Transcript File
Vkmc203~pembangunan keluarga (group d) Kumpulan 3 tajuk : IMBANGI HARAPAN IMBANGI HARAPAN ~IMBANGI KEHENDAK ANAK~ ADAKALANYA ibu bapa terpaksa berhadapan dengan anak-anak yang sudah mula pandai mengamuk. Ramai yang menjadi tidak sabar lalu marah dan paling buruk menggunakan kekerasan untuk menangani masalah ini. Akibatnya, keadaan ini bukan boleh diselesaikan begitu sahaja malah menjadi bertambah buruk lagi. pada usia dua hingga lima tahun anak-anak sudah mula menunjukkan keperibadian mereka sebenar walaupun pada masa yang sama masih tetap bergantung kepada kedua ibu bapa. Objektif Untuk memberi panduan kepada ibu bapa bagaimana mengimbangi kehendak anak dengan kemampuan, kesesuaian dan keperluan semasa Faktor- faktor kehendak anak tidak terkawal 1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya. 2)Asuhan Ibubapa a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan. b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum. c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak. Kesan tak penuhi kehendak anak 1 Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu. 2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti. 3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah. 4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa. 5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain. 6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain. 7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya. 8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula. 9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu. 10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya. Mengamuk Situasi mengamuk atau meragam memang biasa dialami oleh ibu bapa. Ini kerana mengamuk adalah cara anak-anak kita melepaskan geram, kecewa, meluahkan apa yang terbuku di hati dan cara untuk mereka mendapatkan sesuatu dan bila mendengar perkataan ‘jangan’. Sebenarnya kanak-kanak yang mahu membesar dengan bebas (independent) jika dihalang oleh ibu bapa, akan berpotensi untuk mengamuk. kita perlu memahami mengapa anak mengamuk. Dia mengamuk kerana dorongan rasa marah dalam dirinya. Kemudian kemarahan ini akan menjadi rasa takut. Misalnya, “Kalau saya tidak mendapat mainan ini sekarang, sampai bila pun ayah tidak akan belikan pada saya.” Rasa takut ini kemudian digantikan dengan rasa sedih kerana merasa dia tidak mendapat apa yang diinginkan. sebab itu dia menunjukkan perilaku yang tidak menyenangkan seperti menjerit dengan kuat dan menangis. Panduan Hadapi Anak Mengamuk 1. Alih perhatian dia. Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam. 2. Jangan mengikut kehendaknya. Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang. 3. Elak daripada memarahi atau menjerit Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu. 4. Jangan pedulikan membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas. 5. Apabila anak berhenti mengamuk Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik. Apa yang harus dilakukan? *Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukkan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf. *Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan. *Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf. *Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan. *Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik. *Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak. CONTOH SITUASI 1~ di pusat membeli belah Kehendak anak Jika anak-anak menginginkan barang – barang kesukaan mereka seperti mainan yang mahal – mahal (di luar kemampuan ibu bapa tersebut) Cara mengatasi Dalam keadaan begini ibu bapa seharusnya menghadapi mereka dengan sabar dan cuba memahami situasi anak-anak tersebut. Jangan terlalu mengikut kehendak anak dan begitu juga sebaliknya jangan terlalu menentang, Sekali sekala tidak menjadi salah sekiranya ibu bapa menurut kehendak anak. Namun begitu kemahuan tersebut hendaklah munasabah dan berupaya dipenuhi mereka. 2: Pengaruh rakan trend semasa Kehendak anak Cara mengatasi ~ ibu bapa perlu menangani masalah ini dengan bijak agar tidak mendatangkan masalah kepada mereka apabila dewasa kelak. anak – anak ingin memiliki kasut atau baju yang berjenama dan mempunyai Salah satu caranya ialah ibu kualiti yang tinggi bapa boleh bersikap seolah-olah seperti Adidas tidak terpengaruh dengan teriakan atau jeritan anak. 3: pengaruh media massa Kehendak anak Cara mengatasi Contohnya..anak – anak mudah terpengaruh dengan iklan televisyen mengenai video game terkini. Ibu bapa haruslah mengalihkan perhatian mereka dengan memberi permainan yang lebih berfaedah dan berkesesuaian dengan kemampuan kita Contohnya..menggantikan permainan tersebut dengan buku cerita, bola ,baju dan sebagainya. Cara Menangani kerenah anak dengan bijak 1- bisikan anda sayang dia dan memahami perasaan dia. 2-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga perlu bertenang. Jangan sesekali memukul atau menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendisiplinkan anak kerana ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak. Anak- anak biasanya akan mengamuk akibat daripada perasaan kecewa, tidak puas hati serta inginkan perhatian Dalam keadaan begini ibu bapa seharusnya menghadapi mereka dengan sabar dan cuba memahami situasi anak-anak tersebut . Jangan terlalu mengikut kehendak anak dan begitu juga sebaliknya jangan terlalu menentang,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini. Sekali sekala tidak menjadi salah sekiranya ibu bapa menurut kehendak anak. Namun begitu kemahuan tersebut hendaklah munasabah dan berupaya dipenuhi mereka. Jika ibu bapa benar-benar memahami sikap dan kerenah anak-anak, mereka tentulah menemui cara terbaik untuk mengatasinya tanpa menghadapi apa-apa masalah yang besar. Bersesuaian dengan proses tumbesaran kanak-kanak yang sedang mempelajari dan memahami tentang perkara buruk dan baik, sudah pasti masalah mengamuk ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam diri mereka apabila mereka meningkat besar. , jika ibu bapa terlalu mengikut kehendak anak, akan menyebabkan anak cenderung menjadi seorang yang manja dan tidak begitu yakin kepada diri sendiri. Kerenahnya pun semakin menjadi-jadi. setiap ibu bapa perlu menangani masalah ini dengan bijak agar tidak mendatangkan masalah kepada mereka apabila dewasa kelak. Salah satu caranya ialah ibu bapa boleh bersikap seolaholah tidak terpengaruh dengan teriakan atau jeritan anak. Sekiranya ibu bapa sedang melakukan sesuatu misalnya sedang menyapu sampah atau sedang memasak, teruskan sahaja. Namun begitu jangan sesekali mengunci mereka di dalam bilik sendirian. Dengan cara ini anak akan terus mencari jalan mendapatkan perhatian ibu bapa antaranya dengan mengikut anda sehingga rasa letih dan membuatkan dia berhenti menangis. Memaksa anak tidak semestinya mendatangkan keburukan asalkan bersesuaian dengan keadaan dan tempat. Salah satu cara terbaik untuk menangani masalah anak mengamuk ialah cuba mengalihkan perhatian mereka. Sebagai contoh, cuba alihkan perhatian mereka kepada sesuatu yang menarik seperti menunjukkan buku dan gambar yang disukai. Jika ketika itu ibu atau bapa dalam perjalanan, tunjukkan mereka sesuatu yang menarik di luar sehingga membuatkan mereka lupakan kemarahan. Selain itu katanya, ibu bapa juga perlu memahami masalah mereka dengan bertanyakan apakah sebenarnya yang dimahukan atau cuba dalami rasa kecewa mereka. secara tidak langsung membantu anak anda meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa mereka kepada orang lain. Ibu bapa perlu menjelaskan mengenai apa yang dirasakan oleh mereka terhadap anak sekiranya mereka ber-sikap sedemikian. mereka boleh menggunakan ayat seperti, ”Ibu sedih melihat kamu begini…” Bagaimanapun cara ini juga perlu dilakukan secara berhati-hati dan jangan sekali-kali menyentuh perasaan anak dengan menggunakan perkataan yang kurang sedap didengar antaranya ”Ibu bosan dengan perangai kamu ini…” Kedua-dua ayat ini katanya, mempunyai pengertian yang berbeza. Ayat yang pertama lebih menekankan kepada perbuatan anak, sedangkan ayat kedua lebih menyentuh perasaan ibu bapa. Ibu bapa juga boleh menyatakan perasaan mereka dengan cara yang lebih baik lagi seperti memberitahu anak jika tidak berkelakuan sedemikian lebih menggembirakan mereka. Melalui cara ini anak akan sedar bahawa tindakannya itu akan mempengaruhi orang lain. Apabila dia berhenti mengamuk ada orang lain yang akan berasa gembira. Rumusan Ibu bapa perlu sabar dalam imbangi dan menangani kehendak anak. Ibu bapa perlu tahu berkomunikasi yang berkesan dalam mendidik kehendak anak. Ibu bapa perlu konsistan dengan setiap tindakan atau keputusan. Ibu bapa perlu kreatif dalam memberi alternatif kepada penyelesaian kehendak anak. rujukan http://nadihidup.blogspot.com/2010/06/menangani-karenah-anak-dengan-bijak.html http://nadihidup.blogspot.com/2010/07/7-kaedah-mendidik-anak-cemerlang.html http://nadihidup.blogspot.com/2011/12/didiklah-dengan-kasih-sayang.html http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anakanak/ http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2729/Peranan%20Ibu%20Bapa %20Dalam%20Menangani%20Masalah%20Sosial%20Remaja.pdf?sequence=1 http://ummirdinacong.blogspot.com/2013/08/tips-mengatasi-anak-mengamuk.html http://nadia1589.blogspot.com/2013/04/cara-mengatasi-tantrum-anak.html http://umihariani.blogspot.com/2013/01/tip-tip-mendidik-anak-dari-sumber.html http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/2011/05/gara-gara-mak-dan-ayah-hanyamengikut.html SEKIAN TERIMA KASIH