Melaksanakan arahan yang diberikan secara lisan cara untuk membuat sandwich berdasarkan menu yang disediakan.
Download ReportTranscript Melaksanakan arahan yang diberikan secara lisan cara untuk membuat sandwich berdasarkan menu yang disediakan.
Melaksanakan arahan yang diberikan secara lisan cara untuk membuat sandwich berdasarkan menu yang disediakan. [1.3 Aras 2 (i)] 2. Membaca kuat cara untuk membuat sandwich pada kadar sekurang-kurangnya 85 peratus sebutan betul. [5.1 Aras 3(i)] 3. Murid dapat mengambil imlak sekurang-kurangnya lima ayat cara untuk membuat sandwich dengan menggunakan power point [9.1 Aras 3(i)] SEKOLAH KEBANGSAAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 Tajuk: Pemakanan Sihat Pada akhir pelajaran murid dapat; INDUKSI SET LANGKAH 1 LANGKAH 2 1. Melaksanakan arahan yang diberikan secara lisan cara untuk membuat sandwich berdasarkan menu yang disediakan. [1.3 Aras 2 (i)] 2. Membaca kuat cara untuk membuat sandwich pada kadar sekurang-kurangnya 85 peratus sebutan betul. [5.1 Aras 3(i)] LANGKAH 3 PENUTUP 3. Murid dapat mengambil imlak sekurangkurangnya lima ayat cara untuk membuat sandwich dengan menggunakan power point [9.1 Aras 3(i)] SURAITI_SAIDIN @ IPBMM 1 Apakah yang dapat kamu perhatikan berdasarkan gambar di bawah? SURAITI_SAIDIN @ IPBMM 2 L1-A1 Bersama ahli kumpulan anda, sila klik pada pautan di bawah. Lihat gambar bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat sandwich. http://suraiti.tripod.com/minggu_8/lwp_m8_gambar.doc SURAITI_SAIDIN @ IPBMM 3 L1-A2 Dalam kumpulan berlima, anda diminta menghasilkan sandwich berdasarkan menu yang dibacakan oleh guru. MENU SANDWICH TUNA Sila dengar arahan tersebut dengan teliti. 4 L2-A1 Sila klik pada pautan di bawah : Cara-cara membuat sandwich http://suraiti.tripod.com/minggu_8/lwp_m 8_menu.htm Sila teliti dan baca petikan tersebut secara luncuran. 5 L2-A2 Sila baca perkataan di bawah: cincang sebati Sapukan hancurkan cantumkan hiris Anda boleh bertanya kepada guru sekiranya anda tidak memahami perkataan di bawah. 6 L2-A3 Baca menu tadi secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Gunakan movie maker untuk merakam pembacaan anda itu. Baiki sebutan yang betul. Selamat mencuba! 7 L2-A4 Sila klik pada kumpulan anda. Sila baca petikan yang disediakan. Gunakan movie maker untuk merakam pembacaan anda. MENU RINGKAS Kumpulan 1 Kumpulan 2 SURAITI_SAIDIN @ IPBMM Kumpulan 3 Kumpulan 4 8 SANDWICH BERTINGKAT Bahan-bahan: · Sebungkus roti · 2 batang lobak merah · 2 biji timun · 3 biji telur · Mayonis · Sardin yang telah ditumis Cara-cara membuat: 1. Sediakan tiga keping roti. Setiap kepingan roti tersebut disapukan dengan mayonis. 2. Letakkan dua keping potongan timun dan lobak merah ke atas roti yang telah disapukan mayonis tadi. 3. Kemudian sapukan mayonis ke atas kepingan roti yang baru dan diisi pula dengan telur yang telah hancur digoreng. 4. Seterusnya, sapukan mayonis pada roti untuk membuat lapisan yang baru. 5. Lapisan yang akhir sekali, isikan sardin yang telah ditumis dan cantumkan dengan roti yang baru. 6. Sandwich siap untuk dihidangkan. SURAITI_SAIDIN @ IPBMM 9 SANDWICH AYAM ISTIMEWA Bahan-bahan: · Roti · Daging ayam · Kentang · Garam · Salad (dipotong memanjang) · Mayonis Cara-cara membuat: 1. Daging ayam digaulkan bersama garam dan dikukus sehingga masak. 2. Kemudian daging ayam tersebut dicarit halus. 3. Rebuskan kentang sehingga masak dan dipotong dadu. 4. Seterusnya, daging ayam yang dicarit tadi digaul bersama dengan kentang dadu dan salad. 5. Masukkan mayonis secukup rasa dan gaul sehingga sebati. 6. Sapukan roti bersama mentega dan ratakan daging ayam ke atasnya. 7. Akhir sekali, cantumkan roti tersebut dengan roti yang baru. SURAITI_SAIDIN @ IPBMM 10 SANDWICH SARDIN Bahan-bahan : · Lapan keping roti . Lada Sulah · Salad dihiris · Bawang besar dipotong dadu · Timun dihiris · Cili merah dihiris · Satu tin kecil Sardin Ayam Brand · Mayonis · Marjerin Cara membuat : 1. Hancurkan sardin di dalam pinggan. 2. Masukkan bawang, cili dan lada sulah ke dalam pinggan sardin. 3. Sapukan marjerin dan mayonis di atas roti. 4. Letakkan timun dan salad di atas roti kemudian sapukan dengan sardin tadi 5. Cantumkan dengan sekeping roti. 6. Tekan sedikit, hiris tepi kelilingnya kemudian potong tiga segi. Selamat menjamu selera ! SURAITI_SAIDIN @ IPBMM 11 SANDWICH SAYURAN Bahan-Bahan: Bun atau roti sub Italian Dressing Mentega/marjerin Bahan Isi: - Sekeping daun kobis - Lobak merah (dipotong kecil-kecil) - Sehiris tomato - 2-3 hiris cendawan butang - Beberapa hiris bawang merah - Sekeping Colby Cheese - Sekeping Swiss Cheese - Sehiris timun - Sehiris cili besar (hijau) Cara membuat: Sediakan roti. Belahkan roti tersebut menjadi dua bahagian. Sapukan mentega/marjerin dan Italian dressing ke atas roti. Susunkan semua bahan-bahan isi ke atas roti tersebut. Cantumkan roti yang telah diisi dengan bahan-bahan tadi dengan sekeping roti yang baru. Sedia untuk dihidang. SURAITI_SAIDIN @ IPBMM 12 L3-A1 Sila klik pada kumpulan anda untuk mendapatkan maklumat mengenai prosedur penyediaan makanan. Prosedur penyediaan makanan Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 SURAITI_SAIDIN @ IPBMM Piramid Makanan Kumpulan 4 13 Bersama rakan anda, sila klik pada pautan di bawah. Pilih satu daripada prosedur penyediaan makanan tersebut. Nasi goreng sayur dan daging Cucur udang Bubur ayam Lantik seorang rakan anda untuk membacakan petikan tersebut kepada ahli-ahli kumpulan. Murid yang lain pula diminta mencatat petikan yang didengar tersebut dengan menggunakan power point. SURAITI_SAIDIN @ IPBMM 14 Bersama rakan anda, sila klik pada pautan di bawah. Pilih satu daripada prosedur penyediaan makanan tersebut. Sup Sayur Campur Berkacang Dal Puding Buah Istimewa Kentang Beraneka Rasa Pilih seorang rakan anda untuk membacakan petikan tersebut kepada ahli-ahli kumpulan. Murid yang lain pula diminta mencatat petikan yang didengar tersebut dengan menggunakan power point. SURAITI_SAIDIN @ IPBMM 15 Bersama rakan anda, sila klik pada pautan di bawah. Pilih satu daripada prosedur penyediaan makanan tersebut. Roti jala Sup ayam campur sayuran Bihun sup mudah Lantik seorang rakan anda untuk membacakan petikan tersebut kepada ahli-ahli kumpulan. Murid yang lain pula diminta mencatat petikan yang didengar tersebut dengan menggunakan power point. SURAITI_SAIDIN @ IPBMM 16 Bersama rakan anda, sila klik pada pautan di bawah. Pilih satu daripada prosedur penyediaan makanan tersebut. Lantik seorang rakan anda untuk membacakan petikan tersebut kepada ahli-ahli kumpulan. Murid yang lain pula diminta mencatat petikan yang didengar tersebut dengan menggunakan power point. 17 Penutup Apakah yang anda pelajari pada hari ini? Sila bertepuk tangan dan ucapkan terima kasih kepada rakan anda kerana telah bekerjasama dalam aktiviti hari ini. Diharap semua murid dapat bekerjasama mengemaskan kelas pada hari ini. Sekian, semoga berjumpa lagi. SURAITI_SAIDIN @ IPBMM 18