Document 7607357

Download Report

Transcript Document 7607357

ISU JIHAD
DAN
KEGANASAN
1
Salah faham Barat




Islam sering dilabelkan sebagai pengganas.
Islam-phobia.
Media tidak memperbesarkan keganasan yang
dilakukan oleh masyarakat bukan Islam
terhadap muslim, seperti Israel, Bosnia, Rusia,
China, Thailand dll.
Keganasan di kalangan masyarakat bukan Islam
sesama mereka sendiri, seperti di Ireland,
Amerika Latin dll.
2
Pengganas





Ku Klux Khan
Aun shin
LTTE (Gerila Tamil Sri Lanka)
FARC (Revolutionary Armed Forces of
Colombia)
IRA
3
MAKSUD JIHAD

Terdapat dua perkataan yang lahir
daripada sumber yang sama dengan alJihad iaitu al-Ijtihad dan al-Mujahadah.
Perkataan al-Jihad, al-Ijtihad dan alMujahadah memberi maksud
mengerahkan keupayaan secara
maksimum (bersungguh-sungguh) dan
berakar umbi daripada huruf yang sama
iaitu Jahada.
4
Al-Jihad

Kalimah al-Jihad umpamanya, menurut
penggunaannya lebih tertumpu kepada
pengerahan upaya kekuatan yang
berbentuk lahiriyyah atau fizikal seperti
dengan kekuatan anggota tubuh badan
dan harta benda dalam usaha
menegakkan agama Allah.
5


“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah
dan berjihad pada jalan Allah, mereka itulah
orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah
dan Allah Maha pengampun lagi Maha
mengasihani”
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta
berjihad pada jalan Allah dengan harta benda
dan jiwa raga mereka, adalah lebih tinggi
darjatnya di sisi Allah dan itulah orang-orang
yang mendapat kemenangan”
6
Al-Ijtihad

Manakala perkataan al-Ijtihad pula
menurut terminologi, penggunaannya
seringkali didapati dalam disiplin ilmu Usul
al-Fiqh. Hakikat ini menjelaskan bahawa
maksud al-ijtihad ialah bersungguhsungguh mengerahkan kemampuan
intelek (aqliyyah) dalam usaha
mendapatkan suatu ketetapan hukum
7
hadis

“Apabila seseorang hakim berijtihad
(bersungguh-sungguh mengerahkan
keupayaan intelek) lalu menepati hasil
ijtihadnya itu dengan kebenaran maka ia
memperolehi dua ganjaran, sekiranya
ijtihadnya itu salah maka ia memperolehi
satu ganjaran”
8
Mujahadah

Sementara perkataan al-Mujahadah pula dari
sudut penggunaannya lebih tertumpu kepada
aspek kerohaniaan dan seringkali diguna pakai
dalam disiplin ilmu tasawuf. Al-Mujahadah juga
bermaksud bersungguh-sungguh mengerahkan
kemampuan atau keupayaan. Cuma ia lebih
menumpukan kepada pengerahan keupayaan
jiwa nurani agar dapat mengalahkan godaan
nafsu syahwat dan syaitan
9

Bertolak daripada huraian tersebut maka
difahami bahawa perkatan al-Jihad, al-Ijtihad
dan juga al-Mujahadah memberi maksud
bersungguh-sungguh mengerahkan keupayaan
dan kemampuan secara maksimum mungkin
dari seorang individu. Cuma penggunaannya
adalah menurut disiplin ilmu yang berlainan. AlJihad lebih kebiasaannya digunakan dalam
disiplin ilmu fiqh, sementara al-Ijtihad dalam
disiplin ilmu usul al-Fiqh manakala al-Mujahadah
pula dalam disiplin ilmu tasawuf
10
Al-Jihad dan al-Qital


Sama ada perkataan al-Jihad atau al-Qital yang
bermaksud perang, selalunya disandarkan
dengan kalimah fi sabilillah dalam kebanyakan
ayat dalam al-Quran
“Dan perangilah pada jalan Allah akan orang-
orang yang memerangi kamu dan jangan kamu
melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang melampaui
batas”
11


Maksud perkataan al-Qital lebih khusus
penggunaannya daripada al-Jihad kerana
perkataan al-Qital lebih tertumpu kepada
peperangan yang menggunakan senjata serta
menyebabkan berlakunya pembunuhan antara
satu sama lain.
\Manakala kalimah al-Jihad pula selalunya
digunakan secara umum yang bermaksud
mengerahkan keupayaan sama ada dari aspek
harta benda, tenaga dan pemikiran untuk
meletakkan agama Allah s.w.t. pada tempat
yang sewajarnya
12
Definisi al-Jihad


Mencurahkan segala tenaga dan
keupayaan dalam memerangi orang-orang
kafir dan menahan serangan mereka
dengan jiwa, harta dan lidah
Istilah-istilah tersebut seperti al-Siyar, alRibat, al-Ghazwah, al-Sariyyah dan
seumpamanya
13
hadis

Rasulullah s.a.w. apabila melantik seorang
panglima angkatan perang yang besar atau yang
kecil, Baginda secara khusus akan berpesan
kepadanya untuk bertakwa kepada Allah dan
berlaku baik kepada para tentera Islam yang
bersamanya. Kemudian Baginda bersabda:
Perangilah dengan nama Allah, di jalan Allah dan
perangilah orang kafir kepada Allah,
berperanglah dan jangan mengambil harta
rampasan perang sebelum ia dibahagibahagikan, jangan sekali-kali kamu melakukan
khianat, jangan melampaui batas dan jangan
sekali-kali mencincang musuh
14
hadis

Berangkatlah dengan nama Allah dan kerana
Allah dan di atas agama Rasulullah, dan
janganlah kamu membunuh orang tua yang
sudah tidak berupaya, kanak-kanak, anak kecil
dan wanita. Dan janganlah kamu mengambil
harta rampasan perang sebelum ia dibahagibahagikan, himpunlah ia terlebih dahulu, dan
berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang berbuat baik
15
HUKUM JIHAD

jihad atau kewajipan al-qital tidak
menunjukkan Islam sebagai agama yang
menggalakkan keganasan, malah ia
sebagai suatu bentuk pengawalan
kehidupan manusia. Islam merupakan
suatu sistem kehidupan yang diturunkan
Allah s.w.t. kepada manusia bagi
menjamin keadilan serta kesamarataan di
antara manusia apabila ia benar-benar
dilaksanakan dalam kehidupan
16

untuk menjaga supaya keadilan dan
kesamarataan sesama manusia maka Allah
mewajibkan jihad untuk mempertahankan
agamanya daripada orang-orang yang
angkuh dan sombong serta menolak
kebenaran
17
Al-Quran

“Diwajibkan ke atas kamu berperang pada
hal berperang itu sesuatu yang kamu
benci, boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik kepada mu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu. Allah
mengetahui sedangkan kamu tidak
mengetahui”
18
Keadaan menyebabkan kefarduan
jihad


Apabila negara Islam diserang oleh musuh
Apabila pemerintah atau imam
memerintahkannya
19
Beberapa hadis


”Seorang mukmin kepada mukmin yang
lain adalah ibarat sebuah bangunan,
sebahagiannya menguatkan /
mengukuhkan sebahagian yang lain”
”Sesiapa yang tidak memikirkan urusan
umat Islam maka tidaklah ia termasuk
golongan mereka”
20
hadis

”Orang-orang Islam seumpama satu
tubuh, jika matanya sakit maka terasa
sakit seluruh tubuhnya dan jika kepalanya
sakit maka terasa sakit seluruh tubuhnya”
21
Al-Quran

”Wahai orang-orang yang beriman,
apakah sebabnya apabila dikatakan
kepada kamu berangkatlah untuk
berperang pada jalan Allah, kamu berasa
berat dan ingin tinggal ditempat kamu ,
apakah kamu puas dengan kehidupan
dunia sebagai ganti kehidupan akhirat,
padahal kehidupan dunai untuk
dibandingkan dengan kehidupan akhirat
amatlah sedikit”
22
Akhlak para pejuang
1. Keikhlasan niat

“Orang-orang yang beriman berperang
pada jalan Allah, manakala orang-orang
kafir pula berperang pada jalan taghut,
justeru itu perangilah kawan-kawan
syaitan itu, sesungguhnya tipu daya
syaitan itu adalah lemah”
23

“Sesungguhnya manusia yang pertama dihitung
ke atasnya pada hari qiamat nanti ialah yang
mati syahid, maka dia dibawa (mengadap Allah)
dan Allah memperkenalkan kepadanya segala
nikmatNya lalu dia mengenalinya. Kemudian
Allah berfirman: Maka apakah yang telah engkau
lakukan terhadapnya (nikmat-nikmat tersebut)?.
Dia menjawab “Aku berperang pada jalan Mu
(Allah) sehingga aku mati syahid”. Allah
berfirman “Engkau berdusta, akan tetapi engkau
berperang supaya diperkatakan “ Dia seorang
yang berani maka sesungguhnya engkau telah
diperkatakan (sebagaimana engkau mahu).
Kemudian diperintahkan para Malaikat
kepadanya) maka diseret di atas mukanya
sehingga dilemparkan ke dalam neraka”
24
2. Tidak memerangi orang-orang awam

”Dan perangilah kerana agama Allah akan
orang-orang yang memerangi kamu, dan
janganlah kamu melampaui
batas/menceroboh, kerana sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang
melampaui batas / menceroboh”
25
hadis

”Berangkatlah kamu dengan nama Allah
dan kerana Allah dan atas agama Allah
dan janganlah kamu membunuh orang tua
yang sudah tidak berupaya, kanak-kanak
kecil dan wanita dan janganlah kamu
mengambil harta rampasan perang
sebelum ia dibahagi-bahagikan,
himpunkanlah ia terlebih dahulu dan
berbuat baiklah sesungguhnya Allah
menyukai orang yang berbuat baik “
26
3. Dilarang menghina / mengaibkan mayat

Rasulullah s.a.w. apabila melantik seorang
panglima angkatan tentera yang besar atau
kecil, Baginda secara khusus akan berpesan
kepadanya agar bertaqwa kepada Allah dan
berlaku baik kepada tentera muslimin yang turut
serta bersamanya. Kemudian Baginda bersabda
“Perangilah dengan nama Allah, di jalan Allah,
perangilah orang-orang kafir dengan Allah,
berperanglah dan jangan mengambil harta
rampasan perang sebelum ia dibahagibahagikan, jangan melampaui batas, jangan
mengkhianati, jangan mencincang musuh
27
4. Tidak merosakkan harta benda musuh kecuali
jika perlu


Harta benda yang dimiliki oleh manusia merupakan hak
individu yang tidak boleh diusik atau diganggu gugat
oleh individu lain. Kehormatan tersebut bukan sahaja
berlaku dalam suasana aman, malah dalam suasana
genting seperti peperangan sekalipun Islam masih
menitikberatkan konsep keamanan dan kesejahteraan
manusia.
Dalam melakukan jihad peperangan umpamanya,
mujahid atau tentera muslim ditegah daripada
melakukan kerosakan ke atas pokok-pokok, harta benda,
bangunan dan sebagainya
28
5. Memberi perlindungan kepada pihak
musuh yang menyerah kalah

Dan jika seseorang daripada kaum musyrikin
meminta perlindungan kepadamu maka berilah
perlindungan kepadanya sehingga ia sempat
mendengar keterangan-keterangan Allah
(tentang hakikat kebenaran Islam), kemudian
hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia
beroleh keamanan, perintah yang tersebut itu
ialah kerana mereka merupakan kaum-kaum
yang tidak mengetahui
29
6. Berbuat baik kepada tawanan
perang



Dibebaskan tanpa bayaran tebusan
Dibebaskan dengan bayaran tebusan
Dihukum bunuh
30
7. Hukum ghanimah (Harta rampasan perang)

Bahkan tidak, demi diriku yang berada dalam
gengamanNya, sesungguhnya selimut yang
diambilnya pada hari Khaibar daripada harta
rampasan perang sebelum ia dibahagibahagikan menjadi api yang membakarnya.
Mendengarkan yang demikian, maka seorang
sahabat datang kepada Baginda dengan
membawa seutas tali kasut lalu bekata: ‘aku
mengambil ini’ Rasulullah s.a.w. menjawab :
‘seutas atau dua utas tali kasut daripada api’
31