar
pituitari.
Hormon ADH mengawal ketelapan membren tubul berlingkar distal
dan duktus pengumpul terhadap air. Hormon ADH memyebabkan
kedua-dua menjadi lebih telap kepada air.Akibatnya, lebih banyak air
diserap ke dalam aliran darah.
Hormon Aldosteron mengawal atur penyerapan semula ion natrium di
liku Henle.
Mekanisme pengawalan air kencing oleh hormon
Mekanisme pengawalan air kencing oleh hormon
Dalam proses pengosmokawalaturan, penyerapan semula
air adalah lebih penting daripada penyerapan semula ion
natrium.
Proses pengosmokawalaturan oleh ginjal adalah berasaskan
kepada mekanisme suap balik negatif.
Air dalam darah diimbangi seperti berikut:
Impuls saraf
Minum terlalu
banyak air
Minum air sedikit / mkn makanan
masin / terlalu byk berpeluh
Impuls saraf
Tekanan osmosis
darah turun
Tekanan osmosis
darah meningkat
Osmoreseptor dlm
hipotalamus kurang
diransang
Kelenjar
pituitari
Hormon ADH Kurang
dirembeskan
Tubul liku distal &duktus
pengumpul bersifat tidak
telap air
Rembesan hormon ADH
ditingkatkan
Tubul liku distal & duktus
Pengumpul menjadi lebih telap air
Kurang air diserap
Air kencing banyak&
cair dihasilkan
Osmoreseptor dlm
hipotalamus diransang
Lebih banyak air diserap
Tekanan osmosis darah
kembali ke aras normal
Air kencing sedikit
dan pekat dihasilkan
IMBANGAN ELEKTROLIT,ASID DAN ALKALI.
 Ginjal merupakan organ hemoestatis penting dalam tubuh.
 Fungsi ini dikawal oleh nefron melalui 3 proses utama, iaitu
penapisan,penyerapan semula, dan rembesan.
Pada proses:
(a) Penapisan
 Menapis dan mengasingkan molekul-molekul besar dan kecil
 Proses berlaku di antara gomerulus dan kapsul Bowman
 H2O,glukosa, asid amino, dan urea dipaksa masuk ke Kapsul
Bowman
 Sel darah merah, putih dan platlet kekal dalam kapilari glomerulus
(b) Penyerapan Semula
Proses penyerapan semula berlaku disepanjang tubul proximal,
liku Henle dan tubul Distal
H2O diserap semula melalui proses osmosis, dan nutrien serta
mineral diserap melalui poses pengangkutan aktif
Penyerapan di tubul proximal adalah seperti berikut:
- 100% glukosa, asid amino, vitamin dan hormon
- 80% hasil penapisan diserap di sini
- 75% ion mineral diserap
- 70% air juga diserap di sini
Tubul proximal menyebabkan penyerapan efektif kerana:
- Membren sel tubul proximal terdiri daripada mikrovilus- ini
menambahkan permukaan penyerapan
- Mengandungi banyak mitokondria untuk menjana tenaga ATP
bagi membantu pengangkutan aktif
 Penyerapan semula di liku Henle
-Di liku Henle menurun, air diserap melalui osmosis dan di liku Henle
menaik natrium diserap.
 Penyerapan di tubul Distal
-Air diserap melalui proses osmosis, ion natrium dan ion bikarbonat
diserap melalui pengangkutan aktif
 Penyerapan di duktus pengumpul
-Air diserap melalui osmosis
(c) Rembesan
Berlaku di tubul proximal.nitrogen, dadah, dan antibiotik yang
dicerna oleh hati dirembes keluar
Ion kalium dan hidrogen dalam darah juga dirembes keluar di tubul
distal