definisi teknologi dalam sukan

Download Report

Transcript definisi teknologi dalam sukan

TEKNOLOGI DALAM SUKAN
OPSYEN: 5PISMP BC/PJ/RBT_2
AHLI PEMBENTANG:
CHAN MEI CHING
HUBERT LING KIAN SIEK
LINDA TAN LEE PING
TEH MING HUI
WONG KANG WEN
DEFINISI TEKNOLOGI DALAM SUKAN
• Pembangunan dan penggunaan
alatan, mesin, bahan dan proses untuk
menyelesaikan masalah manusia
dalam menjalankan aktiviti fizikal yang
dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan,
pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya.
• Teknologi dalam sukan membuatkan sesuatu
sukan itu menjadi lebih menarik, lebih teratur,
lebih tepat dan lebih selamat.
• Sebagai contoh, sukan – sukan yang tidak begitu
popular di Malaysia seperti sukan kriket, ragbi,
sofbol, bola baling dan sebagainya harus
disiarkan di kaca televisyen untuk menarik minat
lebih ramai orang untuk bergiat di dalam sukan
ini.
KEPENTINGAN TEKNOLOGI
DALAM SUKAN
i. Mengoptimumkan keupayaan atlet.
ii. Memastikan latihan yang dijalankan sesuai
yang membantu atlet
iii. Merancang strategi-strategi yang sesuai
untuk pertandingan.
iv. Memastikan atlet tidak mengalami latihan
yang melampau.
APLIKASI SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM BIDANG SUKAN
• Pada masa sekarang, terdapat banyak
sukan memerlukan sokongan teknologi.
• Pengetahuan sains dan teknologi
membolehkan ahli-ahli sukan
menggunakan tenaga secara optimum
untuk kecemerlangan dalam bidang
sukan.
• Sains dan teknologi diperlukan bagi
meningkatkan mutu sukan.
1.Teknik latihan sukan yang saintifik dan
sistematik.
• Dengan bantuan sains dan teknologi
dalam bidang sukan, pakar sukan boleh
memanfaatkan hukum dan konsep sains
dalam penyelidikan untuk memajukan
kaedah-kaedah sukan dengan lebih
berkesan.
2.Peralatan sukan yang sesuai
meningkatkan prestasi ahli sukan.
• Misalnya seperti baju sukan, kasut sukan dan
lain-lain peralatan sukan yang sesuai dapat
meningkatkan prestasi ahli sukan.
3.Sains pemakanan membantu
meningkatkan pencapaian ahli sukan.
• Prestasi fizikal atlit berkait rapat dengan corak
pemakanannya.
• Pengambilan diet yang seimbang
menghasilkan tenaga yang berterusan.
• Pengetahuan dalam biomekanik(kajian
tentang struktur dan sistem biologi serta
daya dan gerakan tubuh badan)
membantu ahli sukan melakukan sesuatu
gerakan dengan cekap misalnya
gimnastik.
4.Sains perubatan meningkatkan
pencapaian sukan.
• Kecanggihan dalam bidang perubatan
membantu dan mengesan sebarang
kecederaan atau penyakit ahli sukan lalu
merawatnya.
• Dapat mencegah para atlit sukan daripada
mengambil dadah.
5.Teknologi maklumat dan
telekomunikasi meningkatkan
kecemerlangan sukan.
• ICT seperti televisyen, video, kamera video,
satelit komunikasi membolehkan teknik-teknik
sukan yang disembahkan oleh atlit-atlet dapat
dikesan dengan jelas.
• Rancangan secara langsung sesuatu acara
sukan ke seluruh dunia dapat meningkatkan
kepopularan sukan tersebut.
PERUBAHAN perALATAN
SUKAN MENERUSI
TEKNOLOGI
Peralatan
Sukan
Dulu
Sekarang
i.Bola
takraw
Bola takraw pula
Bola takraw kini
pada asalnya
digantikan dengan
diperbuat daripada penggunaan bola
rotan.
sintetik.
Peralatan
Sukan
ii.
Gelanggang
sukan
Dulu
Sekarang
Rumput biasa.
Rumput sintetik
Peralatan
Sukan
iii. Papan
markah
Dulu
Papan mata
kadbod berwarna
.
Sekarang
Papan skor elektronik
diperbuat daripada
LED.
Peralatan
Sukan
iv. Kayu
pemukul
(bat)
Sofbol
Dulu
Sekarang
Pemukul diperbuat Pemukul diperbuat
daripada kayu.
daripada alumunium
KEMUDAHAN TEKNOLOGI
DALAM SUKAN
Pembinaan gelanggang
Stadium "Sarang Burung" iaitu Stadium
Negara China dibina dengan teknologi
moden.
Menggunakan rangka keluli dan tidak
menggunakan tiang.
Bahan keluli yang digunakan memenuhi
standard 100%.
Stadium "Sarang Burung"
Formula 1
Sukan yang menggunakan teknologi yang tinggi.
Teknologi komputer canggih seperti reka
bentuk berbantu komputer (CAD) dan
pengeluaran berbantu komputer (CAM)
diperlukan untuk membolehkan jurutera
merancang reka bentuk terbaik dalam
menghadapi setiap litar.
ATLET ORANG KURANG UPAYA
Kasut sukan (Easytones Key Leg Muscles)
Membantu membentuk otot kaki
Rekaannya adalah dengan ciri – ciri stability ball
yang mana dengan setiap langkah anda, pods
seperti berudu ini akan menghasilkan
keseimbangan semulajadi yang mana memaksa
otot anda untuk menyerap dan menghasilkan
prestasi yang diingini.
Jersey dengan teknologi TECHFIT
PowerWeb
Memiliki fungsi untuk mengurangkan
getaran pada otot, memaksimakan
kekuatan, akselerasi dan daya tahan.
Meningkatkan daya pemain sebanyak 5%,
lompatan vertikal sebanyak 4%,
kepantasan lari sebanyak 1%, dan
meningkatkan daya tahan sebanyak 0.8%.
Jersey dengan teknologi
TECHFIT PowerWeb
Bola Sepak
Teknologi interactive detection system,
GPS
Mengeluarkan cahaya warna apabila bola
di posisi off-side, goal dan sebagainya.
Sensor yang ada juga mencatat seluruh
kegiatan pertandingan mulai dari
kepantasan dan berapa jauh bola
"bergerak” .
Skrin LCD
Skrin yang berkualiti tinggi yang
disediakan dalam bilik kawalan kawasan
tapak Sukan Olimpik, menggunakan
teknologi laser yang canggih dalamnya.
Warna yang ditayangkan oleh skrin laser
lebih jelas, namun sumber tenaga yang
digunakan olehnya hanya 1/4 berbanding
set TV biasa.
• Dengan penggunaan cahaya laser dalam
pembuatan skrin, manusia akan dapat
menikmati sebahagian besar jenis warna
yang ada.
Teknologi pengenalpastian gambar
Ketika penonton melalui pintu
pemeriksaan keselamatan, sistem itu
hanya perlu mengambil masa 0.01 saat
sahaja untuk menganalisis muka
penonton supaya identitinya dipastikan.
Maklumat seramai 1 bilion orang akan
disimpan dalam bank sistem tersebut.
Teknologi pengenalpastian gambar.
RUJUKAN
Laman Web:
• http://www.aingindra.com/2012/11/definisiteknologi.html
• http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi
• http://www.jomsantai.com/teknologi-dalam-sukan/
• http://shafiqsharifshafiq.blogspot.com/2011/03/teknol
ogi-dalam-sukan.html
• http://www.jomsantai.com/teknologi-dalam-sukan/
• www.scribd.com/doc/48297057/Sains-Dan-TeknologiDalam-Memajukan-Sukan
SOALAN
1.Yang berikut ialah pernyataan yang tepat tentang
Teknologi dalam Sukan,kecuali…
A. Pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,
bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah
manusia dalam menjalankan aktiviti fizikal.
B. Tujuan Teknologi dalam Sukan adalah untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
C. Teknologi dalam Sukan menyebabkan keletihan
atlet kerana mengalami latihan yang melampau.
D. Teknologi membuatkan sesuatu sukan itu menjadi
lebih menarik, lebih teratur, lebih tepat dan lebih
selamat.
C
2.Berikut adalah kepentingan Teknologi dalam
Sukan,kecuali…
A. Memastikan latihan yang dijalankan sesuai
dan membantu atlet.
B. Memastikan taraf hidup atlet meningkat.
C.Merancang strategi-strategi yang sesuai
untuk pertandingan.
D.Memastikan atlet tidak mengalami latihan
yang melampau.
B
3.Yang manakah antara berikut merupakan
kemudahan Teknologi Dalam Sukan?
I. Bola
II.Gelanggang di dalam Stadium "Sarang
Burung"
III. Formula 1
IV. Skrin LCD
A.I dan II
B.I dan III
C.I,II dan IV
D
D.II,III dan IV