ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Download Report

Transcript ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

SEJARAH AWAL
MALAYSIA
ZAMAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA
PENGENALAN
 Zaman kesultanan Melayu Melaka adalah antara institusi
kesultanan Melayu yang terawal di Tanah Melayu.
 Kewujudan kesultanan ini menandakan bermulanya satu
sistem politik Melayu yang dikenali sebagai kerajaan.
 Sebelum Melaka, beberapa buah kerajaan Melayu telah
muncul di Kepulauan Melayu seperti Langkasuka,
Srivijaya, Gangga Negara, Palembang dan Temasik.
 Namun, pengaruh kerajaan-kerajaan ini tidak dapat
bertahan lama sehingga kemunculan kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
 Melaka merupakan sebuah perkampungan nelayan yang




kecil dan tempat persembunyian lanun.
Penduduk terdiri daripada Orang Laut dan Orang Selat
yang menyara kehidupan harian dengan menangkap ikan
dan berdagang secara kecil-kecilan.
Melaka telah diasaskan oleh Parameswara (1400) yang
berasal dari Palembang, Sumatera.
Baginda telah melarikan diri ke Temasik setelah
Pelembang ditakluki Majapahit.
Baginda terpaksa melarikan diri ke Muar kerana diusir
oleh tentera Siam, sebelum berpindah ke Melaka.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
 Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan
menyebabkan Melaka berkembang dan muncul sebagai
pusat perdagangan yang terkemuka di Kepulauan
Melayu.
 Abad ke-15, kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
menjadi sebuah kerajaan yang kuat di Asia Tenggara.
 Kemakmuran Melaka semakin bertambah apabila
Parameswara memeluk Islam.
 Langkah ini menarik lebih ramai pedagang Islam dari
Timur Tengah untuk berdagang di Melaka.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
 1405- Melaka menjalin hubungan
diplomatik dengan China.
 Melaka terus berkembang pesat serta
bebas dari ancaman dan serangan
Siam.
Faktor Kegemilangan Melaka
 Kedudukan Melaka yang strategik- jalan perdagangan




antarq China dan India- jalan masuk yg sesuai utk kapal
berlabuh krn pelabuhan yang dalam.
Strategik dari segi geografi- terlindung drpd angin monsun.
Kestabilan politik dan sistem pentadbiran Melayu- baik,
teratur, menjamin keselamatan nyawa dan harta benda.
Tindakan raja-raja Melaka memeluk Islam-menggalakkan
pedagangan.
Kebijaksanaan Bendahara Melaka (Bendahara Tun Perak,
1456-1498) membolehkan Melaka meluaskan empayar.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
 Setelah Melaka ditakluki oleh Portugis pada 1511,
kerajaan Melaka tidak terus lenyap.
 Sebaliknya tradisi ini diwarisi oleh kerajaan
Kesultanan Johor Lama yang berkembang selepas
tahun 1520-an.
 Kewujudan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
dianggap penting dalam sejarah awal Malaysia
kerana disinilah bermulanya institusi kesultanan yg
diwarisi oleh kerajaan-kerajaan Melayu yang muncul
kemudian di negeri-negeri Melayu.
THANK YOU!!!