Peranan Kerajaan dan Masyarakat

Download Report

Transcript Peranan Kerajaan dan Masyarakat

Penubuhan Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
ditubuhkan pada 1 Julai 1969 seterusnya
penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
di bawah perintah MAGERAN
diwujudkan menangani isu-isu
berhubungan semula perpaduan
masyarakat di negara kita.
Setelah MAGERAN dibubarkan, Majlis
Penasihat Perpaduan Negara
ditubuhkan pada 23 Februari 1971
• Tanggungjawab memelihara perpaduan
berada di bawah Jabatan Perpaduan
Negara.
• Sekitar tahun 1990 – 2004, Jabatan
Perpaduan Negara telah dipindahkan di
bawah Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat.
• Namun selang beberapa tahun, ianya
dipindahkan semula ke Jab. Perdana
Menteri dengan penamaan
Jab.Perpaduan Negara dan Intergrasi
Nasional.(JPNIN)
• Dasar-dasar yang dirangka menjurus
kepada perpaduan dan keharmonian
masyarakat pelbagai kaum seperti
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar
Ekonomi Baru.
• Kesemua dasar-dasar ini
diperkukuhkan dengan kemunculan
Rukun Negara merupakan ideologi
kebangsaan.
Strategi politik : Persefahaman
• Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan
dalam bidang politik oleh kerajaan dalam
bidang politik untuk memajukan perpaduan
negara berlandaskan peruntukan-peruntukan
yang terdapat dalam Perlembagaan :
–
–
–
–
–
–
–
–
Sistem kerajaan Berpersekutuan
Demokrasi Berparlimen
Kedudukan raja-raja Melayu
Bahasa kebangsaan
Hak mengamalkan agama masing-masing
Hak asasi rakyat Malaysia
Kedudukan Istimewa Kaum Bumiputera dan pribumi
Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara
Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri
• Langkah-langkah keselamatan dan
undang-undang memainkan peranan
penting dalam mengawal dan
mencegah pertubuhan2 yang
memperjuangkan kepentingan satu-satu
kaum atau agama daripada melakukan
kegiatan yang boleh menjejaskan
keharmonian antara kaum dan
menggugta kestabilan negara.
• Opsyen lain untuk mengawal keadaan
seperti kod etika antara parti politik dan
seruan supaya bersikap dan bertindak
sederhana kurang berkesan dalam
kancah politik
• Pengeimbangan taraf sosioekonomi antara kaum
dan wilayah dalam konteks ekonomi yang
sedang berkembang perlu diusahakan tanpa
merugikan mana-mana pihak.
• Program untuk mengurangkan dan membasmi
kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum
• Sektor swasta akan terus digalakkan memainkan
perana yang lebih aktif dalam usaha
mengimbangkan kedudukan sosioekonomi
antara kaum dan usaha mengurangkan
pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi
tertentu
Strategi Pendidikan
• Menggalakkan wujudnya satu sistem
persekolahan dari peringkat prasekolah
hingga ke peringkat universiti yang
menggunakan satu bahasa pengantaraan,
kurikulum dan kokokurikulum yang seragam
atau satu jenis peperiksaan serta satu jenis
pensijilan yang mempunyai pengiktirafan
yang sama
• Penyediaan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di
negara pada peringkat sekolah rendah dan
menengah sebagai satu matapelajaran
pilihan semua pelajar
• Untuk sekolah-sekolah dan institusi
pendidikan yang pelajar terdiri dari
satu kaum sahaja maka tindakan perlu
diambil bagi membolehkan pelajar
institusi pendidikan tersebut
berinteraksi dan bergaul dengan
pelajar institusi yang berlainan kaum
seperti melalui acara-acara sukan,
sosial, khemah kerja dan sbgainya
• Kurikulum sekolah rendah dan menengah
memberikan tumpuan sewajarnya kepada
matapelajaran dan pembelajaran sejarah
negara.
• Pendidikan dan aktiviti kurikulum menerapkan
nilai-nilai mendokong pencapaian perpaduan
negara. Sikap dan nilai-nilai termasuklah
kesejahteraan, bertolak ansur, saling
menghormati antara kaum dan agama, taat
setia dan cinta kepada negara.
• Pendidikan sepanjang hayat iaitu program
pendidikan dijalankan oleh pelbagai oleh
pelbagai agensi dan pihak di luar sistem
pendidikan formal
Strategi penggunaan bahasa
kebangsaan
• Alat paling berkesan memupuk
perpaduan dalam kalangan
masyarakat serba berbeza
• Perlembagaan telah memperuntukan
bahawa bahasa kebangsaan negara
ialah bahasa Melayu
Strategi keagamaan
• Semua rakyat malaysia bebas
menganut agama dan kepercayaan
masing-masing yang merupakan salah
satu unsur utama kebudayaan
kebangsaaan.
Strategi kebudayaan
• Tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan
kebangsaan :
– Kebudayaan Kebangsaan Malaysia
hendaklah berteraskan kebudayaan
rakyat rantau asal negara ini
– Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai
dan wajar boleh diterima menjadi unsur
kebudayaan kebangsaan
– Islam menjadi unsur penting dalam
Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Strategi intergrasi wilayah
• Langkah-langkah yang sedang diambil
ialah penambahbaikan sistem
perhubungan kebangsaan
pengangkutan, peluasan sistem radio
dab televisyen nasional kepada Sabah
dan Sarawak dan Wilayah persekutuan
Labuan.
• Tumpuan khusus kepada usaha intergrasi
wilayah dan perhubungan centreperiphery sehingga perpaduan sampai
di tahap yang memuaskan
Strategi Keselamatan
• Terbahagi kepada dua spek pencegahan dan
pemulihan.
• Pencegahan melibatkan usaha-usaha
mencegah dari berlakunya ancaman kepada
keselamatan negara atau awam.
• Pemulihan pula ialah usaha menenteramkan
keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik
• Aspek pencegahan merangkumi pengutakuasan
sekatan di sisi undang-undang ke atas hak
kebebasan bercakap, berhimpun, tahanan
preventif, penguatkuasaan peruntukan Akta
Hasutan dan kawalan terhadap akhbar
• Aspek pemulihan merujuk kepada
keselamatan dan ketenteraman
awam melibatkan tindakan-tindakan
terutamanya daripada pihak polis dan
dibantu oleh pihak-pihak lain seperti
RELA, Rukun Tetangga
Strategi Pembangunan Kawasan
• Pemaju perumahan serta pihak
berkuasa hendaklah mengambil kira
aspek pembangunan dalam
memajukan kawasan setempat
• Dapat dilaksanakan melalui
Jawatankuasa Penduduk seperti
Rukun Tetangga dan penganjuran
aktiviti yang melibatkan semua
penduduk tanpa mengira kaum
Strategi Penggunaan tenaga
Manusia
• Majikan sama ada swasta ataupun
kerajaan hendaklah memastikan
bahawa sebarang faktor seperti kuam,
agama dan budaya tidak
mempengaruhi lantikan jawatan.
• Majikan memainkan peranan mereka
menerapkan unsur-unsur perpaduan di
kalangan pekerja melalui dasar syarikat
dan program serta aktiviti yang
dianjurkan.
Strategi media massa
• Perkembangan media massa telah memapu
menghubungkan hampir semua rakyat di
negara kita termasuklah masyarakat terpencil
di kawasan pendalaman.
• Media massa penting an berkesan untuk
membantu memupuk perpaduan negara
melalui penyampain maklumat ,
pembentukan sikap dan pandangan rakyat
serta penerangan nilai-nilai positif ke arah
memajukan semangat perpaduan
Strategi Kesukanan
• Sukan merupakan bidang yang paling
ideal bagi membentuk perpaduan dan
intergrasi dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum, umur dan taraf
sosioekonomi.
• Acara sukan mewujudkan peluang dan
persekitaran bagi pergaulan dan
interaksi sosial dan melahirkan suasana
yang sangat sesuai bagi memupuk
semagat persaudaraan dan solidari
tanpa mengira kaum dan keturunan.
Strategi pemasyarakatan perpaduan
• Konsep pemasyarakatan perpaduan
diperkenalkan pada tahun 1998 ialah satu strategi
kerajaan ke arah menerapkan ciri identiti nasional
bagi membangunkan bangsa Malaysia berasaskan
semangat persaudaraan dan semangat
kewarganegaraan yang tinggi melalui proses
penerepan nilai-nilai murni mengenai perpaduan
dalam kalangan smua lapisan masyarakat dengan
menggunakan segala saluran dan prasarana yang
sedia ada yang sesuai bagi maksud proses
penerapan tersebut
Strategi pertubuhan sukarela
• Jentera kemasyarakatan seperti Rukun
Tetangga dan persatuan-persatuan
penduduk digunakan sebanyak
mungkin sebagai saluran untuk
menerapkan nilai-nilai murni,
perpaduan dan intergrasi nasional
melalui aktiviti kemasyarakatan yang
terancang
Strategi penyelidikan dan penerbitan
bahan bacaan
• Memperbanyak penyelidikan
mengenai perpaduan negara dan
intergrasi nasional adalah sangat perlu
bagi mengetahui pola hubungan
kaum semasa. Pengesan ini dapat
diperkukuhkan dengan adanya
penerbitan bahan-bahan bacaan
mengenai perpaduan dan integrasi
dan adat resam masyarakat Malaysia
Strategi Pemantauan isu-isu semasa
dan konflik
• Mewujudkan mekanisme pemantauan
tahap perpaduan dan integrasi nasional
secara berterusan dan sistematik
merupakan langkah pengesanan awal.
• Pengesanan perhubungan sosial perlu
dipertingkatkan lagi melalui sistem online
kerana bukan sahaja maklumat dapat
dikesan atau diperolehi dengan segera
malah emmbantu pihak jabatan dan
agensi lain mengambil langkah
pencegahan
Strategi penubuhan panel penasihat
perpaduan negara (PANEL) dan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan
Peringkat Negeri (JKPPN)
• Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan
Negara (PANEL ) dan Jawatankuasa
Penasihat Perpaduan Negeri untuk
membincangkan isu-isu perpaduan dan
intergrasi nasional hendaklah
memainkan peranan mereka dengan
lebih berkesan.
Strategi program dan aktiviti
Perpaduan
• Program pemetaan perpaduan
merupakan satu proses untuk
meningkatkan kesedaran dan
penghayatan kumpulan sasaran
tertentu.
• Aktiviti2 tersusun akan dirancang
mengikut kumpulan sasar.
Strategi lain
• Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi
antara budaya
• Mewujudkan pengauditan dasar-dasar
kerajaan
• Menghasilkan satu etika mengenai hak dan
tanggunjawab kemanusiaan untuk rakyat
malaysia
• Penerbitan bahan bacaan secara meluas
mengenai kaum-kaum di Malaysia
Memperkasakan sekolah
Kebangsaan
• Langkah-langkah yang boleh dijalankan
– Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa
ibunda masing-masing dengan memperkenalkan
pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
– Memberi kesadaran kepada pelajar tentang
kepentingan interaksi antara golongan etnik
– Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan
etnik
– Mengadakan program interaksi antara sekolah dan
memasukkan unsur-unsur interaksi dalam kurikulum
serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan
golongan etnik yang lain
Sekolah wawasan
• Salah satu pendekatan alternatif untuk
memupuk nilai perpaduan kaum dan
integrasi rasional dengan membina satu atau
tiga jenis buah sekolah rendah yang baharu
yang berlainan bahasa pengantar dan
pentadbiran dalam kawasan yang sama dan
berkongsi kemudahan asas seperti padang
permainan , dewan dan sebagainya.
• Pelaksanaan sekolah wawasan untuk
memberi peluang pelajar dari pelbagai kaum
untuk bergaul dan berinteraksi dalam
pelnagai aktiviti tanpa menjejaskan status
dan perkembangan SJK yang sedia ada
Program latihan khidmat negara
• Program latihan khidmat negara mula
dilaksanakan pada tahun 2004
merupakan kursus latihan wajib selama
tiga bulan secara berkhemah berasrama
bagi remaja lepasan SPM
• PLKN menyumbang terhadap usaha
memupuk pepaduan kaum kerana
hampir semua aktiviti yangdijalankan
menekankan semangat muhibah dan
saling bertolak ansur antara peserta tidak
mengira kaum @ agama
Rukun tetangga
• Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan
pada tahun 1957 berikutan kuat kuasanya
Peraturan –Peraturan perlu. Pada peringkat
awal , Rukun tetangga membolehkan rakyat
mengawal keselamatan kediaman masingmasing.
• 1 januari 1983, kerajaan memperkenalkan
satu pembaharuan memberikan penekanan
kepada konsep kejiranan yang bertujuan
untuk memupuk serta mengukuhkan lagi
semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat setempat.
• Maka pada tahun 2000, pendekatan
Rukun tetangga telah dipinda sekali
lagi dengan memberi mandat yang
lebih luas iaitu pembangunan
masyarakat secara menyeluruh ke
arah mewujudkan perpaduan
nasional
Rumah Terbuka
• Rumah terbuka akan diadakan oleh
setiap rakyat Malaysia apabila tiba
musim perayaan. Setiap golongan
etnik di malaysia akan sering kunjungmengunjungi ke rumah jiran tetangga
walaupun berlainan etnik.
Penerimaan budaya
• Masyarakat bukan Melayu mula menerima
budaya orang Melayu dari segi pakaian dan
makanan.
Program di institusi pengajian tinggi
• Kandungan kursus di semua institusi
pendidikan haruslah menitikberatkan aspekaspek pendidikan yang harmonis dalam
sebuah masyarakat pelbagai kaum.
• Saranan diwujudkan kelab perpaduan atau
kelab Rukun negara di IPT merupakan usaha
bagi menyemai kesedaran terhadap
kepentingan perpaduan kaum
Peranan NGO
• Walaupun terdapat pertubuhan yang
berasakan golongan etnik namun
terdapt pertubuhan induk pada
peringkat kebangsaan yang menaugi
pertubuhan berasaskan etnik seperti
pertubuhan Belia Malaysia, Dewan
Perniagaan, Perusahaan Malaysia
• Terdapat beberapa persatuan barisan
kepimpinan yang disertai oleh pelbagai
kaum di Malaysia contohnya
Kempimpinan Majlis Belia Malaysia
• Peranan pihak swasta dan kerajaan
amat diperlukan dalam
menyumbangkan dana bagi
meningkatkan penyelidikan dan
pembangunan bagi menghasilkan
inovasi dan seterusnya memacu
pertumbuhan ekonomi negara.