Ketaksamaan Peluang Pendidikan

Download Report

Transcript Ketaksamaan Peluang Pendidikan

Ketaksamaan Peluang
Pendidikan
Pengenalan
Kementerian Pelajaran berusaha menangani jurang
perbezaan dalam Sistem Pendidikan di negara ini.
Terdapatnya jurang yang perlu diatasi dalam
perancangan pelaksanaan pendidikan.
Kelas Sosial
• Konsep Kelas Sosial ini berkaitan dengan
kedudukan sesuatu kelompok masyarakat.
• Kelas Sosial wujud apabila segolongan individu
tidak mempunyai kedudukan yang sama dari segi
kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat,
pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca
pengeluaran.
• Antara contoh Kelas Sosial yang terdapat dalam
Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada 2
Golongan iaitu:-
• (a) Bourgeoisie: Masyarakat yang memiliki puncapunca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran.
• (b) Proletariat: Masyarakat yang tidak memiliki
modal, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.
• Institusi Sosial merujuk konsep utama dalam
memahami masyarakat dan Kebudayaan.
• Antara contoh Institusi Sosial yang utama ialah
Institusi Keluarga, Institusi Agama, Institusi
Pelajaran, dll.
• Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proses
perubahan individu atau Kelompok Sosial dari
satu Lapisan Sosial yang lain dalam satu
Sistem Stratifikasi Sosial.
• Dalam Sistem yang lebih terbuka, peluang
untuk Mobiliti Sosial adalah lebih terbuka.
• Sebaliknya, dalam Sistem Tertutup seperti
dalam Sistem Kasta yang bercorak tradisi,
Mobiliti Sosial jarang sekali berlaku.
• Konsep Diskriminasi atau ketidaksamaan pula
ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan
kepercayaan Negatif oleh seseorang atau
Sekelompok Etnik terhadap Kelompok Etnik
yang lain.
• Ini merupakan manifestasi Prasangka yang
wujud dalam kalangan Kumpulan Etnik dan
mudah berlaku apabila wujud Prejudis dan
Stereotaip dalam sesebuah masyarakat.
• Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk
sama ada berbentuk individu atau kumpulan
Etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila
melibatkan pembuangan kerja, serangan
fizikal secara terbuka atau percubaan
penghapusan sesebuah kumpulan Etnik.
• Ketaksamaan Peluang Pendidikan juga
merupakan satu bentuk diskriminasi yang
perlu dielakkan.
• Diskriminasi
dan
Ketaksamaan
peluang
pendidikan masyarakat telah wujud sejak
munculnya Kelas Sosial masyarakat dari Sistem
Feudal lagi.
• Rakyat bawahan, golongan pembesar dan
golongan istana menerima Sistem Pendidikan
yang berbeza.
• Pihak penjajah meneruskan dasar yang sama
yang mana anak-anak dari golongan pentadbir
dan pembesar diberikan peluang untuk belajar di
sekolah yang dikhaskan untuk mereka.
• Ketidaksamaan Sosial (Social Inequality)
merujuk kepada Ketidaksamaan Sosial yang
merujuk Ketidaksamaan peluang-peluang atau
ganjaran untuk manusia dalam kedudukan
sosial berbeza akibat daripada Sistem
Stratifikasi Sosial.
• Rohand Meighan (1986),Ketidaksamaan
Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup
atau pendapatan sesuatu bangsa yang sama.
• Max Weber mengatakan ada 5 Kelas Sosial
iatu:i. Golongan Bangsawan (Aristokrat)
ii. Golongan Pertengahan Atasan (Profesional)
iii. Golongan Pertengahan Bawahan
iv. Kelas Pekerja (Kolar Biru)
v. Golongan Bawahan (Kelulusan Amat
Rendah)
• Saifuddin Hj. Masduki (1977), dalam kajiannya
mendapati bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara pencapaian akademik dengan
pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu
bapa.
• Rusli Md Zain (1998), melaporkan terdapat
hubungan positif antara pencapaian akademik
dengan pendapatan keluarga.
• Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat
memenuhi segala perbelanjaan persekolahan
anak-anak mereka.
• Faktor Kelas Sosial ataupun Status SosioEkonomi (SES) jelas mempengaruhi pencapaian
akademik murid.
• Tahap
Kesihatan
seperti
kemudahan
mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan
kawalan penyakit juga menjadi faktor kepada
penerimaan peluang belajar dalam kalangan
murid.
• Suasana tempat tinggal yang lengkap dan
keadaan persekitaran (Environment) turut
memberikan impak kepada jurang pendidikan.
• Struktur Keluarga yang mempunyai jumlah ahli
keluarga yang kecil atau besar, kes penceraian,
tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar yang
terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya
juga memainkan peranan terhadap pembentukan
Kelas Sosial dalam masyarakat.
• Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMke-3),
kerajaan telah menekankan supaya semua rakyat
di Malaysia menerima peluang pendidikan yang
sama.
• Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah
sekolah menengah yang masih belum mempunyai
bekalan elektrik 24 jam.
• Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah
dan tidak mencukupi untuk menampung
penggunaan Teknologi Maklumat (ICT).
• Cabaran KPM adalah untuk membekalkan
janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa.
• Terdapat juga sekolah yang mengalami
masalah kekurangan murid.
• Sehingga than 2005, terdapat 2,261 (29.7%)
sekolah rendah yang dikategorikan sebagai
‘Sekolah Kekurangan Murid’.
• Sekolah yang mempunyai kurang daripada
250 orang murid dikategorikan sebagai
‘Sekolah Kekurangan Murid’.
• Hampir 90% ‘Sekolah Kekurangan Murid’ ini
berada dalam keadaan daif dan menghadapi
masalah kekurangan peruntukan, kemudahan
dan guru terlatih.
• Penempatan guru di kawasan pedalaman sukar
dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di
pedalaman.
• Jumlah murid yang kecil pula menyebabkan
‘Sekolah Kekurangan Murid’ mengamalkan
pengajaran Kelas Bercantum atau ‘Multigrade
Teaching’.
• Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar
infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan
yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di
kawasan luar bandar yang kurang terdedah
dengan ICT berbanding kawasan bandar.
• Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan
Akses Jalur Lebar SchoolNet dan bagi sebahagian
sekolah di luar bandar dan pedalaman serta pusat
akses akan dibina.
• Kementerian
Pelajaran
Malaysia
memperuntukkan RM 1 Billion untuk keluarga
miskin dan golongan kurang upaya melalui
program pembangunan pendidikan dalam usaha
mengatasi Ketaksamaan pendidikan dalam
masyarakat di negara ini.
• Apa yang kita perlukan ialah melihat cara kita
menanam nilai dan kepercayaan dalam
mempromosikan pembelajaran dalam kalangan
rakyat Malaysia tanpa membataskan mengikut
Kelas Sosial Masyarakat.
• Antara yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:
i. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
ii. Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
iii. Bantuan Makanan Asrama
iv. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan
Murid.
v. Jaket Keselamatan
vi. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
vii. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
viii. Skim Baucer Tuisyen (SBT)
ix. Biasiswa Kecil Peruntukan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan
x. Asrama Harian.
• Kita perlu mengurangkan pendekatan yang
hanya memberi penekanan kepada aspek
membaca, menulis dan mengira.
• Rakyat di negara ini perlu digalak ‘Memburu’
maklumat daripada sekadar menerimanya
secara pasif sahaja.
• Segala bentuk pendekatan yang diambil perlu
diterima bagi menggalakkan rakyat bersikap
terbuka pada idea baru dan berlainan.
• Selain Budaya pembelajaran, masyarakat
Malaysia juga harus meningkatkan pembangunan
dalam ‘Budaya Analitikal’.
• Murid perlu dilatih merenung dan faham ‘apa’,
‘bagaimana’, ‘kenapa’ sesuatu perkara itu kita
lakukan.
• Tanpa Budaya analitikal, setiap keputusan dibuat
akan menimbulkan pelbagai pandangan dan
prejudis berbanding logik dan bersebab.
• Pembangunan intelektual pula sudah tidak lagi
menjadi perhatian utama dalam kebanyakan
masyarakat termasuklah negara-negara kaya yang
kelihatan enggan menyokong Budaya tersebut.
• Jika kita ingin membangunkan Modal Insan, kita
harus memiliki komuniti yang mengamalkan
Budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar
dan berfikir dan setiap Kelas Sosial perlu
diberikan hak yang sama dalam mendapatkan
ilmu pengetahuan tersebut.
Jantina
• Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan
pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.
• Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang
untuk menerima pendidikan pada ketika itu.
• Hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaian
murid perempuan di Pengajian Tinggi telah
meningkat daripada 0.5% (1970) pada tahun
1970 kepada 4.9% pada tahun (1991).
• Peningkatan pencapaian dalam pendidikan
formal telah mempengaruhi kadar penglibatan
guna tenaga.
• Siti Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat secara
Makro penyertaan tenaga wanita dalam proses
pembangunan.
• Faktor Pertama ialah kemudahan dan peluang
pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki.
• Faktor Kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang
pesat dan perubahan dalam proses perindustrian.
• Faktor Ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru(1971-1990) yang telah mempercepatkan
peralihan penglibatan wanita Melayu luar bandar
ke kawasan bandar.
• Penyelidik Aminah Ahmad (2000), menyatakan
penglibatan wanita dalam pendidikan sangat
menggalakkan tetapi masih wujud segregasi
mengikut gender dalam pendidikan di peringkat
menengah, sekolah vokasional dan teknik serta di
Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik.
• Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan
peluang lebih dimonopoli oleh golongan
perempuan.
Kumpulan Minoriti
• Kumpulan
Minoriti
merupakan
sesuatu
kumpulan Etnik dalam sesebuah masyarakat yang
mempunyai jumlah ahli yang kecil.
• Faktor Geografi mempengaruhi Budaya sesebuah
kumpulan itu. Contohnya, masyarakat pedalaman
kaum Asli, Kadazan, Murud dan sebagainya.
• Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal
sahaja melalui keturunan atau warisan daripada
ibu bapa mereka.
• Pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai
alternatif antara kumpulan minoriti ini supaya
mereka tidak terus mengalami keciciran dalam
proses pembelajaran di sekolah.
• Kesemua kumpulan minoriti ini perlu diberi
perhatian supaya mereka tidak terus tercicir
dalam arus pendidikan.
• Dasar kerajaan yang telah mewajibkan
pendidikan wajib kepada semua warganegara
merupakan salah satu cara untuk mengelakkan
keciciran berlaku.
Murid Berkeperluan Khas
• Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr. Chua
Tee Tee (1982) merupakan satu program
pendidikan yang dirancangkan khas untuk
kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi
intelek, jasmani, sosial atau emosi.
• Murid Berkeperluan Khas mempunyai
kecerdasan yang amat rendah serta
menghadapi masalah penyesuaian diri dalam
masyarakat dan dalam program sekolah biasa.
• Kanak-kanak pintar-cerdas adalah golongan yang mana
kebolehan Mental jauh lebih tingggi daripada rakan
sebaya mereka.
• Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi
mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan
mental mereka jauh lebih maju.
• Antara konsep kendiri yang bakal mereka hadapi ialah
seperi phobia, perkembangan nilai dan moral,
keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran
bersosial dan masalah mengembangkan potensi.
• Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang
memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu;
• i. Kerencatan Mental
• ii. Bermasalah Pembelajaran
• iii. Kecelaruan Tingkah Laku
• iv. Cacat Pendengaran dan Masalah
Komunikasi.
• v. Cacat Penglihatan
• vi. Cacat Fizikal
• vii. Pintar-Cerdas dan Berbakat Istimewa
• Kanak-kanak yang berkeperluan khas juga
menghadapi kecelaruan tingkah laku.
• Mereka mempunyai tingkah-laku yang suka
menentang autoriti, tidak mematuhi undangundang, kurang bertimbang rasa dan suka
menyerang orang lain.
• Kanak-kanak golongan ini adalah ‘Hiperaktif’ atau
‘Hiperkinetik’.
• Kanak-kanak ini juga bersifat pendiam, sensitif,
pasif, tidak suka berkawan dan mudah
tersinggung.
• Kanak-kanak Berkeperluan khas juga menghadapi
tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara.
• Mereka tidak berminat belajar, sering berkhayal
dan tidak mengendahkan nilai diri kendiri. Kanakkanak ini juga mempunyai tingkah laku antisosial.
• Kanak-kanak ini sering bertindak liar dan kerap
menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti
memeras ugut, mencuri, ponteng, dll.
• Menurut Kirk dan Kirk (1994), Murid Berkeperluan
Khas berbeza dari Murid Biasa dari segi Mental
(kognitif), Fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi),
Sosial (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan
Emosi (keupayaan menangani perasaan).
• Murid Berkeperluan Khas yang lain adalah seperti
ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
• Murid ini kurang memberi perhatian, kurang
mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap
aktiviti dan tidak dapat memyempurnakan tugasan
yang diberikan.
• Murid akan ditempatkan berdekatan dengan
guru. Guru juga menghadkan ruang terbuka
untuk mengurangkan kesempatannya bertingkah
laku negatif.
• Guru juga boleh mengurangkan rangsangan dan
hanya membenarkan murid bergerak di suatu
kawasan yang tertentu sahaja.
• Guru perlu mengurangkan kerja tugasan,
pecahkan tugasan kepada beberapa unit kecil
serta elakkan memberi kerja atau latihan
ulangan.
• Guru disarankan sering memberikan Peneguhan Positif
daripada Negatif.
• Guru perlu menyediakan program latihan sosial bagi
murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan
bersaing dengan murid normal yang lain.
• Akta Pendidikan Khas 1961, telah memberi kuasa
kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan
kemudahan Pendidikan khas, menggubal kurikulum
yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid
serta lain-lain tindakan bagi mengembangkan
Pendidikan Khas.
• Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada
tahun 2004.
• Pada 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas
Integrasi untuk pelajar bermasalah pembelajaran
diwujudkan di sekolah harian biasa.
• Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan
KPM seawal umur 4 tahun.
• Kanak-Kanak Kurang Upaya berusia kurang daripada 4
tahun mendapat pendidikan awal di Pusat Kelolaan
Kementerian Kesihatan atau di Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di
bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat.
• Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) juga
menyediakan pendidikan kepada pelajar
kurang upaya dengan lebih daripada satu
jenis kecacatan kerana pada ketika ini, KPM
hanya menyediakan pendidikan bagi pelajar
yang mempunyai satu jenis kecacatan sahaja
serta boleh mengurus diri seperti yang
tertakluk dalam Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1995.
Orang Asli
• Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid
orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara
bersama dan bersemuka sejajar dengan Dasar
Pendemokrasian Pendidikan.
• Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya
dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang
pengurusan alam semulajadi.
• Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam
sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana
tanah untuk bertani, hasil hutan yang sesuai serta cara
pemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).
• Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun
bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli.
• Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli adalah
sebanyak 141, 230 orang.
• Orang Asli banyak lagi berasaskan pertanian
dan bersifat sara diri.
• Orang Asli masih terpinggir dalam arus
pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana
yang kurang legkap di tempat tinggal.
• Kemunduran Orang Asli turut dikaitkan
dengan latar belakang akademik yang rendah
(Mustaffa Omar, 2004).
• Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam
kalangan masyarakat Orang Asli masih berada
dalam tahap yang rendah di mana kecicicran
yang dicatatkan pada 1998 adalah 45.8% dan
kadar buta huruf adalah 49.2% (Kadar
Nasional 6.4%).
• Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli
juga adalah rendah.
• Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti
ibu bapa yang kurang mengambil berat mengenai
pelajaran anak-anak mereka.
• Cara hidup mereka masih tertumpu kepada hutan
telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti
sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka
mencari rotan, membantu ladang ubi dan padi
bukit.
Indigenous
• Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di
pedalaman Sabah dan Sarawak.
• Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat
tinggal, ekonomi, sosial dan Budaya.
• Di Sabah terdapat kira-kira 23 suku kaum Etnik
manakala di Sarawak terdapat kira-kira 24 suku
kaum Etnik.
• Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil
mereka tinggal jauh di pedalaman Sabah dan
Sarawak.
• Masyarakat Indigenous masih belum bersedia
menerima perubahan dalam dunia pendidikan
kerana masih berpegang kepada Budaya hidup
tradisional mereka (Indigenous Learning).
• Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek positif,
antaranya ialah mempertahankan nilai-nilai
Budaya tanpa kehilangan mempelajari sesuatu.
• Sistem belajar Asli secara turun-temurun diwarisi
masyarakat indigenous tradisional merupakan
potensi sangat berharga.
Masyarakat Pedalaman
• Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang
pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana
kurangnya guru pakar pengalaman dalam satusatu bidang.
• Suasana persekitaran Fizikal dan Sosio-Budaya
bagi kawasan pedalaman juga kurang meransang.
Tidak ada akses untuk ICT.
• Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara
jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi
dan tahap keupayaan murid.
• Usaha untuk menangani jurang ni terus
mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan
Malaysia Ke-3.
• “…merapatkan jurang perbezaan dalam
peluang-peluang pendidikan antara yang kaya
dengan yang miskin serta antara wilayah dan
antara kaum melalui pembahagian sumbersumber dan kemudahan negara dengan lebih
saksama…” (RMKe-3, 1976-1980).
• Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak
mementingkan pelajaran.
• Segala kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid,
secara tidak langsung menjadi satu halangan
kepada mereka untuk memajukan diri.
• Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan
ataupun tidak berpelajaran.
• Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan oleh
guru-guru juga tidak menarik.
• Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard
minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir dalam
Sistem Pendidikan.
• Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk
merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru,
kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat
kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat
dalam Kementerian Pelajaran.
• Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada
penyediaan
infrastruktur,
penempatan
guru
terutamanya di ‘Sekolah Kurang Murid’ (SKM),
‘Sekolah Orang Asli’ dan ‘Sekolah di Pedalaman’.