kod etika jpn - Jabatan Pendaftaran Negara

Download Report

Transcript kod etika jpn - Jabatan Pendaftaran Negara

Slide 1

NILAI ETIKA & KOD ETIKA

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Oleh:
Na’emah Binti Abdullah
Bahagian Penyelarasan Dasar
dan Pemantauan


Slide 2

PELANCARAN BUKU KOD ETIKA OLEH
Y.B. DATO’ SERI AZMI BIN KHALID PADA 25 NOV 2005
(MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI)


Slide 3

LATAR BELAKANG
Wawasan membina budaya organisasi yang
boleh memandu warga JPN melahirkan
perkhidmatan yang berkualiti dan
organisasi yang memiliki nilai-nilai
tamadun yang tinggi dan tersohor serta
menyerlahkan nilai-nilai tersebut kepada
semua pihak dan mengiktiraf kewujudan
nilai-nilai tersebut dalam JPN.


Slide 4

LATAR BELAKANG
Ekoran dari Arahan Y.A.B. Perdana Menteri
No.1 Tahun 1998 bertajuk Gerakan
Pemantapan Keutuhan Sistem
Pengurusan Pentadbiran Kerajaan
Malaysia bertarikh 8 Jan 1998 – Tujuan:
membenteras rasuah dan penyelewengan
dikalangan pegawai awam.


Slide 5

KOD ETIKA JPNM MENGANDUNGI
LIMA BAHAGIAN:


BAHAGIAN I



BAHAGIAN II
BAHAGIAN III
BAHAGIAN IV
BAHAGIAN V





-OBJEKTIF, VISI, MISI DAN
SLOGAN JPN
-KOD ETIKA
-KOD TATAKELAKUAN
-BERTUGAS DI KAUNTER
-PERNYATAAN HUKUMAN
KE ATAS MANA-MANA
WARGA JPN YANG
MELAKUKAN RASUAH,
PENYELEWENGAN DAN
PENYALAHGUNAAN
KUASA.


Slide 6

MENGUMPUL DAN MENYELENGGARA
REKOD-REKOD KELAHIRAN, KEMATIAN, ANAK ANGKAT,
KAD PENGENALAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN
SERTA WARGANEGARA BAGI SEMUA PENDUDUK MALAYSIA
UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KESELAMATAN DAN
PEMBANGUNAN NEGARA


Slide 7

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
SEBAGAI JABATAN PERKHIDMATAN
KAUNTER TERBAIK DALAM
PERKHIDMATAN AWAM


Slide 8

MENDAFTAR, MEREKOD, MENYELENGGARA,
MENYIMPAN DAN MENGELUARKAN REKOD
PENGENALAN DIRI YANG SAHIH BAGI SEMUA
PENDUDUK NEGARA SERTA MEMBERI
PERKHIDMATAN YANG CEKAP, CEPAT DAN MESRA
PELANGGAN DEMI KESELAMATAN DAN
KESEJAHTERAAN NEGARA


Slide 9

MENGUMPUL, MENYATUPADU DAN
MENDAFTARKAN MAKLUMAT PENTING
PERSEORANGAN
MENGELUARKAN SIJIL PENDAFTARAN
MENJAGA REKOD PENDAFTARAN
KEKAL
MENGUATKUASAKAN AKTA, ORDINAN
DAN PERATURAN PENDAFTARAN


Slide 10

SEMUA PERKHIDMATAN JABATAN
PENDAFTARAN NEGARA, MALAYSIA
ADALAH BERTERASKAN KUALITI DAN
JABATAN KOMITED UNTUK MEMBERI
PERKHIDMATAN YANG CEKAP, MESRA
DAN TEPAT SELARAS DENGAN
KEPENTINGAN INDIVIDU DAN
KESELAMATAN NEGARA


Slide 11

APA ITU
ETIKA?


Slide 12

DEFINISI ETIKA


SATU SET RUJUKAN PERILAKU YANG MESTI DIPATUHI



PRINSIP-PRINSIP MORAL YANG PERLU DIPATUHI



SATU SET TATA PERLAKUAN YANG PERLU DIIKUTI DAN DITAATI



TANGGUNGJAWAB DAN AKIBAT TINGKAHLAKU SESEORANG ATAU
PROFESION TERHADAP MASYARAKAT



BERKEWAJIPAN
MEMAHAMI
TANGGUNGJAWAB
TERHADAP
PERANAN DAN PERILAKU SESEORANG PEKERJA DALAM KERAJAAN

(INTAN, 1991)
12


Slide 13

LAGU, IKRAR DAN LOGO JPN
LAGU JPN

Jabatan Pendaftaran Negara
 Berkhidmat untuk watan dan
bangsa
 Untuk mendaftar peristiwa penting
 Kesejahteraan rakyat tergembeling


Amanah, cekap dan mesra
 Falsafah dan juga amalan kita
 Melayani rakyat yang berkunjung
 Disambut hormat dan disanjung


Dalam pembangunan negara
 Peranan kami turut diharga
 Kumpul data untuk perancangan
disusun tanpa keraguan
*Ulang rangkap 1*


IKRAR JPN
Bahawa Kami, Warga
JPN. Berikrar, Akan
Sentiasa, Menjalankan
Tugas-tugas, Dengan
Bersih, Cekap Dan
Amanah, Adil Dan
Saksama Serta Rajin Dan
Berdisiplin Bagi
Mencapai, Wawasan JPN,
Dan Negara.



Slide 14

LOGO JPN
•Warna-warna bendera Malaysia
yang digunakan dalam logo
•PUTIH
membawa erti Jabatan ini merupakan
Melambangkan kesucian dan sifat
salah satu Jabatan yang terpenting yang
kejujuran serta amanah yang
menyumbangkan tenaga dan usaha untuk
diamalkan oleh anggota Jabatan
pembangunan dan keselamatan Negara.
semasa menjalankan tugas

•‘JPN’ ialah singkatan bagi ‘Jabatan
Pendaftaran Negara’.

•MERAH
Melambangkan keberanian dan
Pengorbanan warga Jabatan
Menghadapi rintanganRintangan semasa menjalankan
tugas
•Di bawah perkataan
Malaysia diletakkan imej
Berbentuk 4 helai kertas
Tersusun membawa erti 4
Operasi Utama Jabatan iaitu
Kad Pengenalan, Kelahiran, Kematian
Dan Anak Angkat, Kewarganegaraan
Serta Perkahwinan dan Perceraian.

•BIRU
Merupakan Warna korporat
JPN dan melambangkan
Perpaduan warganya

•KUNING
Melambangkan ketegasan JPN
dalam melaksanakan tugastugas utamanya berpandukan
Undang-undang yang
dikuatkuasakan.

•Moto Jabatan “Amanah, Cekap dan
Mersa Amalan Kita” disusun mengelilingi
Bulatan logo melambangkan selurtuh
anggota JPN mengamalkan sikap
Amanah, cekap dan mesra pelanggan.


Slide 15

NILAI – NILAI TERAS JPN
– Sentiasa berkhidmat dengan penuh
kejujuran, keikhlasan dan amanah tanpa
mengambil kesempatan untuk kepentingan
peribadi.

AMANAH

- Sentiasa memberi perkhidmatan yang
cekap dan efisyen serta tidak berbelah-bagi
kepada semua pelanggan yang berurusan
dengan jabatan agar dapat meningkat kualiti
dan kredibiliti jabatan.

CEKAP


Slide 16

- sentiasa memberi layanan dan
perkhidmatan kepada pelanggan dengan
ramah mesra, bersopan santun, berbudi
bahasa, prihatin, murah dengan senyuman
serta menerapkan hubungan yang akrab
sesama kita dan pelanggan

MESRA

KITA – sentiasa mengamalkan/
mengaplikasikan ketiga-tiga nilai teras JPN
setiap masa di mana sahaja agar dapat
mencapai maksud visi/misi Jabatan.

AMALAN


Slide 17

BAHAGIAN II
KOD ETIKA JPN
Satu set prinsip moral atau nilai-nilai
akhlak
cemerlang
yang
standard,
ditetapkan oleh organisasi untuk menjadi
amalan setiap lapisan warganya.
5 etika cemerlang yang wajib dipatuhi
oleh warga JPN:


Slide 18

PROFESIONALISME
komitmen yang tinggi dan
sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas

 Mempunyai

 Bertanggungjawab

dan gigih dalam
setiap pekerjaan yang dilakukan dalam
tempoh yang ditetapkan disamping
menjamin kualiti


Slide 19

kemahiran,
kebijaksanaan serta
berkemampuan dalam
menjalankan tugas yang
diamanahkan
 Mempunyai Integriti yang
tinggi, tidak pilih kasih dan
tidak mementingkan diri
 Mempunyai ciri-ciri
kreatif, inovatif,
bermotivasi, berdaya
saing dan akauntabiliti.
 Mempunyai


Slide 20

BERTINDAK SEBAGAI SATU
PASUKAN
 Bertindak ke

arah satu visi
 Sentiasa melibatkan diri dan memberi
sumbangan dalam aktiviti Jabatan
 Berkongsi pengalaman, maklumat, ilmu dan
pengetahuan
 Sentiasa menjaga imej Jabatan; dan
 Sentiasa bertolak ansur, toleransi,
bekerjasama dan saling hormat
menghormati.


Slide 21

KECEMERLANGAN &
KEUNGGULAN
melakukan yang terbaik
 Sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi
kerja
 Sentiasa peka dan prihatin kepada kehendak
pelanggan dan perubahan persekitaran;
 Keupayaan mempelajari pelbagai kemahiran
(multiple skill) bagi menjalankan pelbagai
tugas (multiple task) dan
 Berdedikasi dan berdisiplin
 Berusaha


Slide 22

BERHEMAH & BERWIBAWA









Jujur, amanah dan berakhlak dlm menjalankan
tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan
kedudukan
Bertimbangrasa, mesra, adil dan saksama
Tegas, tepat dan konsisten dalam membuat
keputusan
Sentiasa tenang, sabar dan dapat menyesuaikan
diri dalam semua situasi
Bersedia mendengar teguran dan kritikan; dan
Menampilkan diri dengan berpakaian kemas dan
berbudi bahasa


Slide 23

PEMBELAJARAN BERTERUSAN
 Bersedia

belajar dari pengalaman diri sendiri
dan orang lain ke arah penambahbaikan;
 Sentiasa mencari ruang untuk memaju dan
meningkatkan kemahiran diri;
 Sentiasa menggalakkan semua anggota
supaya berusaha memajukan diri;
 Sentiasa berusaha memupuk bakat individu;
dan
 Tidak segan untuk bertanya.


Slide 24

BAHAGIAN III


KOD TATAKELAKUAN
Kod Tatakelakuan Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia telah menetapkan tingkah laku seseorang
warga Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia yang
diterima pakai berpandukan undang-undang,
peraturan semasa, nilai-nilai teras dan kod etika.
Dengan ini, imej dan reputasi mereka sebagai
warga JPN yang amanah, cekap dan mesra
sentiasa
terpelihara.
Tujuh
belas(17)
Kod
Tatakelakuan JPN adalah seperti berikut:


Slide 25

•KESELAMATAN DAN
KERAHSIAAN MAKLUMAT
Setiap warga JPN hendaklah pada bila-bila
masa:




Menentukan semua maklumat dan
dokumen terperingkat sentiasa
terpelihara dan disimpan di tempat
yang selamat sebagaimana yang
dinyatakan dalam Arahan Keselamatan
Kerajaan;
Tidak berkelakuan cuai sehingga boleh
membahayakan keselamatan atau
menyebabkan terdedahnya kerahsiaan
sesuatu maklumat atau dokumen
terperingkat;


Slide 26

Tidak
mendedahkan
apa-apa
maklumat
terperingkat dengan apa cara jua pun semasa atau
selepas berkhidmat dengan Jabatan ini;
 Tidak membuat salinan atau menggunakan
mana-mana dokumen terperingkat dengan apa jua
pun untuk kepentingan peribadi kecuali setelah
mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua
Jabatan; dan
 Menyerahkan semua dokumen terperingkat
yang ada dengannya kepada Ketua Jabatan
menjelang persaraan selaras dengan kehendak Akta
Rahsia Rasmi 1972 tanpa menunggu arahan berbuat
demikian.



Slide 27

•PENGISTIHARAN HARTA
Setiap warga JPN hendaklah mengisytiharkan secara bertulis
dengan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan (jika
perlu) mengenai:

Segala aset/harta yang dipunyai olehnya atau isteri/suami
atau anak-anaknya atau mana-mana orang bagi pihaknya
atau isteri/suami atau anak-anaknya kepada Ketua Jabatan
apabila dilantik sebagai pegawai di JPN;
 Apa-apa perolehan harta atau pelupusan harta sedia ada
sama ada yang dimiliki oleh dirinya sendiri, suami/isteri atau
anak-anak secepat mungkin selepas perolehan atau
pelupusan itu.


Slide 28

•PAKAIAN
Semua warga JPN hendaklah mematuhi Arahan
Pakaian Rasmi dengan memberi perhatian kepada
perkara berikut:
Sentiasa berpakaian kemas, bersih dan
bersopan semasa menjalankan tugas rasmi atau
yang bersesuaian semasa tidak menjalankan tugas
rasmi;


Slide 29

•PERCANGGAHAN
KEPENTINGAN


Seseorang warga JPN hendaklah memastikan
bahawa mereka sentiasa melaksanakan tugas
secara jujur, telus, prihatin dan amanah
tanpa melibatkan kepentingan peribadi
semasa menjalankan tugas rasmi.


Slide 30

•PEKERJAAN LUAR


Seseorang warga JPN tidak boleh pada bila-bila
masa membuat pekerjaan luar yang memberi
imbuhan kewangan semasa atau selepas waktu
pejabat, walaupun pekerjaan itu tidak bersangkutpaut dengan jabatan. Walau bagaimanapun, Ketua
Jabatan boleh memberi kebenaran bertulis
kepada seseorang warga JPN untuk membuat
pekerjaan luar dengan syarat mereka mematuhi
perkara berikut:


Slide 31



pekerjaan tersebut tidak boleh dilakukan
semasa waktu pejabat



pekerjaan tersebut tidak menjejaskan waktu
kerjanya dan tidak menghalang pegawai
berkenaan menjalankan/melaksanakan tugas
rasminya di luar waktu pejabat apabila diarah
oleh Ketua Jabatannya; dan



pekerjaan tersebut tidak bercanggah dengan
kepentingan jabatan.


Slide 32

•MEMBUAT KENYATAAN AKHBAR DAN
PERHUBUNGAN DENGAN MEDIA MASSA
Seseorang warga JPN pada bila-bila masa tidak boleh:
 membuat atau menghebahkan apa-apa kenyataan awam
secara bertulis atau lisan mengenai perkara-perkara terperingkat
atau yang melibatkan dasar Jabatan melainkan setelah mendapat
kebenaran daripada Ketua Jabatan;
 menerbitkan
apa-apa
maklumat
atau
bahan
terperingkat di dalam mana-mana media cetak atau elektronik
seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, radio, televisyen dan
sebagainya melainkan setelah mendapat kebenaran Ketua
Jabatan; dan
 membuat
kenyataan awam atau membincangkan
perkara terperingkat dengan apa jua cara pun sehingga boleh
menjejaskan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
khususnya dan perkhidmatan awam amnya.


Slide 33

•MENJAGA NAMA BAIK
JABATAN


Seseorang warga JPN pada bila-bila masa
tidak boleh memburukkan / menyalahkan
Jabatan berhubung dengan satu-satu dasar,
prosedur kerja yang dikeluarkan tetapi
sebaliknya
mempertahankan
dan
menjelaskan niat baik serta rasional dasar,
peraturan
atau
prosedur
tersebut
dikeluarkan.


Slide 34

•PENERIMAAN HADIAH ATAU KERAIAN
Seseorang
masa:

warga

JPN

pada

bila-bila



tidak boleh menerima atau memberi
dan tidak boleh membenarkan suami/isteri,
ahli-ahli keluarga atau mana-mana orang
menerima atau memberi bagi pihaknya
secara langsung atau tidak langsung sama
ada dalam bentuk hadiah penerimaan atau
pemberian
hadiah/keraian
itu
yang
mempunyai kaitan dengan tugas rasminya;



sekiranya timbul keraguan mengenai nilai
hadiah atau kesukaran menolak hadiah
tersebut bolehlah menerimanya terlebih
dahulu, namun demikian, laporan secara
bertulis perlu dikemukakan kepada Ketua
Jabatan untuk mendapatkan kelulusan


Slide 35

•KESUSAHAN BERAT KERANA HUTANG,
MEMINJAM WANG DAN MENJADI PENJAMIN


Seseorang warga JPN tidak boleh pada bilabila masa meminjam wang atau barang
berharga daripada pegawai/anggota di bawah
penyeliaannya atau orang-orang perseorangan
sehingga boleh meletakkan dirinya di bawah
sesuatu obligasi kepada orang atau pihak yang
mempunyai kaitan rasmi atau urusan rasmi
dengan pegawai/anggota itu


Slide 36

Seseorang warga JPN tidak boleh menjadi
penjamin kepada mana-mana orang sehingga
meletakkan dirinya di bawah sesuatu beban atau
kesusahan kewangan yang berat;
 Seseorang warga JPN dianggap berada dalam
keadaan kesusahan berat kerana hutang yang serius
jika:
 Agregat
hutang dan liabilitinya yang tak
bercagar melebihi enam kali emolumen
bulanannya; atau
 Beliau adalah seorang penghutang penghakiman
(muflis).



Slide 37


Slide 38

•MENYARA HIDUP MELEBIHI
PENDAPATAN RASMI


Seseorang warga JPN pada bila-bila masa tidak boleh
memperlihatkan gaya hidup yang melebihi punca
pendapatan rasminya ;



Ketua Jabatan boleh meminta penjelasan secara bertulis
daripada mana-mana warga JPN yang menunjukkan gaya
hidup (termasuk penguasaan pendapatan/emolumen rasmi)
tentang bagaimana beliau mendapat sumber-sumber
kewangan untuk menyara gaya kehidupan tersebut .


Slide 39

•KEGIATAN JENAYAH

**

Semua warga JPN adalah dilarang daripada
terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi
undang-undang/peraturan-peraturan
negara
atau terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam kegiatan kurang berakhlak atau jenayah
seperti:
terlibat dalam pemalsuan, penipuan atau
pengubahan rekod-rekod atau dokumen rasmi
kerajaan;

menyertai kumpulan yang mengancam
keselamatan negara dan menggugat perpaduan
di antara kaum; atau

terlibat dalam perlumbaan haram, pelaburan
haram, kegiatan maksiat, mogok haram dan
sebagainya.



Slide 40

•KEGIATAN POLITIK


Semua warga JPN hendaklah sentiasa
mengamalkan sikap berkecuali atau
tidak memihak kepada mana-mana parti
politik dan tidak melanggari larangan yang
terkandung di dalam Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)
1993 di samping mengekalkan taat setia
menjalankan tugasnya.


Slide 41

•KEGIATAN KEAGAMAAN


Seseorang warga JPN adalah pada bilabila masa ditegah menganut, mengikut
dan mengamalkan ajaran sesat dan
menyertai atau menyokong kegiatankegiatan
yang
membahayakan
ketenteraman awam dan negara.


Slide 42

CONTOH AJARAN SESAT


Slide 43

•DADAH DAN MINUMAN KERAS

Seseorang warga JPN adalah ditegah pada bila-bila masa:

terlibat secara langusng atau tidak langsung dalam
pengedaran dadah;
 Menggunakan atau mengambil dadah (kecuali bagi maksud
perubatan sebagai mana yang ditetapkan oleh seorang
pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta
Perubatan 1971); dan
 Memiliki, menjual atau mengedar dan meminum minuman
keras di tempat kerja.
Pihak jabatan berhak memeriksa pada bila-bila masa manamana warga JPN yang disyaki:

terlibat dalam penyalahgunaan dadah; dan

memiliki, menjual, atau mengedar atau meminum
minuman keras di premis bekerja



Slide 44


Slide 45

•MENYALAHGUNAKAN ASET
DAN PERSONEL
Seseorang warga JPN adalah pada bila-bila masa:
 Dikehendaki menggunakan aset/harta jabatan untuk tujuan
rasmi secara cermat dan bertanggungjawab tanpa
mendatangkan kerosakan atau kerugian kepada jabatan;
 tidak

boleh menggunakan aset/harta atau personel jabatan
untuk kepentingan peribadi kecuali dengan kebenaran pihak
pengurusan jabatan;

 Boleh

dituntut membayar gantirugi kepada jabatan setelah
didapati menyalahgunakan aset harta jabatan sehingga
menyebabkan ia rosak atau tidak boleh dibaiki lagi.


Slide 46

•KEKERASAN DAN DISKRIMINASI
Seseorang warga JPN pada bila-bila masa tidak boleh
menunjuk dan mengamalkan kekerasan dan diskriminasi
dalam memberi layanan kepada pelanggan sebaliknya:


layanan yang diberikan hendaklah mesra pelanggan terutamanya
pegawai di barisan hadapan seperti di kaunter-kaunter. Jika berlaku
perselisihan faham, masalah berkenaan hendaklah dirujuk dan diserahkan
kepada pegawai atau penyelia Bahagian agar tidak mengganggu
perjalanan kaunter; tidak boleh menggunakan aset/harta atau personel
jabatan untuk kepentingan peribadi kecuali dengan kebenaran pihak
pengurusan jabatan;



keutamaan layanan hendaklah diberikan kepada golongan warga tua,
orang-orang cacat atau pelanggan yang bermasalah.


Slide 47

•KETIDAKHADIRAN BERTUGAS
Setiap warga JPN hendaklah hadir bertugas pada
setiap hari bekerja melainkan:


setelah mendapat kelulusan cuti rehat/tidak berekod
daripada Ketua Jabatan atau cuti sakit dengan
mengemukakan Sijil Sakit daripada Pegawai Perubatan;
atau



setelah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada
Ketua Jabatan kerana kecemasan seperti kematian ahli
keluarga, kemalangan sehingga mengalami kecederaan,
bencana alam dan sebagainya.


Slide 48

BAHAGIAN IV


1.
2.

3.

BERTUGAS DI KAUNTER

SEBELUM BERTUGAS DI KAUNTER

Bertenang dan bersedia sebelum menjalankan
tugas
Berada di kaunter sebelum kaunter dibuka
Memastikan peralatan komputer di kaunter
berfungsi sebelum kaunter dibuka


Slide 49

SEMASA BERTUGAS DI KAUNTER





Pandai mengawal perasaan dan situasi
walaupun dalam keadaan tertekan.
Mengucapkan salam/selamat kepada
pelanggan
Sedia membantu pelanggan
Memberi maklumat-maklumat yang tepat
kepada pelanggan dan merujuk kepada
pegawai atasan apabila perlu


Slide 50










Berbahasa dengan sopan dan mudah difahami.
Sentiasa menerima dan mendengar aduan dan
permasalahan pelanggan dengan sabar.
Berhati-hati dan teliti semasa menjalankan
urusniaga.
Mengucapkan terima kasih atas kerjasama
pelanggan.
Tidak membiarkan pelanggan menunggu tanpa
sebab yang munasabah.
Tidak melayan pelanggan sambil lewa.
Tidak menunjukkan body language kurang
sopan kepada pelanggan


Slide 51







Tidak bertindak kasar terhadap pelanggan.
Tidak makan, minum, merokok, menyanyi, bersiul,
ketawa terlalu kuat dan bergurau senda.
Tidak menimbulkan suasana tegang dengan
pelanggan.
Tidak pilih kasih dalam memberi layanan kepada
pelanggan.


Slide 52

HAK PELANGGAN

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA SEBAGAI JABATAN PERKHIDMATAN KAUNTER TERBAIK DALAM PERKHIDMATAN AWAM


Slide 53

SELEPAS BERTUGAS DI KAUNTER
1.

Pastikan segala peralatan / kelengkapan
diselenggara
dan
disimpan
dengan
selamat.

2.

Pastikan laporan kewangan harian bagi
setiap kaunter dikemaskini dan diserahkan
kepada
penyelia
kaunter
sebelum
meninggalkan kaunter.


Slide 54

DO’S AND DON’TS

DO’S
1.
2.
3.

4.
5.

Sentiasa mengutamakan pelanggan
Berkhidmat dengan amanah, cekap dan
mesra
Sentiasa memberikan senyuman dan bersopan
santun.
Melayan dengan pantas dan berkesan.
Sentiasa berpakaian kemas dan bersih.


Slide 55

6.
7.
8.

Duduk dengan postur badan yang lurus
Menjaga kebersihan sekeliling
Lihat pada mata pelanggan semasa bercakap

(eye contact).
Menjaga keselamatan semua dokumen.
10. Awasi kecerdasan emosi apabila pelanggan
marah (matching energy)
9.


Slide 56

DON’TS
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tidak makan, minum dan merokok di kaunter.
Tidak membuang masa berbual-bual, membaca
majalah atau aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
Tidak meninggalkan kaunter tanpa pengganti.
Tidak menjawab panggilan telefon bimbit atau SMS
semasa berurusan dengan pelanggan.
Tidak memarahi pelanggan/meninggikan suara.
Tidak menganggap tugas sebagai beban.


Slide 57

Budaya Kaunter
Cemerlang


Slide 58

BAHAGIAN V
 PERNYATAAN

HUKUMAN KE ATAS MANAMANA WARGA JPN YANG MELAKUKAN
RASUAH, PENYELEWENGAN DAN
PENYALAHGUNAAN KUASA
ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA WARGA
JPN BAHAWA SEKIRANYA ANDA DISABITKAN DALAM KES
PERLAKUAN RASUAH, PENYELEWENGAN, PENYALAHGUNAAN
KUASA ATAU PERLANGGARAN MANA-MANA
PERATURAN/ARAHAN KERAJAAN/JABATAN MAKA PIHAK
PENGURUSAN ATAU BADAN-BADAN BERWAJIB AKAN
MENGAMBIL TINDAKAN MENGIKUT KETETAPAN BERIKUT:


Slide 59

PENDAKWAAN MENGIKUT AKTA PENCEGAHAN
RASUAH 1997(ACT 575) DAN JIKA SABIT KESALAHAN
DI BAWAH SEKSYEN 10, 11, 13, 14 DAN 15 AKTA
BERKENAAN YANG MEMBAWA KEPADA HUKUMAN
BERIKUT:



DIPENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK KURANG DARIPADA EMPAT BELAS
HARI DAN TIDAK LEBIH DARIPADA DUA PULUH TAHUN; DAN
DIDENDA TIDAK KURANG DARIPADA LIMA KALI GANDA JUMLAH ATAU
NILAI SUAPAN YANG MENJADI HAL PERKARA KESALAHAN ITU JIKA
SUAPAN ITU DAPAT DINILAI ATAU BERBENTUK WANG ATAU RM 10,000
MENGIKUT YANG MANA LEBIH TINGGI.
ATAU


Slide 60

TINDAKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG
PENCEGAHAN SEPERTI AKTA KESELAMATAN DALAM
NEGERI 1960 DAN ENAKMEN KEDIAMAN TERHAD
YANG MEMBAWA KEPADA HUKUMAN BERIKUT:




PERINTAH TAHANAN;
PERINTAH DIBUANG DAERAH
ATAU


Slide 61

TINDAKAN MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
YANG MEMBAWA HUKUMAN ATAU GABUNGAN
HUKUMAN-HUKUMAN BERIKUT:
AMARAN
 DENDA
 LUCUT HAK EMOLUMEN
 TANGGUH PERGERAKAN GAJI
 TURUN GAJI
 TURUN PANGKAT ATAU
 BUANG KERJA



Slide 62

KAEDAH PELAPORAN SALAHLAKU
JENAYAH ATAU TATATERTIB
 PERINSIP

ASAS MEMBUAT ADUAN
Sebarang aduan mengenai salah laku jenayah atau
tatatertib yang dibuat oleh seseorang warga JPN
hendaklah dikemukakan berasaskan kepada prinsipprinsip berikut:



pengaduan yang dibuat hendaklah di atas kesedaran untuk
mencapai matlamat bagi menjadikan Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia bersih dari sebarang penyelewengan atau salah laku
serta meningkatkan akauntabiliti dan keutuhan jabatan;



pengaduan hendaklah dibuat demi untuk menjaga imej dan
kredibiliti Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.


Slide 63

PERKARA YANG BOLEH DIADU
KESALAHAN-KESALAHAN YANG BOLEH DIADU ADALAH:
Salah laku jenayah di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997
 Salah laku jenayah di bawah lain-lain undang-undang dan peraturan yang
dikuatkuasakan di negara ini khususnya;
 Salah laku tatatertib kerana melanggar atau tidak mematuhi salah satu
daripada perkara-perkara berikut:


-

Arahan Jabatan dan Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia;
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;
Peraturan-peraturan Perkhidmatan Kerajaan;
Kod Etika dan Kod Tatakelakuan Jabatan Pendaftaran Negara dan;
Peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh Kerajaan/Jabatan dari
semasa ke semasa.


Slide 64

•SISTEM MEMBUAT ADUAN
Syarat dan sistem membuat aduan penyelewengan dan
salahlaku di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia adalah
seperti berikut:
 Aduan hendaklah dibuat secara rasmi dengan memberi
nama penuh, dan alamat serta menandatangani surat
aduan tersebut. Bagaimanapun, pihak pengurusan boleh
menerima sesuatu aduan yang dibuat secara bersemuka.
 Kandungan

mestilah
berikut :

setiap aduan yang dibuat secara rasmi,
sekurang-kurangnya mengandungi perkara


Slide 65







Nama, jawatan dan alamat penuh warga Jabatan Pendaftaran Negara
yang diadukan;
Ringkasan salah laku yang telah dibuat seperti tarikh, masa dan
tempat kejadian;
Catatan urutan kejadian berkaitan dengan salahlaku berkenaan;
Mengenalpasti undang-undang dan peraturan yang telah
dilanggar/tidak dipatuhi oleh orang yang diadukan (jika boleh); dan
Bukti-bukti yang berkaitan ataupun butir-butir saksi yang melihat
kejadian.



Semua aduan mengenai sesuatu salahlaku jenayah atau tatatertib
yang dibuat oleh mana-mana pegawai/anggota Jabatan Pendaftaran
Negara Malaysia hendaklah dikemukakan kepada pihak berikut:



Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia


Slide 66

•KERAHSIAAN DAN KAEDAH
PENGENDALIAN ADUAN
Identiti seseorang pegawai/anggota Jabatan
Pendaftaran Negara Malaysia yang membuat
aduan itu akan sentiasa dirahsiakan.
Ia
merupakan satu bentuk dorongan kepada
pegawai/anggota Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia untuk mendedahkan sesuatu salah laku
jenayah atau tatatertib yang mereka ketahui tanpa
mempunyai apa-apa perasaan takut atau curiga
bahawa identiti mereka akan terdedah sehingga
memungkinkannya menerima tekanan-tekanan
negatif daripada pihak-pihak tertentu.


Slide 67

•PELAKSANAAN PENYIASATAN
DALAMAN
Ketua Pengarah boleh mengarahkan Pengarah
Negeri/Bahagian untuk menubuhkan sebuah
Pasukan Penyiasat terdiri daripada Pegawaipegawai Kanan Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia untuk membuat siasatan awal setiap
aduan yang diterima.
Pasukan Penyiasat ini diberi kuasa penuh untuk
menyiasat dan mengemukakan laporan kepada
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia yang
mengandungi perakuan berikut:


Slide 68



Bagi Aduan Yang Didapati Berasas
Memperakukan supaya tindakan lanjutan mengikut
prosedur dan proses perundangan atau tatatertib diambil ke
atas seseorang pegawai/anggota Jabatan Pendaftaran
Negara Malaysia yang berkenaan.



Bagi Aduan Yang Didapati Tidak Berasas Atau Tidak
Dapat Dibuktikan
Memperakukan supaya kes berkenaan ditutup.


Slide 69

SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI BERISIKO YANG
TERDEDAH KEPADA PERBUATAN RASUAH,
PENYELEWENGAN DAN PENYALAHGUNAAN KUASA

AKTIVITI BERISIKO TINGGI/SENSITIF
 Pengeluaran

dokumen belum bercetak
 Pengeluaran dokumen pengenalan sementara
 Penggunaan ID
 Pengeluaran maklumat-maklumat peribadi
individu
 Penyerahan/kutipan dokumen


Slide 70

AKTIVITI BERISIKO SEDERHANA
 Sebutharga
 Pembelian

terus

 Tender
 Penyenggaraan

inventori/aset
 Keselamatan pejabat
 Kutipan hasil
 Pengendalian fail-fail rasmi
 Pengurusan stor
 Tuntutan perjalanan
 Tuntutan elaun lebih masa


Slide 71

AKTIVITI BERISIKO RENDAH
 Jualan

borang Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
 Jualan nombor giliran JPNM
 Panjar wang runcit
 Pelupusan dan hapuskira
 Kawalan stok
 Tempahan tiket penerbangan
 Penerimaan barang stor
 Pengurusan katering makanan dari luar JPN
 Pentadbiran kursus/latihan


Slide 72

 Penilaian

kursus
 Penyelenggaraan inventori/aset
 Pergerakan pegawai/anggota di luar waktu pejabat
 Penggunaan aset Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
 Kad perakam waktu
 Pengendalian fail
 Pengendalian dan penyenggaraan mesin/komputer
 Cetakan rasmi dan persendirian
 Penilaian prestasi
 Pergerakan gaji
 Kenaikan pangkat
 Pengambilan pegawai baru


Slide 73

SURAT PENGAKUAN

Kepada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara
Malaysia
1.

2.

Nota:

Saya……………………………………………………………………
No. K/P…………………………………………………… mengaku
telah membaca
Buku Kod Etika Pendaftaran Negara dan faham
isi kandungannya.
Saya berjanji akan menghayati Kod Etika Pendaftaran Negara
sepenuhnya pada setiap masa demi menjaga nama baik Jabatan
dan negara.
Tandatangan Pegawai
:
…………………………
Jawatan
:
…………………………
Tempat Bertugas
:
…………………………
Tarikh
:
…………………………
Sila kembalikan satu salinan Surat Pengakuan ini kepada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara
Malaysia melalui Ketua Jabatan masing-untuk rekod.


Slide 74

TERIMA KASIH
KERJASAMA
Kita berjaya KERANA ANDA
yang menjayakannya