KALANGAN REMAJA SEKOLAH PERILAKU BERBAHASA DALAM …

Download Report

Transcript KALANGAN REMAJA SEKOLAH PERILAKU BERBAHASA DALAM …

Kuliah 1
Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis
Bezaan
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah
Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Sejarah Perkembangan AK
• Dari segi sejarahnya, analisis bezaan ini juga
disebut sebagai analisis kontrastif (AK).
• diperkenalkan oleh Leonard Bloomfield (18871948), seorang pengasas aliran strukturalisme di
Amerika.
• Beliau yang terkenal dengan buku Language itu,
pada mulanya menggunakan teknik menganalisis
linguistik ini untuk menganalisis bahasa-bahasa
Indo-Eropah.
• Kemudian hala tuju kajiannya ditumpukan kepada
pelbagai bahasa yang terdapat di Amerika, lebihlebih lagi apabila bahasa yang dikaji itu dianggap
amat istimewa atau luar biasa( eksotik).
• Analisis bezaan/ analisis kontrastif ini kemudiannya
diterap dan dikembangkan oleh ahli-ahli linguistik
lain pada tahun 1950-an. Ahli-ahli linguistik seperti
Fries dan Lado mengatakan bahawa proses
pemelajaran bahasa kedua pelajar, banyak
dipengaruhi atau diganggu oleh bahasa pertama atau
bahasa ibunda pelajar. Kesilapan dan kesalahan
dapat dikesan dalam penggunaan bahasa pertama
seseorang pelajar itu dengan menggunakan analisis
kontrastif ini.
• Usia perbandingan bahasa sama dengan
timbulnya ilmu bahasa itu sendiri
• Keinginan untuk masyarakat mengetahui
tentang bahasa yang lain
• Keinginan untuk mengetahui bentuk kata,
makna, bunyi, dan ayat serta unsur bahasa
yang lain.
• Lahirnya ilmu bahasa bandingan.
• Mulanya hanya untuk mencari-cari kekurangan
bahasa-bahasa lain
• Tambah pula adanya anggapan bahawa bahasa Latin,
Yunani, Eropah lebih baik daripada bahasa di
Nusantara.
• Rumusan: Linguistik bezaan ialah subdisiplin
linguistik yang berkaitan dengan perbandingan dua
atau lebih bahasa atau subsistem bahasa agar dapat
menentukan kedua-duanya, iaitu perbezaan ataupun
persamaan di antara bahasa tersebut.
• AK merupakan satu kaedah sinkronis dalam analisis
bahasa untuk menunjukkan persamaan dan
perbezaan antara bahasa-bahasa atau dialek-dialek
bagi mencari prinsip yang dapat diterapkan dalam
masalah praktis seperti pengajaran bahasa,
penyelidikan linguistik dan penterjemahan
Istilah Analisis Bezaan
Terbahagi kepada tiga istilah
•
Analisis perbezaan
•
Analisis kontrastif
•
Analisis diferensial
Tiga nama
• Konfrontatif linguistik (Jerman)
• Komparatif deskriptif linguistik (Ellis,1966)
• Linguistic confrontation (Akhmanova and Melencuk,
1977)
Objektif Analisis Kontrastif
Analisis kontrastif sebagai satu pendekatan dalam
pengajaran bahasa termasuk dalam lingkungan
linguistik terapan. Linguistik terapan pula termasuk
dalam subdisiplin linguistik. Oleh sebab linguistik
berobjekkan bahasa, maka analisis kontrastif turut
berobjekkan bahasa.
Bahasa sebagai objek analisis kontrastif bukanlah
untuk kepentingan bahasa itu sendiri, tetapi untuk
kepentingan pengajaran bahasa. Oleh yang demikian,
bahasa sebagai objek dapat dilihat dari bahasa itu
sendiri atau sebagai bahan pengajaran guru iaitu
yang bertindak sebagai objek yang mengajarkan
bahasa, dan pelajar yang mempelajari bahasa.
• Tujuan Analisis kontrastif diperkenalkan :
• 1. Menganalisis perbezaan dan persamaan antara bahasa
ibunda (Bl) dengan bahasa yang sedang dipelajari (B2) agar
pengajaran bahasa berjalan lancar.
• 2. Menganalisis perbezaan dan persamaan antara bahasa
ibunda dengan bahasa yang sedang dipelajari.
• 3. Hasil analisis dapat digunakan untuk menuntaskan
keterampilan berbahasa pelajar.
• 4. Membantu pelajar untuk menyedari atau mengesan
kesalahan berbahasa yang dilakukan dengan harapan pelajar
tersebut segera dapat menguasai bahasa kedua yang sedang
dipelajari.
• Persamaan dan perbezaan tersebut ditunjukkan dengan
sistem fonologi, sistem morfologi, sistem sintaksis serta
makna atau semantik bahasanya.
• Oleh itu, pengetahuan asas mengenai linguistik mestilah
dipunyai oleh setiap pengkaji analisis bezaan ini.
• Linguistik ialah ilmu yang menyelidiki bahasa secara ilmiah.
Linguistik mempunyai cabang yang utama, iaitu fonologi,
morforlogi, sintaksis, dan semantik.
• Manakala linguistik terapan antaranya ialah pengajaran
bahasa, sosiolinguistik, etnolinguistik, psikolinguistik, dan
pragmatik
Cabang Linguistik :Fonologi
• Fonologi,fonetik/fonemik ialah bidang linguistik yang
menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya,
(Harimurti Kridalaksana,1984:51) .
• “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki
bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda
makna dalam suatu bahasa” (Marsono1986:1).
• Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis
sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya
untuk mengenal pasti fonem – fonem dalam bahasa tersebut
dan menghasilkan sistem tulisan.
• Fonemik –
• 1. bunyi vokal, bunyi konsonan, bunyi
semi vokal
• 2. bunyi nasal dan oral
• 3. bunyi keras bunyi lunak
• 4. bunyi panjang dan bunyi pendek
• 5. bunyi rangkap dan bunyi tunggal
(diftong)
• 6. bunyi nyaring dan tidak nyaring
Morfologi
• Bidang linguistik yang mempelajari morfem
dan kombinasi-kombinasinya, bahagian
daripada struktur bahasa yang mencakup kata
dan bahagian-bahagian kata, iaitu morfem.
• a. proses afiksasi- proses atau hasil
penambahan afiks pada kata akar, kata dasar
atau alas
• Afiks- bentuk terikat yang apabila ditambahkan pada bentuk
lain akan mengubah makna gramatikalnya. Konsep ini
mencakup prefiks, sufiks, infiks, simulfiks, konfiks, suprafiks
• Prefiks –afiks yang ditambah pada bahagian depan pangkal
cnt: berpada
• Sufiks – afiks yang ditambah pada bahagian belakang pangkal
(akhiran) cth jutaan, boys.
• Infiks-afiks yang diselipkan ke dalam kata dasar. Cth jemari
• Simulfiks- afiks yang tidak berbentuk suku kata dan
yang ditambahkan atau dileburkan pada kata dasar
cth ngopi—kopi
• Konfiks – afiks tunggal yang terjadi daripada dua
bahagian yang terpisah (apitan ke—an cth keadaan)
• Suprafiks –afiks yang berupa fonem suprasegmental,
cth pada kata Batak Toba ‘asora –jernih’ ‘asora –
’macam’
Sintaksis
Sintaksis
• Peraturan dan hubungan antara kata dengan kata,
atau dengan satuan-satuan yang lebih besar, atau
antara satuan-satuan yang lebih besar itu dalam
bahasa.
• Satuan terkecil dalam bidang ini ialah
• a. kata
• b. frasa
• c. klausa
• d. ayat.
Semantik
• Kajian aspek dan struktur bahasa yang berhubungan
dengan makna. Termasuk ungkapan, struktur makna
sesuatu bicara, sistem bahasa dan penyelidikan
makna dalam sesuatu bahasa atau bahasa pada
umumnya.
• a. makna leksikal (makna bebas konteks)
• b. makna gramatikal (makna dalam hubungan kata
dengan kata lain dalam frasa atau klausa
• c. makna kontekstual
• d. makna referensial
• Untuk membuat kajian analisis bezaan, maka
keempat-empat bidang linguistik di atas boleh
diambil sebagai acuan utama.
• Namun, dalam kerja-kerja penyelidikan
sebaiknya hanya satu bidang yang dijadikan
dasar untuk melihat persamaan ataupun
perbezaan dua bahasa yang dibandingkan.
• Untuk melihat dan mencari perbezaan setiap
bahasa, seseorang perlu memahami prinsipprinsip dasar dalam klasifikasi tipologinya.
Prinsip-prinsip dasar Klasifikasi Tipologi
• Beberapa bahasa atau sekelompok bahasa
dapat memperlihatkan kesamaan jenis-jenis
tertentu, apabila dibandingkan dengan
kelompok-kelompok lainnya
• Kesamaan-kesamaan jenis bahasa pada
kelompok itu, melingkupi kesamaan dalam
bidang fonologi, morfologi, sintaksis, dan
semantik
• Kesamaan-kesamaan jenis bahasa yang ada dalam kelompokkelompok itu menjadi landasan untuk mengadakan klasifikasi
tipologi.
• Untuk mengadakan klasifikasi, harus ditemukan kesamaankesamaan jenis tersebut.
• Di samping perbezaan-perbezaan antara kelompok, bahasabahasa di dunia memperlihatkan pula kesamaan-kesamaan
tertentu pada setiap tataran yang disebut semestaan bahasa
atau universal of language.
• Kesemestaan bahasa tidak dapat dijadikan landasan untuk
mengadakan klasifikasi, kecuali kalau digabungkan dengan
jenis-jenis tertentu dalam setiap kelompok bahasa
Rumusan
• Analisis bezaan atau kontrastif ini diwujudkan dengan tujuan
• 1. untuk memperlihatkan satu teori atau hipotesis atau
pemerian sistem bahasa yang cuba menjelaskan fenomena
kesalahan/kesilapan yang sering wujud dalam pemelajaran
bahasa kedua.
• 2. merupakan pendekatan dalam pengajaran bahasa yang
menggunakan teknik perbandingan antara bahasa ibunda
dengan bahasa kedua atau bahasa yang sedang dipelajari
sehingga guru dapat meramalkan kesalahan pelajar dan
pelajar pula segera menguasai bahasa yang bukan bahasa
ibundannya.
Jenis Kajian AK
• Dua jenis kajian analisis bezaan:
• teoritis
• aplikasi
• Teoritis memberikan penghitungan yang
berlebihan daripada perbezaan dan
persamaan di antara dua atau lebih bahasa,
menyediakan model yang memadai untuk
perbandingan dan menentukan bagaimana
serta apa-apa elemen-elemen yang dapat
dibandingkan, menetapkan idea yang sesuai,
yang sama dan berkaitan.
• Aplikasi – bahagian daripada aplikasi linguistik.
• Menggambarkan penemuan kajian kontrastif
teoritis, menyediakan kerangka kerja untuk
perbandingan bahasa, memilih apa-apapun
informasi yang diperlukan untuk tujuan
khusus. Misalnya pengajaran, analisis
bilingualisme, terjemahan dan lain-lain.
2 Hipotesis AK
• Hipotesis Versi Kuat
• Hipotesis bentuk kuat menyatakan bahawa kesalahan dalam
berbahasa kedua dapat diramalkan berdasarkan hasil
pengidentifikasian perbezaan bahasa kedua dan bahasa
pertama pelajar. Hipotesis bentuk kuat ini turut disokong oleh
Lee (1968). Beliau menegaskan bahawa penyebab utama
kesulitan dan kesalahan berbahasa dalam pembelajaran
bahasa kedua berasal dari tekanan bahasa pertama. Hipotesis
bentuk kuat ini begitu memperihalkan peranan bahasa
pertama. Hipotesis bentuk kuat ini juga pada umumnya
diterima kebenarannya sebelum muncul hasil-hasil penelitian
lain seperti analisis kesalahan yang dapat menentangnya.
Hipotesis Versi kuat ini didasarkan kepada andaianandaian seperti berikut:
• 1.
Penyebab utama atau penyebab tunggal
kesulitan belajar dan kesalahan dalam pengajaran
bahasa asing adalah interferensi bahasa ibunda.
• 2.
kesulitan belajar tersebut sebahagian atau
keseluruhannya disebabkan oleh perbezaan di antara
bahasa pertama dan bahasa kedua
• 3.
Semakin besar perbezaan antara bahasa
pertama dan bahasa kedua semakin akut (serius)
kesulitan belajar.
• 4.
Hasil perbandingan antara bahasa pertama dan
bahasa kedua diperlukan untuk meramalkan
kesulitan dan kesalahan yang akan terjadi dalam
belajar bahasa asing.
• 5.
Bahan pengajaran dapat ditentukan secara
tepat dengan membandingkan kedua-dua bahasa,
kemudian dikurangkan dengan bahagian yang sama
sehingga apa yang harus dipelajari pelajar adalah
perbezaan yang disusun berdasarkan analisis
kontrastif (Lee,1968:186;Fisiak [ ed],1985:211)
Hipotesis Versi lemah
Hipotesis Versi lemah
• Hipotesis ini menyatakan bahawa tidak semua
kesalahan berbahasa disebabkan oleh interferensi.
• AK digunakan untuk mengidentifikasi jenis kesalahan
yang disebabkan oleh interferensi.
• AK hanyalah bersifat diagnostik dan disebabkan
itulah analisis kontrastif disarankan bekerjasama
dengan analisis kesalahan .
• Dalam hipotesis bentuk lemah ini, tersirat
asumsi/andaian bahawa kesalahan berbahasa
disebabkan pelbagai faktor.
• Menurut penganut hipotesis ini peranan bahasa
pertama tidak begitu besar dalam pembelajaran
bahasa kedua.
• Versi lemah analisis kontrastif juga merupakan versi
yang bersifat 'a posteriori' iaitu menjelaskan sesuatu
kesilapan apabila kesilapan itu telah dilakukan dan
dalam hal ini konsep telahan tidak teriibat. Melalui
cara ini, para penyelidik dapat melihat bukti-bukti
kesilapan yang konkrit dan cuba menghuraikannya
dengan merujuk dua sistem bahasa iaitu bahasa
pertama dan bahasa kedua.
3 sumber yang digunakan sebagai penguat atau
rasional hipotesis Analisis Kontrastif
• i. Pengalaman praktis guru bahasa asing
• ii. Telah mengenai kontak bahasa di dalam
situasi kedwibahasaan
• iii. Teori belajar
Sekian, terima kasih