Etika dalam Sains dan Teknologi Islam

Download Report

Transcript Etika dalam Sains dan Teknologi Islam

Etika Idalam Sains dan
Teknologi Islam
B
IV.I
IV.2
II.3
Pengenalan etika Islam
Kepentingan etika Islam dalam sains dan teknologi
Isu-isu etika dalam dains dan teknologi moden.
Moderator
HJ FADZLULLAH HJ SHUIB
CITU
UITM KAMPUS KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN
KONSEP
ETIKA

Individu atau komuniti yang beretika
cemerlang akan mendapat faedah dari sistem
etika yang dianuti dan diamalkannya
itu.Reputasi
dirinya
akan
menjamin
kejayaannya
dalam
menempuh
arus
kehidupan yang deras ini.Tegasnya orang
yang berakhlak adalah seseorang yang
berpakaian
sempurna
yang
menutupi
auratnya.Adapun orang yang tidak beretika
diibaratkan seorang bertelanjang yang
terdedah
kepada
kehinaan
dan
keaiban.Sehubungan ini perbahasan etika
memiliki relavansi dengan sains dan
teknologi
Islam
yang
menampilkan
keunikannya jika dibandingkan dengan krisis
etika dan moral dalam sains dan teknologi
Moden yang semakin tenat.
Objektif etika Islam dalam sains dan
teknologi
i
Proses pembinaan syakhsiyyah (
jatidiri ) sesebuah bangsa / ummah
dapat
dilaksanakan
dengan
sempurna.
 ii Kod etika yang luhur berupaya
menangani persoalan keruntuhan
moral
yang
sedang
melanda
masyarakat kontemporari.
 iii
Kehidupan seharian boleh
dilaksanakan
dengan
lancar
apabila adanya suatu kod etika
yang standard dan seimbang.
 iv Sistem
etika yang mantap
mampu
menyelami
dan
menanggapi
fenomena
etika
semasa
yang
memiliki
kepelbagaian dan dinamik.
4/12/2015
5
v
Dalam perbahasan etika kita perlu
mendalami dan menghalusi teori-teori
etika yang relevan dengan keperluan
masyarakat.
 vi Sehubungan ini perlunya kajian
perbandingan serta mensintesiskan
berbagai teori etika yang bersifat
sejagat
untuk
digubal
dan
diketengahkan dalam masyarakat
global.
4/12/2015
6
Interaksi Etika dengan Falsafah
dan Teologi








Aristotle membahagikan falsafah kepada :
Logik
Etika
Estetika
Psikologi
Politik
Fizik
Metafizik
4/12/2015
7
Klasifikasi Falsafah al-Ghazzali






Matematik
Logik
Fizik
Metafizik
Etika
Politik
4/12/2015
8
Falsafah Etika

Etika : Ia juga disebut aksiologi
atau teori nilai.Falsafah etika
merupakan
cabang
utama
aksiologi.Etika
ialah
pola
umum tentang cara hidup serta
set
peraturan
tentang
perlakuan.
4/12/2015
9
5.2 Kepentingan Etika Islam dalam
Sains dan Teknologi
Islam
merupakan
sistem
hidup
ciptaan Ilahi yang tidak bercampuraduk sama sekali dengan pemikiran
manusia.Justeru itu,kriteria utama
sistem Islam ialah fitrah ( suci
),sempurna,teguh,menyeluruh,sediak
ala dan abadi iaitu sifat-sifat yang
merujuk kepada penciptaNya.
4/12/2015
10
Islam tetap memberi ruang dan
tempat kepada kegiatan akal manusia
dengan batas-batas yang tertentu
menurut
keupayaan
akal
itu
sendiri.Dalam hal ini panduan dan
penjelasan wahyu amat diperlukan
oleh
manusia
dalam
persoalan
metafizik ( alam ghaib ) yang diluar
jangkauan akal dan pancaindera
manusia.Walhal metafizik itu menjadi
asas kepada kewujudan alam fizik
4/12/2015
11
Kepentingan falsafah dan etika Islam
kepada sains dan teknologi
i Sains dan teknologi yang berteraskan
falsafah
Islam
akan
berpaksikan
pentafsiran
metafizik
iaitu
yang
berlandaskan
tauhid.Sains
yang
berteraskan falsafah Islam mempunyai
sifat-sifat kerohanian yang tersendiri yang
dikembangkan
oleh
para
sarjana
Islam.Falsafah Islam akan menjadikan
alam tabi’i ini mempunyai postulate yang
bersifat
metafizik.
4/12/2015
12



ii Falsafah Islam telah meletakkan sains
dalam kerangka epistemologi ( teori ilmu )
yang betul,saksama dan sah.Umpamanya
dilihat dari aspek hierarki ilmu bahawa
ilmu syari’ah adalah ilmu fardu ‘ain dan
sains dalam berbagai bidang adalah ilmu
fardu kifayah.
iii Falsafah dan etika Islam mensejajarkan
sains dengan syari’ah.Setiap kegiatan sains
perlu dipertimbangkan dengan hukumhukum dan etika-etika syari’ah.
iv Falsafah
dan
etika
Islam
telah
menggalurkan
sains
yang
dapat
direalisasikan demi keperluan ummah.
4/12/2015
13
v Etika merupakan satu bidang falsafah
yg membicarakan tentang tingkahlaku
manusia dari
aspek2
lahiriah
dan
batiniahnya.Dalam
hubungan
dengan
sains,etika adalah satu bidang ilmu yang
mengkaji soal kebaikan dan keburukan
dalam aplikasi sains serta berhubung
dengan tatacara untuk mempraktiskan
kebaikan dan menolak keburukan dalam
amalan dan penggunaan sains dan
teknologi.

Justeru itu benar sekali ungkapan yg
ditegaskan oleh Einstein bahawa
 Science without philosophy is blind,and
4/12/2015
14
philosophy without science is empty.

5.3 ISU-ISU ETIKA SAINS DAN
TEKNOLOGI MODEN SERTA
CABARAN KONTEMPORARI



Sains Barat Moden didakwa sebagai ilmu
terunggul merentasi segala budaya dan
bebas nilai.
Faham etnosentrik memuja sains Barat
dan tidak mengiktiraf sumbangan dunia di
luar komuniti Barat.
Tamadun
klasikal
seperti
tamadun
Cina,India,Islam,Yunani,Mesir
telah
memberi sumbangan yang besar kepada
kelahiran peradaban moden.
4/12/2015
15





Isu-isu Etika dalam Sains dan Teknologi
Moden
Pensekularan Sains Moden : Pemisahan
persoalan agama & dunia.
Krisis Sains Moden : Implikasi ke atas
alam sekeliling hasil kemajuan sains dan
kesan kepada aspek falsafah.
Isu moral dan etika dalam budaya sains
Moden yang diklasifikasikan kepada tujuh
segmen :
i Moral sains dari perspektif Budaya
Barat terhadap alam dan sains.
ii Moral agama dan tradisi dalam Sains
Moden.
4/12/2015
16





iii Moral
sosial
dari
perspektif
kemusnahan oleh Sains Moden.
iv Kedudukan nilai dari perspektif Sains
Barat
v Moral pengajaran dalam pendidikan
Sains Moden
vi Moral sains dalam konteks pengkajian
kontemporari mengenai sains di Malaysia.
vii Moral dan etika dalam bioteknologi dan
kejuruteraan genetik.
4/12/2015
17
Sains Moden Barat memiliki citra sebagai ilmu
yg unggul & sejagat merentasi semua bentuk
budaya & tidak terikat dengan sebarang
nilai.Pandangan tersebut dikritik hebat oleh
para saintis & failasuf Barat & Timur tetapi
pandangan etnosentrik tentang keunggulan
sains Moden Barat masih berakar umbi di
seluruh dunia sehingga kini.Berikutnya sains
yang di luar dunia barat dipandang rendah dan
dianggap tidak saintifik.Sains klasikal spt sains
Islam,Cina,Mesir & India tidak diiktiraf oleh
komuniti sains antarabangsa yg ditunggangi
4/12/2015
18
oleh kuasa2 Barat.


Pada hakikatnya sains yg tumbuh & berkembang
di luar daripada tradisi Barat mempunyai konsep2
asas dan epistemologi yg tersendiri spt sains
Islam,Cina & India.Justeru itu perbahasan
tentang sains yg berkembang di luar drp sains
Barat adalah sah.
Demikian halnya apabila kita memperkatakan
sains Barat Moden.Ia mempunyai kosmologi sosial
yg sama.Ia tidak berkembang secara kebetulan
atau
sebagai
hasil
akumulatif
ilmu2
moden.Tegasnya,sains moden adalah ilmu yg
berkembang dalam situasi & suasana yg bersifat
bebas nilai,& dilatari oleh falsafah & fahaman yg
serasi dengan doktrin Barat.Misalnya ilmu biologi
moden amat dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin
yg amat bercanggah dengan perspektif sains Islam
dan pelbagai sains klasikal yg lain.
4/12/2015
19
Tidak
tepat
andainya
kita
menyatakan bahawa sebelum sains
Islam,Barat
tidak
mempunyai
sains.Apa yang benar ialah sains
Barat amat merosot di Eropah pada
lingkungan jangkamasa 400-1100
M.Alasan sebenar mengapa sains
Barat tidak berkembang dalam
tempoh tersebut ialah :
4/12/2015
20



ketidaksetabilan politik di Eropah
ketiadaan unsur
patronage
(
naungan politik terhadap para saintis
failasuf )
sikap gereja Kristian yang tidak
menggalakkan
mempelajari
ilmu
daripada orang bukan Kristian
4/12/2015
21


Institusi gereja mempunyai tanggapan bahawa ilmu yang
berasal daripada peradaban yang bukan Kristian adalah ilmu
yang sesat lantaran tidak berpandukan kitab Injil.Mereka
juga menolak semua ilmu yang berasal daripada Tamadun
Yunani yang dihasilkan oleh Plato,Aristotle,Socrates,Thales
dan lain-lain kerana sains Yunani didakwa bercanggah
dengan ajaran Kristian.
Seyyed Hossein Nasr menegaskan bahawa sains Barat
berkembang berdasarkan ilmu sains yang dikembangkan dan
disintesiskan oleh saintis-failasuf dalam peradaban Islam
yang diwakili oleh Khawarizmi,Jabir bin Hayyan,Ibn
Sina,Ibn Haytham,al-Kindi,Banu Musa,Umar Khayyam,Ibn
Firnas,al-Idrisi dan ramai lagi.Sains dalam peradaban Islam
telah berkembang dengan gemilang dari tahun 900 M hingga
1400 M dalam pelbagai bidang.Dalam lapangan logik dan
perubatan perkembangan mengunjur hingga 1750 M.
4/12/2015
22
Budaya sains Barat menjelang tahun 1100 – 1400
M semakin kurang permusuhan dengan ilmu asing
terutama
yang
dimajukan
oleh
saintis
Muslim.Tempuh
ini
disebut
sebagai
era
pertembungan Barat dan Islam.Pope Sylvester II (
999 – 1003 M ) memainkan peranan
mendekatkan jurang di antara orang-orang
Kristian dengan budaya ilmu Islam.Beliau telah
mengarahkan penterjemahan karya-karya sains
berbahasa Arab ke bahasa Latin.Pope tersebut
mendapati sains Islam lebih dekat dengan ajaran
Kristian
jika
dibandingkan
dengan
sains
Yunani.Pengetahuan sains Islam juga boleh
digunakan untuk meneroka mengenai astrolabe
dan abacus.

Rentetan dari perkembangan itu menjelang
pertengahan
abad
kesepuluh
Masihi
penterjemahan karya sains Islam ke bahasa
Eropah telah berjalan pesat di Sepanyol terutama
di Biara Santa Maria.Kebanyakan karya tersebut
di sekitar ilmu astronomi dan geometri.Kegiatan
penterjemahan tersebut berjalan dengan lebih
pesat selepas kejatuhan kerajaan Islam di
Sepanyol.Para penterjemah tersebut terdiri
dsaripada
Plato
dari
Trivoli,Gerard
dari
Cremona,Adelard dari Bath,Robert dari Chester
dan Dominicus Gondisalvo.Manakala saintis
failasuf Muslim yang menjadi idola mereka ialah
Ibn Sina yang mana 276 karyanya diterjemahkan
ke pelbagai bahasa Eropah.Tidak keterlaluan
andainya dirumuskan bahawa pemikiran yang
terdapat dalam buku-buku karya Ibn Sina dan Ibn
Rushd yang bertanggungjawab menanamkan
benih-benih Renaisans yang pada awalnya tercetus
di Itali dan akhirnya merebak ke seluruh Eropah.


Sungguhpun
sumbangan
sains
moden
menatijahkan kemudahan dan kesempurnaan
hidup kepada manusia,namun tidak boleh
disangkal
sama
sekali
bahawa
ia
telah
mengakibatkan krisis nilai dan konflik pemikiran
yang penuh tragis.Faktor utama yang mencetuskan
fenomena itu ialah penyingkiran dan peminggiran
agama dan aspek-aspek metafizik dalam budaya
sains moden.
Pertumbuhan dan perkembangan sains moden
telah
mengakibatkan
dua
dampak
dalam
kehidupan manusia kontemporari.



Pertama : Dampak terhadap alam natijah
daripada kemajuan dan perkembangan sains
Kedua : Dampak kepada aspek falsafah.
Alam misalnya telah menderita akibat pencabulan
dan manipulasi dahsyat yang dilakukan oleh
manusia
yang
bersenjatakan
sains
moden.Kerakusan
manusia
mengakibatkan
berlaku kerosakan alam sekitar dan system
ekologinya.Ini semua diakibatkan manusia terlalu
mengkagumi kebolehan sains.Antara kedurjanaan
yang melimpah boleh diteliti daripada isu
pengklonan,ponografik,perlumbaan
senjata,isu
nuclear dan seumpamanya.

Implikasi lain yang menonjol dalam perkembangan
sains moden ialah perubahan dalam aspek
falsafah,baik
ditinjau
daripada
aspek
metafizik,epistemologi dan etika.Dalam bidang
metafizik,peranan Tuhan disangkal sehingga
mewujudkan
fahaman
eteisme.Begitu
juga
perubahan dalam epistemology akibat fahaman
rasionalisme yang didakwa oleh sains moden
sebagai satu-satunya cara yang sah untuk
mendapat ilmu pengetahuan membawa kepada
penolakan wahyu dan juga ilham sebagai sumber
ilmu.Akibat daripada perubahan ini sains moden
berjaya meminggirkan agama daripada arena ilmu
lantaran
agama
dianggap
sebagai
tidak
rasional.Dalam bidang etika pula, nilai yang
tertinggi bagi pendokong sains moden ialah nilai
gunaan seperti yang ditayangkan oleh fahaman
utilitarianisme.Semua pengadilan nilai dianggap
sebagai cirri kuno dan lantaran itu sains dianggap
neutral atau bebas nilai.Dengan perkataan lain
sains didakwa tidak mempunyai pertimbangan
nilai yang menyebelahi mana-mana pihak.
KRISIS SAINS MODEN
Antara bidang yang perlu dianalisis secara kritis
tentang hal ini ialah :
1. Moral sains daripada perspektif budaya Barat
terhadap alam dan sains
2. Moral agama dan tradisi dalam sains moden
3. Moral sains daripada perspektif kemusnahan
alam oleh sains moden
4. Kedudukan nilai dalam perspektif sains Barat
5. Moral pengajaran dalam pendidikan sains moden
6. Moral
sains
dalam
konteks
pengkajian
kontemporari mengenai sains di Malaysia
7. Moral dan etika dalam bioteknologi dan
kejuruteraan genetik.

Falsafah
sains
Barat
berlandaskan
rasionalisme.Sungguhpun komuniti sains moden
Barat mengakui adanya Tuhan tetapi mereka
menafikan peranan Tuhan dalam menentukan
segala kejadian yang berkaitan dengan manusia
dan alam semesta.Salah seorang tokoh saintis
Barat yang bernama George Leclerc ( 1707 – 1788
) menyatakan bahawa Tuhan memberi daya ( a
force of impulsion ) kepada planet-planet sewaktu
menciptakannya dengan alam ghaib kerana sebabsebab yang menasabah yang boleh diterangkan
melalui hukum-hukum mekanik.Sebaliknya beliau
mendakwa bahawa Tuhan tidak terbabit di dalam
kejadian tersebut.
Manakala Albercht Von Haller ( md 1740 ), saintis
daripada Swiss telah menegaskan bahawa jirim
memiliki keupayaan sendiri untuk bergerak.Hujah
beliau bersandarkan kenyataan bahawa magnet
bertindak menarik besi.Demikian juga Abraham
Trembley,seorang
biologis
telah
membuat
penemuan yang mendapati hidra,sejenis haiwan
mampu membiak walaupun dikerat kepada
beberapa
kepingan.Penemuan
ini
telah
menyebabkan orang ramai percaya bahawa jisim
boleh menerbitkan dirinya sendiri,iaitu bebas
tanpa pertolongan Tuhan.Pendapat Trembley
disokong oleh paderi John Turbeville ( md 1745 )
yang menemui hidupan-hidupan halus daripada
sayuran yang telah mati.
Tokoh2
saintis
yang
disebut
tadi
telah
menimbulkan keraguan terhadap peranan Tuhan
ke atas alam dan manusia,disana terdapat tokohtokoh saintis dan failasuf moden yang lebih hebat
pengaruhnya dalam menyingkirkan pengaruh
keagamaan dalam kehidupan manusia.Antaranya
ialah
Francis
Bacon,Rene
Descartes,Galileo,Kepler dan Newton yang telah
membangunkan sains moden tulen di dalam
lapangan
matematik
dan
mekanik.Mereka
menganggap dunia seperti sebuah mesin yang
canggih dengan segala kegiatan yang memerlukan
matematik
dan
mekanik
di
dalam
berinteraksi.Antara
peranan
mereka
dapat
dirumuskan seperti berikut :


i Nicholas Copernicus ( 1473 – 1543 )
telah memulakan revolusi sains moden
dengan menggagalkan teori Ptolemy dan
Bible tentang pusat bumi yang telah
diterima lebih beratus tahun yang lalu.
ii James Kepler ( 1571 – 1630 ) menurut
jejak
langkah
Copernicus
dengan
menghasilkan
undang-undang
formula
empiric tentang pergerakan bintangbintang ( planet ).


iii Galileo Galilie ( 1571 - 1642 ) merupakan
tokoh saintis Barat yang benar-benar berjaya
mengubah paradigma sains.Kejayaan beliau
mencipta teleskop iaitu alat cerapan bintang telah
memperkecilkan fakta kosmologi kuno dan
mengiktiraf hipotesis Copernicus yang muncul
sebagai teori sains unggul.
iv Rene Descartes pula merupakan failasuf
saintis yang lebih tersohor dalam lapangan
matematik.Pandangan
dan
penerokaan
falsafahnya amat dipengaruhi oleh fizik moden dan
astronomi.Beliau
tidak
menerima
sebarang
pengetahuan tradisi,tetapi berjaya menegakkan
sistem pemikiran baru,beliau menyatakan :


" All science is certain evident knowledge.We
reject all knowledge which is merely robable
and judge that only those things should be
believed which are perfectly known and about
which there can be no doubt "
( Garber,1978, Science in certainly in
Descartes,
in
Hooker,Michael
ed.
Descartes,Baltimore : John Hopkins Unly.
Press ).
Bagi pendokong Cartesian,matematik merupakan
penentu bagi dunia yang nyata.Descartes percaya
bahawa struktur matematik adalah kunci kepada
alam semesta dan sains pula merupakan sinonim
dengan matematik.Beliau membentuk kaedah baru
dalam
penulisan
sains
semulajadi
yang
lengkap.Descartes menganggap bahawa bahan2
yang terdapat di dunia ini adalah mesin.Ini
bermaksud tiada keazaman,tiada kehidupan ataupun
tiada semangat dalam hal ini.Semua perbuatan
manusia terikat dengan hukum mekanik dan setiap
bahan dapat dijelaskan pergerakannya berdasarkan
hukum ini.Beliau menggariskan pemikiran saintifik
secara kerangka umum bagi pandangan semulajadi
seperti
mesin
yang
sempurna,diperintah
oleh
undang2mekanik untuk organisasi hidup.
2
Moral Agama dan Tradisi
dalam Sains Moden
Semua agama berusaha mencari doktrin tersendiri tentang
sains.Apa jua penemuan dan teori sains yang bercanggah
dengan ajaran agama akan ditentang.Contohnya teori
evolusi Darwinisme disanggah sekeras2nya oleh para
ilmuan Islam.Walaupun teori itu dianggap hebat oleh
sesetengah saintis dan rasional,namun ia ternyata tidak
dapat menyelesaikan hakikat sebenar kejadian dan
perkembangan hidup manusia.Teori tersebut tidak dapat
memberi jawapan tentang asl usul manusia yang pertama
kali.Sehubungan ini apakah manusia harus menerima
kembali teori generasi spontan yang telah terlanjur ketika
itu,ataukah terpaksa menerima ajaran agama wahyu yang
menyatakan bahawa kehidupan manusia dan seluruk
makhluk adalah ciptaan Tuhan.Konsep makhluk yang
diciptakan dianggap tidak ada keterangan yang jelas
mengenai bagaimana cara menciptakannya.Justeru itu ia
disifatkan mengganggu pengertian tentang alam sains (
fizikal dan teknologi).
Ilmu
pengetahuan
atau
sains,secara
ringkasnya dinisbahkan sebagai himpunan
pengetahuan manusia yang dikumpulkan
melalui suatyu proses pengajian dan yang
dapat diterima oleh rasional.Sains yang
dihasilkan oleh ajaran agama seperti sains
Islam telah menyumbangkan budaya dan
tamadun
intelektual
yang
mantap.Pemangkin kepada sains Islam ialah
agama dan tradisi.Sebaliknya sains moden
Barat menghadapi dilemma dalam hal
ini.Timbul pertanyaan yang bertali arus
apakah sains Barat benar-benar ilmu atau
hanya sekadar maklumat yang belum pasti
benarnya.
3
MORAL SOSIAL DARI
PERSPEKTIF KEMUSNAHAN OLEH
SAINS MODEN



Akibat agama dan tradisi tidak menunjangi sains
moden maka fenomena berikut telah menjadi lumrah
di dunia kontemporari,antaranya :
i
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran alam sekitar menjadi fenomena lazim
natijah daripada perkembangan dan kemajuan hidup
yang ditaja oleh sains dan teknologi.Pencemaran
alam sekitar meliputi kumbahan kimia yang
mencemarkan
air,udara
dan
persekitaran.Pencemaran nuklear,penggunaan bahan
kimia
sebagai
baja
dan
racun,pencemaran
bioteknologi dalam penyelidikan menyusun semula
DNA dan kejuruteraan genetik ( baka ).Ia bukan
sekadar mendatangkan masalah kepada manusia
sejagat tetapi juga menjatuhkan imej sains itu
sendiri.

Pembakaran
arang
batu
merupakan
pencemaran yang paling merbahaya ke atas
alam sekitar.Di samping itu pencemaran
alam sekitar yang berpunca daripada
asap,debu,gas,sesetengah bahan organic
telah dikategorikan sebagai punca yang
menghasilkan toksik atau karsigonik.Punca
apencemaran alam sekitar yang lain ialah
sulfur dioksida yang boleh membawa
penyakit kanser paru-paru.Demikian juga
nitrogen oksida yang disebabkan oleh
penggunaan
bahan
berjentera
juga
mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Ia
akan menyebabkan berlakunya hujan asid
iaitu sebagai satu tindakbalas 02 dengan air
meruap yang akan membentuk SO2NO2.
ii Pencemaran nuklear
 Pengajian
tentang nuklear telah menjadi
agenda utama kritikal evolusi hasil daripada
kemajuan sains dan teknologi.Kebanyakan
negara
maju
berlumba-lumba
untuk
memajukan senjata nuklear dan ada juga
yang
mendapat
bekalan
tenaga
nuklear.Senjata dan reaktor nuklear tidak
dapat
dipisahkan.Jika
berlaku
perang
nuklear seluruh muka bumi dan sega isi
kandungannya
akan
menghadapi
kemusnahan.
4
Kedudukan Nilai Daripada
Perspektif Sains Moden
Sains adalah pengetahuan mengenai dunia
fizikal,manusia
dan
masyarakat.Ia
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sains
tulen,sains
sosial
dan
sains
gunaan.Sehubungan ini sains gunaan
merupakan teknologi yang membolehkan
manusia mencipta alat atau perkakas dan
rekaan-rekaan
lain
bagi
membantu
manusia memenuhi hukum alam tabii.Ia
juga boleh dilihat sebagaimana kenyataan
J.Brronowski : " Sains merupakan rekaan
konsep dan fakta yang berlandaskan
kebenaran."
Nilai akan wujud apabila dibandingkan
sesuatu benda atau tindakan atau kualiti
sesuatu bahan dengan pandangan atau
pendapat
golongan
lain.Sistem
nilai
dipengaruhi oleh keprcayaan,tamadun dan
amalan manusia dan ia berbeza mengikut
kaum,agama
dan
masa.Menurut
J.Bronowski
lagi,nilai
etika
tidak
mempunyai sempadan yang jelas,ia wujud
di kalangan ahli sains,para artis.ahli
teologis dan kelompok-kelompok manusia
yang lain.

Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf
bersetuju bahawa tanpa kewujudan unsure-unsur
etika dalam sains,sudah tentunya falsafah Aristotle
dan Plato tidak dapat memenuhi keperluan
masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar
apabila diperhatikan kehidupan masyarakat Grek
purba berlandaskan kepada pengamatan deria dan
logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan
Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat sarat
dengan unsur-unsur etika.
Period sebelum Masihi,kebanyakan para
failasuf bersetuju bahawa tanpa kewujudan
unsure-unsur etika dalam sains,sudah
tentunya falsafah Aristotle dan Plato tidak
dapat memenuhi keperluan masyarakat
Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar
apabila
diperhatikan
kehidupan
masyarakat Grek purba berlandaskan
kepada pengamatan deria dan logik.Apabila
ditinjau
pandangan
Plato
dan
Aristotle,didapati karya falsafah mereka
amat sarat dengan unsur-unsur etika.
Sains merupakan satu konsep yang mempunyai skop yang
luas meliputi manusia,kosmos dan masyarakat. Sebaliknya
nilai dan etika pula merupakan suatu pengukuran terhadap
sesuatu
dengan
membuat
perbandingan
terhadap
benda,pandangan manusia atau masyarakat.Apabila sesuatu
rekaan sains tercipta misalnya pancaran radioaktif
diperkenalkan kepada orang ramai ,penilaian terhadap
rekaan sains ini akan timbul samada dari segi
moral,kegunaan atau aplikasinya.Mungkin ada pihak
menyatakan bahawa pancaran radioaktif itu membahayakan
manusia.Tetapi
pihak
lain
pula
mempertahankan
penggunaannya
demi
membantu
perkembangan
sosioekonomi negara.Di sinilah timbulnya konflik mengenai
nilai tentang sesuatu penemuan atau teori sains.

Meskipun demikian,tidak boleh disangkal lagi
bahawa rekaan sains atau ciptaan teknologi adalah
penting bagi sesebuah negara yang sedang memacu
perkembangan
yang
pesat
dalam
sektor
perindustrian.Pada masa yang sama semua pihak
perlu memikirkan tentang aspek nilai yang berkait
dengan rekaan sains atau teknologi itu.Kerajaan
dan para saintis usahlah memikirkan keuntungan
material dan kegunaan sesuatu rekaan sains tanpa
mempertimbangkan keselamatan nyawa,harta
benda
masyarakat,negara
dan
manusia
sejagat.Unsur etika patut diletakkan di tempat
yang tinggi seiringan dengan inovasi sains dan
teknologi.Ini disebabkan pembangunan sosial yang
menyeluruh tidak akan tercapai seandainya
penekanan hanya diberikan kepada rekaan sains
dan bukan kedua-dua aspek tersebut secara
serentak.

Revolusi sains abad ke 17 Masihi mencetuskan
suatu pembaharuan atau reformasi sains yang
ditanggapi oleh Thomas S.Kuhn ( 1970 ),di dalam
bukunya
The
Structure
of
Scientific
Revolution,sebagai satu kumpulan pernyataan
yang
telah
mencapai
puncak
kegemilangannya.Sains klasikal telah mengalami
anjakan
secara
revolusi
ke
sains
moden.Sehubungan ini para saintis seperti
Kepler,Galileo,Francis
Bacon,Descartes
dan
Newton telah melakukan pelbagai spekulasi dan
ujikaji yang menghasilkan implikasi besar dalam
dunia sains,falsafah dan pemikiran..Menjelang
berakhirnya
abad
ke
20
muncul
pula
perkembangan sains yang lebih radikal seperti
bercambahnya
penciptaan
computer,robot
kerdikan buatan ( artificial intelligence ) dan
penyelidikan serta penerokaan angkasa lepas.
Meskipun sains telah berkembang secara drastik
sejak era revolusi sains tetapi fungsi unsur-unsur
etika dan nilai tidak berkembang pesat seiringan
dengannya,malah telah merudum jatuh.Apa yang
berubah ialah penilaian manusia terhadap etika
itu sendiri.Pada dasawarsa mutakhir ini manusia
lebih cenderung kepada fahaman dan aliran
kebendaan.Dalam
konteks
ini
mereka
mementingkan keuntungan dan status bukannya
rekaan sains itu sendiri.Malah timbul soalansoalan yang bercelaru dalam pemikiran para
peninjau sains moden.
Antaranya apakah unsur-unsur kemanusiaan
masih ada tempat di hati sanubari komuniti sains
kontemporari ? Sejauhmanakah aspek-aspek
kemanusiaan dan moral dihayati oleh para saintis
dan failasuf moden baik di Timur mahupun di
Barat ? Dengan kata-kata lain boleh ditegaskan
bahawa sains Barat moden berterusan mendokong
nilai
materialisme
dan
konsumerismenya.Selanjutnya saintisme Barat
masih menguasai etika ilmiah dan khidmat.Barat
telah
menjadikan
sains
sebagai
ideologi
tunggangannya.
Moral Pengajaran Dalam
Pendidikan Sains Moden
Pada hakikatnya sains dan teknologi adalah disiplin ilmu
yang menjadikan alam dan manusia sebagai objeknya.Justeru
itu ia wajar dikembangkan dan dibudayakan dalam
persekitaran dan lingkungan umat Islam dengan menjadikan
sistem pendidikan Islam sebagai pemangkin yang
membangunkannya.Sebaliknya sistem pendidikan global di
negara-negara umat Islam masih berorientasikansistem
pendidikan kebaratan yang mempunyai kebarangkalian yang
tinggi menjerumuskan umat Islam kea rah krisis akidah dan
nilai.Lebih-lebih lagi aliran rasionalisme masih menguasai
pemikiran sains kontemporari yang memencilkan pegangan
keagamaan.Malah
proses
pencernaan
sains
yang
membuahkan teknologi juga masih berlandaskan dimensi
dualisme dan sekularisme.
Daripada perspektif saintisme Barat,sistem
pengajaran
mutakhir
tidak
menjejaskan
pengajaran sains.Sebaliknya sistem yang sama
amat mencabar kewibawaan serta keunggulan
sistem
kepercayaan
dan
kebudayaan
Islaqm.Situasi ini timbul disebabkan pengajaran
sains moden menafikan pandangan semesta yang
berpaksikan agama.Pendokong sains moden
berhasrat menjadikan disiplin sains bersifat
objektif
dengan
memutuskannya
daripada
sebarang nilai dan kepercayaan atau pegangan
agama.


Segelintir saintis dan pemikir sains moden turut
mengkritik metodologi sains moden.Misalnya
Wellington ( 1989 ) di dalam tulisannya " Skill
and Process in Science Education,A Critical
Analysis, menyatakan bahawa pengajaran sains
moden berkecenderungan menjadi 'over specific"
dan " restrictive'. Manakala C.R.Benge ( 1972 ), di
dalam bukunya,Communication and Identity,
menggariskan :
" The manace of scientism that is largely
psychological,not that of the scientific process.'
6
Moral Sains Dalam Konteks Pengkajian
Kontemporari Mengenai
Sains di Malaysia
Sebenarnya permasalahan mekanikalisme dalam
sains bukan lagi satu fenomena ketokohan Si Isaac
Newton, akan tetapi teori deterministik Newton
yang merujuk kepada fizik semata-mata telah
dicabar oleh para saintis Barat sendiri misalnya
Heisenberge
dengan
teori
relativitinya
(
Heisenberge's Uncertainty Principle ) yang
dibentangkan pada tahun 1927.Heisenberge
sebagai pendokong dan pengasas fizik kuantum
telah membuktikan dakwaan bahawa ketiaan
Tuhan oleh sains moden adalah sudah ketinggalan
zaman.Malah kuasa Tuhan sentiasa wujud dalam
semua aspek kehidupan manusia dan alam,akan
tetapi bahasa sains sudah tentu berbeza dengan
stail bahasa agama.
Tokoh2 saintis Barat sendiri seperti Einstein dan
De Broglie mendekati kebenaran Tuhan dalam
pentafsiran dan tentangan mereka terhadap
fenomena sementara yang belum diketahui
manusia,walhal ia berkemungkinan bersifat
deterministik.Sebenarnya teori hidden variables
yang dikemukakan oleh Einstein dan para saintis
Barat bukanlah sesuatu yang asing dalam konsep
ketuhanan
Islam.Angkubah-angkubah
atau
variables yang dianggap tersembunyi ( hidden ) itu
adalah persoalan-persoalan ghaybiyyat dan
sam'iyyat ( metafizika ) seperti Zat Allah
SWT,para malaikat,alam ruh,alam akhirat dan
lain-lain seumpamanya.
7


Moral dan Etika Dalam Bioteknologi
dan Kejuruteraan Genetik
Isu teknologi gabungan DNA ( asid nokliek
Deoksiribosa ) dan kejuruteraan genetik turut
diperdebatkan oleh para ilmuan Islam yang
menghasilkan
beberapa
rumusan
tentang
keabsahannya menurut syariah Islam.Islam
menggariskan prinsip-prinsip tertentu dalam
melaksanakan proses kejuruteraan baka atau lebih
khusus lagi disebut pengklonan.Misalnya Islam
menolak pengklonan manusia dengan alasan :
a Manusia adalah ciptaan Allah.Justeru itu
pihak lain tidak berhak campurtangan dalam
urusan penciptaanNya




b pembikinan
klon
manusia
akan
mendatangkan kemusnahan kepada alam
ciptaan Allah
c pengklonan
manusia
pula
akan
merosakkan system kekeluargaan
d pengklonan menyanggahi sunnah Allah
yang menciptakan manusia dengan hikmahhikmah yang tertentu dan unik
e pengklonan manusia melalui proses
yang diluar batas hukum syarak atau di
luar institusi perkahwinan Islam yang
mantap

Apa yang terjadi di kalangan saintis Barat yang
melakukan kegiatan genetic engineering untuk
kepentingan kebendaan dan keangkuhan ilmu
untuk mencabar kuasa Tuhan Yang Maha
Pencipta.Akibat daripada kerakusan saintisme
Barat akan menimbulkan krisis nilai dalam
kehidupan manusia.Masalah sosial akan terus
meningkat berikutan hubungan suci manusia
melalui ikatan perkahwinan dan kekeluargaan
telah dihakis dan dimusnahkan.Apabila situasi itu
terjadi para saintis tidak lagi dapat dikawal oleh
undang-undang kerana dunia sains semakin
eksklusif dan memiliki imuniti tersendiri.
Prof Azizan Baharuddin di dalam bukunya Science
and Belief Discources on New Perceptions telah
membahaskan persoalan biologi kontemporari
yang berdepan dengan beberapa pertimbangan
nilai dan etika tentang sehingga sejauhmanakah
teknologi-teknologi yang berkaitan mengancam
keadaan
berahsia
(
privacy
)
,kebebasan,kesihatan,keamanan,malah kewujudan
manusia,keseimbangan pelbagai ekosistem serta
futuristic
planet
bumi.Beliau
menampilkan
polemik antara golongan yang memegang prinsip
hormic dengan golongan yang mendokong konsep
pure chance tentang menjelaskan mekanisme
kehidupan yang mempunyai implikasi besar
terhadap etika.Antaranya :




a Kesan-kesan bahaya molekul-molekul
DNA menghasilkan perbincangan tentang
keselamatan manusia
b campurtangan manusia dalam proses
kehidupan asas tentang bentuk dan aturan
struktur genetik
c tentang pengawalan ekspresi gen (
control of gene expressions )
d tentang proses pembezaan sel
Semua proses tersebut memerlukan
satu
disiplin
dan
etika
yang
tinggi.Para penyelidik saintifik mesti
memahami bagaimana sesuatu itu
berlaku
dan
bagaimana
ia
berfungsi.Mereka
tidak
boleh
mengabaikan juga persoalan kenapa
sesuatu itu berlaku.Ini membabitkan
persoalan yang melepasi dimensi
fizikal semata-mata.
PENGEMBALIAN SAINS
KE PANGKUAN ISLAM



Usaha terpenting umat Islam pada masa
kini ialah bagaimana amengembalikan
semula sains kepada paksinya yang satu
iaitu
agama.Antara
rumusan
untuk
melaksanakan usaha-usaha murni kea rah
pengIslaman sains ini ialah :
a Keharmonian agama dan sains,tiada
pertentangan di antara kedua-duanya
b Terdapat proses pertumbuhan yang
selari di antara agama dan sains di dalam
sejarah dan dalil-dalil menunjukkan agama
mencetuskan kegiatan sains


c Fakta
yang
relevan
mengisyaratkan bahawa sains
telah memantapkan lagi ajaran
agama
dan
demikian
juga
sebaliknya
d Penampilan sains adalah dari
cetusan agama malah prinsipprinsip dan fakta-fakta sains
terdapat
di
dalam
teks
keagamaan
e Terdapat stimuli dan stigma dari
falsafah ketuhanan yang menjadi
mekanisme
kepada
eksperimen
sains.Justeru itu agama membentuk
pemangkin kepada sains dengan
rujukan kepada suruhan dan ajaran
Tuhan
f Hubungan sains dan agama dari segi
fungsinya
adalah
untuk
mencapai
kebahagiaan manusia
SEKIAN. TERIMA KASIH
‫والسالم‬
4/12/2015
64