Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Download Report

Transcript Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi Kepelbagaian SosioBudaya
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem Masyarakat
Majmuk di negara kita akan memberikan kesan
langsung kepada perkembangan sistem pendidikan
secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran
secara khasnya.
Guru
• Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan
bangsa murid yang berkenaan.
• Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan
murid mengikut kaum tertentu dalam satu
kumpulan sahaja.
• Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang
berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan
dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang
untuk mereka berinteraksi terbuka luas.
• Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial
mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di
dalam sesuatu bangsa yang sama.
• Karl Marx menyatakan Kelas Sosial adalah kategori individu
yang mempunyai hubungan yang sama dengan puncapunca pengeluaran.
• Terdapat 5 Kelas Sosial iaitu:
i. Golongan Atasan
ii. Pertengahan Atasan
iii. Pertengahan Bawahan
iv. Pekerja
v. Golongan Bawahan
• Perbezaan Kelas Sosial yang wujud perlu
ditangani supaya tidak ada murid yang berasa
mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
• Keadaan ini menjamin semua murid akan
berpeluang mengambil bahagian dalam setiap
aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas.
• Kebijaksaan guru mengendalikan Kelas Sosial
akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak
berkelompok dalam sesuatu masyarakat.
• Guru harus berusaha untuk menolong murid
memahami dan membentuk nilai, sikap serta
tingkah laku yang sesuai.
• Guru perlu melayan keperluan murid ke arah
memperkembang potensi mereka secara
optimum.
• Guru mesti menolong murid membentuk Konsep
Kendiri Positif supaya mereka dapat mengikuti
pembelajaran dengan perasaan yang seronok.
• Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk
mengatasi masalah akademik murid yang
lemah melalui penganjuran kem-kem motivasi
dan sebagainya.
• Guru mesti mengamalkan ketepatan masa.
• Guru harus menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
pencapaian murid (Mixed-Ability Students).
• Masa pengajaran dapat digunakan semaksimumnya
untuk melakukan banyak aktiviti yang merangsangkan
minda.
• Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kata-kata
bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka
(Sense Humour).
• Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap
adil, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya
dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan
murid dengan guru akan renggang serta memberi
teguran umum berbentuk nasihat tetapi bukan leteran.
• Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan
oleh guru untuk menyekat kemungkinan
berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini
seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan
kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api
perkauman dalam kalangan murid.
• Guru perlu bertanggungjawab untuk membentuk
komuniti pembelajaran yang mesra murid
berasaskan latar belakang dari pelbagai SosioBudaya.
• Dari aspek kepercayaan, guru tidak harus
menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan
yang diamalkan oleh murid-murid mereka.
• Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum
mestilah menggunakan pelbagai dialek bahasa
yang sedikit sebanyak akan memberikan impak
kepada pembelajaran.
• Penggunaan bahasa yang Standard akan
memberi peluang sama rata kepada murid untuk
mengambil
bahagian
dalam
aktiviti
Pembelajaran.
• Jantina yang berbeza juga akan memberikan
kesan kepada aktiviti pembelajaran.
• Guru
seharusnya
merancang
aktiviti
pembelajaran yang boleh disertai oleh semua
murid tanpa mengira jantina.
• Guru harus boleh menggerakkan murid untuk
memberi rumusan berdasar pengalaman
pembelajaran tersebut.
• Rumusan boleh dipindah dalam pelbagai bentuk
seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak,
pantun, soal jawab dan main peranan.
• Tugasan yang disediakan kepada murid adalah
pemulihan dan pengukuhan, bergantung kepada hasil
pembelajaran.
• Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan
yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian
serta mengemuka pandangan serta cadangan bagi
menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran
supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat
dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai
penambahbaikan.
• Antara perkara yang menjadi fokus ialah
mengetahui dan memahami bidang kerjayanya,
menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk
jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang
dilakukan
lebih
spesifik,
boleh
diukur
pencapaiannya, boleh dicapai, realistik dan bijak
dalam pengurusan masa.
• Keutamaan diberikan kepada keupayaan,
kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran
berfikir,
kemahiran
berinteraksi
dan
berkomunikasi.
• Guru harus berkemampuan membuat
pemantauan atau refleksi di atas kerja-kerja
yang
telah
dilakukan
untuk
tujuan
penambahbaikan, di samping memiliki sahsiah
sebagai
seorang
guru
yang
boleh
mempamerkan teladan yang baik kepada
semua orang yang mematuhi ‘Tonggak Dua
Belas, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan
Awam’.
• Guru yang berwawasan bertindak sebagai
fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang
sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu
menumpukan perhatian dengan bersungguhsungguh sewaktu melaksanakan tugas.
• Sabda Nabi Muhammad, ‘Sesungguhnya
Allah suka apabila seseorang itu melakukan
pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).
• Pendidikan merupakan salah satu faktor
utama dalam mencapai Misi Nasional dan
guru memainkan peranan penting bagi
memastikan kejayaan itu. Justeru itu, guru
perlu memahami, memberi komitmen dan
mempunyai iltizam yang tinggi dalam
melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru
ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti
pendidikan.
• “…as the most significant and costly resource in
schools, teachers are central to school
improvement efforts. Improving the efficiency
and equity of schooling depends, in large
measure, on ensuring that competent people
want to work as teachers, that their teaching is of
high quality, and that all students have access to
high quality teaching.”
• (Organization for Economic Co-operation and
Development (OECD), 2005)
• Peranan
guru
sebagai
sumber
utama
pengetahuan murid telah bertukar kepada guru
sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan
pembelajaran, agen perubahan dan sumber
inspirasi kepada murid.
• Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang,
berkualiti dan bertaraf dunia, permulaan latihan
untuk guru pelatih yang berminat dalam
profesion keguruan dibuat dengan teliti.
• Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiatkan
bagi menarik lebih ramai orang menyertai
profesion keguruan.
• Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai
satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa
sahaja.
• Skim perkhidmatan guru akan terus diperbaiki
bermula daripada pengambilan, latihan dan
penempatan bagi memastikan guru-guru
berpeluang menikmati skim yang setara atau
lebih baik daripada skim perkhidmatan lain.
Murid
• Murid ialah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik
darjah.
• Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran
secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan
adalah penting kepada guru untuk memahami
tingkahlaku dan Budaya murid supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul
dan tepat.
• Proses Sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan
agama hendaklah dikembangkan supaya proses
pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
• Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik
darjah melalui pendekatan penyayang yang
ditunjukkan guru dapat menjinakkan mereka,
bercakap bahasa lembut, menegur dan
membetul kesilapan dengan cara berhemah,
di samping menggunakan segala sifat akan
mempercepat proses kecintaan dan kesetiaan
murid terhadap gurunya.
• Kemahiran Komunikasi memainkan peranan ke
arah pembentukan Budaya penyayang.
• Guru
harus
meghadiahkan
senyuman,
memberikan penghargaan apabila murid
mempamerkan sesuatu yang baik daripada
sebelum.
• Sekeping kertas berbentuk penghargaan,
sebatang pen, dll sebagai tanda penghargaan
sudah menunjukkan keikhlasan guru bagi
meningkatkan prestasi murid dalam bilik darjah.
• Murid terpengaruh kepada tindakan guru yang
menunjukkan
teladan
sebagai
seorang
profesional.
• Guru mesti membentuk program yang bertujuan
untuk membangunkan murid dengan peraturan
yang jelas, bagi mengurang segala tingkah laku
negatif.
• Guru harus mengelak diri daripada menggunakan
pendekatan yang bertentangan dengan norma
kemanusiaan
yang
menghalang
murid
menghargai pertumbuhan dan kemahiran diri.
• Murid juga suka akan Budaya belajar ceria,
menyeronokkan serta meningkatkan kecergasan
mental, kreatif, inovatif, penyertaan yang aktif,
pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat.
• Guru perlu membentuk Budaya bilik darjah yang
dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni,
hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan
guru.
• Murid yang sentiasa mendapat dorongan serta
bimbingan guru dapat mengembangkan potensi
mereka ke arah pembentukan Modal Insan yang
berkualiti.
• Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru.
• Dengan ini, guru dapat mengurangkan kadar
ponteng dan permasalahan disiplin melalui
pengurusan bilik darjah berkesan.
• Kadar bilangan murid yang terlalu banyak dalam
seebuah bilik darjah bukan satu ukuran yang
subjektif untuk dibuat kesimpulan bahawa kelas
tersebut tidak dapat dibangunkan.
• Keadaan ini merupakan satu cabaran kepada guru
bagi menjayakan visi dan misi sekolah.
• Kecekapan yang ditunjukkan guru bakal
menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat
ditransformasikan menjadi sebuah rumah yang
menepati slogan, ‘bilik darjahku, rumahku’.
• Kemahiran mengawal kelas apabila guru
melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi
penting kerana seorang guru tidak boleh
melaksanakan pengajaran serta pembelajaran
dengan berkesan.
• Murid-murid yang menimbulkan masalah dalam
kelas harus dikenal pasti.
• Ketegasan terhadap disiplin murid ketika
pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan
pendekatan berhemah.
• Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk
membentuk perangai murid kadang kala
mengambil masa yang agak lama.
• Apabila berlaku perubahan ke arah kebaikan,
berilah pengiktirafan dan penghargaan terima
kasih.
Sekolah
• Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah
dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat
Rendah terdapat SK, SJK (C), SJK (T). Pada peringkat
Menengah pula, terdapat Sekolah Berasrama Penuh,
Sek. Men.Teknik, Sek.Men.Keb.Agama, Sekolah
Model Khas dan Sek.Men.Keb.Harian.
• Pada masa kini terdapat sekolah yang dikategorikan
sebagai Sekolah Premier iaitu sekolah yang
mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah
berusia 100 tahun, terletak di tempat yang stratejik
serta mempunyai infrastruktur yang baik seperti
sekolah yang terletak di Cyberjaya dan Putrajaya.
• Kementerian
Pelajaran
Malaysia
juga
mengadakan sekolah khusus untuk Pendidikan
Khas pada peringkat Rendah dan Menengah.
• Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang
dikendalikan oleh agensi lain seperti Maktab
Rendah Sains Mara, Sekolah Swasta serta
Sekolah Antarabangsa. Maktab Tentera DiRaja
ialah di bawah Kementerian Pertahanan
Malaysia.
• Di peringkat sekolah menengah, terdapat Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) bermatlamat memberi
peluang kepada murid cemerlang khususnya dari
kawasan luar bandar mendapatkan pendidikan
terbaik supaya terus berjaya dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah.
• Sekolah Menengah Teknik (SMT) memberi
peluang belajar kepada murid yang cenderung
dalam bidang teknikal dan vokasional.
Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga
kerja mahir dan separuh mahir.
• Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
diwujudkan bagi menyediakan Pendidikan Islam
kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari
segi minat, kreativiti, sahsiah, kepimpinan serta
menyediakan peluang melanjutkan pelajaran
dalam pelbagai ilmu dalam dan luar negara.
• Pembinaan sekolah aliran Agama menunjukkan
komitmen
Kementerian
Pelajaran
untuk
menerapkan
nilai-nilai
kerohanian
dan
kepercayaan beragama kepada murid-murid.
• Sekolah Premier pula ialah sekolah yang
mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh
dan memberi sumbangan yang banyak kepada
negara sejak penubuhannya.
• Sekolah ini mempunyai unsur sejarah dan tradisi
yang kukuh dan memberi sumbangan yang
banyak kepada negara sejak penubuhannya.
• Sekolah ini menjadi lambang dan kebanggaan
negara kerana kecemerlangannya.
• Sekolah ini telah melahirkan tokoh negara dan korporat
seperti;
i. Victoria Institution (Kuala Lumpur)
ii. Sekolah Zainab (Kelantan)
iii. Maktab Sultan Ismail (Kelantan)
iv. Sekolah Menengah St. John (Kuala Lumpur)
v. Penang Free School (Pulau Pinang)
vi. Sekolah Tinggi Melaka (Melaka)
vii. Sekolah Menengah Lelaki Methodist (Kuala
Lumpur)
viii. Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak)
ix. Sekolah Kebangsaan Padang Lebar Kikir (Neg. Sembilan)
• Sekolah-sekolah di Putrajaya dan Cyberjaya
terletak di Koridor Raya Multimedia dan
sebahagiannya merupakan Sekolah Bestari.
• Sekolah-sekolah ini mempunyai reka bentuk
yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan
terletak dalam kawasan stratejik, iaitu
berhampiran dengan Kompleks Kerajaan
Persekutuan.
• Sekolah Pendidikan Khas menyediakn
Pendidikan Khas kepada murid bermasalah
penglihatan, pendengaran dan pembelajaran,
autisme, sindrom down, keupayaan kognitif
yang rendah, disleksia, dll.
• Sek.Men.Teknik juga memberi peluang
pendidikan kepada murid bermasalah dengan
menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis
Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
• Kepelbagaian
Sosio-Budaya
juga
telah
mewujudkan sekolah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa.
• Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk
mengatasi masalah kepelbagaian Budaya ini
melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah.
• Program Integrasi untuk Perpaduan (RIMUP)
adalah salah satu daripada usaha Kementerian
Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan murid tanpa mengira kaum.
• Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan
perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.
Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya
terasing antara satu sama lain, kini disatukan
dalam satu sitem pendidikan yang seragam.
• Sekolah Wawasan sebenarnya sedang beroperasi
di Subang Jaya, Selangor.
• Penekanan semangat perpaduan dan integrasi
antara kaum sejak kecil lagi akan memudahkan
integrasi yang wujud di kalangan mereka.
Kurikulum Tersirat
• Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan
bertulis yang sistematik merangkumi objektif,
kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk
dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu
(Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt, 1994;
Schubert, 1986).
. Kurikulum menampilkan penyampaian isi
kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu
sendiri. Di peringkat penilaian, pengukuran serta
pengujian dijalankan untuk menetukan pencapaian
objektif yang tercatat.
• Persoalan utama yang dibincangkan ialah apakah
pendidikan itu hanya untuk melaksanakan kurikulum
yang bertulis sahaja?
• Adakah pendidikan cuma mengukur hasilan
pembelajaran yang berupa penguasaan ilmu sematamata sama ada di tahap tinggi atau rendah oleh murid?
• Perbicaraan mengenai perkara tersebut telah menarik
minat para penyelidik untuk mengkaji mengenai nilainilai, kepercayaan, iklim sekolah dan pengalaman
yang dipanggil Kurikulum Tersirat (Mongolis, 2001;
Chafel, 1997; Eisner, 1994; Longstreet & Shane, 1993;
Synder, 1973).
• Majoriti tokoh pendidik tempatan dan luar
negara mengakui bahawa sebenarnya apa yang
dipelajari di sekolah atau institut pendidikan lain
bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam
Sukatan Pelajaran atau Proforma Kursus tetapi
merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran
yang diperoleh penuntut semasa belajar.
• Kajian mengenai Kurikulum Tersirat atau
Tersembunyi adalah terlalu sedikit (Margolis,
2001; Chafel, 1997).
• Idea Kurikulum Tersirat pada peringkat awal
diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam
bukunya ‘Life in Classrooms’ yang seterunys
telah dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973)
dan Apple (1980).
• Memandangkan jumlah kajian mengenainya
amat terhad, belum ada lagi kata sepakat
antara tokoh Kurikulum mengenai definasi
yang paling tepat bagi Kurikulum Tersirat.
• Ausbrooks (2000), menjelaskan bahawa
Kurikulum tersirat;
“…is composed of the implicit messages in the
school’s social climate, unwritten yet
understood by all. It is the body of knowledge
a child is absorbs in school simply by being
there day after day. This is the curriculum that
creates a school’s so called “Learning
Environment”.
• Chafel (1997), berpendapat terdapat 2 bentuk
kurikulum yang dilaksanakan di sekolah:i. Kurikulum Overt (Terbuka)
ii. Kurikulum Covert (Tertutup)
Kurikulum Overt memberi fokus kepada
Kursus
Pengajian
Eksplisit
manakala
Kurikulum Covert (tersirat) yang memberi
fokus
kepada
Pembelajaran
Tacit
(diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan)
• Di peringkat pengajian tinggi, Kurikulum Tersirat
lebih memberi penekanan kepada perekitaran
yang wujud dalam kalangan warga kampus.
• Adams (2002), mengenalpasti Budaya akademik
sebagai Kurikulum Tersirat.
• Beliau berpendapat di antara peranan utama
pengajar dan ahli akademik di Institusi Pengajian
Tinggi ialah memindahkan Sistem Budaya
melalui strategi pengajaran dan penilaian yang
dilaksanakan.
• Margolis (2001), pernah menjalankan kajian terhadap
Kurikulum Tesirat di peringkat pengajian tinggi telah
mengadakan temubual dengan beberapa orang ahli
akademik dari pelbagai institusi pengajian tinggi di
Amerika Syarikat.
• Beliau mendapati beberapa istillah yang sama untuk
kurikulum tersirat disebut oleh responden termasuklah
“tacit
learning,
unintended
and
intended
consequences of schooling, political socialization, role
development, mentoring and intentional practices”.
• Melalui
Kurikulum
Tersirat,
Kementerian
berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan
saling menerima perbezaan Budaya antara kaum.
• Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan
penerapan nilai Budaya masyarakat dengan
melaksanakan aktiviti sampingan khususnya
aktiviti Ko-Kurikulum.
• Kurikulum Tersirat diaplikasikan melalui aktiviti
Berpersatuan, Kegiatan Panitia dan aktiviti
Kokurikulum.
• Kurikulum Tersirat juga harus menggalakkan
interaksi dalam kelas sosial.
• Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan
interaksi antara kelas sosial murid.
• Penerapan terhadap nilai-nilai murni juga
boleh dilaksanakan melalui pembentukan
kurikulum.
• Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum
tersirat juga perlu dirancang dengan teliti.
• Ciri-Ciri
Kurikulum
Tersirat
boleh
dimaksudkan seperti berikut:
i.Merangkumi
semua
pengalaman
pembelajaran murid di mana mereka belajar.
ii. Hasil pembelajarannya adalah bersifat
relatif dan sukar diukur secara kuantitatif.
iii. Nilai-nilai yang dibentuk oleh pelaksana
kurikulum sendiri.
• (iv)
Kewujudannya
adalah
berbeza-beza
bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar
belakang pelaksana Kurikulum.
• (v) Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam
kandungan kurikulum berkenaan mahupun dalam
penilaian.
• (vi) Jenis dan pengkategoriannya adalah berbezabeza mengikut jenis, tahap pembelajaran dan
juga matlamat kurikulum itu sendiri.
• Di Institusi Pengajian Tinggi Keguruan,
pengkategorian kurikulum tersirat oleh
Bergenhenegouwen (1987) boleh dijadikan
sebagai
asas
dengan
beberapa
pengubahsuaian. Tiga kategori diperkenalkan
iaitu:• i. Budaya belajar untuk belajar
• ii. Budaya belajar untuk menjadi pengajar
• iii. Belajar untuk Pembudayaan
• Carpenter (1985), telah membuat kajian
terhadap kesan kemahiran belajar terhadap para
guru pelatih.
• Beliau telah membuat kajian terhadap kesan
kemahiran belajar ke atas guru pelatih.
• Hasilan kajian beliau menunjukkan bahawa
kumpulan guru pelatih yang tidak diajar dengan
kemahiran belajar didapati tidak mempunyai
keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di
sekolah.
• Kurikulum yang didefinisikan oleh tokoh-tokoh
pendidikan sebenarnya merangkumi seluruh
kandungan serta meliputi pengalaman
pembelajaran yang diperoleh murid.
• Kelihatan
seolah-olah
pengalaman
pembelajaran lain seperti iklim, budaya,
kepercayaan, sikap dan nilai tidak wujud
dalam sistem pendidikan formal.