1. PENDAHULUAN

Download Report

Transcript 1. PENDAHULUAN

Undang-undang dan
Peraturan
• Akta 227 (Akta Pencen 1980)
– Kuatkuasa 1.1.1976
•
•
•
•
Menggantikan:
Ordinan Pencen 1951
Ordinan Pencen Sabah 1963
Ordinan Pencen Sarawak CAPTER
1989
2. SKOP
• 2.1 Pentadbiran Pencen bermula dari tarikh
anggota dilantik ke dalam perkhidmatan
Kerajaan hingga beliau bersara dan seterusnya
sehingga beliau atau tanggungannya hilang
kelayakan menerima pencen.
• 2.2 Skim Pencen Perkhidmatan Awam
bertujuan untuk memastikan hanya anggota
yang layak sahaja menerima faedah persaraan
di bawah Undang-undang Pencen. Seterusnya
Feadah Persaraan dibayar dengan jumlah yang
tepat mengikut formula dan kelayakan yang
ditetapkan.
3. OBJEKTIF SKIM
PENCEN
• Skim Pencen telah diwujudkan oleh Kerajaan
khusus bagi memenuhi objektif-objektif
berikut:• a) Memberi pengiktirafan dan penghargaan
terhadap perkhidmatan cemerlang seseorang
anggota yang telah dicurahkan kepada
Kerajaan dengan penuh taat setia, dedikasi
dan amanah;
• b) Berbentuk suatu ikatan ke atas anggotaanggota agar mereka terus berkhidmat dengan
Kerajaan;
3. OBJEKTIF SKIM PENCEN(Samb)
• c) Memberi jaminan saraan hidup kepada
anggota-anggota setelah mereka bersara dari
perkhidmatan Kerajaan;
• d)Memberi saraan hidup kepada orang-orang
tanggungan anggota-anggota yang telah
meninggal dunia sama di dalam perkhidmatan
Kerajaan atau selepas mereka bersara;
3. OBJEKTIF SKIM PENCEN(Samb)
• e)Mewujudkan suatu bentuk Skim
Pampasan yang terbuka kepada anggotaanggota yang dikehendaki bersara atau
meninggal dunia akibat mengalami
kecederaan atau menghidap penyakit
kerana terdedah kepada bahaya-bahaya
tertentu ketika menjalankan tugas-tugas
rasmi mereka.
4. PENCEN BUKAN HAK
MUTLAK
• Pencen, ganjaran atau feadah persaraan lain
yang diperuntukkan di dalam Akta 227 dan
Akta 239 bukanlah merupakan suatu hak
mutlak seseorang anggota (Sekeyen 3(1) Akta
227 atau Akta 239). Seseorang anggota
hendaklah memenuhi syarat-syarat yang
diperuntukkan dalam undang-undang pencen
untuk melayakkannya menerima faedah
persaraan.
5. PERLINDUNGAN HAK
PENCEN
• 5.1 Berhubung dengan pemberian
pencen, ganjaran atau faedah persaraan
lain di bawah Akta 227, prinsip yang
sedia termaktub di dalam Perkara 147
Perlembagaan Persekutuan hendaklah
sentiasa dipatuhi. Peruntukan di Perkara
147 ini berbunyi sedemikian:-
5. PERLINDUNGAN HAK
PENCEN (Samb)
• “Perlindungan Hak-hak Pencen” 147(1) Undangundang yang dipakai bagi apa-apa pencen,
gajaran atau lain-lain elaun sepertinya (dalam
perkara ini disebut sebagai “award”) yang
diberi kepada seorang anggota mana-mana
perkhidmatan awam, atau kepada balunya,
anaknya, orang tanggungannya atau wakil
dirinya, ialah undang-undang yang
berkuatkuasa pada hari yang berkaitan atau
apa-apa undang-undang kemudiannya yang
tidak kurang baiknya kepada orang yang diberi
award itu.
6. OPSYEN-SKIM PENCEN
ATAU SKIM KWSP
• Anggota-anggota Kerajaan dalam
perkhidmatan tetap yang dilantik pada atau
selepas 12 April 1991 layak diberi opsyen
memilih sama ada Skim pencen atau skim
KWSP sebelum disahkan dalam perkhidmatan.
(Pek. Perk.Bil:15/2001)
7. PEMBERIAN TARAF
BERPENCEN
•
Seseorang anggota tetap yang memilih skim
pencen layak diberi taraf sebagai anggota
berpencen jika ia telah:-
a) Disahkan dalam perkhidmatannya; dan
b) Genap tempoh selama tidak kurang daripada
3 tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira.
8. JENIS-JENIS PERSARAAN
8.1. Terdapat 11 jenis persaraan yang
dibenarkan di
bawah Akta 227 atau Akta 239,iaitu:a) Persaraan Paksa
i) Persaraan wajib kerana mencapai umur 56
tahun [Seksyen 10(1)];
ii) Persaraan atas sebab kesihatan[(seksyen
10(5)(a)]
(Pek.Perkh.Bil:10/1995);
iii) Persaraan atas sebab penghapusan
jawatan
[Seksyen 10(5)(b);
8. JENIS-JENIS PERSARAAN (Samb)
iv) Persaraan atas sebab penyusunan semula
Organisasi [(Seksyen 10(5)(b)];
v) Persaraan atas sebab pekerjaan anggota telah
ditamatkan demi kepentingan awam(seksyen
10(5)(d)];
vi) Persaraan atas alasan memperolehi
Kewarganegaraan asing (berkuatkuasa bagi
lantikan baru pada atau selepas 15.5.1986)
[Seksyen 10(5)(c)];
8. JENIS-JENIS PERSARAAN (Samb)
vii) Persaraan atas sebab memberi maklumat palsu
bagi maksud pelantik anggota ke dalam
perkhidmatan Kerajaan [(berkuatkuasa bagi
lantikan baru pada atau selepas 12.4.1991)
(Seksyen 10(5)(f)].
b) Persaraan Di Atas Kehendak Kerajaan
Atau Menteri Dengan Persetujuan
Anggota
viii) Persaraan atas kepentingan Negara [Seksyen
11(a)(1),11(b)(1),11(1)];
ix) Persaraan demi kepentingan Perkhidmatan
Awam
8. JENIS-JENIS PERSARAAN (Samb)
c)Persaraan Pilihan
x) Persaraan atas pilihan sendiri (Seksyen 12 (1)];
d) Persaraan Setelah Dilantik Untuk Berkhidmat
Dalam Pertubuhan [Seksyen 12 (A)]
xi) Persaraan atas alasan telah dilantik oleh atau
dengan kebenaran Kerajaan untuk berkhidmat
dalam pertubuhan.
9. JENIS-JENIS FAEDAH
PERSARAAN
• 9.1 Anggota yang telah bersara atau
dikehendaki bersara dari perkhidmatan
Kerajaan sahaja layak dibayar feadahfeadah persaraan berikut:• 9.1.1 Ganjaran Perkhidmatan
• Merupakan bayaran yang dibuat setelah
mengambilkira:• a) tempoh perkhidmatan anggota dalam
perkhidmatan Kerajaan yang boleh
dimasuki-kira; dan
9. JENIS-JENIS FAEDAH
PERSARAAN (samb)
• b) gaji yang akhir diterima oleh
anggota di dalam perkhidmatan
Kerajaan dan diberikan secara
sekaligus kepada anggota berpencen
yang telah bersara atau dikehendaki
bersara dari Perkhidmatan Kerajaan.
9. JENIS-JENIS FAEDAH
PERSARAAN (samb)
• Formula Ganjaran:
7.5 % X Jumlah genap bulan
perkhidmatan yang dimasukkira X
Gaji Akhir yang diterima
9. JENIS-JENIS FAEDAH
PERSARAAN (samb)
• 9.1.2 Pencen Perkhidmatan
– Merupakan bayaran bulanan yang diberi
seumur hidup kepada anggota berpencen
yang telah bersara atau dikehendaki
bersara dari perkhidmatan kerajaan.
Perhitunganya adalah berdasarkan
kepada gaji yang akhir diterima oleh
anggota tersebut dan tempoh
perkhidmatan yang boleh dimasukkira
semasa anggota di dalam perkhidmatan
Kerajaan.
9. JENIS-JENIS FAEDAH
PERSARAAN (samb)
• Formula Pencen
– 1/600 X Jumlah genap bulan
perkhidmatan yang boleh dimasukkira X
Gaji akhir yang diterima.
– Tertakluk kepada had masimum
setenggah daripada gaji akhir.
9. JENIS-JENIS FAEDAH
PERSARAAN (samb)
• Walaubagaimana pun bagi persaraan
di atas sebab-sebab penghapusan
jawatan dan penyusunan semula
organisasi, faktor yang lebih baik
digunapakai dalam perhitungan
pencen.
• Formulanya:
1/500 berbanding 1/600 bagi
persaraan lain.
9. JENIS-JENIS FAEDAH
PERSARAAN (samb)
• Bersara atas sebab kesihatan dibayar
pencen minimum sebanyak: 1/5 dari
gaji akhir jika tempoh perkhidmatan
kurang dari 120 bulan. (10 Tahun)
• Kemudahan ini juga dipanjangkan
kepada pegawai yang meninggal dalam
perkhidmatan dan telah disahkan
dalam perkhidmatanya.
9. JENIS-JENIS FAEDAH
PERSARAAN (samb)
• 9.1.3 Award Wang Tunai (GCR)
– Skim Gantian Cuti Rehat yang dikumpulkan
atau yang lebih dikenali sebagai Gantian Cuti
Rehat (GCR) merupakan faedah yang
diperuntukkan di bawah Seksyen 4(2) Akta 227
dan Peraturan 21 kepada Peraturan-peraturan
Pencen 1980 khusus untuk: Pegawai
Persekutuandan Pegawai Persekutuan
Tempatan dengan syarat gaji pegawai ini
dibayar daripada Kumpulan Wang Yang
Disatukan Persekutuan. Syarat-syarat adalah
seperti Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1993
9. JENIS-JENIS FAEDAH
PERSARAAN (samb)
• Skim GCR ini merupakan kemudahan
Pihak Berkuasa yang berkenaan untuk
mengambilkira serta menggantikan
apa-apa cuti rehat yang terkumpul
terhad hanya kepada maksimum 120
(1.8.2003)hari dengan wang tunai
berdasarkan:
9. JENIS-JENIS FAEDAH
PERSARAAN (samb)
• Gaji akhir yang diterima
• Imbuhan Tetap (ITP, ITKA)
• JUMLAH Cuti Rehat yang terkumpul
yang tidak dapat dihabiskan oleh
mana-mana anggota atas sebab-sebab
kepentingan perkhidmatan.
9. JENIS-JENIS FAEDAH
PERSARAAN (samb)
• Pembayaran GCR akan dibuat kepada
anggota pada hari terakhir sebelum
ianya bersara dari perkhidmatan
Kerajaan.
• Formula GCR
1/30 X Jumlah Cuti Terkumpul X Gaji
Akhir dan Imbuhan Tetap yang lain.
Lain-lain Faedah Persaraan
• Pencen Hilang Upaya
– Mengikut Tahap Kecederaan –
Kemalangan dalam masa bertugas.
• Pencen Tanggungan
– Selepas 7 tahun pesara meninggal dunia
• Pencen Terbitan
– Meninggal dunia dalam perkhidmatan
MAKLUMAT TAMBAHAN
• Pencen Terendah RM 280.00
• Pencen Maksimum: ½ Bulan gaji hakiki.
• Tiada ganjaran dan pencen dibayar
kerana hilang taraf kerayatan.