Personaliti dan Persekitaran Tempat Kerja

Download Report

Transcript Personaliti dan Persekitaran Tempat Kerja

PERKONGSIAN ILMU:
Personaliti dan Persekitaran
Tempat Kerja
Perkongsian oleh: Mohd Firdaus Ninam Shah
(Pelajar Latihan Industri dari UIAM)
Seksyen Pengurusan Psikologi, BIPSM, JPM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apa itu “Personaliti”??
Secara umumnya,
personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.
Contoh-contoh pengertian lain;
• MISHEL (1968) - Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau
tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan
seharian masing-masing.
• HANS EYSENCK (1981) - Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi
watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang
menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.
• WATSON (1919) - Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan
teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme.
Persekitaran Tempat Kerja..
Setiap manusia
berbeza-beza??
(Individual Differences)
Jenis-Jenis Personaliti
• Dalam ilmu psikologi, domain-domain pada The Big Five Personality
Traits sering digunakan untuk menerangkan keperibadian atau personaliti
seseorang.
• Domain-domain tersebut adalah;
1) O - Openness
2) C - Conscientiousness
3) E - Extraversion
O.C.E.A.N
4) A - Agreeableness
5) N - Neuroticism
CUBA INGAT!! (^^,)
Ciri-Ciri..
•
Openness
- Individu yang suka mencari dan berkongsi pengalaman untuk
kepuasan diri sendiri.
- Bersifat kreatif, berbudaya, prihatin, berfikiran luas dan
sensitif.
- Individu yang rendah OPENNESS bersikap lebih kepada
perkara-perkara praktikal dan cenderung kepada minat yang
bertentangan.
•
Conscientiousness
- Individu yang beorganisasi, berketahanan diri, gigih dan
bermotivasi tinggi untuk mencapai matlamat sesuatu perkara.
- Bersikap suka bekerja keras, mempunyai pengurusan yang
baik dan boleh bergantung harap.
- Individu yang rendah CONSCIENTIOUSNESS sering bersikap
malas, tidak terurus dan tidak konsisten.
Ciri-Ciri..
•
Extraversion
- Individu yang suka kepada interaksi dan ransangan sosial
untuk membina keyakinan diri mereka selain mewujudkan
persaingan.
- Bersikap suka kepada aktiviti social, berkominikasi, aktif,
mesra dan peramah.
- Individu yang rendah EXTRAVERSION, juga digelar sebagai
INTROVERSION lebih bersikap pemendam, senyap dan
menyendiri.
•
Agreeableness
- Golongan yang cenderung kepada orientasi interpersonal.
- Bersikap prihatin, fleksibel, dipercayai, baik dan sopan,
pemaaf, lembut hati, bertoleransi dan bekerjasama.
- Individu yang rendah AGREEABLENESS lebih bersikap kepada
membangkang, protes, bersifat dingin dan antagonis.
Ciri-Ciri..
•
Neuroticism
- Individu yang tidak stabil dari sudut emosi, dan sering
menangani masalah yang dihadapi dengan cara yang tidak
produktif.
- Bersikap sering keresahan, marah, malu, beremosi dan sering
bimbang.
- Individu yang rendah NEUROTICISM mempunyai tahap
kestabilan emosi yang tinggi, tenang, berkeyakinan tinggi dan
terkawal.
BAGAIMANA DENGAN ANDA??
Bagaimana anda boleh mengetahui
kecenderungan personaliti diri
anda?
Contoh-Contoh Ujian Penilaian Personaliti
• NEO PI-R (The Revised NEO Personality Inventory)
- Terdapat 240 item untuk mengukur The Big FiVE Personality
Traits.
• NEO FFI (NEO-Five Factor Inventory)
- Terdapat 60 item, 12 item untuk satu domain/personaliti.
- Merupakan versi pendek dari NEO PI-R.
• Inventori Personaliti Sidek (IPS)
Bagaimana berhadapan dengan
individu-individu yang berbezabeza personaliti di dalam dunia
pekerjaan? (*__*!)
Cara-cara..
•
Openness
- Banyakkan berkongsi maklumat, perkembangan idea dan menggunakan kaedahkaedah yang kreatif dalam sesuatu penyelesaian masalah.
- Timbulkan kebijaksanaan individu tersebut terhadap isu-isu semasa berbanding
hanya berborak biasa atau bergossip.
- Untuk individu yang kurang OPENNESS, timbulkan perbualan sesuatu yang
dihadapi pada waktu itu juga dan di tempat itu juga. Fahami bahawa individu
tersebut hanya berfikir secara kecil dan hanya berurusan dengan sesuatu perkara
pada waktu itu dan di tempat itu.
•
Conscientiousness
- Berikan mereka kebebasan dan jangan berleter atau membebel kepada mereka.
Mereka biasanya taat pada komitmen yang telah diberikan dan mampu
menyelesaikannya tanpa sebarang gesaan.
- Apabila terlalu sibuk, mereka akan kerap kali terlepas pandang beberapa perkara.
Jadi, sentiasa mengingatkan atau memaklumkan kepada mereka yang memerlukan
tanggungjawab mereka.
- Untuk individu yang kurang CONSCIENTIOUSNESS dalam tugasan atau pekerjaan,
sentiasalah membuat susulan “follow-up” daripada mereka. Bagi mereka yang
berautoriti, sentiasa ingatkan mereka dengan tarikh akhir kerja “deadlines”.
Cara-cara..
•
Extraversion
- Tonjolkan sikap yang mesra, berkenalan dan mudah berbual-bual. Bercakaplah
tentang orang berbanding dengan idea-idea, benda-benda atau data-data.
Tunjukkan juga minat untuk meneruskan hubungan kerja sesama mereka.
- Apabila berhadapan dengan individu-individu yang INTROVERSION, bergerak
secara perlahan-lahan dalam membentuk satu hubungan dengan mereka. Jangan
terkeliru dengan “senyap” dan “kurang berminat”. Hormati dan sentiasa
bertoleransi dengan saat-saat “menyendiri” itu. Perbincangkan idea-idea, bendabenda, dan data secara serius berbanding berkata mengenai orang.
•
Agreeableness
- Biasakan diri anda dan relaks. Berurusan dengan penuh kesopanan dan
kesusilaan untuk mencapai hubungan kerja yang cemerlang.
- Apabila berhadapan dengan individu yang kurang atau tidak AGREEABLENESS,
sentiasa sabar dan bertoleransi. Bagaimanapun, tetapkan dan nyatakan satu tahap
untuk setakat mana anda mampu mengawal dengan sikap atau respon dingin
sebegitu. Ini kerana, kadangkala individu yang DISAGREEABLE secara rahsianya
mahukan orang lain untuk mencegah sikap anti-social mereka itu.
Cara-cara..
•
Neuroticism
- Apabila berhadapan dengan individu yang NEUROTICISM, jangan tonjolkan
perasaan takut, bimbang dan gemuruh anda kepada mereka. Cubalah untuk
menjadi seorang pendengar yang baik.
- Jika boleh, kurangkan penekanan kepada tarikh akhir “deadlines” atau kesan jika
sesuatu projek yang dirancang bakal menemui kegagalan.
- Tunjukan juga sikap prihatin dan minat terhadap kebajikan individu tersebut.
Muhasabah Diri…
• Jangan mengkelaskan atau menghukum keperibadian seseorang
• Menghormati perbezaan yang wujud sesama rakan sekerja dan diri
sendiri.
• Melatih diri untuk menjadi lebih kreatif dalam pergaulan dan komunikasi
sosial.
• Mengkagumi ciptaan Tuhan yang mewarnai kehidupan ini dengan
berbagai-bagai ragam dan sikap.
Kajian dari majalah Sallyport Megazine ,
“Research shows that creativity is based to large degree in social
interaction. Employees' creativity is often dependent on their ability to
communicate with other employees and share ideas. Without quality
workplace relationships, employees are less likely to be able to develop
and share the solutions that a business needs to survive..”
Sumber:
•
•
•
Artikel dari Sallyport Megazine, “Employee Creativity: It’s a Matter of
Management” oleh Pam Sheridan (2005)
Buku “Theories of Personality” oleh Duane P. Schultz dan Sydney Ellen Schultz
Buku “Human Relations: Interpersonal Job-Oriented Skills” oleh Andrew J. DuBrin
Sekian, Terima Kasih. (^^,)