Pemikiran Kritis dan Inovatif

Download Report

Transcript Pemikiran Kritis dan Inovatif

PEMIKIRAN
KRITIS DAN
INOVATIF
“…Mahu tidak mahu para
penjawat awam mesti berfikir di
luar lingkungan kotak. Saya tidak
mahu budaya automation menjadi
satu hakikat kehidupan dalam
sektor awam. Kita seharusnya
berfikiran kritis dan konstruktif
dalam menunaikan
tanggungjawab dan amanah
dengan mencari penyelesaianpenyelesaian kreatif dan inovatif
di luar kelaziman”
Petikan ucapan YAB Perdana Menteri
semasa Majlis MAPPA XI, 9 Mac
2010
TAHUKAH ANDA?
“Otak manusia mempunyai 10,000 juta sel.
Setiap sel pula berhubung 10,000 jirannya
dan memberikan anggaran kombinasi angka
1…(800 kali bilangan 0)”
&
“Kita hanya menggunakan tidak sampai 10%
daripada kuasa otak”
PAMIN
• Tanpa mengangkat pensil/pen anda atau
melipatkan kertas, lakarkan gambar ini dengan
syarat setiap pergerakan tidak boleh kembali ke
arah yang sama.
Perkataan kritis berasal daripada
perkataan Inggeris iaitu critic
Critic pula berasal daripada
perkataan Greek iaitu kriths(kritikos)
yang bermaksud Judge
“ …berfikir secara serius (mendalam) dan
seterusnya membuat pertimbangan daripadanya”
Dewey,1933
“…pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental seperti
analisis, sintesis dan penilaian…”
Bloom, 1956
“…. tidak dengan begitu sahaja menerima atau
mempersetujui sesuatu(menimbangkan baik buruk
nya terlebih dahulu).”…
Kamus Dewan
August 6, 2016
FUNGSI MINDA
3 Fungsi Utama Minda :
1)
2)
3)
Menganalisa
Mensintesis / Imagination
Menilai / Valuing
August 6, 2016
ANALISA
- Perkataan “analyse” berasal dari
perkataan Greek bermaksud “to loosen”
iaitu memisahkan benda atau perkara
yang besar kepada kecilan.
- Pemikiran analitikal berkait rapat dengan
pemikiran logikal atau pentaakulan
secara “step by step”.
August 6, 2016
SINTESIS / IMAGINASI
- Juga berasal dari perkataan Greek yang
bermaksud meletakkan semua benda menjadi
satu. Ianya merupakan proses yang
berlawanan dengan analisa.
- Semua produk ataupun perkhidmatan
merupakan contoh hasil dari proses sintesis.
- Berkaitrapat dengan imaginasi (sintesis dibuat
dengan minda) Contoh : Gambaran mengenai
rumah, kereta dan lain-lain.
August 6, 2016
PENILAIAN
- Proses menilai mengandungi perkaraperkara yang objektif dan subjektif. Kita
semua dilahirkan dengan kebolehan
menilai dan nilai kita bergantung kepada
persekitaran, budaya dan agama.
-
Menilai secara objektif seperti penilaian
prestasi, menilai sikap manusia,
mengkritik dan lain-lain.
-
Menilai secara subjektif seperti Warna
Rumput.
MARI KITA CUBA ANALISIS & KRITIK…..
Berikut adalah petikan dari satu mesyuarat pengurusan
disebuah hospital swasta. Ketua Pengarahnya sedang
memberikan ulasan :
“ Terima kasih semua. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk
mengenalpasti langkah-langkah perlu untuk meningkatkan
kualiti dalam perkhidmatan kita di hospital ini. Sebagai
permulaan, saya telah buat keputusan untuk
memberhentikan semua pakar bedah dan doktor yang
berumur lebih 55 tahun. Saya dapat lima (5) surat aduan
mengatakan kurangnya komunikasi antara doktor disini dan
menyatakan doktor kita terlalu tua dan telah melebihi
zamannya. Selain memberhentikan doktor yang berumur 55
tahun ke atas, saya cadangkan supaya semua orang
mengambil skim berhenti sukarela pada umur 55 tahun. Ada
soalan? Ok kita ke agenda seterusnya.
Pemikiran Kritis Penting Apabila Kita
Cuba Melihat Argumen, Alasan Dan
Kebenaran Dalam Hujah
Melalui Pemikiran Kritis, Kelemahan
Dapat Dikenalpasti , Diasingkan Dan
Dibuang
Kelemahan Pemikiran Kritis Ialah Apabila
Kebenaran Dikaitkan Dengan Penilaian Dan
Penghakiman Yang Hanya Berasaskan
Pengetahuan, Pengalaman Dan
Pengamatan Individu Yang Terlibat Sahaja.
Kemahiran Kritikal Ada Masanya Hanya
Untuk Melihat Kelemahan-kelemahan
Sahaja Yang Akhirnya Boleh Memusnahkan
Idea Atau Cadangan
“Kebolehan mewujudkan sesuatu
yang baru iaitu daripada tiada
kepada ada”
Kamus Webster’s
“Melibatkan keupayaan minda untuk memberi
beberapa alternatif yang tidak terkongkong
daripada kebiasaan”
“Keupayaan seseorang untuk melihat sesuatu
daripada pelbagai sudut atau perspektif yang
lebih luas”
Perkataan Kreatif…..
Berasal dari perkataan Latin iaitu
‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’
Dalam bahasa Inggeris ianya berbunyi
‘create’ atau ‘cipta’
Dengan menggunakan sebatang pen atau pensil,
lukiskan satu bulatan yang sangat besar dalam kertas
yang berasingan seperti bulatan di bawah.
Buat satu titik di atas kertas berkenaan.
Pemikiran kreatif menerbit sesuatu idea
manakala pemikiran kritis membuat
penilaian ke atas sesuatu idea.
“ KREATIVITI
ADALAH MEMIKIRKAN IDEA-IDEA BARU
MANAKALA
INOVASI
ADALAH MELAKSANAKAN IDEA-IDEA BARU “
Adakah Semua Orang Perlu
Menjadi PAKAR Untuk
Menjadi
KREATIF ?
Cecair pemadam pertama, ‘Liquid Paper’,
dicipta oleh Bette Nesmith, seorang
setiausaha.
Alat hampagas (vacuum cleaner) moden dicipta
oleh Hubert Booth, seorang pembina jambatan
Tayar pneumatic dicipta oleh
John Boyd Dunlop, seorang doktor haiwan.
Pisau cukur pakai buang dicipta oleh
King Camp Gillette, seorang jurujual
Pesawat terbang pertama dicipta oleh adik
beradik Wright, tukang membaiki basikal.
Kamera Kodak dicipta oleh George
Eastman, seorang kerani bank.
Adakah kita perlu merasa
risau dan kecewa
apabila idea kita ditolak
mentah-mentah atau
mengalami kegagalan
dalam melaksanakan
sesuatu
IDEA?
Kaedah mengoreng ayam yang diperkenalkan
oleh Colonel Harland Sanders,
pengasas Kentucky Fried Chicken, telah
ditolak oleh lebih 1,000 restoran sebelumnya.
Cadangan projek komputer peribadi (personal computer) oleh
Pengasas Apple Computer Inc., Steve Jobs dan Steve Wozniak ,
sebelumnya telah ditolak oleh Atari dan Hewlett-Packard.
Walt Disney, pengasas Disneyland dan pencipta animasi
Disney, sebelumnya telah dipecat oleh ketua pengarang
sebuah syarikat suratkhabar kerana dikatakan
kurang mempunyai idea.
Thomas Edison, semasa kecilnya sering dimarahi
oleh gurunya kerana dikatakan terlalu bodoh
untuk mempelajari apa-apa pun
Albert Einstein tidak dapat bercakap sehingga berumur 4
tahun dan tidak boleh membaca hingga berumur 7 tahun.
Gurunya menggambarkan beliau sebagai lembab, tidak
pandai bersosial dan kuat berangan. Dia telah dibuang
dan ditolak rayuan untuk kembali ke Sekolah Politeknik
Zurich.
“KITA SEMUA
ADALAH KREATIF. APA YANG MEMBEZAKAN
KITA IALAH TAHAP DAN SKOP KREATIVITI KITA
TIDAK SEMUA ORANG BOLEH MENJADI KREATIF
DALAM SEMUA BIDANG KEHIDUPAN MANUSIA,
ALBERT EINSTEIN PUN TIDAK DAPAT MENJADI
DEMIKIAN. YANG HAMPIR SEIMBANG KREATIVITINYA
DARI ASPEK SAINS DAN SASTERA ADALAH
LEONARDO DA VINCI
(KEONG, 2007).”
LIMA (5) LANGKAH KE ARAH KREATIVITI
(KEONG, 2007)
ILMU : mendapatkan pelbagai jenis ilmu / pengetahuan
dengan menggunakan kesemua pancaindera yang ada.
BERFIKIR : Fikir secara mendalam
INKUBASI : Relaks dan lakukan sesuatu yang tiada kaitan
dengan masalah atau isu yang sedang difikirkan atau
dihadapi.
INSIGHT / EUREKA! / AHAA !!! : Saat yang sangat memberi
inspirasi / jawapan awal diperolehi secara tiba-tiba.
PEMBANGUNAN : Membangunkan idea yang diperolehi
supaya dapat digunakan dan dapat diaplikasikan secara
praktikal.
LANGKAH PERTAMA : ILMU / PENGETAHUAN
Kreativiti adalah berkaitan dengan membuat
hubungkait (Keong, 2007). Ilmu pengetahuan pula
adalah bahan yang amat penting untuk membantu
kita membuat hubungkait. Oleh yang demikian, lebih
banyak serta pelbagai jenis ilmu serta pengetahuan
yang kita perolehi, maka lebih banyak peluang untuk
kita membuat hubungkait.
LANGKAH KEDUA : BERFIKIR SECARA
MENDALAM
Seperti yang kita sedia maklum, otak kita mempunyai dua (2)
hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.
Otak kiri (left) banyak menjalankan operasi kiritis serta
analitikal atau lebih dikenali sebagai pemikiran lojik.
Manakala otak sebelah kanan pula merupakan otak yang
menjalankan fungsi kreatif atau penjanaan idea.
Kita memerlukan kedua-duanya iaitu untuk menjana idea
(otak kanan) dan menjadikan idea itu praktikal untuk
digunakan (otak kiri).
LANGKAH KETIGA : INKUBASI / PRINCIPLE OF DEPTH
MIND (Adair, 2006)
Apabila anda telah berfikir sehingga kepala
berdenyut, tiada penyelesaian atau idea
diperolehi, idea kekeringan dan proses pemikiran
memasuki fasa yang tidak produktif, maka sampai
masanya untuk berhenti berfikir mengenai
masalah atau isu berkenaan. Cuba berehat atau
membuat sesuatu aktiviti yang tiada kaitan
dengan permasalahan atau isu berkenaan dan
biarkan pemikiran di bawah sedar (subconscious)
mengambilalih masalah berkenaan. Proses ini
dipanggil inkubasi (incubation).
LANGKAH EMPAT : INSIGHT/ EUREKA! /
AHAA..!
‘Eureka’ adalah dalam bahasa Greek dan
maknanya Saya Telah Menjumpainya! ( I found it!).
Ianya terjadi selepas proses inkubasi. Perkataan
Eureka tercipta bila Archimedes berlari keluar dari
biliknya dalam keadaan berbogel apabila
mendapat idea bagaimana untuk mengenalpasti
samada emas di mahkota raja adalah palsu
ataupun asli. Ianya membawa pengertian bahawa
satu perasaan yang sangat gembira apabila
seseorang itu berjaya menyelesaikan sesuatu
masalah atau isu yang sangat sukar ataupun berjaya
mendapat penemuan yang sangat penting.
LANGKAH LIMA : PEMBANGUNAN IDEA
Pembangunan idea adalah berkenaan dengan
menjadikan idea berkenaan supaya boleh
digunakan, berfungsi dan jika boleh
menguntungkan. Menguntungkan dalam
perspektif sesebuah syarikat adalah dari aspek
kewangan namun dari aspek perkhidmatan
awam, pelanggan/rakyat amat berpuashati
dengan khidmat yang diberikan, dari aspek politik,
undi akan berpihak kepada mereka, dari aspek
keluarga kasih sayang akan meningkat dan lainlain lagi.
August 6, 2016
Find the child within you
 All
children are capable of learning (if
they are mentally healthy)
 There is no logical foundation for
excluding any child from the list of
potential geniuses
 There is a child within all of us.
August 6, 2016
Openness
 Why
Not?
 Say ‘Yes’ to possibility and impossibility
 How our mind work…
Diperkenalkan oleh Alex Osborn pada
tahun 1940an
Bertujuan untuk mendapatkan
seberapa banyak idea yang boleh dari
sekumpulan orang
Teknik lain dalam brainstorming dikenali
sebagai “Brain Writing”.
1. Pemerhatian
Cuba lihat sekeliling dan cuba buat
hubungan antara benda-benda
berkenaan yang mungkin nampak
ada kaitan atau langsung tidak
berkaitan.
2. Random Word
Kaedah ini memerlukan anda cuba
untuk hubungkaitkan masalah anda
dengan perkataan yang diambil
secara rawak. Perkataan tersebut boleh
diambil dengan pelbagai cara dan
pelbagai sumber seperti kamus,
majalah, surat khabar dan lain-lain lagi
Cuba cabar peraturan atau birokrasi
yang sedia ada. Oleh sebab sesuatu
keadaan sebelum ini sudah baik, kita
mungkin tak perlu terus mengikutinya,
kerana mungkin ada cara lain yang
lebih berkesan.
Untuk melakukannya, kita perlu mengambil
beberapa langkah. Yang pertama adalah dengan
memahami peraturan yang sedia ada. Senaraikan
karekteristik, aliran kerja serta lain-lain yang
berkaitan dengan sesuatu produk, perkhidmatan
ataupun sistem sedalam yang mungkin. Kemudian
periksa setiap karekteristik berkenaan dan
mencabar setiap karekteristik berkenaan dengan
pendekatan yang berbeza atau reversal atau
lain-lain bentuk pemikiran yang di luar dari
kebiasaan karekteristik itu berjalan.
“Creativty is just
connecting things
- Steve Jobs
“Pemikiran kreatif
bukan satu bakat,ia
adalah satu kemahiran
yang boleh dipelajari”.
- Edward de Bono
“Aset terpenting bagi
sesebuah negara ialah
kreativiti bangsanya” – Tun
Dr. Mahathir Mohamad
“Kita seharusnya
berfikiran kritis dan
konstruktif dalam
menunaikan
tanggungjawab dan
amanah dengan
mencari penyelesaian
yang kreatif dan inovatif
di luar kelaziman”
Dato’ Seri Najib bin Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia
63
8/6/2016
64
8/6/2016
66
8/6/2016
Daun serai daun selasih
Sekian terima kasih