Transcript Mesyuarat

PERLEMBAGAAN ORGANISASI BADANBADAN SUKAN KEBANGSAAN
&
PENTADBIRAN ORGANISASI SUKAN
Ahli Kumpulan : Boon Wei Shen
Kenny Moses
Tan Yen Ping
Wong Wan Yan
Yip Sung Yu
Opsyen: 5PISMP SN/PJ/BC AMBILAN JAN 2011
PERLEMBAGAAN
ORGANISASI BADAN-BADAN
SUKAN KEBANGSAAN
 Perlembagaan
merupakan asas pengurusan
& pentadbiran organisasi sukan atau dirujuk
sebagai peraturan & undang-undang tubuh
bagi organisasi sukan.
Perkara-perkara yang diperuntukkan dalam
perlembagaan:
1. Badan sukan hendaklah mempunyai tujuan
dan matlamat yang berikut:
a. untuk menggalakkan dan membangunkan
sukannya
b. untuk mengekalkan hubungan baik dan
kedudukan baik dengan badan pengelola dan
pengawal seliaan antarabangsa.
c. untuk memastikan bahawa perlembagaan
dan kaedah- kaedahnya dipatuhi dan diikuti
oleh semua anggotanya.
d.untuk mengawal dan menjalankan bidang
kuasa ke atas semua aktiviti berhubungan
dengan sukannya di Malaysia dan oleh wakil
Malaysia di luar negara.
2. Aktiviti dijalankan tanpa ada diskriminasi
tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal
usul, bahasa, kecenderungan politik atau
apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh
anggotanya.
3. Prosedur pemilihan adalah terbuka dan adil.
4. Akaun teraudit sepenuhnya ,laporan segala
aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan wang
yang sebelumnya dikemukakan kepada
Pesuruhjaya berserta dengan apa-apa yang
dikehendaki oleh Pesuruhjaya.
FASAL-FASAL
PERLEMBAGAAN
ORGANISASI
BADAN-BADAN SUKAN
KEBANGSAAN
FASAL 1. NAMA
 Badan Sukan ini dikenali dengan nama ______ atau
ringkasnya disebut sebagai _____ di dalam Perlembagaan ini.
FASAL 2. ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
 Alamat berdaftar dan alamat urusan.
FASAL 3. DEFINISI
 Persatuan ini adalah Persatuan ________
FASAL 4. OBJEKTIF DAN MATLAMAT
 Memberitahu tentang tujuan persatuan sukan ini ditubuhkan.
FASAL 5. LOGO /LAMBANG
 Logo/lambang Persatuan ini adalah
_________________(terangkan secara ringkas bentuk dan
makna logo)
FASAL 6. KEAHLIAN
 Terbuka kepada semua warganegara dan terbahagi
kepada 4 kategori :
 Ahli gabungan /Ahli individu /Ahli Bersekutu/ Ahli
Kehormat
FASAL 7.YURAN KEAHLIAN
 Ahli mesti membayar yuran pendaftaran dan
yuran tahunan.
FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI
 Permohonan secara bertulis dan dikemukakan
kepada setiausaha, dan Jawatankuasa induk
meluluskannya.
FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
 Ahli boleh menyertai semua aktiviti yang
dianjurkan.
FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT
AGUNG
 Ahli gabungan boleh menghantar wakil dan
mengundi.
 Ahli bersekutu hanya boleh menghantar wakil dan
tidak boleh mengundi, hanya pemerhati.
FASAL 11. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN
AHLI
 Pemberhentian boleh ditulis secara rasmi

Jika ahli melakukan kesalahan, ahli boleh dibuang
dan digantung.
FASAL 12. MESYUARAT AGUNG
 Mesyuarat hendaklah diadakan sebelum 30
Jun di tempat yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Induk.
FASAL 13.TUGAS MESYUARAT AGUNG
-MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
i. Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung
yang lepas
ii. Menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa
berkenaan kegiatan persatuan dalam sepanjang
tahun yang lalu
iii. Menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan
Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun
yang lalu
iv. Menguruskan hal-hal lain yang dibentangkan di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan
v. Memilih Jawatankuasa Induk yang baru mengikut
fasal 15.1 Perlembagaan ini
FASAL 14. MESYUARAT AGUNG KHAS
boleh diadakan:
i. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau
dengan
kehendak Presiden.
ii. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis
oleh tidak
kurang daripada separuh (1/2) daripada jumlah ahli
yang
berhak mengundi dengan menerangkan tujuantujuan dan
sebab-sebabnya.
FASAL 15. JAWATANKUASA INDUK
 Terdiri daripada :
i. Seorang Presiden
ii. Seorang Timbalan Presiden
iii. Tiga orang naib Presiden
iv. Sembilan orang Ahli Jawatankuasa,
Setiausaha, Penolong Setiausaha, dan
Bendahari dan wakil setiap negeri dilantik
oleh Presiden.
FASAL 16.TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA
INDUK
I. Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa.
II. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan
Mesyuarat Agung Tahunan atau khas.
III. Mengurus dan mentadbir Persatuan dan
menjalankan program Persatuan.
IV. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran
dan program yang diluluskan.
V. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang
dipinda untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung
Tahunan atau khas.
FASAL 17. JAWATANKUASAJAWATANKUASA
i. Jawatankuasa Kewangan.
ii. Jawatankuasa Pembangunan.
iii. Jawatankuasa Pembangunan.
iv. Jawatankuasa Pemilihan.
v. Jawatankuasa Pertandingan.
vi. Jawatankuasa Tatatertib.
FASAL 18.TUGAS AHLI JAWATANKUASA
INDUK
Presiden
 Menjadi pengerusi semua mesyuarat Jawatankuasa
Induk.
Timbalan Presiden
 Membantu Presiden melaksanakan pentadbiran.
Naib Presiden
 Membantu Presiden dan Timbalannya
melaksanakan pentadbiran.
Setiausaha
 Bertanggungjawab untuk memastikn segala urusan
pentadbiran berjalan lancar.
Bendahari
 Membuat kutipan yuran dan segala hal
kewangan diuruskan beliau.
Ahli Jawatankuasa
 Ahli Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan
Jawatankuasa-Jawatankuasa dan menjalankan
tugas yang diarahkan presiden.
FASAL 19. MESYUARAT JAWATANKUASA
INDUK

Mesyuarat hendaklah diadakan 3 bulan sekali
dan notis mesti diberi kepada ahli 7 hari
sebelum mesyuarat.
FASAL 20. KEWANGAN

Kewangan persatuan diperolehi melalui Yuran
tahunan dan penalti,derma dan tajaan,bantuan
kerajaan atau badan berkanun,hasil perniagaan
dan sumber-sumber lain.
FASAL 21. JURUAUDIT
 Juruaudit boleh dilantik dalam Mesyuarat
Agung dan tugasnya menilai penyata kewangan
persatuan setiap tahun.
FASAL 22.TAFSIRAN UNDANGUNDANG
 Di antara Mesyuarat Agung , Jawatankuasa
Induk boleh memberikan tafsirannya kepada
perlembagaan ini.
FASAL 23. PERTIKAIAN DALAMAN
 Tugas Jawatankuasa Tatatertib dengan kerjasama
Jawatankuasa Induk Persatuan untuk menyelesaikan
apa-apa pertikaian yang timbul di kalangan
anggotanya selaras dengan Akta Pembangunan Sukan
1997.
FASAL 24. PENAUNG/PENASIHAT
 Jawatankuasa Induk Persatuan boleh melantik
sesiapa yang layak dan Penaung ini berhak mengundi
dan membuat keputusan.
FASAL 25. PINDAAN PERLEMBAGAAN
 Perlembagaan tidak boleh dipinda melainkan
keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 26. LARANGAN
 Segala jenis perjudian.
 Persatuan tidak boleh menghalang aktiviti
perniagaan atau mengambil peranan dalam gerakan
sekerja.
 Tidak boleh terlibat dalam politik dan menggunakan
nama Persatuan dalam isu-isu politik.
FASAL 27. PEMBUBARAN
 Persatuan ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat
Agung dengan majoriti 2/3 persetujuan.
 Selepas dibubarkan segala tanggungan Persatuan dan
aset mestilah diserahkan kepada Pemegang Amanah
Rakyat Malaysia.
PENTADBIRAN
ORGANISASI SUKAN
PROSES PENTADBIRAN
ORGANISASI SUKAN
1. PENGENALAN
Seseorang pentadbir perlu menjalankan tugas
mengikut proses-proses asas.
2. PERANCANGAN
Perancangan melibatkan tiga perkara;
1) apa yang patut dilakukan
2) bagaimana ia patut dilakukan
3) siapa yang akan melakukannya
3. PENGELOLAAN
 satu proses yang melibatkan dua atau lebih
manusia untuk mencapai tujuan yang tertentu.
4. PENGARAHAN
-suatu proses yang menyebabkan sesuatu
tindakan itu berlaku. (Frost & Marshall ,1997)
- melibatkan pemberian tunjuk ajar atau
bimbingan, mempengaruhi orang lain atau
membuat keputusan dan memberi arahan.
5. HAL KAKITANGAN
-Tugas ini biasanya meliputi pemilihan
kakitangan untuk tugas yang sesuai bagi
menjayakan sesuatu aktiviti organisasi.
- Pentadbiran kakitangan melibatkan dua aspek
utama iaitu kemanusiaan dan teknikal
( Voltmeter, Esslimger, McCue & Tillman,
1979).
6. MENYELARAS ATAU KOORDINASI
-tugas pentadbir: menyelaraskan program atau
unit pentadbiran.
-menggalakkan komunikasi yang baik antara
individu dalam setiap jabatan.
7. LAPORAN
- kaedah yang sistematik untuk menilai
kemampuan kakitangan.
8. BELANJAWAN
- pentadbiran kewangan melibatkan empat
langkah ;
1) mengumpul data atau maklumat.
2) menyediakan belanjawan.
3) mempersembahkan belanjawan.
4) membelanjakan peruntukan.
(Frost ,1977)
9. PENILAIAN ATAU KAWALAN
- untuk mengetahui sama ada organisasi itu
berjaya atau sebaliknya.
- Tugas pentadbir – menilai perancangan secara
keseluruhan utk menentukan pencapaian
objektif.
- Menilai sejauh manakah sumber-sumber
digunakan secara maksimum.
Mesyuarat
 perbincangan
formal di antara tiga
individu atau lebih untuk mencapai
objektif bersama melalui proses
komunikasi.
 Mesyuarat berbeza mengikut keahlian,
organisasi dan objektifnya.
TUJUAN MESYUARAT
Mengawal dan menilai kegiatan pertubuhan
sukan dari semasa ke semasa
 Meyelaraskan kegiatan dan pentadbiran
pertubuhan agar sistematik.
 Menyebarkan maklumat, rancangan baru dan
perubahan dalam pertubuhan
 Mendapatkan suara majoriti dan sambutan atau
tentangan secara spontan.
 Mendapatkan nasihat, pandangan, dan
mengetahui tindak balas terhadap persoalan.

Mesyuarat
Agung
Tahunan
Mesyuarat
Luar Biasa
Mesyuarat
Jawatankuasa
Taklimat
Sebelum Mesyuarat
 Menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda
 Membuat tempahan bilik mesyuarat
 Menentukan kertas kerja
 Menghantar surat jemputan
 Menyediakan kemudahan bilik
 Menentukan kehadiran
 Perbincangan pra-mesyuarat
 Makluman mengenai etika mesyuarat kepada ahli
Semasa Mesyuarat
 Memulakan mesyuarat
 Mengawal perbincangan
 Berikan penjelasan jika perlu
 Mencatat minit mesyuarat / kehadiran / atau
tindakan
 Merumus mesyuarat
Selepas Mesyuarat
 Menyediakan draf minit
 Meluluskan dan mengedarkan minit
 Susunan nama kehadiran ahli
 Pelaksanaan keputusan mesyuarat
 Laporan maklumbalas oleh urusetia
 Menentukan format maklumbalas dari
kementerian /jabatan / unit
 Mesyuarat ‘post mortem’
SEKIAN,TERIMA KASIH!