Transcript CAHAYA
CAHAYA • Cahaya adalah satu bentuk tenaga • Bahan-bahan yang menyala menghasilkan cahaya • Cahaya bergerak amat pantas iaitu selaju 300000 kilometer sesaat • Objek-objek yang mengeluarkan cahaya digelar punca cahaya • Punca cahaya yang utama bagi hidupan di Bumi ialah Matahari Contoh punca-punca cahaya ialah: • Lampu suluh • Lampu pendafluor • Mentol • Mancis • Lilin • Kayu api • Arang Kegunaan Cahaya • Bumi mengalami siang apabila menrima cahaya matahari • Cahaya dari Matahri membekalkan haba kepada bendabenda hidup di Bumi • Tumbuhan hijau menggunakan cahaya dari Matahari untuk proses fotosintesis • Cahaya membolehkan kita melihat • Pada waktu siang, kita dapat melihat kerana Matahari memancarkan cahaya • Pada waktu malam, punca cahaya lain seperti mentol, lampu pendaflour, lampu suluh, lampu jalan raya dan lampu kereta menolong kita melihat. Sifat-sifat Cahaya • Cahaya bergerak lurus • Cahaya boleh dipantulkan • Cahaya boleh dibiaskan Cahaya Bergerak Lurus Pantulan Cahaya • Cahaya boleh diserap dan dipantulkan • Cahaya yang dipantulkan mengubah arah pergerakannya • Pemantul yang baik ialah permukaan yang rata, licin dan berkilat • Objek berwarna putih adalah pemantul cahaya yang baik daripada objek berwarna hitam Sinar pantulan Sinar tuju Pembiasan Cahaya • Apabila cahaya bergerak melalui medium yang berlainan, ia bergerak dengan kelajuan yang berbeza dan arah pergerakan cahaya berubah atau terpesong sedikit. • Cahaya dibiaskan apabila ia bergerak melalui udara ke air dan juga melalui kaca. Apabila alur cahaya ditujukan kepada kaca jernih cahaya akan dibiaskan dan arah cahaya akan terpesong Antara peralatan menggunakan prinsip pembiasan cahaya: Penyebaran Cahaya Putih • Cahaya daripada Matahari kelihatan putih. • Akan tetapi cahaya daripada Matahari terdiri daripada tujuh warna iaitu: merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu Jalur warna ini dikenali spektrum • Isaac Newton ialah ahli sains yang berjaya memisahkan cahaya Matahari kepada spektrum dengan menggunakan prisma kaca Cahaya putih Prisma kaca • Proses pemisahan cahaya putih kepada spektrum disebut penyebaran cahaya. Penembusan Cahaya Melalui Bahan • Cahaya dapat menembusi beberapa jenis bahan. Contohnya cahaya dapat menembusi kaca dan plastik jernih. • Ada juga bahan yang tidak dapat ditembusi cahaya. Contohnya papan. Bahan Lut Sinar • Cahaya dapat menembusi bahan sepenuhnya seperti kaca. • Jika alur cahaya dihalakan kepada kaca alur cahaya itu akan kelihatan melaluinya. • Bahan yang dapat membenarkan keseluruhan cahaya menembusinya disebut bahan lut sinar. Bahan Lut Sinar Bekas yang terdiri daripada bahan lut sinar Bahan Lut Cahaya • Hanya sebahagian cahaya dapat menembusi bahan seperti kertas surih. • Jika alur cahaya dihalakan kepada kertas surih hanya kecerahan cahaya yang dapat dilihat dan bukan alur cahayanya. • Bahan yang membenarkan sebahagian daripada cahaya menembusinya disebut bahan lut cahaya. Bahan Lut Cahaya Bekas yang terdiri daripada bahan lut cahaya Bahan Legap • Ada bahan seperti papan tidak membenarkan cahaya menembusinya. • Jika cahaya dihalakan ke arahnya, bayangbayang akan terbentuk. • Bahan yang tidak dapat ditembusi langsung oleh cahaya disebut bahan legap Bahan Legap Bekas yang terdiri daripada bahan legap Pembentukan bayang-bayang • Apabila sinar cahaya yang bergerak lurus dihalang oleh sesuatu objek legap, bayang-bayang akan terbentuk • Bayang-bayang terbentuk kerana cahaya bergerak lurus dan cahaya tidak dapat menembusi objek legap