Transcript P4_GMGA3023
BAB 7 KEPIMPINAN DAN PERSEKITARAN ORGANISASI 1. Memahami persekitaran yang merencanakan organisasi. 2. Membincangkan peranan pemimpin dalam kumpulan kerja. 3. Melihat pengaruh tekanan terhadap stail kepimpinan. PERSEKITARAN ORGANISASI • Menurut David (1953), stail kepimpinan yang mencorakkan organisasi haruslah padan dengan trend dan stail yang sentiasa berlaku di sekeliling yang pastinya mempengaruhi organisasi. • Pasaran, ekonomi, demografi, sosiobudaya teknologi, dan juga politik antarabangsa (Ginter & Duncan, 1990). • Menurut Ahmad Atory (1985), penguasaan persekitaran organisasi dikehendaki kerana keperluannya sebagai environmental scanning yang mana dilengkapi dengan maklumat penting bagi menguruskan krisis dan membuat perancangan strategik. • Menurut Bourgeois (1985), organisasi akan berjaya dan stabil apabila pengurus yang mengetuai organisasi tersebut menguasai maklumat dan persekitarannya seperti mengenai pasaran dan juga teknologi. PERSEKITARAN ORGANISASI • Menurut Yukl (2002), pengurusan yang cekap terhadap persekitaran khasnya persekitaran luaran telah menjadi tanggungjawab utama pemimpin dan pihak urusan atasan. – Beberapa panduan bagi seseorang pengurus untuk menguasai persekitaran organisasi: PERSEKITARAN ORGANISASI • Mengenal pasti maklumat yang perlu. • Menggunakan pelbagai kaedah dalam mendapatkan sumber maklumat. • Memahami keperluan organisasi dan subordinat. • Memahami sebarang ancaman yang bakal berlaku. • Kaitkan persekitaran dengan plan strategik. KEPIMPINAN DAN KUMPULAN KERJA • Setiap organisasi mempunyai subunit yang berperanan atau berfungsi di beberapa bahagian seperti pengeluaran, operasi, jualan dan akaun dengan pengawasan oleh seorang pemimpin. • Menurut Zainal (1997) kumpulan kerja boleh wujud dalam banyak bentuk seperti kumpulan formal, tidak formal, sementara atau kekal, kombinasi dari jabatan yang berlainan dan sebagainya. KEPIMPINAN DAN KUMPULAN KERJA • Jenis-jenis kumpulan: (Rujuk ms 141-147) – Formal Team – Informal Team – Cross Functional Team – Self Managed Moral Team – Virtual Team SIFAT DAN SKIL • Keperluan psikologi dapat dilihat daripada sifat-sifat seperti penyabar, marah, suka dan sebagainya. • Manakala motif pula dapat dilihat kepada pencapaian, kuasa, keyakinan, komunikasi yang baik dan lain-lain lagi. • Nilai juga turut dikaitkan dengan pembentukan sifat seseorang individu atau pemimpin. • Nilai merupakan tingkah laku dalaman yang menggariskan perbezaan antara baik dan buruk, betul atau salah, etika serta moral sesuatu tindakan. PEMIMPIN, PERUBAHAN DAN TEKNOLOGI • Pemimpin tidak seharusnya menolak sebarang pembaharuan dalam penggunaan teknologi. • Organisasi harus memanipulasikan teknologi sedia ada bagi memastikan organisasi yang diwakili tidak tenggelam dan masih bertahan. • Sistem pengurusan yang sedia ada akan dinaik taraf kepada sistem pengurusan yang lebih cekap dengan digerakkan oleh pekerja mahir dan berpengetahuan (k-worker). PEMIMPIN, PERUBAHAN DAN TEKNOLOGI • Al-Kibsi et al. (2001), perubahan dalam sesebuah organisasi bukan sahaja akan melibatkan struktur atau persekitaran fizikal tetapi yang paling penting ialah sumber manusia yang dimiliki. • Kotter (1988) mendapati bahawa 60 peratus kegagalan dalam sebarang inisiatif untuk berubah dalam organisasi disebabkan oleh diri dan minda pekerja itu sendiri. • Kajian ini juga sependapat dengan Muhammad Rais dan Nazariah yang menyatakan bahawa proses perubahan dalam organisasi khasnya yang melibatkan teknologi biasanya akan mengundang rasa tertekan dan tidak selesa kepada kakitangan terbabit. • Kebolehan dan kemahiran sangat diperlukan bagi memastikan teknologi yang diperkenalkan digunakan secara maksimum. KEPIMPINAN, STRES DAN KONFLIK • 3 jenis konflik yang dibincangkan oleh Bertand (1948): 1) Diri 2) Antara manusia 3) Pasukan KEPIMPINAN, STRES DAN KONFLIK • Pengurusan Konflik • Thomas (1975) menyarankan beberapa kaedah yang biasanya digunakan dalam pengurusan konflik. 1. 2. 3. 4. 5. Pengelakan Penyesuaian Persaingan Kompromi Permuafakatan Perkaitan antara Stres dan Konflik • Stres atau tekanan wujud disebabkan oleh konflik antara kebolehan diri dan tuntutan tugas yang dilakukan. • Menurut Hollander (1978), stres ialah keadaan yang mengganggu kestabilan badan yang boleh menyumbang kepada rasa tertekan dan ketegangan. Perkaitan antara Stres dan Konflik • Leavirt (1958) melihat stres sebagai destree yang berasal dari Perancis yang membawa maksud kesempitan atau penekanan. • Guess et al. (1977) melihat stres dari sudut yang berbeza. • Membahagikannya kepada dua jenis iaitu stres positif (eustress) dan juga negatif (distress). Perkaitan antara Stres dan Konflik • Kesan tekanan terhadap kualiti dan mutu kerja bukan saja mempengaruhi hasil produk yang dihasilkan tetapi turut mempengaruhi sikap individu terbabit. • Apabila tekanan mengikut emosi, pemikiran seseorang mudah terganggu. Perkaitan antara Stres dan Konflik • Disebabkan oleh beban kerja yang berlebihan dan persekitaran kerja yang tidak menarik (Sadler, 2003). • Menurut Levi lagi, apabila peluang dan kehendak tidak ada kesesuaian, ditambah pula dengan ketidakmampuan maka tekanan akan berlaku dengan kerap dan cepat. Perkaitan antara Stres dan Konflik • Kajian oleh Crom dan Bertels (1999) dalam kalangan polis Cincinatti mendapati bahawa kebanyakan responden sangat tertekan disebabkan oleh perubahan jadual bertugas yang sering dilakukan oleh pihak pengurusan atasan tanpa mengambil kira keperluan anggota lain. Perkaitan antara Stres dan Konflik • Menurut Zainal (1997), konflik sebenarnya jika dilihat dari sudut positif mampu memberikan impak yang besar kepada organisasi. dan mengubah sikap bagi memperbaiki situasi dan keadaan sedia ada. • Kajian Robbins (1984) telah mendapati bahawa stres bukanlah situasi yang sepenuhnya menyumbang kepada keadaan negatif, namun dalam konteks yang berbeza, stres akan membawa kepada keterbukaan untuk berhadapan dengan cabaran dan halangan. Perkaitan antara Stres dan Konflik • Menurut Razali (1990), konflik dan tekanan seharusnya ada dalam organisasi kerana organisasi yang bebas daripada sebarang konflik dan tekanan ialah petunjuk kepada pasifnya organisasi tersebut. Perkaitan antara Stres dan Konflik • Persoalan: • Apakah bentuk stres dan konflik yg bakal wujud dlm bentuk kump berbeza dan apakah gaya kepimpinan yang sesuai dlm menangganinya? TAMAT BAB 7 KEPIMPINAN DAN PERSEKITARAN ORGANISASI BAB 8 KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI AWAM 1. Mengenal pasti kepimpinan dan stail pentadbiran dalam organisasi awam. 2. Membincangkan secara jelas mengenai sektor awam serta kepimpinan eksekutif yang mendominasinya. 3. Melihat kepada anjakan paradigma serta perubahan yang biasanya berkait rapat dengan kepimpinan di sektor awam. 4. Mengenal pasti budaya kerja yang perlu berlaku apabila sektor awam mula membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan peningkatan mutu perkhidmatan awam. DEFINISI SEKTOR AWAM • Sektor awam dapat didefinisikan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai berdasarkan kepada tuntutan dan kehendak negara. • Menurut Ahmad Atory (1985), sektor awam boleh dilihat sebagai satu kegiatan ekonomi yang menyediakan perkhidmatan kerajaan yang lebih bersifat keperluan asas seperti bekalan air, sekolah, bekalan elektrik dan sebagainya. DEFINISI SEKTOR AWAM • Sektor awam dapat diertikan sebagai pentadbiran kerajaan. • Ini bermakna sebarang urusan pentadbiran lebih merujuk kepada penyediaan perkhidmatan yang memenuhi kepentingan awam. • Sektor awam juga didefinisikan sebagai sebahagian daripada kegiatan ekonomi yang tidak dikawal oleh individu lain, organisasi, sukarela dan juga pihak swasta. DEFINISI SEKTOR AWAM • Dengan mengambil kira kecekapan dalam perjalanan sektor swasta, kerajaan juga turut menjalankan polisi yang sama dengan pendekatan memenangi hati pelanggan tanpa berkompromi terhadap mutu dan kualiti perkhidmatan (Ahmad Atory, 1985). PERSEKITARAN ORGANISASI • Menurut Yukl (2002), pengurusan yang cekap terhadap persekitaran khasnya persekitaran luaran telah menjadi tanggungjawab utama pemimpin dan pihak urusan atasan. – Beberapa panduan bagi seseorang pengurus untuk menguasai persekitaran organisasi: PENGORGANISASIAN DAN PENSTAFAN ORGANISASI AWAM • Menurut Ahmad Atory (1998), pentadbiran sektor awam lebih kepada amalan kawalan kuasa secara berpusat. • Ini bermakna kuasa organisasi lebih tertumpu kepada pihak atasan semata-mata. • Keputusan akan diputuskan oleh pihak pemimpin daripada hierarki tertinggi dalam sesebuah carta organisasi. • Keadaan ini berlaku kerana peruntukan kerajaan amat terhad dan sebarang perbelanjaan haruslah berada dalam perancangan belanjawan yang telah dibuat (Ahmad Atory, 1998). KEPIMPINAN EKSEKUTIF • Pengurusan yang berkesan amatlah diperlukan dalam menjamin kewibawaan sesebuah organisasi. • Malah pengurusan yang efektif juga amat diperlukan dalam memastikan objektif organisasi dan keperluan subordinat dapat dipenuhi serentak. • Menurut Drucker (1988), eksekutif boleh ditafsirkan sebagai seorang individu yang memegang jawatan utama dalam organisasi dan individu tersebut haruslah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan berkemahiran luas. KEPIMPINAN EKSEKUTIF • 5 amalan bagi mencerminkan ciri-ciri seseorang eksekutif berkesan (Drucker, 1988): 1. Tahu hala tuju organisasi 2. Melihat kepada hasil 3. Memberi tumpuan kepada kekuatan yang dimiliki 4. Tumpuan kepada kerja yang lebih besar dan mencabar sahaja 5. Hanya keputusan terbaik dihasilkan KEPIMPINAN EKSEKUTIF: CABARAN TERHADAP ORGANISASI AWAM • Pemimpin harus bertanggungjawab dalam memastikan kejayaan organisasi di bawah jagaannya. • Pemahaman terhadap tingkah laku pekerjanya haruslah dikuasai. • Menurut Stogdill (1974), situasi berbeza amat memerlukan pendekatan yang berbeza. KEPIMPINAN EKSEKUTIF: CABARAN TERHADAP ORGANISASI AWAM • Menurut Stogdill dan Bass (1990), apabila organisasi mencapai sesuatu keadaan iaitu operasi berjalan dengan lancar dan stabil, ahli organisasi akan rasa lebih berdaya saing dan mampu melakukan tugasan yang lebih mencabar lagi. • Salah satu daripada cabaran yang bakal dilalui oleh para eksekutif di sektor awam ialah menjadikan organisasi terlibat mengamalkan sistem urus tadbir yang baik (corporate governance). KEPIMPINAN EKSEKUTIF: CABARAN TERHADAP ORGANISASI AWAM • Pemimpin-pemimpin sektor awam juga berhadapan dengan cabaran daripada penggunaan teknologi. • Karenah birokrasi masih dilihat sebagai satu tembok yang sukar untuk dipecahkan dalam jabatan-jabatan atau agensiagensi kerajaan. INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI KAKITANGAN AWAM • Menurut Ahmad Sarji (1992), tindakan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan akauntabiliti dan integriti awam ialah dengan penyataan yang jelas mengenai tugas dan tanggungjawab bagi setiap jawatan. • Imej perkhidmatan awam sering dicemari dengan gejala negatif akibat tindakan segelintir penjawat awam yang tidak cekap, mengamalkan rasuah, penyelewengan kuasa, kronisme dan juga hepotisme. INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI KAKITANGAN AWAM • Kuasa dan autoriti telah mendedahkan kakitangan ini dengan bermacammacam ancaman anasir negatif. • Pelbagai usaha penerapan nilai-nilai murni telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti program-program di bawah Badan Pencegah Rasuah (BPR), pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN), Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) dan sebagainya. INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI KAKITANGAN AWAM • Integriti menyentuh aspek ketelusan dalam pentadbiran. • Justeru penerapan nilai ini kepada semua penjawat awam amat perlu dilakukan. • Stogdill (1974), penerapan ini perlu kerana melalui integriti pelbagai masalah dalam perkhidmatan awam dapat dibendung seperti jenayah rasuah, jenayah kolar putih, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan aset dan nepotisme. INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI KAKITANGAN AWAM • Oleh itu, integriti memainkan peranan besar dalam meningkatkan kepercayaan rakyat dengan tahap ketelusan yang tinggi dalam perkhidmatan awam. • Penerapan nilai integriti, telus dalam membuat keputusan, amanah dan pelbagai nilai-nilai murni perlu dititikberatkan dalam perkhidmatan awam kerana ia merupakan permulaan kepada pembangunan nilai dalam diri penjawat itu sendiri. INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI KAKITANGAN AWAM • Ramai sarjana yang mengaitkan ketelusan dengan program pembangunan modal insan (Kotter, 1988). • Para birokrat haruslah berusaha untuk memaksimumkan keupayaan diri bagi mengubah imej sektor awam agar lebih dihormati, berdaya saing, proaktif dan lebih produktif. • Malah penjawat awam juga haruslah membawa perubahan baru dalam pelaksanaan tugas bagi mewujudkan dimensi baru dalam hala tuju agensi awam. KEPIMPINAN DAN ANJAKAN PARADIGMA DALAM SEKTOR AWAM • Kelemahan ketara yang masih wujud dalam perkhidmatan awam ialah berkaitan imej negatif yang dipandang oleh sebahagian rakyat. • Anjakan paradigma di sektor awam perlu dilakukan bagi menjamin keyakinan masyarakat tidak tergugat (Ahmad Sarji, 1992). KEPIMPINAN DAN ANJAKAN PARADIGMA DALAM SEKTOR AWAM • Secara amnya, anjakan paradigma merupakan satu perubahan yang berlaku secara terus dari segi pencapaian, minda dan pemikiran ke arah yang lebih positif. • Isu-isu seperti pekerja berpengetahuan, penguasaan ICT, tadbir urus yang baik dan ekspektasi stakeholders yang semakin meningkat harus dijadikan sebagai satu cabaran yang mendesak agar sektor awam berubah kepada lebih efektif dan proaktif. KEPIMPINAN DAN ANJAKAN PARADIGMA DALAM SEKTOR AWAM • Tanggungjawab ini turut dipikul oleh setiap pegawai perkhidmatan awam iaitu mereka hendaklah bersedia untuk berubah khasnya perubahan minda serta budaya kerja (Abdul Aziz, 2000). • Mereka hendaklah berusaha untuk keluar dari status quo dengan memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bertepatan serta bersesuaian bagi meningkatkan lagi kualiti dan prestasi kerja masing-masing (Popper, 2000). KEPIMPINAN DAN ANJAKAN PARADIGMA DALAM SEKTOR AWAM • Setiap birokrat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab bagi tugas masing-masing dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi. • Profesional atau tidak seseorang birokrat dapat diukur melalui perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat iaitu beretika, beradab dan penuh dengan nilai-nilai murni (Reynolds, 1994). KEPIMPINAN DAN ANJAKAN PARADIGMA DALAM SEKTOR AWAM • Orang ramai yang berurusan dengan sektor awam ada persepsi tersendiri tentang tahap perkhidmatan kakitangan awam. • Antaranya ialah tidak cekap, lambat, penuh dengan karenah dan pelbagai lagi tanggapan negatif (Ahmad Atory, 1998). • Kerajaan menganggap ini sebagai satu cabaran dan perlu diperbaiki ke arah yang lebih inovatif. BUDAYA KERJA ORGANISASI AWAM • Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan awam melalui beberapa program yang menepati kehendak pelanggan. • Program-program ini dilaksanakan bagi membentuk budaya kerja yang lebih tersusun dan sistematik dalam kalangan agensi awam. • Antaranya: program 5S, Hari Kualiti, Piagam Pelanggan, Sijil Piawaian ISO, Total Quality Management (TQM). BUDAYA KERJA ORGANISASI AWAM • Kajian yang dijalankan oleh British Educational Communications and Technology mendapati bahawa bukanlah satu perkara mudah untuk memperkenalkan ICT dalam kalangan kakitangan awam khasnya guru kerana terdapat golongan yang dikenali sebagai technopobia dan golongan resist to change (BECTA, 2004). • Sistem penyampaian ataupun lebih dikenali delivery system dalam sektor awam bukan lagi perkara baru dalam pentadbiran negara. BUDAYA KERJA ORGANISASI AWAM • Contohnya, pendekatan Islam Hadhari, menekankan prinsip utama iaitu kerajaan yang adil dan beramanah serta kehidupan berkualiti. • Peranan pemimpin amat penting bagi memastikan pengenalan budaya baru ini tercapai tanpa sebarang masalah dan kesulitan (Evans, 1992). BUDAYA KERJA ORGANISASI AWAM • Budaya kerja cemerlang diperkenalkan dengan tujuan untuk memperkukuhkan lagi dasar kerajaan yang menekankan keutamaan kualiti. • Dari sudut ekonomi, peranan pemimpin di sektor awam lebih kepada menggerakkan atau membawa organisasi yang dipimpin ke arah menjana pertumbuhan ekonomi domestik atau global (Agyris, 1980). • Kecekapan kakitangan awam khasnya akan menunjukkan potensi yang menunjukkan potensi yang besar kepada pelabur asing. BUDAYA KERJA ORGANISASI AWAM • Pengurangan karenah birokrasi terhadap semua urusan kerajaan jelas akan membantu pembangunan negara. • Pemimpin di sektor awam haruslah berkeupayaan untuk berpandangan jauh serta memiliki tahap sensitiviti yang tinggi bagi memudahkan perancangan dan pembuatan keputusan agar perkhidmatan yang diberikan berada pada tahap terbaik. TAMAT BAB 8 KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI AWAM BAB 9 ISU-ISU KEPIMPINAN 1. Memahami senario perbincangan mengenai kepimpinan dari perspektif Islam. 2. Membincangkan peranan pemimpin wanita dalam organisasi. 3. Melihat pengaruh kepelbagaian budaya dalam organisasi dan kesesuaian stail kepimpinan yang diamalkan. 4. Memahami isu penilaian prestasi yang terdapat dalam organisasi. DEFINISI SEKTOR AWAM • Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi individu yang lain bagi mencapai matlamat organisasi. • Kepimpinan ialah salah satu proses untuk memujuk, mempengaruhi dan memastikan pihak lain bersedia untuk akur, bersetuju dan mematuhi arahan yang diberikan. • Kepimpinan bukan hanya bertanggungjawab kepada organisasi tetapi memerlukan sokongan, kerjasama dan keyakinan daripada pengikut. • Kepimpinan ialah keupayaan seseorang pemimpin untuk memperkenalkan visi bagi membolehkan pengikut berusaha untuk mencapai visi berkenaan dan mengorganisasi segala sumber, sama ada sumber manusia atau bukan manusia untuk kebaikan organisasi. • Kini dunia semakin berkembang maju dan pelbagai isu-isu harus ditempuhi. KEPIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM • Kepimpinan Islam lebih nmerujuk kepada al-Quran dan hadis sebagai rujukan utama dalam membentuk dan merencanakan hala tuju organisasi. • Dalam perspektif Islam, setiap individu mempunyai tugas kepimpinan bermula di rumah dengan tanggungjawab sebagai suami dan pegawai kerajaan apabila berada di tempat kerja, sebagai ketua kampung ketika aktiviti sosial dan sebagainya (Shahrom, 1997). • Kepimpinan dalam Islam bersifat bersepadu, iaitu kepimpinan yang menitikberatkan keseimbangan antara kepentingan roh dan jasad. KEPIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM • Al-Imam Ibn Taimiyyah telah menggariskan dua rukun kepimpinan dalam Islam sebagai panduan memilih pemimpin yang berwibawa dan berkelayakan: – Al-Quwwah dan Al-Amanah. • Kepimpinan menurut Islam merujuk kepada amanah yang wajib ditunaikan. • Dalam bahasa Arab, kepimpinan diertikan dengan perkataan Imamah dan Khalifah. • 2 jenis peranan yang perlu dimainkan oleh ketua. – Seseorang ketua perlu menjaga kebajikan setiap pekerja yang ada dalam organisasinya. – Melindungi masyarakat daripada berlakunya penindasan, menggalakkan kesedaran terhadap Alla h dan sentiasa menggalakkan pekerja untuk mendapatkan keredhaan Allah. KEPIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM • Nilai dan Kriteria dalam Asas Kepimpinan Islam: ikhlas, • teguh pendirian, adil dan saksama, sabar dan cekal hati, toleransi dan berdisiplin. • Isu Kepimpinan di Malaysia: Islam Hadhari • Peningkatan mutu dan kualiti taraf hidup melalui lima aspek utama iaitu ilmu, pembangunan fizikal, pembangunan insan, kesihatan, dan sistem ekonomi dan kewangan. • Konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan. WANITA DAN KEPIMPINAN • Mulai tahun 1990-an, golongan wanita mula terlibat secara tidak langsung dalam dunia kepimpinan. • Menurut Kanter (1977), pada tahun 1970 apabila wanita telah diambil bekerja kebanyakan tugas yang diberikan lebih bersifat “roles of support” dan tidak diberikan tugas di bahagian pentadbiran. WANITA DAN KEPIMPINAN • Perbincangan mengenai peranan wanita dalam kepimpinan mula diperdebatkan secara serius apabila isu kepimpinan tanpa perbezaan gender diutarakan oleh Rosener (1990) dan Powell (1999). • Kedua-dua tokoh percaya bahawa perbezaan gender tidak perlu dijadikan ukuran dalam menilai kepimpinan seseorang kerana wanita dan lelaki mempunyai pendekatan berbeza dalam mengurus organisasi yang diwakili. WANITA DAN KEPIMPINAN • Semua ini berlaku kerana wanita dikatakan mempunyai pendekatan penyelesaian masalah yang menitikberatkan kepada pemikiran rasional dan semangat kekitaan (Fulmer, 2001). • Kepimpinan wanita lebih kepada stail kepimpinan transformasional yang mempunyai kemampuan untuk memotivasikan pihak bawahan, sumber inspirasi dan sangat menghargai idea dan pandangan orang bawahan (Bass, 1990). • Burke dan Cooper (2004) juga bersetuju bahawa organisasi hari ini amat memerlukan pekerja dan pengurus yang berkelayakan dan kebanyakannya pula terdiri daripada kalangan wanita. WANITA DAN KEPIMPINAN • Menurut Zainul Rijal Abu Bakar dalam Utusan Malaysia bertarikh 26 Julai 2007 ketika menulis isu bertajuk “Islam Tak Anggap Wanita Kelas Dua” telah menyatakan bahawa walaupun terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita, namun itu tidak bermakna kedudukan dan martabat wanita diletakkan di bawah ataupun di atas lelaki. • Kedua-dua jantina pula haruslah saling melengkapi antara satu sama lain dan sama-sama memainkan peranan penting dalam mencari keredhaan Allah. KEPIMPINAN DAN PENILAIAN PRESTASI • Penilaian terhadap sesuatu organisasi atau individu amat perlu bagi menilai keberkesanan sistem atau pentadbiran yang diamalkan. • Selain daripada penilaian terhadap organisasi, penilaian terhadap sumber manusia dalam organisasi juga perlu dilakukan. • Menurut Abdul Aziz (2000), penilaian prestasi memberi peluang untuk menilai keberkesanan setiap sumber manusia yang dimiliki. KEPIMPINAN DAN PENILAIAN PRESTASI • Dengan adanya penilaian ini, pekerja akan lebih bersedia untuk menjalankan tugas dengan lebih baik (Ahmad Atory, 1995). • Sebagai tambahan, dengan adanya penilaian prestasi, organisasi boleh menilai dengan tepat kebolehan para pekerja bagi tujuan merancang kenaikan pangkat, perancangan latihan, kenaikan gaji dan juga program pembangunan. KEPIMPINAN DAN PENILAIAN PRESTASI • Kajian yang dilakukan oleh Greenberg dan Baron (1997) mendapati bahawa dianggarkan 80 peratus responden yang terlibat dalam penilaian prestasi secara formal menyatakan tidak puas hati terhadap pelaksanaannya. • Menurut Abdul Aziz (2000), antara persoalan yang biasanya timbul ketika membicarakan isu penilaian prestasi ialah isu mengenai kesukaran untuk menilai pegawai atasan berbanding pihak bawahan. KEPIMPINAN DAN PENILAIAN PRESTASI • Zainal (1997) menggariskan 4 ciri yang perlu ada dalam diri pemimpin bagi menghasilkan penilaian yang baik: 1. Pemimpin harus mengetahui tanggungjawab dan fungsi setiap kakitangan yang dinilai. 2. Pemimpin mestilah mempunyai maklumat yang lengkap tentang prestasi setiap pekerja yang ada di bawahnya. 3. Pemimpin harus mempunyai standard yang sama terhadap semua kakitangan. 4. Pemimpin terlibat haruslah mampu berkomunikasi dan menerangkan asas-asas kepada penilaian prestasi. KEPIMPINAN DAN ANJAKAN PARADIGMA DALAM SEKTOR AWAM • Tanggungjawab ini turut dipikul oleh setiap pegawai perkhidmatan awam iaitu mereka hendaklah bersedia untuk berubah khasnya perubahan minda serta budaya kerja (Abdul Aziz, 2000). • Mereka hendaklah berusaha untuk keluar dari status quo dengan memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bertepatan serta bersesuaian bagi meningkatkan lagi kualiti dan prestasi kerja masing-masing (Popper, 2000). KEPIMPINAN DAN ANJAKAN PARADIGMA DALAM SEKTOR AWAM • Setiap birokrat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab bagi tugas masing-masing dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi. • Profesional atau tidak seseorang birokrat dapat diukur melalui perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat iaitu beretika, beradab dan penuh dengan nilai-nilai murni (Reynolds, 1994). KEPIMPINAN DAN ANJAKAN PARADIGMA DALAM SEKTOR AWAM • Orang ramai yang berurusan dengan sektor awam ada persepsi tersendiri tentang tahap perkhidmatan kakitangan awam. • Antaranya ialah tidak cekap, lambat, penuh dengan karenah dan pelbagai lagi tanggapan negatif (Ahmad Atory, 1998). • Kerajaan menganggap ini sebagai satu cabaran dan perlu diperbaiki ke arah yang lebih inovatif. Kelemahan Penilaian Prestasi dan Peranan Pemimpin • Keadaan apakah yang menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku? • Rujuk ms 185 KEPIMPINAN DALAM PELBAGAI BUDAYA • Bass (1990) telah menggariskan tiga ciri organisasi yang berjaya iaitu kadar keuntungan dan perkembangan organisasi, nilai masyarakat terhadap organisasi serta nilai pekerja terhadap organisasi. • Menurut Zainal (1997), budaya sesebuah organisasi dibentuk oleh budaya nasional dan budaya organisasi. • Hollander (1978) mengatakan bahawa budaya nasional dapat dilihat dari empat sudut iaitu individualisme atau kolektivisme, jarak kuasa yang luas dan kecil, tahap kekuatan dan kelemahan serta gender (lelaki ataupun wanita). • Pada amnya, perbezaan budaya nasional sangat ketara apabila dibuat perbandingan antara budaya Barat dan Timur. KEPIMPINAN DALAM PELBAGAI BUDAYA • • • • • Zainal (1997) melihat bahawa masyarakat Barat dan Timur sangat berbeza dalam berurusan dengan masa. Menurut Ishak (2000), pemimpin haruslah berorientasikan pekerja serta memiliki sensitiviti yang tinggi terhadap adat, etnik, bangsa dan agama setiap pekerjanya. Menurut Jinkins (1998), salah satu cara untuk menjadikan budaya organisasi berjaya dalam satu-satu organisasi ialah dengan menukar pemimpin yang sedia ada. Ini perlu dilakukan kerana budaya berfikir, menterjemah, cara bertindak sangat bergantung kepada kredibiliti pemimpin tersebut. Jika pemimpin terbabit telah tidak mampu untuk memberikan nafas baru kepada organisasi, maka pertukaran pemimpin perlu dilakukan. SEKIAN, TERIMA KASIH. BAB 9 ISU-ISU KEPIMPINAN