No. Siri No. Fail Pindaan : BP 3/3 : JPA(BKP)548/1/12 : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH PERSARAAN KERANA PENSWASTAAN AGENSI KERAJAAN BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”
Download ReportTranscript No. Siri No. Fail Pindaan : BP 3/3 : JPA(BKP)548/1/12 : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH PERSARAAN KERANA PENSWASTAAN AGENSI KERAJAAN BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”
No. Siri No. Fail Pindaan : BP 3/3 : JPA(BKP)548/1/12 : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH PERSARAAN KERANA PENSWASTAAN AGENSI KERAJAAN BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM” PANDUAN MENGENAI FAEDAH PERSARAAN KERANA PENSWASTAAN AGENSI KERAJAAN JPA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi. Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan. Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. Sekian, terima kasih. (TAN SRI ISMAIL ADAM) “Pertumbuhan ekonomi di masa hadapan, sebahagian besarnya akan bergantung kepada kegiatan sektor swasta. Strategi utama bagi penglibatan sektor swasta ialah melalui dasar penswastaan. Strategi ini akan menjamin beban kewangan Kerajaan dikurangkan dan pada masa yang sama mutu perkhidmatan akan dipertingkatkan. Strategi ini akan menambahkan lagi peluang bumiputera dari segi hak milik, pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan. Pendapatan kakitangan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan yang akan diswastakan tidak akan terjejas kerana penswastaan”. YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Dewan Rakyat, 29 Mac 1984 KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pendahuluan 1 2. Latar Belakang 1 3. Dasar Personel dan Perkhidmatan 1 4. Kertas Opsyen 2 5. Kaedah Persaraan 2 6. Bersetuju Menyertai Syarikat 3 7. Tidak Setuju Menyertai Syarikat 4 8. Syarat Penting 4 9. Umur Layak Terima Pencen 5 10. Tamat Perkhidmatan Kerana Sakit Atau Dasar Pengurangan Kerja 6 11. Faedah Persaraan 7 12. Formula Pengiraan 7 13. Penyediaan Dokumen Persaraan 9 14. Tanggungjawab 11 15. Rujukan Berkaitan 13 16. Pertanyaan 14 17. Lampiran I - Carta Aliran I-I - Dibersarakan Kerana Dilantik Untuk Berkhidmat Dengan Syarikat I-II - Bersara Secara Pilihan Sendiri I-II - Dibersarakan Atas Sebab Penghapusan Jawatan PENDAHULUAN Buku panduan ini bertujuan memberi penerangan mengenai opsyen dan faedah persaraan kepada pegawai/pekerja berpencen yang bersara kerana penswastaan/pengkorporatan agensi Kerajaan. LATAR BELAKANG Dasar Penswastaan telah diperkenalkan oleh Kerajaan dalam tahun 1980-an lagi. Sejak itu, beberapa agensi Kerajaan telah diswastakan/dikorporatkan dan telah memperlihatkan kejayaan masingmasing. Di antara matlamat penswastaan ialah untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti, memberi peluang yang saksama kepada sesebuah agensi mengecap kekayaan dan kemakmuran negara sekaligus mengurangkan beban kewangan Kerajaan. Dalam melaksanakan dasar penswastaan/pengkorporatan, Unit Perancangan Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri terlibat dari segi segi dasar berhubung kewangan, aset dan liabiliti, manakala Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula mengenai dasar personel dan perkhidmatan agensi Kerajaan yang hendak diswastakan. DASAR PERSONEL DAN PERKHIDMATAN Dasar terpenting dalam menguruskan personel yang terlibat dengan penswastaan ialah menentukan tawaran kaedah dan faedah persaraan serta terma dan syarat perkhidmatan yang secara pakejnya tidak kurang baik (no less favourable) daripada 1 apa yang dinikmati dalam perkhidmatan sekarang. Bagi maksud ini, JPA (Bahagian Pasca Perkhidmatan) dipertanggungjawabkan untuk memberi nasihat dan kepakaran dari segi Kertas Opsyen yang diberi kepada pegawai/pekerja yang terlibat, manakala JPA (Bahagian Perkhidmatan) dalam hal terma dan syarat perkhidmatan yang ditawarkan. KERTAS OPSYEN Kertas Opsyen merupakan tawaran kepada pegawai/pekerja terlibat untuk memilih sama ada : (a) Bersetuju menyertai syarikat; atau (b) Tidak bersetuju menyertai syarikat. Kertas Opsyen juga menawarkan peluang kepada pegawai/pekerja berpencen untuk memilih kaedah persaraan yang sesuai baginya selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang pencen. KAEDAH PERSARAAN Tawaran kaedah persaraan adalah merujuk kepada peruntukan Sek. 12 atau 12A atau 10(5)(b) Akta Pencen 1980 (Akta 227) bagi pegawai persekutuan dan pegawai negeri atau Peruntukan Seksyen 12 atau 13 atau 10(5)(b) Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) bagi pekerja pihak berkuasa berkanun dan tempatan. 2 BERSETUJU MENYERTAI SYARIKAT (TERIMA TAWARAN) Bagi pegawai/pekerja berpencen yang bersetuju menyertai syarikat dan berumur kurang 45 tahun bagi perempuan atau 50 tahun bagi lelaki, mereka boleh bersara di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239 dengan memilih sama ada : (a) Skim A (Seksyen 12A(2) Akta 227/Seksyen 13(2) Akta 239) Skim Perkhidmatan Syarikat dengan menikmati gaji, imbuhan, elaun, cuti dan rawatan perubatan sama seperti yang diterimanya semasa berkhidmat dengan agensi Kerajaan sekarang atau apa-apa perubahan gaji atau pemberian bonus oleh Kerajaan pada masa hadapan. Tempoh perkhidmatan dalam syarikat akan diambilkira untuk tujuan pengiraan pencen. Gaji akhir yang diambilkira untuk tujuan pencen ialah gaji akhir selama berada dalam Skim A; atau (b) Skim B (Seksyen 12A(3) Akta 227/Seksyen 13(3) Akta 239) Skim Perkhidmatan Syarikat dengan menikmati gaji atau apa-apa kemudahan yang disediakan oleh syarikat termasuk apa-apa bonus atau saham yang ditawarkan. Tempoh perkhidmatan dan gaji akhir yang diambilkira untuk pengiraan pencen ialah sehingga sehari sebelum tarikh kuatkuasa penswastaan/pengkorporatan. Bagi Pegawai Berpencen yang bersetuju menyertai Syarikat dan telah mencapai umur 40 atau lebih, mereka boleh bersara pilihan di bawah Seksyen 12 Akta 227 atau Akta 239 dan berkhidmat dengan syarikat di bawah Skim B. Mereka layak dibayar ganjaran pada tarikh kuatkuasa penswastaan/ pengkorporatan. 3 TIDAK BERSETUJU MENYERTAI SYARIKAT (TOLAK TAWARAN) Bagi pegawai/pekerja berpencen yang menolak tawaran untuk berkhidmat dengan syarikat, mereka akan dibersarakan di bawah Seksyen 10(5)(b) Akta 227/Akta 239. Mereka layak dibayar faedah persaraan pada tarikh kuatkuasa penswastaan/pengkorporatan. Mereka tidak dibenarkan untuk berkhidmat dengan syarikat atau mana-mana subsidiarinya atau manamana agensi Kerajaan. SYARAT PENTING Bagi yang bersetuju menyertai syarikat dan bersara di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239, mereka dikehendaki berkhidmat selama 5 tahun terus menerus dengan syarikat untuk layak menerima faedah persaraan. Bagi yang memilih Skim A, mereka boleh bertukar ke Skim B dalam tempoh 2 tahun dikira dari tarikh kuatkuasa penswastaan. Manakala yang memilih Skim B tidak boleh bertukar ke Skim B. Bagi yang memilih untuk bersara pilihan di bawah Seksyen 12 Akta 227 atau Akta 239 dan berkhidmat dengan syarikat di bawah Skim B, hendaklah mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambilkira tidak kurang dari 10 tahun dan berumur 40 tahun layak untuk menikmati faedah persaraan. 4 UMUR LAYAK TERIMA FAEDAH-FAEDAH PERSARAAN Skim A – Seksyen 12A(2) Akta 227 (Pegawai Persekutuan atau Pegawai Negeri) (a) Sekiranya dilantik sebelum 16 Mei 1986, mereka layak dibayar faedah persaraan bila mencapai umur 45 tahun bagi pegawai perempuan atau 50 tahun bagi pegawai lelaki atau 55 tahun atau 56 tahun mengikut opsyen di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001. (b) Sekiranya dilantik pada atau selepas 15 Mei 1986 tetapi sebelum 1 Oktober 2001, mereka layak dibayar faedah persaraan bila mencapai umur 55 tahun atau 56 tahun mengikut pilihan mereka semasa opsyen dibawah Pekelililng Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001. (c) Sekiranya dilantik pada atau selepas 1 Oktober 2001, mereka layak dibayar faedah persaraan bila mencapai umur 56 tahun. Skim A – Seksyen 13(2) Akta 239 (Pekerja Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan) (a) Sekiranya dilantik sebelum 1 Oktober 2001, mereka layak dibayar faedah persaraan bila mencapai umur 55 tahun atau 56 tahun mengikut opsyen di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001. (b) Sekiranya dilantik pada atau selepas 1 Oktober 2001, mereka layak dibayar faedah persaraan bila mencapai umur 56 tahun. 5 Skim B – Seksyen 12A(3) Akta 227/Seksyen 13(3) Akta 239 Bagi Pegawai/Pekerja Berpencen yang memilih kaedah persaraan ini, mereka layak dibayar faedah persaraan bila mencapai umur 45 tahun bagi pegawai/pekerja perempuan dan 50 tahun bagi pegawai/pekerja lelaki. Skim B – Seksyen 12 Akta 227/Akta 239 (a) Sekiranya dilantik sebelum 12 April 1991, mereka layak dibayar pencen bila mencapai umur 45 tahun bagi pegawai/pekerja perempuan atau 50 tahun bagi pegawai/pekerja lelaki. (b) Sekiranya dilantik pada atau selepas 12 April 1991 tetapi sebelum 1 Oktober 2001, mereka layak dibayar pencen bila mencapai umur 55 tahun atau 56 tahun mengikut opsyen di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001. (c) Sekiranya dilantik pada atau selepas 1 Oktober mereka layak dibayar pencen bila mencapai umur 56 tahun. 2001, Bagi Pegawai/Pekerja Berpencen yang menolak tawaran untuk berkhidmat dengan Syarikat, mereka layak dibayar faedah persaraan pada tarikh kuatkuasa penswastaan/pengkorporatan. TAMAT PERKHIDMATAN PENGURANGAN PEKERJA KERANA SAKIT ATAU DASAR Bagi pegawai/pekerja berpencen yang memilih kaedah persaraan di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239 yang ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat kerana sakit (dengan perakuan Lembaga Perubatan Kerajaan) atau kerana dasar pengurangan pekerja (dengan kelulusan Kerajaan), mereka layak dibayar faedah persaraan pada tarikh kuatkuasa penamatan perkhidmatan. 6 FAEDAH PERSARAAN Faedah persaraan yang layak dinikmati oleh pegawai/pekerja berpencen ialah : (a) Ganjaran Perkhidmatan. (b) Pencen Bulanan. (c) Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) – pembayaran hanya untuk pegawai/pekerja Perkhidmatan Awam Persekutuan sahaja. (d) Kad Pesara. (e) Rawatan Perubatan. FORMULA PENGIRAAN (a) Pegawai berpencen yang menerima tawaran berkhidmat Syarikat (i) dengan Ganjaran Perkhidmatan Bersara sebelum 1 Januari 1995 1/20 x Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira x Gaji Akhir Bersara selepas 1 Januari 1995 7.5% x Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira x Gaji Akhir 7 (ii) Pencen Bulanan 1/600 x Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira x Gaji Akhir (iii) GCR Bersara sebelum 1 Januari 1995 1/30 x Jumlah Hari Cuti Rehat Terkumpul x Gaji Akhir Bersara selepas 1 Januari 1995 1/30 x Jumlah Hari Cuti Rehat Terkumpul x Gaji Akhir dan Termasuk Imbuhan Tetap Persaraan sebelum 1 Januari 2003 Maksimum 90 hari cuti rehat terkumpul (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993) Persaraan selepas 1 Januari 2003 Maksimum 120 hari cuti rehat terkumpul (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2003) 8 (b) Pegawai/Pekerja Berpencen yang berkhidmatan dengan syarikat : menolak tawaran untuk Pengiraan Ganjaran Perkhidmatan dan GCR ialah seperti di muka surat 8, manakala Pencen Bulanan berasaskan formula berikut : 1/500 x Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira x Gaji Akhir *maksimum 1/2 gaji akhir Pegawai berpencen yang memilih kaedah persaraan di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239, pencen bulanan mereka hendaklah tidak kurang 1/5 daripada gaji akhir. Kad Pesara dan kemudahan rawatan di Hospital Kerajaan dan pembiayaan rawatan khas layak dinikmati sebaik sahaja pegawai/pekerja tersebut layak mendapat faedah persaraan. PENYEDIAAN DOKUMEN-DOKUMEN PERSARAAN Dokumen yang perlu dikemukakan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPAialah seperti berikut : Borang JPA.BP.SPPP.B01aMaklumat Pesara 1 salinan Borang JPA.BP.SPPP.B03 Maklumat Tanggungan1 salinan 9 Borang JPA.BP.SPPP.B04 Notis Pelepasan/Pengasingan Caruman Kerajaan di KWSP 1 salinan Borang JPA.BP.UMUM.B01 Sijil Akuan Berhutang/Tidak Berhutang 1 salinan Borang JPA.BP.UMUM.B02 Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpul 1 salinan Borang JPA.BP.UMUM.B04 Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat Otak/Cacat Anggota (jika berkenaan) 1 salinan Rekod Perkhidmatan (kemaskini) 1 salinan Rekod Cuti (kemaskini) 1 salinan Salinan Sijil Nikah, sekiranya tiada, Surat Akuan Sumpah 1 salinan Salinan Kad Pengenalan Pegawai/Pekerja 1 salinan Salinan Kad Pengenalan Isteri/Suami kepada Pegawai/Pekerja 1 salinan Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Anak-anak Di bawah Umur 21 Tahun dan Tiada Had Umur Bagi Anak Cacat 1 salinan Salinan Dokumen Bank (menunjukkan nama/kad pengenalan) 1 salinan Salinan Kertas Opsyen Penswastaan 1 salinan Salinan Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan Yang Sah 1 salinan 10 Bagi mereka yang ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat kerana sakit atau dasar pengurangan pekerja, dokumen tambahan seperti berikut hendaklah dikemukakan : (a) Laporan Lembaga Perubatan Pengurangan Pekerja oleh Kerajaan; dan (b) Salinan Notis Syarikat. Tamat Perkhidmatan Kerajaan/Kelulusan Pegawai/Pekerja oleh Bagi tujuan pembayaran pencen bulanan, sila pastikan maklumat bank telah dikemukakan dan untuk tujuan surat menyurat, sila tentukan alamat terkini diberikan. TANGGUNGJAWAB Pegawai/Pekerja (a) Membuat pilihan yang tepat semasa opsyen diberi; (b) Menyemak rekod perkhidmatan dan catatannya betul, lengkap dan teratur; dan (c) Menyempurnakan dokumen persaraan yang diperlukan dan diserah kepada jabatan mengurus/syarikat dengan lengkap. rekod cuti supaya Jabatan Mengurus/Syarikat (a) Menyelenggara dan mengemaskini rekod perkhidmatan, rekod cuti, gaji, pilihan opsyen setiap pegawai/pekerja yang terlibat dengan betul dan tepat; 11 (b) Mengemukakan senarai pegawai/pekerja berpencen yang terlibat yang mengandungi butiran perkhidmatan, gaji, umur dan pilihan opsyen ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA pada tarikh kuatkuasa penswastaan/pengkorporatan; dan (c) Mengemukakan dokumen-dokumen persaraan dengan lengkap dan teratur kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA : (i) serta merta – bagi mereka yang menolak tawaran berkhidmat dengan syarikat; (ii) segera – bagi mereka yang bersara di bawah Seksyen 12 Akta 227239; dan (iii) Tiga (3) bulan sebelum tarikh layak terima faedah persaraan bagi mereka yang bersara di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239. untuk Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA (a) Memproses dan melulus tempoh perkhidmatan tiga (3) bulan sebelum tarikh layak terima faedah persaraan; (b) Melulus faedah persaraan satu bulan sebelum tarikh layak faedah persaraan; (c) Mengeluarkan Kad Pesara sebaik sahaja faedah persaraan diluluskan; dan (d) Menguruskan pembayaran faedah persaraan sesuai dengan tarikh layak terima faedah persaraan. terima 12 RUJUKAN BERKAITAN Perkara yang dibentangkan di atas boleh dirujuk kepada yang berikut : (a) Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan; (b) Akta Pencen 1980 (Akta 227); (c) Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239); (d) Peraturan-peraturan Pencen 1980; (e) Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990; (f) Pelan Induk Penswastaan 1991; (g) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2003; (h) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001; (i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2000; (j) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993; dan (k) Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1985; 13 PERTANYAAN Sebarang kemusykilan/pertanyaan, sila hubungi pegawai atau unit yang berkaitan seperti yang disenaraikan di bawah : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pasca Perkhidmatan, Unit 03 Aras 3, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya atau Telefon : 03-8885 4620 hingga 4631 Faksimili : 03-8888 6359 03-8889 2193 03-8888 4740 atau E-mel : [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] 14 LAMPIRAN I CARTA ALIRAN Agensi Kerajaan Diswastakan Anggota Menamatkan Perkhidmatan Dengan Kerajaan Diberi Kertas Opsyen Ditawar Dua Pilihan Pilihan I Pilihan II Menerima Tawaran Untuk Berkhidmat Dengan Syarikat Menolak Tawaran Untuk Berkhidmat Dengan Syarikat Mempunyai Dua Jenis Persaraan Mempunyai Satu Jenis Persaraan Dibersarakan Kerana Dilantik Untuk Berkhidmat Dengan Syarikat Seksyen 12A Akta 227 (Awam) Seksyen 13 Akta 239 (BBKT) A Bersara Secara Pilihan Sendiri Seksyen 12 Akta 227 Dan Akta 239 (Awam dan BBKT) B Dibersarakan Atas Sebab Penghapusan Jawatan Seksyen 10(5)(b) Akta 227 atau Akta 239 (Awam dan BBKT) C 15 LAMPIRAN I-I DIBERSARAKAN KERANA DILANTIK UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SYARIKAT (Seksyen 12A Akta 227/Seksyen 13 Akta 239) A DIBERSARAKAN KERANA DILANTIK UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SYARIKAT Syarat-syarat Yang Melayakkan Pada Tarikh Penswastaan Anggota Mestilah : 1. Berjawatan Tetap Di bawah Skim Pencen 2. (a) Berumur Kurang Daripada 45 Tahun (Perempuan) (b) Berumur Kurang Daripada 50 Tahun (Lelaki) 3. Telah Disahkan Dalam Jawatan Sekarang Atau Jawatan Yang Terdahulu Dalam Perkhidmatan Kerajaan Ditawarkan Dua Skim Perkhidmatan SKIM A 1. Skim Perkhidmatan Ala Kerajaan Yang Menawarkan Gaji, Elaun, Terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan Yang Serupa Dengan Skim Perkhidmatan Kerajaan 2. Dibenarkan Menukar Pilihan Ke SKIM B Dalam Tempoh 2 Tahun Mulai Tarikh Penswastaan 3. Wajib Berkhidmat Dengan Syarikat Secara Berterusan Selama Tidak Kurang Lima Tahun Mulai Tarikh Penswastaan SKIM B 1. Skim Perkhidmatan Syarikat Yang Menawarkan Gaji Baru Serta Terma Dan Syarat-syarat Perkhidmatan Syarikat 2. Pencaruman Kepada KWSP 3. Saham dan Bonus Syarikat, Jika Ada 4. Wajib Berkhidmat Dengan Syarikat Secara Berterusan Selama Tidak Kurang Lima Tahun Mulai Tarikh Penswastaan 16 LAMPIRAN I-II BERSARA SECARA PILIHAN SENDIRI (Seksyen 12 Akta 227/Akta 239 BERSARA SECARA PILIHAN SENDIRI Syarat-syarat Yang Melayakkan Pada Tarikh Penawaran Anggota Mestilah : 1. Berjawatan Tetap Di bawah Skim Pencen 2. Berumur 40 Tahun Dan Ke atas 3. Telah Disahkan Dalam Jawatan Sekarang Atau Jawatan Yang Terdahulu Dalam Perkhidmatan Kerajaan 4. Telah Diberi Taraf Berpencen 5. Mempunyai Tempoh Tidak Kurang 10 Tahun Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira Ditawarkan Satu Skim Perkhidmatan Sahaja Ditawarkan Satu Skim Perkhidmatan Sahaja 1. Skim Perkhidmatan Syarikat Yang Menawarkan Gaji Baru serta Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Syarikat 2. Pencarum Kepada KWSP 3. Saham dan Bonus Syarikat, jika ada B 17 LAMPIRAN I-III DIBERSARAKAN ATAS SEBAB PENGHAPUSAN JAWATAN (Seksyen 10(5)(b) Akta 227/Akta 239) C DIBERSARAKAN ATAS SEBAB PENGHAPUSAN JAWATAN Syarat-syarat Yang Melayakkan Semua Anggota Tidak Mengira Umur Pada Tarikh Penswastaan Anggota Mestilah : 1. Berjawatan Tetap Di bawah Skim Pencen 2. Telah Diberi Taraf Berpencen 3. Mempunyai Tempoh Tidak Kurang 3 Tahun Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukkira Pembayaran Faedah-faedah Persaraan Layak Menerima Pencen Dan Ganjaran Pada Tarikh Penswastaan 18 “Ramai yang tidak menyedari hakikat bahawa faedah persaraan merupakan anugerah seumur hidup daripada Kerajaan kepada anggota sektor awam yang bersara setelah sekian lama menabur jasa demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. Justeru, ia sepatutnya menjadi kebanggaan setiap pesara Kerajaan Malaysia…….” Skim Pencen Sektor Awam Kebanggaan Pesara Kerajaan Malaysia November., 2000 19