meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar dan noktah bagi

Download Report

Transcript meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar dan noktah bagi

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan di atas sokongan dan
kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini kepada:
Pengetua SMK Sg. Rambai Melaka
(EN. ABU BAKAR BIN ALIM)
Guru Penolong Kanan I
(PN. HJH MURAH BINTI SALIMAN)
Guru Penolong kanan Hem
PN. HJH NORAL HUDA BINTI ABD. HAMID
GPK-Kokurikulum
EN. TAN BICHIK MD DAHAN
GKMP Bahasa
EN. RAZALI BIN LAZIM
dan
Semua Ahli Panitia Bahasa Melayu SKMSR
MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PENGGUNAAN
HURUF BESAR DAN NOKTAH BAGI
MURID 1 KENANGA (INTERVENSI)
MENGGUNAKAN TEKNIK PEN WARNA
(MERAH)
Oleh:
ALEIMMAH BINTI ALI
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai Melaka
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membantu murid-murid yang lemah dalam
menguasai kemahiran menulis terutama kemahiran penggunaan
huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 1K.
Sebanyak 24 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Saya memfokuskan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat,
dalam ayat dan selepas tanda noktah.
Tinjauan awal dibuat melalui ujian diagnostik & Ujian Pengesanan
menunjukkan murid kurang peka terhadap penggunaan huruf besar.
Oleh itu, saya telah menggunakan teknik pen warna untuk
mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar.
Berapa langkah telah dirancang bagi memastikan murid benar-benar
menguasai kemahiran menulis huruf besar pada permulaan ayat dan
selepas tanda noktah menggunakan pen merah semakin memuaskan.
Berbanding sebelunya, murid-murid menunjukkan perkembangan
yang pasif dalam P&P dan pembelanjaran semakin menyeronokkan.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Pengalaman mengajar hampir 10 tahun di kelas 1 Kenanga
yang merupakan kelas intervensi merupakan suatu pengalaman
berharga. P&P perlu dirancang supaya isi pembelajaran yang bakal
diajar mestilah boleh diterima oleh murid yang mempunyai pelbagai
kecerdasan yang berbeza.
Kelas 1 Kenanga merupakan kelas
pemulihan.
Penguasaan kemahiran 3M masih belum tercapai
sepenuhnya dan ini memaksa saya mestilah memastikan P&P
diajarkan hendaklah melakukan pengubahsuaian aktiviti dengan silibus
dengan tahap penerimaan murid yang lemah, disamping masih
mengekalkan dan menghabiskan silibus mata pelajaran BM seperti
mana yang murid-murid yang sudah menguasai kemahiran 3M. Setiap
kali latihan terutama aktiviti membina ayat dan menulis karangan
didapati murid-murid IK belum menguasai pengguasaan huruf besar
yang sepatutnya ditulis dalam permulaan ayat dan selepas noktah.
Sekiranya murid-murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf
besar pada pemulaan ayat, atau penggunaan untuk kata nama khas
dalam ayat, maka menunjukkan kelemahan yang tidak dipandang
serius terhadap proses P&P guru selama mereka berada di sekolah
rendah. Perkara ini perlu diatasi dengan segera kerana kemahiran
menulis di peringkat sekolah menengah akan terus berlangsung
sehinggalah dari peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Memahami
permasalahan dari aspek-aspek inilah permakahan karangan biasanya
dinilai atas dasar impression terhadap karangan murid sekolah
menengah.
ISU KEPERIHATINAN / FOKUS
KAJIAN
Semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,
saya dapati dalam kalangan murid, begitu ketara murid tidak
dapat menulis huruf besar di awal ayat yang sepatutnya ditulis
dengan huruf
besar sama ada pada bahagian karangan
mahupun bahagian menjawab pemahaman, terutama bahagian
soalan ringkasan karangan bahagian (Aii). Permasalahan ini
perlu diatasi segera memandangkan terdapat kemahiran
menulis dari aspek penggunaan tanda baca dan titik beratkan
dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 1, 2, 3, 4 dan
5.
Oleh itu, guru mestilah melakukan sesuatu supaya
kelemahan murid dari aspek ini diatasi segera melalui teknik
yang berkesan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:
i. Meningkatkan
penguasaan
penggunaan huruf besar
kemahiran
Objektif khusus:
i. Menguatkan
penguasaan
murid
untuk
menggunakan huruf besar pada permulaan
ayat dalam ayat dan selepas tanda noktah
ii. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap
penggunaan huruf besar
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 24 orang murid dari tingkatan 1
Kenanga yang terdiri daripada 14 lelaki dan 10 perempuan.
Murid-murid yang cemerlang juga kadang kala cuai dalam
penggunaan huruf besar apatah lagi bagi murid yang
lemah dan belum menguasai kemahiran membaca dan
menulis dengan baik.
Oleh itu, saya menjalankan program kajian tindakan
ini bagi mengatasi masalah tersebut.
METHADOLOGI KAJIAN
Methadologi yang digunakan ialah:
a) Pemerhatian
Sikap murid secara tidak langsung sewaktu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
b) Soal Selidik
Borang soal selidik diberi kepada murid dan
guru membulatkannya untuk mendapatkan
jawapan yang tepat secara jujur.
c) Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana
pencapaian dan pemahaman mereka untuk
menggunakan huruf besar dalam ayat.
Tindak balas di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
d) Tindak balas murid dinilai semasa mereka
menjawab soalan yang dikemukakan.
e) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung
dapat menilai tahap perkembangan murid dalam
menguasai kemahiran berkenaan.
PELAKSANAAN PROJEK
Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, saya telah
meninjau masalah yang menyebabkan kegagalan murid
dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar
menggunakan methadologi yang dinyatakan.
Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan instrument dijalankan untuk meninjau
masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai
kemahiran penggunaan huruf besar, maka analisis dibuat
seperti berikut.
Bil
Masalah
Jumlah
1.
2.
Kurang Tumpuan
Malas
18%
7%
3.
4.
5.
Tidak memahami arahan
Kurang keyakinan diri
Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf
besar
11%
5%
77%
6.
Tiada bimbingan di rumah
14%
Selain itu, kaedah pemerhatian, Ujian Diagnostik dan Ujian Post dijalankan.
Tindakan yang dijalankan.
Bahan-bahan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti ini ialah buku kerja,
kertas mahjong, pensel warna, pen marker, bahan photostat, majalah untuk
mengatasi masalah.
Aktiviti yang dijalankan seperti berikut:
Item 1
1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf
besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai dengan menggunakan pen warna (merah, biru,
hitam)
Item 2
1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai. (Huruf besar pada awal ayat sahaja
menggunakan
pen warna merah)
Item 3
1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan
huruf besar
di tempat yang sesuai. (Huruf besar
pada permulaan ayat dan selepas noktah)
Item 4
1. Guru menulis ayat pada kertas mahjong dengan
menggunakan warna khas iaitu merah bagi huruf
besar dan hitam untuk tanda noktah dan dipamerkan
di papan hitam.
2. Murid memerhatikan dan menyalin ayat tersebut
(dilakukan pada setiap kali P&P dijalankan).
Aktiviti ini dijalankan dalam 5 minggu.
Reaksi
murid amat menyeronokkan dan menggalakkan.
Pelaksana Aktiviti 2
1. Dalam aktiviti ini, guru menulis sebuah karangan
pendek di kertas mahjong yang mengandungi lebih
kurang 80 patah perkataan. Guru ‘highlight’ tanda
huruf besar dan noktah dengan menggunakan pen
marker (merah) untuk huruf besar dan hitam untuk
tanda noktah. Latihan dijalankan selama 5 minggu.
Refleksi
1. Dalam kalangan murid, 24 murid dapat menulis
ayat-ayat tanpa membuat kesalahan dari segi huruf
besar dan noktah. Murid-murid juga menulis dengan
kemas dan teratur.
Pelaksana Aktiviti 3
1. Guru memberi karangan pendek mengandungi
lebih kurang 80 patah perkataan dalam bentuk
lembaran kerja.
2. Murid-murid dikehendaki membetulkan kesilapan
dan kesalahan yang terdapat dalam petikan.
Pemerhatian
1. Saya dapati 20 murid dapat membetulkan semua
kesalahan (10 kesalahan) dalam petikan tersebut.
Manakala 4 orang murid hanya mampu mengeja
5 kesalahan yang terdapat dalam petikan. (Aktiviti
dijalankan 1 minggu)
Refleksi
1. Walaupun 4 orang murid tidak dapat
membetulkan kesalahan dalam petikan
tetapi perlu dibimbing menggunakan
teknik ansur maju.
RUMUSAN PEMERHATIAN
Sikap kurang minat, malas, kurang tumpuan
dan tidak teliti kerana tidak menggunakan
huruf besar di tempat yang sepatutnya yang
ketara berkurangan. Kejayaan ini membantu
dalam meningkatkan prestasi BM dan
matapelajaran yang lain.
PENUTUP
Murid-murid
adalah
amanah
yang
dipertanggungjawabkan kepada kita. Walaupun
kekangan masa dan bebanan tugas harian kita
semakin bertambah yang sememangnya tidak
dapat dielakkan, guru-guru hendaklah sentiasa
berfikiran positif supaya murid-murid dapat
menerima pendidikan berkualiti selaras dengan
Kuri-kulum Pendidikan Kebangsaan.