MPW 1123 - Laungansore

Download Report

Transcript MPW 1123 - Laungansore

PENGAJIAN MALAYSIA
MPW 1123
TAJUK:
CABARAN PEMBINAAN NEGARA
BANGSA
DISEDIAKAN OLEH:
ABD.RAHMAN ZAINUDDIN 1111101202
PENGENALAN
Selepas
kemerdekaan,negara
menghadapi
pelbagai
masalah
dalaman,terutama masalah perpaduan dan integrasi sesama kaum.Masalah
perpaduan wujud implikasi daripada pemisahan tempat tinggal,perbezaan
pekerjaan,sistem pendidikan yang berbeza,fahaman politik,masalah
ekonomi,perbezaan kepercayaan atau agama dan sistem pemerintahan
penjajah.Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk
mengatasi masalah ini.Antaranya adalah penyeragaman sistem
pendidikan,integrasi ekonomi,penyatuan fahaman politik dan aspek-aspek
sosial lain.Selain itu,dasar ekonomi baru,dasar kebudayaan kebangsaan
dan rukun negara dibentuk untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia.
ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN
NASIONAL
ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN
NASIONAL
• Konsep perpaduan dan integrasi adalah saling berkaitan,tetapi merujuk
kepada proses yang berbeza.
• Malaysia yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai
kebudayaan,agama dan ideologi yang berlainan,harus mementingkan
konsep ini.
• Perpaduan juga boleh di denfinisikan sebagai satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang
terpisah dari segi kebudayaan,sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik.
• Pada zaman pra kemerdekaan,pengasingan kaum sangat ketara.
Sebahagian besar faktor yang menyebabkan jurang ini ialah dasar
“pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British semasa penjajahan.
• Jurang ini wujud juga di dalam kaum sendiri malahan yang miskin dan
kaya juga wujud jurang sebegini.
• Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi
seperti proses asimilasi,amalgamasi dan pluralisme.Asimilasi adalah
proses perpaduan satu hala yang akan menghasilkan kelompok dengan
satu budaya,satu bahasa dan satu agama.
• Amalgamasi pula ialah proses perpaduan yang melibatkan
pencantuman bilogi (perkahwinan campur).Proses ini akan mewujudkan
kelompok baharu dengan budaya yang baharu.
• Pluralisme pula ialah merupakan satu proses perpaduan yang
membenarkan setiap kelompok yang terlibat mengekalkan budaya
masing-masing di samping membentuk perpaduan.Namun teori-teori di
atas adalah teori antropologi dan kejayaan satu-satu proses perpaduan
itu sebenarnya lebih dipengaruhi oleh usaha yang dilaksanakan oleh
pihak-pihak yang terbabit.
• Isu perpaduan dan integrasi bukanlah isu baharu di negara ini lantaran
ciri penduduk di negara ini yang berbilang kaum.Justeru sebuah
kementerian iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat amat penting bagi merialisasikan pencapaian konsep
perpaduan dan integrasi.
• Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ini
ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
OBJEKTIF KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
• Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional
• Memberikan bantuan khidmat masyarakat.
• Membangunkan dan mengintegrasikan masyarakat orang asli.
• Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara.
• Menyelaras program kependudukan dan pembangunan keluarga.
• Bagi melaksanakan usaha kementerian ini,beberapa buah jabatan ditubuhkan seperti
Jabatan Kebajikan Masyarakat,Jabatan Perpaduan Negara,Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli,Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.
CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA
CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA
• Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara,terutama negara
yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia .Hal ini
kerana,apabila tiada perpaduan ataupun perpaduan pada tahap yang
sangat rendah ,pertelingkahan rakyat berbilang kaum akan sering
berlaku.Fenomena ini boleh menimbulkan ketidakamanan dan banyak
kemusnahan.
• Negara ini secara jelas menjadi sebuah negara yang berbilang
kaum,terutama selepas kedatangan British.Pihak British telah
membentuk dasar imigrasi liberal yang mana dasar-ini menggalakkan
kemasukan buruh-buruh Cina,India,Punjabi dan Indonesia untuk bekerja
di sektor ekonomi tertentu.
• British juga turut mengaplikasikan situasi pecah dan perintah dimana di
bawah sistem ini,kumpulan-kumpulan etnik terbesar,iaitu Melayu , Cina
dan India dipisahkan mengikut tempat tinggal dan pekerjaan masingmasing.
• Hasil daripada pengenalan tersebut,kebanyakan orang melayu tinggal di
kawasan kampung mengerjakan sektor pertanian,menangkap ikan dan
kerja-kerja kampung yang lain.Hanya sebahagian kecil sahaja yang
tinggal di kawasan bandar iaitu bagi yang terlibat dalam sektor
pentadbiran,terutama dalam bidang perkeranian.
• Bagi kaum cina pula,kebanyakan mereka tinggal di kawasan bandar
menjadi peniaga ataupun tinggal di kawasan perlombongan
mengerjakan lombong-lombong.
• Kaum india pula diletakkan di estet-estet untuk mengerjakan ladangladang getah dan kelapa sawit.Pengasingan tempat tinggal juga
menyebabkan sistem pendidikan setiap kaum juga dipisahkan.
• Akibat daripada pengasingan,orang Melayu ketinggalan dari segi
ekonomi berbanding dengan kaum Cina.Ramai diantara mereka yang
hidup miskin berbanding dengan orang Cina keran tidak menikmati
kemajuan,kemodenan dan kemudahan infrastuktur yang tertumpu di
kawasan bandar.Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan orang Melayu.Disamping itu,Orang Cina dan India tidak
berpuas hati kerana syarat-syarat kerakyatan yang begitu ketat.
• Akibat daripada semangat perkauman dan perasaan saling mencurigai
ini,maka berlaku beberapa kali rusuhan,tetapi tidak terlalu serius dan
masih boleh dikawal.
MASALAH PERPADUAN KAUM RAKYAT
MALAYSIA
MASALAH PERPADUAN KAUM RAKYAT
MALAYSIA
• Kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan
yang ketara apabila tercetus rusuhan etnik pada 13 Mei 1969.Walaupun
rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja,namun peristiwa ini
mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh
masyarakat di segenap pelusuk negara.
• Masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa
situasi meliputi ekonomi,politik dan sosial.
1.PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL DAN PETEMPATAN
• Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,masyarakat tinggal di
kampung-kampung mengikut kaum masing-masing dan sememangnya
jelas situasi ini berlaku dengan wujudnya kampung-kampung
Melayu,Jawa,India dan Cina.Namun perancangan ini berlaku atas
tujuan memudahkan sistem perekonomian dan perhubungan.
• Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini
pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan
pemecahan
yang
dilaksanakan
semasa
pendudukan
British.Pendudukan British pada abad ke 19 telah membawa masuk
buruh Cina,India secara beramai-ramai.
• Semenjak tahun 1920an lagi,corak petempatan sebegini telah
kelihatan.Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pekan dan di
bandar pula kelihatan kedai-kedai cina sementara buruh-buruh india
pula tertumpu di ladang-ladang getah.
• Di Sabah dan Sarawak pula wujud perkampungan yang terdiri dari
rumah panjang kaum Iban dan Kaum Kadazan.Mereka ini terpisah dan
berbeza antara satu sama lain.Ikatan hubungan juga sangat jauh dan
berbeza dari segi agama,pendidikan,akhbar,persatuan dan pengaruh
politik.
2.PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
• Akibat daripada tumpuan tertentu,orang Melayu kekal sebagai petani
sara diri dan nelayan,orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor
perdangangan dan perlombongan manakala orang India dikekalkan di
estet-estet.
• Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum
untuk bertemu dan bergaul.Jika ada pertemuan pun hanya apabila
mereka ini berurusan perniagaan dan ketika mendapatkan perkhidmatan
kerajaan.Pertemuan ini tidak dapat membantu setiap kaum untuk
memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain.
3.PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
• Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah
perpaduan diantara kaum.Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum
dan tempat tinggal masing-masing.
• Bagi pelajar Melayu hanya dua jenis pendidikan yang dibenarkan,iaitu
sekolah vernakular Melayu atau beraliran inggeris.Namun,sekolah
beraliran inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.Pelajaran di
sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas
keran mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai.
• Bagi masyarakat India,sekolah Tamil dibuka di estet-estet.Walaupun
guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India,namun mutu
pengajaran mereka sangat rendah.Tidak ada pelajaran pada peringkat
menengah dalam bahasa Tamil.Justeru lepasan sekolah Tamil ini tidak
mungkin berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan akhirnya
terpaksa bekerja di estet.
• Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri.Orang
Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anakanak mereka.Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini
dibawa dari negara China.Justeru,pelajar Cina lebih mementingkan
pergolakan politik,ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China
berbanding perkembangan di Tanah Melayu.
• Fakta-fakta di atas telah menunjukkan bahawa pada zaman
British,aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan
memisahkan pandangan antara kaum.British tidak bercadang untuk
menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal ini
boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama
dalam kalangan rakyat.
• Adalah jelas kelihatan bahawa setiap kaum menganggap mereka bukan
warganegara asal dan hanya berhijrah untuk mencari rezeki serta bukan
untuk bermastautin.Ini menyebabkan mereka tidak terlalu mengambil
berat tentang aspek perpaduan dan pendidikan tempatan.
• Pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan
Sarawak.Di sarawak keluarga Brooke berasakan anak-anak orang
Dayak tidak perlu diberikan pendidikan kerana akan memusnahkan
kebijaksanaan semula jadi mereka yang wujud dalam budaya mereka.
4.FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA
• Fahaman politik setiap kaum juga berbeza.Bagi kaum Cina dan India,halhal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebh penting daripada
fahaman politik di Tanah Melayu.Selain itu,setiap kaum berusaha
memastikan pengekalan identiti kaum,bahasa dan budaya masingmasing dan menggunakan media-media dan saluran-saluran seperti
pendidikan program keagamaan akhbar dan persatuan-persatuan sosial.
• Pada tahun 1930an,telah berlaku penggeseran diantara orang Cina dan
Orang Jepun di negara China.Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang
terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak
saudara mereka.Apabila fahaman komunis berkembang di
China,fahaman tersebut juga mudah menular dalam kalangan orang Cina
di Tanah Melayu.
• Orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan
berharap untuk kembali.
• Bagi orang Melayu sendiri,mereka sentiasa ingin memastikan hak dan
kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara.Kurangnya penyatuan
menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum
mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain.Situasi
ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang Melayu
melalui penulisan mereka di dalam majalah-majalah seperti
Saudara,Pengasuh,Utusan Melayu, Warta Malaya dan Majlis.Selain itu
perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama.
5.MASALAH EKONOMI
• Dalam bidang ekonomi,jelas orang Melayu dan penduduk asli lain
menguasai bidang yang mundur,iaitu kerja yang memerlukan banyak
tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan
gajinya yang rendah.Orang Melayu lebih menguasai sektor primer
sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan
berteknologi moden.Justeru ketidakseimbangan pendapatan berlaku.
• Ini menyebabkan setiap kaum saling mencumburui antara satu sama
lain.
6.PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
• Secara umumnya,seiap kaum menganut agama yang berbeza-beza
seperti Melayu beragama Islam,India beragama Hindu dan Cina
beragama Buddha.Namun masih ada kaum-kaum ini yang menganut
agama yang tidak majoriti dalam kelompok mereka seperti India Muslim
dan Cina beragama Kristian.
• Selain masyarakat di semenanjung,ramai kaum Bumiputera di Sabah dan
Sarawak pula menganut agama Kristian.Pegangan dan idealogi setiap
agama ini berbeza.Oleh itu sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya
setiap kaum sukar untuk bertolak ansur dengan fahaman agama kaum
lain.
7.PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA
• Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian
secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.
• Akhbar bahasa Cina misalnya,mengutamakan perkembangan dan
kejadian yang berlaku di negara China manakala akhbar berbahasa Tamil
menonjolkan berita di India.Perkembangan ini memperkuatkan semangat
kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja serta
menyulitkan mereka untuk memahami bahasa,budaya dan sensiviti
kaum-kaum lain.
MASALAH PERPADUAN KAUM RAKYAT
MALAYSIA
 Pemisahan tempat tinggal atau petempatan
 Perbezaan tumpuan sektor ekonomi
 Pengasingan sistem pendidikan
 Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza
 Masalah ekonomi
 Perbezaan kepercayaan atau agama
 Penggunaan akhbar yang berbeza-beza
PENDEKATAN YANG DIAMBIL UNTUK
MENANGANI CABARAN PEMBINAAN
NEGARA BANGSA
MEMBERI GALAKAN KEPADA PENDUDUK BERHIJRAH
DARI SATU KAWASAN KE KAWASAN LAIN
Beberapa kaedah dikenal pasti sebagai langkah untuk membolehkan rakyat
negara ini supaya berpindah dari petempatan tradisi masing-masing seperti:
i. Penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di
Malaysia.Pegawai kerajaan dan keluarga mereka boleh diarahkan
berpindah dan berkhidmat di wilayah-wilayah yang memerlukan khidmat
mereka.
ii. Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di
tempat lain.Rancangan ini terutama bagi peniaga-peniaga di kawasan
mundur untuk berhijrah ke kawasan yang lebih maju dalam
mengembangkan aktiviti ekonomi mereka.
iii. Dalam bidang keselamatan,keperluan keselamatan dan pembesaran
angkatan tentera dan polis di wilayah-wilayah tertentu dengan membawa
masuk pasukan-pasukan keselamatan dari wilayah-wilayah lain.
PENYERAGAMAN SISTEM PENDIDIKAN
• Semua dasar pelajaran berhubung dengan isu pendidikan berperanan
memupuk perpaduan
• Dasar tersebut penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam
sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuh dan digantikan dengan
sistem pendidikan yang lebih seragam dan menyeluruh.
• Keseragaman lebih menjaminkan perpaduan rakyat.Peruntukan juga
disediakan untuk perkembangan pendidikan di sabah dan sarawak.
PERANAN MEDIA MASSA
• Alat-alat media massa pada waktu itu seperti Radia dan Televisyen
Malaysia (RTM) dan akhbar digunakan untuk pembinaan
bangsa.Pendedahan kepada pelbagai berita,laporan dan dasar kerajaan
akan dapat mengurangkan jurang maklumat yang wujud.
• Media massa juga dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat
yang memahami pelbagai nilai dan simbol negara.Hal ini sekaligus
mengurangkan masalah prasangka akibat berbagai-bagai maklumat
yang tidak tepat.
• Media massa penting dalam memastikan tiada lagi penguasaan media
massa asing terutama dari negara China dan India yang lebih
menyebarkan fahaman idealogi dan senario politik di negara itu.
INTEGRASI EKONOMI
• Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti
Rancangan Pembangunan Lima Tahun,Dasar Ekonomi Baru,Dasar
Pembangunan Nasional dan lain-lain.
• Dasar-dasar ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang
wujud sejak zaman penjajahan dan yang masih kental pada zaman
selepas kemerdekaan dapat dimansuhkan.
PENYATUAN MELALUI FAHAMAN POLITIK
• Sistem kerajaan campuran merupakan salah satu cara bagi
menggabungkan fahaman politik antara kaum.Sistem ini dikembangkan
melalui sistem politik yang fleksibel.
• Sistem ini juga tidak mengetepikan parti-parti politik yang berkuasa di
Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaan campuran pada
peringkat pusat di Kuala Lumpur.Justeru muncul parti perikatan hasil
gabunagn UMNO,MCA dan MIC.
• Setelah Barisan Nasional muncul,keanggotaan parti komponen semakin
bertambah.
ASPEK-ASPEK LAIN
• Langkah memeupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan dan
penerapan dasar sosial seperti Rukun Negara,Dasar Belia Negara,Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain.
• Secara keseluruhan Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan
integrasi nasional kerana sikap kesederhanaan dan bertolak ansur smua
kaum.
PENDEKATAN YANG DIAMBIL UNTUK
MENANGANI CABARAN PEMBINAAN NEGARA
BANGSA
 Memberi galakan kepada penduduk untuk berhijrah
 Penyeragaman sistem pendidikan
 Peranan media massa
 Integrasi ekonomi
 Penyatuan fahaman politik
 Aspek-aspek sosial lain
STRATEGI UNTUK MEMANTAPKAN
PERPADUAN DALAM PEMBINAAN
NEGARA BANGSA
STRATEGI PEMANTAPAN PERPADUAN
• Kerajaan berpendapat negara memerlukan perannya untuk memastikan
nilai yang ingin diterapkan dalam memupuk perpaduan agar dapat
dilaksanakan.
• Justeru beberapa dasar telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi tujuan
membentuk dan memantapkan perpaduan.
1.RUKUN NEGARA
• Rukun Negara merupakan satu idealogi negara yang tercipta ekoran
daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
• Idealogi ini digubal semasa negara sedang berda di bawah pimpinan
MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya
ialah Majlis Perundingan Negara (MPN)
• Kata sepakat untuk mencipta satu idealogi negara ini dicetuskan semasa
mesyuarat pertama MPN,iaitu pada 27 Januari 1970.
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
 Mencapai perpaduan yang erat di kalangan masyarakat.
 Memelihara cara hidup demokratik.
 Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati
bersama secara adil dan saksama.
 Membentuk masyarakat bersifat liberal,terutama terhadap budaya sendiri
 Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana
ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang
serta sesebuah bangsa dan negara.Kaum-kaum di Malaysia
menganuti
pelbagai
agama
seperti
Islam,Buddhisme,Taoisme,Confucianisme,Hinduisme,Kristian
dan lain-lain.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan bercorak Raja
Berpelembagaan.Justeru negara ini mempunyai ketua
negara,iaitu Yang di-Pertua Agong dan ketua negeri,iaitu Raja
,Sultan atau Yang Dipertua Negeri masing-masing.Prinsip Ini
menekankan kesetiaan rakyat kepada ketua negara dan negeri
masing-masing.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• Prinsip
ini
menekankan
supaya
rakyat
dapat
menerima,mematuhi
dan
mempertahankan
kemuliaan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Hal ini kerana
perlembagaan berfungsi memberikan perlindungan dan hak
kepada setiap anggota masyarakat dalam negara.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• Undang-undang penting bagi memastikan setiap individu dalam
negara itu terjamin kebebasan asasi mereka.Selain itu setiap
rakyat adalah sama tarafnya dari segi undang-undang dan
tertakhluk ke atasnya.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
• Hasrat prinsip ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia
sentiasa bersopan santun dan penuh tatasusila.Prinsip ini juga
menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seorang rakyat.
RUKUN NEGARA
• Kepercayaan kepada tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan negara
• Keluhuran perlembagaan
• Kedaulatan undang-undang
• Kesopanan dan kesusilaan
DASAR-DASAR PENDIDIKAN
LATAR BELAKANG SISTEM PENDIDIKAN
DI SEMENANJUNG
• Selepas kemasukan British,beberapa sistem pendidikan di
Tanah Melayu diperkenalkan.Akibat dari dasar “pecah dan
perintah” yang diperkenalkan,sistem pendidikan antara kaum di
Tanah Melayu juga terpisah.
• Keadaan ini juga menimbulkan jurang ekonomi dan sosial yang
ketara.Peluang pelajar Melayu untuk ke sekolah menengah
sangat gerhad kerana tidak digalakkan oleh kerajaan
British.Justeru ramai pelajar Melayu yang berminat
menyambung belajar mengikuti latihan perguruan.
LATAR BELAKANG SISTEM PENDIDIKAN
DI SABAH
• Sebelum tahun 1963,sistem pendidikan di Sabah sangat
mundur kerana syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak berminat
memajukannya.Pada tahun 1883,sebuah sekolah inggeris telah
ditubuhkan di bawah kelolaan gereja Katolik di Sandakan.
• Pada tahun 1956 pula,Lembaga Pelajaran ditubuhkan bagi
tujuan menyelaraskan pendidikan di Sabah.Lembaga ini
dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan.
LATAR BELAKANG SISTEM PENDIDIKAN
DI SARAWAK
• Sistem pendidikan di sarawak berkembang secara persendirian
seperti sekolah mubaligh dan sekolah cina tanpa pengawasan
kerajaan Brooke.Namun kerajaan Brooke mula campur tangan
apabila Sekolah Melayu Ditubuhkan oleh masyarakat Melayu.
• Aapabila kerajaan British mengambil alih pentadbiran
Sarawak,pentadbiran sekolah rendah diuruskan oleh Majlis
Tempatan.Kerajaan British telah mula memberikan bantuan
kepada sekolah yang dibina oleh masyarakat tempatan.
DASAR PENDIDIKAN PADA TAHAP
AWAL
• Pada peringkat awal,British memperkenalkan “Rancangan
Cheeseman” iaitu satu rancangan untuk menjadikan sekolah
inggeris sebagai asas penyatuan persekolahan di Tanah
Melayu.Namun rancangan itu tidak dapat dilaksanakan.
• Namun semua penyata pada peringkat awal yang telah
dikemukakan menunjukkan reaksi yang tidak baik dari semua
kaum.
DASAR PENDIDIKAN PADA PERINGKAT
KEDUA
• Selepas pilihanraya 1955,Parti Perikatan yang memegang
kuasa pentadbiran telah memperkenalkan satu sistem
pengajaran yang seragam.
• Jawatankuasa ini mengeluarkan satu penyata yang dinamakan
“Penyata Razak” pada 16 Mei 1956 dan diluluskan oleh Majlis
Mesyuarat Perundangan Persekutuan.
Tujuan pembentukan Penyata Razak ini adalah:
1. Menyediakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
2. Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai rumpun bangsa
Tanah Melayu
3. Menyediakan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih
cekap dan berkesan.
4. Mewujudkan masyarakat yang
berdisiplin,terlatih,bertoleransi,liberal dan progresif.
Cadangan-cadangan Penyata Razak:
1. Penubuhan dua jenis sekolah rendah,iaitu sekolah umum
dengan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan
sekolah jenis umum dengan bahasa inggeris,cina atau tamil
sebagai bahasa penghantar.
2. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan di semua
sekolah.
3. Penubuhan dua jenis sekolah menengah iaitu sekolah
menengah kebangsaan dengan bahasa melayu sebagai
bahasa penghantar dan bahasa inggeris wajib dipelajari dan
sekolah menengah jenis kebangsaan dengan bahasa inggeris
sebagai bahasa penaghantar dan bahasa melayu wajib
dipelajari.
4. Penggunaan sukatan pelajaran haruslah sama bagi semua
sekolah rendah.
SISTEM PENDIDIKAN ANEKA JURUSAN
• Sistem pendidikan aneka jurusan dimulakan pada tahun 1965
menggantikan sekolah pelajaran lanjutan.Sistem ini digubal
berlandaskan laporan Aminuddin Baki.
• Antara matlamat pendidikan aneka jurusan adalah untuk:
a) Menaikkan umur berhenti sekolah pada umur 15 tahun.
b) Memberikan persediaan kepada pelajar unutk menjawat
pekerjaan yang sesuai
c) Mengeluarkan tenaga manusia yang berkemahiran untuk
memenuhi sektor pertanian dan perindustrian.
d) Menyediakan pelajaran aneka jurusan ini bermula dari
tingkatan 4.
Strategi dasar ini adalah untuk:
1. Menyatukan sistem pelajaran untuk memupuk kesedaran
perpaduan kebangsaan.
2. Memperluas dan mengubahsuai pelajaran serta memberikan
latihan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja.
3. Memperbaiki mutu pelajaran untuk membina masyarakat
progresif berlandaskan sains dan teknologi.
4. Memperbaiki kemudahan-kemudahan
penyelidikan,perancangan dan pelaksanaan objektifobjektifnya.
LAPORAN KABINET 1979
• Malalui pembaharuan Kabinet 1979,beberapa pembaharuan
dan pengemaskinian dalam sistem pendidikan telah
dilaksanakan.Antaranya meliputi:
a) Penegasan kepada pendidikan asas 3M,iaitu
membaca,menulis dan mengira.
b) Penegesan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan
unsur-unsur disiplin yang diingini.
c) Penegasan kepada kokurikulum ala Malaysia
d) Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan iaitu akademik
dan vokasional.
e) Peluang melanjuntkan persekolahan dari 9-11 tahun.
f) Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran bagi meningkatkan
mutu pelajaran secara keseluruhan.
RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995
• Perlaksanaan sistem pendidikan negara diperkemaskan lagi pada
tahun 1995 apabila beberapa cadangan dikemukakan seperti:
a) Sistem pendidikan kebangsaan dipercorakkan untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untukmencapai aspirasi
negara.
b) Falsafah pendidikan negara dijadikan landasan kepada dasar
pendidikan kebangsaan.
c) Tempoh pendidikan rendah adalah lima hingga tujuh tahun.
d) Pendidikan prasekolah sebgai sebahagian daripada sistem
pendidikan kebangsaan.
e) Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.
f)
Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
• Perkembangan sistem pendidikan negara mempunyai 2 fasa
utama.Pada fasa pertama (1961-1970) sistem pendidikan
bertujuan:
a) Memperluas peluang pendidikan kepada semua rakyat.
b) Meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti persekolahan
terutamanya peringkat sekolah menengah di luar bandar.
• Fasa kedua selepas tahun 1970,memperlihatkan sistem
pendidikan lebih cenderung untuk memperbaharui kurikulum
agar dapat memenuhi keperluan pembangunan negara dari segi
perusahaan,ekonomi dan kemajuan sains dan teknologi.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
• Dasar ekonomi baru (DEB) diperkenalkan pada tahun
1970,terutama sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei
1969.Dasar ini dilaksanakan antara tempoh 1971 hingga 1990
sebagai satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan
negara dalam masyarakat yang berbilang kaum.
• Tindakan dan perlaksanaan perlu dilakukan dengan segera
unutk mengatasi masalah-masalah tersebut.DEB secara
keseluruhannya bermatlamatkan “serampang dua mata” iaitu:
a) Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan
menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan
kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
b) Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-funsi
ekonomi.
ASPEK KEMISKINAN
• Masalah kemiskinan menyebabkan perpaduan masyarakat
sukar dipupuk terutamanya apabila wujud jurang kemiskinan
dan kekayaan yang terlalu besar antara masyarakat dalam
sesebuah negara.
• Aspek kemiskinan menjadi salah satu tumpuan utama dalam
DEB.Masalah kemiskinan yang melanda negara sebenarnya
bukan sahaja tertumpu pada kawasan luar bandar,malahan di
kawasan bandar.Kaum bumiputera yang menguasai sektor
pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar
kemiskinan.
STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA
MASYARAKAT
• Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh British
menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi
ekonomi tertentu.Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan
negara dan keadilan ekonomi sekal gus menyukarkan
perpaduan kaum.
• Masyarakat di negara ini perlu disusun semula supaya
ketidakseimbangan yang berlaku sebelum ini dapat diatasi.
Antara strategi dan kejayaan yang diperoleh dalam usaha ini
adalah:
a) Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar
kemiskinan mengikut kaum.
b) Penyusunan semula corak guna tenaga.
c) Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.
d) Peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB terbukti
apabila didapati inflasi berjaya dikekalkan.
STRATEGI DAN PELAKSANAAN DASAR
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
• Pemulihan,pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan
kearah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui
usaha sama
penyelidikan,pembangunan,pendidikan,pengembangan dan
perhubungan budaya.
• Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui
usaha membimbing dan melatih peminat,pendokong dan
penggerak kebudayaan dengan lebih meluas sebagai jentera
pembangunan yang berkesan.
• Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran
kebangsaan,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.
• Memenuhi keperluan sosiabudaya.
• Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Ekoran dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak
penjajah dan dasar tidak menggalakkan percampuran antara
kaum,telah mencetuskan masalah-masalah perkauman dalam
negara.Kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969,misalnya merupakan
kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap
kaum,terutama akibat daripada tiadanya persefahaman,tolak ansur
dan kasih sayang.Oleh itu bagi merialisasikan Pembentukan
Negara Bangsa,maka kerajaan mengambil ikhtibar daripada
kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar yang mampu
menangani masalah tersebut.Maka itulah dasar-dasar seperti
Rukun Negara,Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Ekonomi
Baru dan Dasar KebudayaanKebangsaan diperkenalkan,diuaruarkan ke seluruh negara supaya dihayati prinsipnya oleh segenap
rakyat tanpa mengira kaum.
SEKIAN.