KARANGAN 4 : KARANGAN BERPANDU

Download Report

Transcript KARANGAN 4 : KARANGAN BERPANDU

KHAMIS
05042012
Karangan
Berdasarkan
Petikan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang
sebab-sebab kemalangan jalan raya berlaku di negara ini. Panjang
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Iman
: Kemalangan jalan raya yang melibatkan bas kerap
berlaku akhir-akhir ini, Irene. Kebanyakannya
berpunca daripada sikap
pemandu kenderaan.
Irene : Betul. Selain itu, keadaan jalan raya juga
menyebabkan kemalangan. Kadang kala
perlanggaran
kenderaan disebabkan oleh
keadaan cuaca.
Iman : Kita haruslah berhati-hati di jalan raya.
SEBAB-SEBAB KEMALANGAN JALAN RAYA
Sikap pemandu
kenderaan
Keadaan cuaca
Keadaan jalan
raya
Pendahuluan
-“Pemandu tertidur mengakibatkan lorinya melanggar sebuah kereta.”
- “Pembonceng motosikal meninggal dunia akibat kecuaian penunggang.”
- “Pelanggar peraturan jalan raya mesti dikenakan hukuman yang lebih berat.”
- Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam
media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Dalam dekad ini,
perangkaan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysia
sebenarnya agak tinggi. Statistik bilangan kematian pengguna jalan raya
meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Apabila bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya bertambah pada suatu masa, kita dapat
menyaksikan kes kemalangan jalan raya turut melonjak. Dalam erti kata yang
lain jalan raya sudah tidak selamat untuk digunakan. Persoalannya, apakah
sebab kemelut ini terus berlaku sehingga mengorbankan nyawa pengguna
jalan raya?
ISI 1
 Sikap pemandu kenderaan (ayat idea)
-Mereka memandu dalam keadaan mabuk,
mengantuk, dan menggunakan telefon bimbit.
-Kereta yang dipandu terlalu laju sukar dikawal atau
diberhentikan jika terdapat halangan di hadapan
-Kenderaan ini biasanya akan terbabas melanggar
tiang lampu jalan atau jatuh ke dalam longkang
-Sikap pemanduan yang tidak berhemah ini
diibaratkan seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing
ISI 2
 Keadaan jalan raya (ayat idea)
-.Jalan raya yang bengkang-bengkok, terlalu sempit, bersimpangsiur dan berlubang-lubang akan mengganggu kelancaran
pemanduan.
-Jalan raya kurang diselenggara dan dibaiki dalam tempoh masa
yang lama.
-Kos untuk membaiki pulih jalan yang rosak adalah sangat mahal.
Keadaan ini akan menyebabkan jalan berlubang-lubang dan tiada
papan tanda amaran.
-Kajian menunjukkan bahawa banyak kes kemalangan berlaku di
jalan raya yang tidak dibaiki. Jalan raya yang tidak terancang
pembinaannya akan meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.
ISI 3
 Keadaan cuaca (ayat idea)
-Hujan menyebabkan jalan menjadi licin dan berbahaya
-Jerebu juga menyebabkan had penglihatan menjadi
kabur dan sukar menganggar jarak kenderaan di
hadapan.
-Emosi pemandu jalan raya adalah berkaitan dengan
suhu cuaca, seperti pada cuaca panas emosi pemandu
akan berasa tidak selesa dan mereka tidak sabar apabila
terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Kesimpulan
-Semua pihak perlu bekerjasama membantu menangani
masalah kemalangan ini. Pemandu perlu berubah sikap
dengan mengamalkan sikap menyayangi dirisendiri dan
keluarga dan “Ingatlah Orang yang Tersayang.”
-Sesungguhnya, “Pandu Cermat Jiwa Selamat,” menjadi
pegangan pemandu yang berhemah di jalan raya.