Transcript File

• LAPORAN TAHUNAN 2010 PUSAT SUMBER SEKOLAH
• SJK( C ) TAMAN CONNAUGHT, KL
•
• Laporan aktiviti sepanjang tahun Pusat Sumber Sekolah bagi tahun
2010 dikemukakan seperti yang berikut:
• Pengerusi
: Pn. Cheng Sook Choo
• Naib Pengerusi I
: Pn. Ong Lay Jin
• Naib Pengerusi II
: En. Low Chong Keong
• Naib Pengerusi III
: En. Cheng Chee Boon
• Naib Pengerusi IV
: Pn. Loke Chow Hong
• Guru Perpustakaan
: Pn. Loo Mee Lan
• dan Media
•
• Setiausaha
: Cik Amy Lim Sook Hoon
• Ahli Jawatankuasa
: 1. Semua Ketua Panitia
•
2. Guru bilik-bilik Khas
•
3. Badan Pengawas Pusat Sumber
Aktiviti Tahunan Pusar Sumber Sekolah
SJKC Taman Connaught 2010
• 1. Program Hari Orientasi Tahun 1
• Tujuan Hari Orientasi Tahun Satu ini diadakan adalah
bertujuan bagi memberi sedikit pendedahan kepada
murid – murid tahun satu tentang suasana
persekitaran di sekolah iaitu tentang rutin kelas,
budaya bunyi loceng, perhimpunan khas serta
memperkenalkan lokasi tandas, bilik guru, Pejabat,
Pusat Sumber dan Kantin. Ini bagi memudahkan
murid – murid sebelum memulakan sesi
persekolahan sebenar yang akan bermula pada 04
Januari 2010 ini.
• 2. Perlantikan Jawatankuasa Pengawas PSS
• Aktiviti ini dijalankan pada 18 Januari 2010.
Seramai 50 orang murid telah dilantik sebagai
Pengawas Pusat Sumber bagi memastikan
perjalanan aktiviti PSS berjalan dengan lancar.
Upacara perlantikan, kursus orentasi
pengawas dan kepimpinan telah dijalankan
pada hari tersebut.
• 3. Pembentukan wartawan junior SJKC Taman Connaught
• Kelab Kewartawanan Pusat Sumber Sekolah telah berjaya
diadakan pada bulan Oktober 2009 yang melibatkan 32 orang
peserta daripada kalangan wartawan-wartawan junior .Kelab
Kewartawanan ini dikendalikan oleh Encik Cheng Chin Hor,
bekas wartawan Sin Chew Daily yang berpengalaman luas
dalam bidang kewartawanan dan penulisan berita.
• Kelab Kewartawanan antara lain bertujuan untuk
mendedahkan kepada para peserta berkenaan ciri-ciri
penulisan berita yang baik, di samping berkongsi pengalaman
daripada wartawan junior tentang cara untuk menghasilkan
berita yang mampu menarik perhatian massa.Selain
pendedahan daripada aspek-aspek teori, para peserta juga
dikehendaki menyiapkan tugasan berita yang memerlukan
mereka mempraktikkan ilmu-ilmu kewartawanan yang telah
dipelajari.
•
• 4. 10 minit bersama buku
• Melalui aktiviti ini, murid akan dikumpulkan di tapak
perhimpunan dan setiap murid akan membaca bahan
bacaan masing-masing selama 10 minit.Aktiviti ini
dijalankan awal pagi sebelum masuk ke kelas pada setiap
hari Selasa. Selepas itu, beberapa orang murid akan
dipanggil untuk memberikan sedikit ulasan tentang
bahan yang mereka baca.
• Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca
di kalangan murid dan sentiasa bersama dengan buku
walau di mana sahaja berada. Di samping itu, program ini
juga bertujuan untuk melatih murid supaya tidak
membazir masa dengan perkara-perkara yang tidak
berfaedah.
• 5. Sudut bacaan di dalam kelas
• Sudut bacaan di dalam kelas atau dikenali sebagai Pusat
Sumber Kelas bertujuan untuk mengisi masa lapang murid
sekiranya guru mata pelajaran lewat masuk ke kelas.
Melalui sudut bacaan ini, murid-murid akan membaca buku
bersama-sama sementara menuggu guru.
• 6. Pertandingan Mengarang Esei Bahasa Cina secara
Online 2010
• Pertandingan ini diadakan untuk memupuk budaya
membaca dan mencetuskan pemikiran kritis menerusi
aktiviti penulisan dalam kalangan pelajar. Pertandingan
Mengarang Esei Bahasa Cina secara Online 2010 ini juga
merupakan salah satu program untuk menggalakan
penggunaan bahasa cina yang baik dan betul untuk
mencungkil bakat menulis dan meluahkan pendapat serta
melengkapkan pengetahuan diri pelajar.
• 7. ASTRO XIAOTAI YANG 325
Juru Acara ASTRO XIAO TAI YANG Danny (Ah
Boy) mengunjungi SJKC Taman Connaught
untuk membuat rakaman wartawan junior
pada Hari Kitaran Semula. Guru Besar Pn.
Cheng Sook Choo, juru latih Kelab
Kewartawanan Encik Cheng Chin Hor dan
Penyelaras Kelab Kewartawanan Pn. Loo Mee
Lan (GPM) dan wartawan junior turut ditemu
ramah dan muncul di kaca TV ASTRO 325.
• 8. Penerbitan Surat khabar "Bang Bang Tang" 2010
• Bengkel ini disampaikan oleh wartawan senior Encik
Cheng Chin Hor daripada "Sin Chew Daily" . Beliau
membimbing wartawan junior cara-cara penyuntingan
dan penerbitan surat khabar secara DIY. Surat khabar
"Bang Bang Tang" akan diterbitkan oleh wartawan
junior sekolah ini pada bulan April 2010. Tujuan
penerbitan surat khabar ini adalah memberikan
pendedahan kepada wartawan junior mengenai cara
penerbitan senaskhah surat khabar,.Di samping itu,
aktiviti ini mempromosikan reformasi pendidikan
Bahasa Cina secara mendalam, mengukuhkan
hubungan dan komunikasi antara sekolah dengan
masyarakat.
• 9.Pelancaran Website PSS e-librarysjkctc.weebly.com
• Website ini dicipta oleh Guru Perpustakaan dan
Media Pn. Loo Mee Lan. Website ini merangkumi
pentadbiran dan pengurusan PSS, jenis-jenis
perkhidmatan PSS, maklumat sekolah dan segala
aktiviti-aktiviti yang dilancarkan di sepanjang
tahun. Website ini dilancarkan oleh Guru Besar
Pn. Cheng Sook Choo pada bulan Mei 2010.
• 10.Jualan Murah / Flea Market
• Flea Market dianjurkan oleh murid-murid Tahun 6
dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah pada 21
Julai bermula jam 9 pagi sehingga 3 petang,
mampu menjadi destinasi menarik untuk
dikunjungi kerana menghidangkan pelbagai
aktiviti daripada penjualan produk makanan,
minuman, pakaian, kosmetik, taman hiasan
hingga lelongan barangan peribadi dan antik.
Jumlah jualan dijadikan sumbangan dana sekolah
dan sumber pendapatan PSS.
•
• 11.Program NILAM peringkat sekolah
• Program Nilam diadakan atas rasional mewujudkan
budaya suka membaca dikalangan murid-murid
sekolah. Atas kesedaran inilah, SJKC TAMAN
CONNAUGHT melancarkan Program Nilam Peringkat
Sekolah. Guru Perpustakaan Pn Lee Kim Lin menjana
idea baru Untuk menjayakan Program NILAM ini. Bagi
kelas yang terbanyak mencatat buku Program Nilam
dapat memasuki pertandingan bola sepak antara kelas.
Idea ini mendapat sambutan hangat dari murid-murid
Tahun 3 – Tahun 6, maka bermula aktiviti membaca
dan mencatat oleh murid dengan pencapaian yang
menakjubkan.
• 12.Bengkel kemaskini ABM secara automasi
• PSS menggunakan prosedur
pinjaman/pemulangan bahan bukan buku
secara sistem automasi. Bengkel ini telah
dijalankan pada Julai 2010 berikutan cuti
sekolah pada November 2010. Semua panitia
telah mengemaskini Alat Bantu Mengajar
masing-masing dan mengumpulkannya bagi
tujuan pengumpulan ABM hujung tahun.
• 13.Lawatan Sambil Belajar
• Pada 17 Nov 2010, seramai 50 orang
pengawas Pusat Sumber Sekolah telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke A
Famosa Melaka.
• Lawatan yang diketuai oleh PK Hem Encik Low
Chong Keong bertolak dengan bas yang
disewa khas pd jam 9 pagi. sebelum
berangakat, cikgu mengikatkan pelajar agar
menjaga disiplin.
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Disediakan:
………………………………..
(Amy Lim Sok Hoon)
Setiausaha,
Pusat Sumber Sekolah,
SJK( C ) TAMAN CONNAUGHT, KL
Tarikh:30-11-2010
Disahkan:
………………………………..
(Pn. Cheng Sook Choo)
Pengerusi,
Pusat Sumber Sekolah,
SJK( C ) TAMAN CONNAUGHT, KL
Tarikh:30-11-2010