PENGENALAN KEPADA PTV

Download Report

Transcript PENGENALAN KEPADA PTV

BAB 4
FALSAFAH PENDIDIKAN
TEKNIK DAN VOKASIONAL
(PTV)
PENGENALAN KEPADA PTV
Menurut Yahya Emat (1993),vokasional berasal dari
perkataanInggeris iaitu ‘vocation’ bermaksud pekerjaan.
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ialah pendidikan dalam
sebarang jenis latihan yang berkaitan dengan kerja dan kemahiran
kerja.
Menurut UNESCO (1980), PTV bukan sahaja melatih seseorang
untuk membuat sesuatu pekerjaan dengan memberinya kemahiran dan
pengetahuan, tapi juga memupuk perkembangan sifat & watak untuk
menambah keupayaan memahami, menilai, melahirkan pendapat dan
menyesuaikan diri dengan persekitaran.
PTV merupakan elemen yang penting untuk melahirkan golongan mahir
dan separa mahir.
PTV dapat mendidik generasi baru dalam bidang pembangunan dan
perindustrian.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Pelan Tindakan
peningkatan pengeluaran Tenaga Manusia dengan menyatakan;
“Pelan tindakan Peningkatan pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan
meningkatkan pengeluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020
dengan menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjuruskan
pelajar ke bidang teknik semasa di sekolah menengah lagi. Pelan ini
melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di beberapa buah sekolah
menengah atas serta pengembangan sekolah menengah teknik dan politeknik.”
(Kementerian Pendidikan 1996:45)
SEJARAH PTV
Perkembagaan PTV dibahagikan kepada 4 peringkat;
 Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940)
 Semasa Pendudukan Jepun (1940-1945)
 Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1960)
 Tahun 1960 hingga sekarang
PERKEMBANGAN SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA (1900-1940)
Sebelum tahun 30-an, pendidikan teknikdan vokasional di Malaya
agak lembab kerana kerajaan British tidak begitu yakin keperluan
tenaga kerja dalam bidang berkenaan.
Mereka membahagikan kerja mengikut kaum
 Pendatang Cina-pertukangan
 Pendatang India-bekerja diladang getah
 Melayu-nelayan dan petani
Tidak terdapat keselarasan pendidikan pada masa ini.
Pada tahun 1906, sebuah Sekolah Teknik di Jalan Treacher, Kuala
Lumpur telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya.
Tujuan-melatih pembantu teknik bagi Jabatan Keretapi dan Jabatan
Kerja Raya
1918; namanya ditukar ke Sekolah Latihan Teknik di bawah Jabatan
Kejuruteraan Keretapi
1946;sekolah ini dinaikkan taraf dan dinamakan Maktab Teknik
1960, namanya ditukar ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pada tahun 1918, satu Jawatankuasa tentang Pendidikan Teknik
dan Perusahaan atau dikenali sebagai Jawatankuasa Lemon yang
telah mengesyorkan tiga perkara berikut;
Menubuhkan Sekolah Tukang yang dibuka kepada semua kaum yang
akan mengikuti pelajaran dalam bahasa Melayu.
Mendirikan sebuah Sekolah Teknik di Kuala Lumpur yang akan
memberi latihan dalam bahasa Inggeris dalam matapelajaran
kejuruteraan mekanikal, letrik, survey dan awam.
Menubuhkan sebuah sekolah pertanian di Kuala Lumpur.
Sekolah tukang yang pertama didirikan di Kuala Lumpur pada
1926.
Tujuan-untuk menyalurkan satu cabang pendidikan bagi pelajarpelajar sekolah rendah yang lemah dalam mata pelajaran
berbentuk akademik.
Empat buah sekolah Ketukangan telah dibina pada peringkat awal
dan ia ditempatkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor
Bahru.
Pada tahun 1946, nama sekolah-sekolah tersebut ditukar kepada
Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade School). Pada
tahun 1969 namanya ditukar sekali lagi dan kini dikenali sebagai
Sekolah Menengah Vokasional (SMV)
SEMASA PENDUDUKAN JEPUN (1941-1945)
Pada zaman ini, tiada perubahan perkembangan yang berlaku
dalam PTV.
Tapi, kursus lebih bercorak teknik telah dimulakan dan
diperkenalkan di Sekolah-sekolah Teknik dan Sekolah –sekolah
Ketukangan yang ada pada masa itu.
SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (1945-1960)
Pada zaman British, sistem pendidikan bersifat elitis dan golongan
miskin sentiasa ketinggalan kerana tidak mampu membayar yuran
persekolahan.
Selepas negara mendapat kemerdekaan, kerajaan telah menyusun
semula sistem pendidikan dengan mewujudkan sistem pendidikan
tunggal.
Pendidikan telah dilihat sebagai satu alat yang berkesan dan
berupaya untuk mencapai hasrat kerajaan.
Oleh itu, satu Jawatankuasa Pelajaran diketuai oleh Tn Abdul Razak
pada 1956 telah ditubuhkan dan telah menghasilkan Penyata Razak
Penyata Razak,1956
Menekankan perpaduan kaum dan penghasilan tenaga kerja
Beliau mencadangkan pendidikan teknik dikelolakan 3 peringkat;

Maktab Teknik yang mengambil pelajar lepasan sekolah
menengah.

Penubuhan Institusi Teknik yang mengambil pelajar yang telah
tamat tiga tahun sekolah menengah.

Penubuhan Sekolah Rendah Teknik (Pertukangan) yang
memberikan kursus tiga tahun kepada pelajar yang telah tamat
sekolah rendah dan juga kursus tiga tahun kepada murid yang
telah tamat dua tahun pendidikan menengah
Sekolah Lanjutan Kampung menyediakan kursus tiga tahun (Tingkatan
1-3)yang mengutamakan pendidikan luar bandar dan vokasional yang
mewajibkan pelajar mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.
Pada tahun 1956 dengan pelaksaaan Sistem Pendidikan Aneka
Jurusan, kesemua 19 buah Sekolah Lanjutan Kampung itu dijadikan
Sekolah Menengah Rendah yang menawarkan mata pelajaran Seni
Perusahaan sebagai matapelajaran pilihan.
Ciri-ciri Sistem Pendidikan Aneka Jurusan;
Semua pelajar diberikan 9 tahun pendidikan-6 tahun sek.rendah, 3
tahun di sek.menengah.
Slps tamat tahun 6,secara automatik diberi pendidikan tahun 7,8
dan 9 tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan.
Dari tahun7-9 (Ting 1-3), pelajar-pelajar diberi pend. Am dan
pravokasional iaitu pelajar perlu mengambil satu m/pljrn teras dan
satu m/pljrn pravokasional.
Selepas tahun 9, pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran untuk melayakkan ke Tingkatan 4 samada dalam aliran
akademik, teknik atau vokasional.
1960an Hingga Sekarang
Laporan Abdul Rahman Talib
menyatakan untuk mengadakan:a) Sekolah menengah pertukangan dan sekolah
teknik.
b) Institut teknik ditukarkan nama kepada
sekolah menengah teknik.
c) Sekolah lanjutan kampung yang menyediakan
pendidikan vokasional dan menekankan
pelajaran perusahaan kampung
hendaklah
ditambah dan dibuka
kepada lelaki dan
perempuan.
Pada tahun 1962, Sekolah Pelajaran Lanjutan yang
menitik beratkan pendidikan vokasional ditubuhkan.
Skim latihan guru bagi mereka yang mempunyai
kelulusan Tingkatan Lima menjalani pendidikan
profesional selama dua tahun dalam pengajaran mata
pelajaran vokasional telah diwujudkan untuk mengatasi
masalah guru di Sekolah Pelajaran Lanjutan.
Satu skim latihan guru tergempar telah dimulakan
pada tahun 1962 di beberapa pusat latihan sebagai
langkah jangka pendek pada waktu itu.
Guru pelatih akan mengikuti kursus perguruan selama
tiga tahun pada setiap hujung minggu sambil mengajar
pada hari-hari sekolah.
Sistem aneka jurusan yang memperkenalkan empat
matapelajaran iaitu sains pertanian, seni perusahaan,
perdagangan dan sains rumah tangga telah diwujudkan.
Bahagian teknik dan vokasional telah ditubuhkan pada
tahun 1964 ekoran daripada usaha
memperkembangkan pendidikan teknik dan vokasional.
1970an Hingga sekarang
Laporan Kabinet
Terdapat empat perakuan yang menyentuh tentang pendidikan
teknik dan vokasional.
Perakuan 111- Luaskan pendidikan teknik dan
vokasional.
Perakuan 112- Tambah kemudahan fizikal di sekolah
menengah biasa bagi memudahkan
pendidikan amali.
Perakuan 113 - Tambah pengambilan pelajar di politeknik
mengikut keperluan tenaga rakyat
Perakuan 114- Tingkatkan kemahiran pengurusan pegawai di
Bahagian Teknik dan vokasional
Perkembangan Bilangan Sekolah Teknik
(SMT) Dan Vokasional (SMV)
Pada tahun1969 enam buah SMV telah dirancang dan siap
dibina pada tahun 1972 hingga 1973 di bawah rancangan
Pinjaman Bank Dunia. Sekolah-sekolah tersebut ialah :
i) Sekolah Menengah Vokasional Seremban
ii) Sekolah Menengah Vokasional Kangar
iii) Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar
iv) Sekolah Menengah Vokasional Kuala Terengganu
v) Sekolah Menengah Vokasional Muar


Pada tahun 1965-1968, beberapa buah SMT turut dibina di
Pulau Pinang, Kuantan dan Kuala Lumpur.
Pada tahun 1969, sebuah politeknik dibina di Ipoh untuk
menampung permintaan pelajar-pelajar yang kian meningkat.
Sehingga awal tahun 1970an, terdapat 3 buah SMT, 13
buah SMV (termasuk 4 buah Sekolah Menengah
Pertukangan yang dijadikan SMV dan 3 buah Sekolah
Lanjutan Kampung yang diubahsuai menjadi SMV) dan
sebuah politeknik.
Bermula tahun 1980an perkembangan SMT dan SMV
adalah pesat seperti yang tertera dalam jadual di
bawah;
Tahun
Bil SMT
Bil SMV
1968
3
6
1970
3
9
1980
9
30
1985
9
37
1991
9
57
Antara tahun 1989-1990 juga, sebayak 2 buah
politeknik juga telah didirikan di bawah Pinjaman Bank
Dunia.
Jumlah pelajar SMV pada tahun 1987 adalah 15,000
orang dan jumlah ini dijangka telah bertambah
sebanyak 34,000 orang pada tahun 1991.
Berdasarkan statistik bilangan sekolah pendidikan
teknik dan vokasional serta jumlah pelajar pada hari
ini, arah aliran permintaan bagi pendidikan bercorak
teknik dan vokasional semakin popular jika
dibandingkan dengan zaman 30-an dahulu.
Dasar Dan Perkembangan PTV
Falsafah Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah
sebahagian daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan boleh lihat sebagaimana di bawah:
“Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional di
Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek, berkemahiran dan berketrampilan
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.”

Falsafah PTV telah berkembang sejak zaman penjajahan Inggeris di
Tanah Melayu.
Unsur-unsur falsafah dan matlamat PTV digubal bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek akademik,
jasmani, rohani, sosial dan vokasional iaitu penguasaan kemahiran
bekerja.
Objektif pelaksanaan PTV adalah untuk:
i)
ii)
iii)
iv)
Membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja
dan tanggungjawab dalam diri pelajar supaya dapat digunakan
secara berfaedah dan produktif.
Menyumbangkan tenaga yang lebih produktif dalam perindustrian
dan proses pemodenan .
Mengembangkan potensi pelajar dan memperbaiki kualiti hidupnya
dengan cara meluaskan lagi kemahiran dan pengetahuannya.
Membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran serta
membentuk kecenderungan dalam bidang teknik dan vokasional bagi
memenuhi keperluan tenaga manusia terlatih di negara ini.
Konsep Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Pada dasarnya terbahagi kepada dua iaitu:i) Pendidikan Am dan Teknikal
ii) Pendidikan Vokasional
Pendidikan ini turut di strukturkan kepada tiga
kategori iaitu Institut Vokasional untuk melatih
pekerja-pekerja mahir dan separuh mahir, Politeknik
sebagai institusi melatih juruteknik-juruteknik dan
Universiti untuk melatih jurutera-jurutera.
Selain daripada mendidik dan melatih pelajar dengan
kemahiran-kemahiran untuk pekerjaan, ia juga
membentuk perkembangan kognitif dan personaliti
supaya mereka lebih memahami diri sendiri dan alam
persekitaran yang bercorak sosial dan fizikal.
Konsep perlaksanaan pendidikan teknik dan vokasional
adalah seperti berikut :
Pendidikan Teknik
Bertujuan untuk menyediakan pelajar yang cenderung
kepada bidang teknik di peringkat pendidikan menengah
atas bagi membolehkan pelajar mendapat pekerjaan di
sektor teknikal, perindustrian dan perdagangan.
Objektif pendidikan teknik adalah:
i) Memberi peluang pendidikan akademik yang
seimbang.
ii) Menyediakan pendidikan asas dalam bidang
sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai
kecenderungan terhadap bidang teknikal.
iii)Ia juga bertujuan untuk memupuk dan mengekalkan
minat seterusnya membolehkan pelajar melanjutkan
pengajian dalam bidang yang berkaitan di institusi
pengajian tinggi.
Pengambilan pelajar ke sekolah menengah teknik
adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan
PMR yang baik dan pelajar yang berminat dalam
bidang teknik.
Pelajar-pelajar di sekolah teknik mengambil
peperiksaan SPM dipenghujung Tingkatan lima.
Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Lukisan Teknik
dan Kejuruteraan, Kejuruteraan Awam, Mekanikal,
Elektrikal, Binaan Bangunan, Ilmu Ukur, Perdagangan
dan Pertanian.
Kursus-kursus ini seterusnya diubah dan bertambah
dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan
perkembangan pendidikan di negara ini.
Pendidikan Vokasional
Bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cenderung
kepada bidang vokasional di peringkat pendidikan
menengah atas.
Kursus-kursus yang diadakan memberi pengetahuan
asas vokasional dan kemahiran yang kukuh bagi
membolehkan pelajar mendapat pekerjaan sebagai
tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor
perindustrian, perdagangan dan pertanian.
Ini dapat dicapai melalui kaedah kurikulum yang luas
dan mudah diubah bagi memenuhi bukan sahaja
keperluan semasa tetapi juga keperluan akan datang
dan perubahan dalam teknologi.
Melalui pendidikan asas dalam bahasa, matematik dan
sains membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan
cara baru dalam pekerjaan dan membolehkan mereka
mencapai kecekapan kerja yang lebih tinggi pada masa
akan datang.
Kursus-kursus yang ditawarkan meliputi bidang
ketukangan seperti pendawaian dan pemeliharaan
elektrik, pembaikan televisyen, radio dan elektronik,
penyejukan penyaman udara, kursus automatif, amalan
bengkel mesin, kimpalan dan fabrikasi logam, binaan
bangunan, perdagangan, pertanian dan sains rumah
tangga.
Beberapa kursus baru turut diperkenalkan seperti
multimedia kreatif (animasi, pengiklanan), teknologi
maklumat, rekabentuk perabot dan lukisan teknik.
Kursus-kursus ini terus berkembang dari tahun ke
tahun berdasarkan perkembangan dan keperluan
negara.
Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional
Sistem pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu
mantap, berkesan dan effesien dalam melaksanakan programprogram yang ada dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Semua sumber yang tersedia perlu diuruskan berasaskan prinsip
keberkesanan dan kecekapan.
Terdapat sebanyak 20 buah Politeknik yang beroperasi di seluruh
negara.
Politeknik melahirkan ramai lulusan yang menjadi sumber tenaga
kerja separa professional negara.
Bahagian pengurusan semua Politeknik dan beberapa sekolah
menengah teknik telah mendapat pengikhtirafan ISO bagi
aktiviti merancang dan melaksana pengurusan institusi dalam
situasi keberkesanan dan kecekapan.
Keberkesanan dan kecekapan pengurusan pendidikan menuntut
tahap profesionalisme yang tinggi, berkualiti dan cemerlang di
kalangan ketua, pegawai dan juga tenaga pengajar.
Program Pendidikan Teknik dan Vokasional melibatkan
penggunaan kos yang tinggi.
– Memperkenalkan program “Time Sector Privatization (TSP)”
dimana melalui program ini, beban kos yang ditanggung dapat
dikurangkan.
Progam TSP:
 Megurangkan beban tanggungan kos.
 Membenarkan pihak swasta dan aeam menggunakan
kemudahan pada kadar yang tertentu.
 Menyumbangkan latihan dan peningkatan kemahiran
 Mengoptimumkan kemudahan sekaligus memperolehi
pendapatan
 Menjadi penjalin hubungan yang kukuh antara Politeknik
dengan pihak industri, bisnes dan komuniti.
Perancangan Dan Penyelidikan PTV
Peningkatan penduduk Malaysia menunjukkan bahawa lebih
banyak peluang pekerjaan dan latihan yang perlu disediakan.
Golongan yang berusia antara 15 tahun hingga 64 tahun yang
paling banyak memasuki pasaran buruh.
Kepesatan perkembangan industri membuatkan permintaan
sumber tenaga mahir atau separuh mahir bertambah melebihi
tawaran.
Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir atau
sepatuh mahir:
 Pembinaan sekolah teknik baru dengan penekanan kepada
aliran vokasional
 Tawaran kursus vokasional di sekolah menengah teknik sedia
ada.
 Pertambahan tawaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
dan Teknologi Kejuruteraan di sekolah menengah harian
 Semakan semula dan kemaskini kurikulum pendidikan
vokasional
 Pembinaan kolej komuniti yang baru.
 Pembinaan Politeknik yang baru.
 Meningkatkan kapasiti dan pengambilan pelajar untuk
pendidikan dan latihan vokasional
Masalah yang dihadapi dalam pendidikan teknikal dan vokasional
dapat diatasi dengan merombak kembali seluruh dasar, struktur
dan perancangan agar sesuai dengan anjakan paradigma dalam
sesuatu bidang yang berkaitan.
Kesemua langkah perancangan dan pelaksanaan yang dibuat
dipenuhi melalui pembuatan keputusan.
Latihan Dan Kemajuan Staf PTV
Melalui sistem pendidikan teknik dan vokasional, institusiinstitusi perlu dibekalkan dengan tenaga pengajar yang
mencukupi dari segi jumlah dan kepakaran.
Rancangan jangka pendek dan jangka panjang oleh Bahagian
Latihan dan Kemajuan Staf (BLKS) adalah penting bagi
meranvang keperluan tenaga pengajar ini.
Perancangan BLKS melibatkan kehendak permintaan dan
penawaran berdasarkan kepada mata pelajaran dan jenis kursus.
Pemilihan dan permohonan sistem tenaga pengajar teknikal
merupakan asas yang penting dalam pembangunan sistem tenaga
pengajar yang profesional.
Pengurusan pula akan mengawal penyebaran dan penempatan
tenaga pengajar agar tiap-tiap institusi akan mempunyai kualiti
guru yang sama dari segi kelayakan, kepakaran dan pengalaman.
BLKS turut mengendalikan program pembangunan staf yang
komprehensif dalam peningkatan ilmu dan kemahiran.
Kurikulum PTV
Kurikulum ialah jumlah kegiatan aktiviti pembelajaran dan
pengalaman yang pelajar perlu patuh dibawah pentadbiran
sekolah.
Kurikulum membolehkan kita menilai apa yang ditawarkan dalam
pendidikan teknik dan vokasional serta bagaimana pembelajaran
umum pelajar.
Kurikulum PTV yang dibentuk mesti berasaskan/ berkaitan
dengan alam pekerjaan.
Kurikulum PTV perlulah fleksibel dan dapat memenuhi keperluan
pelajar dan masyarakat.
Kurikulum untuk PTV hendaklah ditentukan dengan mengambil
kira isi kandungan yang bermakna dan sesuai.
Kurikulum PTV mempunyai beberapa kriteria yang
membezakannya dengan pendidikan yang lain.
Kriteria asas bagi kurikulum PTV ialah orientasi, penilaian, fokus,
standard kejayaan dalam dan luar sekolah, hubungan masyarakat
dengan sekolah, campurtangan kerajaan dan pembelanjaan.
Kurikulum PTV merupakan kurikulum yang relevan kepada
keperluan industri, bisnes, komuniti dan individu.
Kualiti pendidikan dapat ditentukan melalui penyediaan dan
penawaran kurikulum yang relevan di samping memberi
penyediaan yang lengkap terhadap graduan bagi melagkah ke alam
pekerjaan mahupun ke peringkat tertinggi.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL DI MALAYSIA
Di dalam perkembangan pendidikan teknik dan
vokasional di Malaysia, semakin hari semakin
bertambah bilangan institusi-institusi latihan bagi
menyediakan pekerja yang separa mahir dan mahir
di dalam industri.
Ini adalah selaras dengan objektif pendidikan
teknik yang mana berfungsi untuk menyediakan
pelajar yang cenderung kepada bidang teknik di
peringkat menengah atas bagi membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam
bidang teknik dan seterusnya membolehkan pelajar
mendapat pekerjaan di sektor teknikal,
perindustrian dan perdagangan.
Di antara agensi – agensi kerajaan yang terlibat di
dalam menyediakan latihan khusus dalam bidang
teknikal adalah :
a) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
b) Kementerian Sumber Manusia
c) Kementerian Belia dan Sukan
d) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
e) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
Manakala, agensi – agensi swasta yang menyediakan
kursus dalam bidang teknikal adalah :
a) Institut Teknologi Federal
b) Institut Teknologi Pekerja
c) Jayadiri Institute Of Technology. dll
INSTITUT LATIHAN DALAM
PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL
Politeknik & Kolej Komuniti
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
POLITEKNIK
KOLEJ KOMUNITI
POLITEKNIK
Objektif penubuhan politeknik adalah untuk melatih
lepasan sekolah menengah menjadi pembantu teknik,
juruteknik dan eksekutif perniagaan yang terlatih
dengan menyediakan pengetahuan teknologi dan
pengalaman kerja yang relevan.
Semua kursus yang dikelolakan oleh politeknik adalah
kursus sepenuh masa diperingkat sijil dan diploma.
Terdapat 37 jenis kursus yang ditawarkan di
politeknik.
Di antara kursus - kursus yang ditawarkan di
politeknik adalah :
a) Kejuruteraan Awam
b) Kejuruteraan Elektrik / Elektronik
c) Kejuruteraan Mekanikal
d) Kejuruteraan Teknologi Komputer
e) Perdagangan
f) Senibina
g) Teknologi Memproses Makanan dll
KOLEJ KOMUNITI
Matlamat kolej komuniti ialah menyediakan peluang
yang lebih luas dalam pendidikan dan latihan untuk
kumpulan yang kurang bernasib baik dari segi
akademik dan sosial.
Ini membolehkan mereka mengambil bahagian yang
aktif dalam pekerjaan dan peluang perniagaan, dan
dengan itu turut menyumbang kepada kemajuan dalam
pengagihan pendapatan.
Ia menawarkan kursus di peringkat sijil dan diploma
Selain menawarkan kursus secara formal, kolej
komuniti juga menyediakan kursus – kursus pendek
yang bukan formal.
Kementerian Belia dan Sukan
Terdapat 17 pusat belia negara ditubuhkan di
Malaysia.
Objektif penubuhan pusat belia negara ini adalah
untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknikal
dan pembuatan bagi mengatasi kekurangan tenaga
mahir dalam bidang pembuatan di Malaysia.
Salah satu contoh pusat belia negara adalah Institut
Kemahiran Tinggi Belia Negara, Selangor.
Kementerian Sumber Manusia
Institut Latihan
Perindustrian
(ILP)
Institut Teknikal
Jepun –Malaysia
(JMTI)
Kementerian Sumber Manusia
Pusat Latihan
Teknologi
Tinggi (ADTEC)
Pusat Latihan
Pengajar
Dan Latihan
Lanjutan
(CIAST)
MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL
KEBANGSAAN (MLVK)
Latar belakang MLVK
- ditubuhkan pada 2 Mei 1989 yang bertujuan untuk
merumus, mengalakkan dan menyelaraskan strategi
serta program latihan vokasional dan perindustrian
sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi dan
pembangunan ekonomi negara.
- Ia merupakan agensi kerajaan di mana ianya terdiri
daripada ahli-ahli majlis iaitu :
a) Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia
sebagai pengerusi
b) 10 wakil pihak kerajaan.
c) 10 wakil sektor swasta.
Objektif penubuhan MLVK adalah :
a) untuk mewujudkan satu sistem penyelarasan latihan
vokasional dan perindustrian yang menyeluruh dan
bersesuaian dengan strategi dan objektif
pembangunan negara yang bercita-cita untuk
menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang
berdasarkan bidang perindustrian menjelang tahun
2020.
b) untuk mengalakkan, memperkembangkan, membantu
dan membangunkan program-program latihan
vokasional dan perindustrian di peringkat mahir dan
separuh mahir.
INSTITUSI LAIN DAN UNIVERSITI
Di antara universiti dan institusi yang menawarkan
kursus dalam pendidikan teknik dan vokasional adalah :
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO)
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR)
- Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia
(KUKTEM) dll
Peranan PTV dalam Pembangunan Negara
 Dari sudut ekonomi, PTV berperanan dalam melahirkan
keperluan tenaga profesional dan separa profesional dan
akan mempengaruhi output dan keberkesanan ekonomi
negara
 Dari Sudut sosial, PTV berperanan dalam meliputi
peningkatan suatu perkhidmatan dalam bidang
pendidikan, peningkatan peluang dan pemberian
kemudahan-kemudahan dalam pendidikan dan latihan
teknikal
 Dari sudut individu, dapat merangsang
individu/pelajar untuk terus belajar bagi meningkatkan
kemahiran dan kebolehan dalam bidang teknikal, dan
melahirkan pelajar yang mempunyai pakej pengetahuan
dalam bidang teknikal.
Peranan PTV dalam Pembangunan Kerjaya
 Mewujudkan tenaga mahir dalam bidang teknik dan
vokasional untuk memenuhi matlamat kerajaan dalam
menghasilkan satu kumpulan k-workers yang
berpengetahuan dan kemahiran tingi
 Dalam pembangunan sumber tenaga manusia untuk
mengisi keperluan perkidmatan dalam bidang teknikal
seperti mekanikal, kejuruteraan, elektrik
 Untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor tenaga
kerja dalam bidang kemahiran teknik dan vokasioanl
Cabaran masa depan PTV
 Untuk mengubah sikap masyarakat terhadap PTV
 Untuk mempertingkatkan kualiti dalam latihan
kemahiran bagi mengeluarkan pekerja yang betul-betul
mahir
 Untuk mewujudkan sumber tenaga manusia yang
mahir. Kemahiran yang selaras dan relevan dengan
permintaan pasaran.
 Untuk meningkatkan kuantiti PTV. Peningkatan kuantiti
melibatkan penambahan institusi-institusi teknik dan
vokasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja.
Pengiktirafan
 Perlaksanaan Sistem Persijilan Kebangsaan Malaysia
mengalakkan pengiktirafan pembangunan sumber
manusia negara terutamanya tenaga mahir selaras
dengan hasrat untuk mencapai wawasan 2020.
 Sistem pengiktirafan ini bertindak sebagai motivasi
bagi menggalakkan pembelajaran. Standard
kemahiran ini membolehkan para majikan dan
pekerja menilai kompetensi dan memfokuskan
keperluan latihan berdasarkan penetapan kemahiran
kerja dan sekaligus peningkatan employability pekerja.
Kesimpulan
Kewujudan PTV merupakan faktor utama dalam
menyumbang ke arah perindustrian, pembangunan dan
kehidupan sosial. Berbeza dengan pendidikan formal
lain, PTV dibentuk agar memenuhi keperluan guna
tenaga secara langsung dan memberi implikasi yang
positif bagi perkembangkan negara.
PTV haruslah berhadapan dengan beberapa cabaran
masa depan – sikap masyarakat, meningkatkan kualiti
dan kuantiti, dalam usahanya untuk menyahut seruan
kerajaan menjelang tahun 2020.