Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Download Report

Transcript Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Memperingati 500 Tahun Kejatuhan
Empayar Melayu Islam Melaka
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
“Zaman kesultanan Melaka itu merupakan suatu zaman
yang gemilang dalam sejarah Malaysia. Ia bukan sahaja berjaya
menonjolkan dirinya sebagai suatu kuasa yang unggul di
kepulauan Melayu tetapi terlebih penting dari itu ialah telah
berjaya membentuk suatu tradisi sosio-politik yang kemudiannya
menjadi asas kepada pembentukan struktur masyarakat Melayu
– Islam di Semenanjung.”
(Prof Khoo Kay Kim)
Siapakah Melayu?
Wang Gungwu berpendapat bahawa pada kurun ke 13
perkataan Melayu hanya digunakan di dalam rekod catatan
sejarah China untuk merujuk kepada satu tempat di
Sumatera Barat.
 Kemungkinan yang dimaksudkan adalah satu catatan di
dalam Sejarah Melayu:
“Al-kesah, maka tersebut-lah perkataan. Ada sa-buah negeri ditanah Andelas, Palembang nama-nya, Demang Lebar Daun rajanya, asalnya daripada anak chuchu Raja Sulan juga, Muara
Tatang nama sungai-nya. Maka di-hulu Muara Tatang itu ada sabuah sungai, Melayu nama-nya, dalam sungai itu ada sa-buah
bukit Si-Guntang Mahameru namanya.”

Siapakah Melayu?


Melayu tradisional itu mempunyai sifat-sifat yang
tersendiri. Mereka adalah satu kaum yang mesra
dengan alam semula jadi. Mereka duduk di
sepanjang Selat Melaka dan persisiran pantai
serta mendirikan pelabuhan-pelabuhan kecil
yang kemudiannya menjadi besar. Mereka adalah
bangsa dagang. Di dalam catatan sejarah China,
orang Melayu dikenali sebagai bangsa yang sopan,
bijak di dalam ilmu falak dan mempunyai
peradaban yang tinggi.
“Sa-sa’orang itu hendaklah di-sifatkan menjadi
sa-orang Melayu jika dia menganot Agama Islam,
dia beradat resam sechara Melayu, menjadi
tabi’at-nya bercakap bahasa Melayu, …”
(Cadangan Memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Perlembagaan Reid yang
telah dikemukakan semasa penggubalan Perlembagaan 1957)
Penubuhan Melaka Secara Ringkas
Sumber/Dokumen
Tahun (Masihi)

Salasilah ANM, SP/75
1249 M

Salasilah Singkep (Lingga)
1251 M

Salasilah Pulau Penyengat
1251 M

Sumber Belanda (Beschryvinge)
1252 M

Francois Valentijn
1252/3 M

Salasilah Bintan (Tengku Husin)
1254 M

Sulalatus Salatin
1262 M

Ini Dari Sejarah Melayu Asal Raja-raja
1268 M

Ceritera Asal Raja-Raja Melayu Punya Keturunan
1268 M

Sumber Cina (Catatan Ming)
1399 / 1400 M
Penubuhan Melaka Secara Ringkas

Parameswara berasal dari Palembang & telah
mengahwini Batara Tamarill (adik ratu
Majapahit).

Diusir dari Palembang setelah melakukan
penentangan penguasaan kerabat Palembang
yang dikuasai oleh keluarga Majapahit.

Parameswara pergi ke Temasik – membunuh
penguasa Siam (menantu Raja Siam), lalu diusir
keluar oleh tentera Siam.

Meninggalkan Singapura melalui Selitar & pergi
ke Muar – cuba untuk membuka kerajaan, tetapi
tidak berjaya.

Sening (Sungai) Ujung – berjalan hingga sampai
ke tepi laut dekat Sungai Bertam.

Membuka negeri di situ & menamakannya
sebagai Melaka mengikut nama pokok kayu
tempat baginda berteduh.
Melaka Dalam Catatan Portugis
“Melaka terletak di antara 2 teluk dan Melaka adalah Bandar
yang hebat dan memiliki 20 ribu rumah.Tanahnya subur dan
mempunyai banyak barang dagangan yang terkenal di India.
Dengan itu Melaka menjadi terkenal, ia juga memiliki rempah
ratus yang pelbagai jenis dan juga ia memiliki sejumlah besar
emas, perak, mutiara dan batu-batu berharga. Melaka
diperintah oleh Sultan Melayu yang merupakan kuasa besar
ajaran Islam.Tempat lain diduduki oleh bangsa lain.”
(Surat daripada Raja Portugal dan Algarve, Raja Manuel
tentang kejayaannya di India dan Melaka kepada Pope Leo X)
Melaka Dalam Catatan Portugis
“Melaka terletak di sepanjang Pantai Siam, di permulaan sebuah sungai kecil. Ia
berjauhan dengan sebuah liga di sepanjang pantai. Ia panjang dan tidak terlalu
sempit. Melaka mempunyai populasi penduduk sebanyak 30 ribu orang. Terdapat
kebun yang mewah dan air yang segar. Bahan-bahan lain diimport. Ia sebiji buah
seperti artichokes yang sama dengan air biasa. Makanan yang lain telah diimpot. Di
Melaka ada sejenis buah seperti artichokes, sama seperti citrons dan ia dipanggil
durian. Rasanya sangat sedap sehingga ramai orang luar menetap di Bandar itu
hanya kerananya sekalipun Bandar itu tidak sihat.
Bandar itu dibahagikan kepada dua dan dihubungkan dengan sebuah jambatan
kayu.Terdapat banyak rumah batu. Rumah yang lain dibuat dengan kayu dan
bumbungnya beratap. Sultan dan orang tempatan adalah orang Islam.Terdapat juga
istana-istana yang cantik. Rakyat di situ adalah Melayu yang berwarna kulit coklat
gelap. Bahasanya senang dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan tertib.
Mereka suka lagu dan hidup dengan gembira. Mereka juga merupakan tentera
yang bersedia mati di medan pertempuran.”
(DIOGO LOPES DE SEQUEIRA)
Pembinaan Melaka (Perluasan)

Melaka mempunyai
sempadan jajahan yang
cukup luas. Bermula dari
wilayah Patani di sebelah
utara Tanah Melayu
sehinggalah ke kepulauan
Riau Lingga di sebelah
selatan. Kemudiannya ia
juga turut mencakupi
Rokan, Siak, Kampar dan
Inderagiri di kepulauan
Sumatera.
Pembinaan Melaka (Sistem Politik)


Kerajaan Melayu Melaka di zaman Seri
Maharaja Muhammad Shah yang
memerintah dari tahun 1424-1444 telah
melantik Orang Besar Empat untuk
menjalankan urusan kerajaan mewakili
Baginda. Orang Besar Empat ini adalah
Bendahara, Temenggung, Penghulu
Bendahari dan Laksamana.
Selain dari itu kerajaan juga melantik
Shahbandar untuk menjaga kebajikan
pedagang asing. Sebelum Portugis tiba di
Melaka, kerajaan Melayu Melaka sudah
memiliki empat orang Shahbandar untuk
menjaga kebajikan pedagang Gujerat,
Kling, Bengal, Peguan, Pasai, Melayu, China,
Indo-China dan Luzon.
Pembinaan Melaka (Pertahanan)


Kelebihan yang membantu di dalam
pembinaan kekuatan Melaka di
antaranya terletak pada ketokohan
Parameswara dan konsep daulat raja
dalam masyarakat Melayu silam.
Melaka telah mengambil langkah
membuat hubungan diplomatik dengan
China di awal-awal penubuhannya. Ini
antara lain untuk mengelakkan dari
diserang oleh Siam.
“….but he must have worn his
black hair shoulder-length like
the Indians, possibly had a
flowing moustache, again like the
Hindus, was of average height,
with a strong face and
penetrating eyes.” (Harry Miller)
Pembinaan Melaka (Perdagangan)



Parameswara mengambil langkah menyusun orang
Bugis dan orang laut untuk menjaga Selat Melaka
dari serangan lanun. Ini antara lain adalah langkah
awal untuk menarik pedagang datang berdagang di
Melaka.
Untuk menarik pedagang Sumatera berdagang di
Melaka bagi memenuhi keperluan beras, beliau
berkahwin ketika usia tuanya dengan Puteri Raja
Pasai dan memeluk Islam. Ini kemudiannya benarbenar dapat menarik pedagang dari Sumatera
Timur dan pedagang Islam dari Gujerat.
Tindakan Parameswara membina hubungan
diplomatik dengan China juga banyak membantu
ke arah menarik pedagang berdagang di Melaka.
Apabila berita bahawa China menunjukkan minat
berdagang di Melaka tersebar, pedagang-pedagang
mula beralih dari pelabuhan di Sumatera, Jawa dan
India menuju ke Melaka.
Laksamana Zheng He
Pembinaan Melaka (Undang-undang)


Undang-undang Melaka mula diasaskan di Melaka
pada zaman Muhammad Shah (1422-1444).
Beberapa tambahan dibuat terhadap isi naskhah
di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
(1445-1458).
Penulisan undang-undang tersebut juga adalah
petanda ketamadunan kerajaan Melayu Melaka.
Ini kerana masyarakat Melayu silam hanya
terbiasa dengan adat yang kemudiannya bertukar
menjadi peraturan lisan. Penulisan undangundang adalah perkara baru yang dimulakan di
zaman kesultanan Melaka. Undang-undang
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
kemudiannya membuka kepada penggubalan
undang-undang lain di Tanah Melayu. Undangundang Kedah, Undang-undang Pahang, Undangundang Patani, Undang-undang Johor dan Hukum
Kanun Brunei adalah gubahan daripada Undangundang Melaka.
Muka pertama Manuskrip Undang-undang Melaka
Pembinaan Melaka (Kemakmuran)



Matlamat penubuhan negeri adalah meramaikan rakyatnya.
Penduduk Melaka yang asalnya hanya berjumlah 1,000
orang telah bertambah kepada 40,000 orang di zaman
Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah dari 1477-1488).
Pertambahan ini sebenarnya berlaku sedikit demi sedikit
sejak dari zaman Sultan Iskandar Shah lagi.
Menjelang hujung kerajaan Melaka sebelum kejatuhannya
di tangan Portugis, bilangan penduduk Melaka telah
bertambah kepada 190,000 orang penduduk.
Pembinaan Melaka (Dakwah Islam)




Penyebaran Islam di Selangor berlaku setelah beberapa
daerah di Selangor seperti Kelang, Jeram, Langat, Jugra,
Permatang dan Kuala Selangor
Penyebaran Islam di Perak, Negeri Sembilan, Pahang,
Kelantan dan Terengganu. Daerah Pattani yang telah
menubuhkan kerajaan Islam pada pertengahan kurun ke 15
Minangkabau menjadi kerajaan Islam secara beransur-ansur
hasil dari pengaruh Melaka dan Acheh
Muncul kerajaan Islam Demak. Ini kemudiannya membuka
laluan dakwah di beberapa daerah jajahan Majapahit seperti
di Banjarmasin.
Pembinaan Melaka (Dakwah Islam)





Muballigh dari Melaka dan Sumatera telah ke Maluku dan
mengislamkan penduduk Makasar dan Bugis pada tahun 1505.
Islam tersebar di Tidore, Gilolo dan Bacan. Raden Rahmat telah
mengislamkan daerah Ampel dan Surabaya. Raden Patah menyebarkan
Islam di beberapa kepulauan Jawa yang agak pendalaman.
MuballighIslam dari Melaka juga telah menyebarkan Islam di Filipina.
Seorang pendakwah bernama Abu Bakar telah tiba di Sulu tahun 1450.
Dari kerajaan Sulu, Islam disebarkan ke Mindanao. Penyebarannya
semakin pesat apabila Muhammad Kabungsuwan berjaya mendirikan
kerajaan Islam di sana. Dakwah Islam telah sampai ke Manila dan
didirikan kerajaan Islam
Kerajaan Brunei telah diislamkan di antara tahun 1514-1521. Raja
Brunei pertama memeluk Islam adalah Awang Alak Betatar dari suku
Bisaya Limbang
Episod Kejatuhan

STANDING ORDERS TO DIOGO LOPES DE SEQUEIRA, SENT TO
DISCOVER THE TOWN OF MALACCA 12th February 1508
Di mana-mana tempat yang anda pergi, anda perlu bertanya tentang kewujudan orang
Kristian di situ, atau pun bertanya mereka maklumat-maklumat seperti urusan perdagangan.
Apabila bertemu mereka maka layanlah mereka sebaiknya. Berilah penghormatan dan
hormati maruah dan anda perlu nyalakan semula iman mereka, berikan mereka harapan
bahawa Tuhan kita akan mengurniakan kebebasan untuk mengabdikan diri kepadaNya
dengan penuh ilmu dan amalan kebaikan dan iman Kristian sebenar yang lebih spiritual dan
memperoleh kebaikan duniawi. Anda perlu menjelaskan kepada mereka segala penemuan
kita dan menceritakan bagaimana bersungguhnya kita dalam usaha meninggikan dan
menyebarkan iman Katolik kita yang mulia. Anda perlu juga memberitahu tentang kubu-kubu
yang telah kita bina di India dan di tempat-tempat lain, begitu juga khabarkan bagaimana
usaha kita menghantar kapal-kapal armada yang penuh dengan kelengkapan dan dikendali
dengan baik, dan anda perlu galakkan mereka dengan sebanyak mana kata-kata dan amalan
baik, dan apabila kamu pulang kepada kami, kita akan menghantar kapal-kapal kita dan
orang-orang kita ke tempat yang telah disebut seperti yang telah kita lakukan di India.
Punca Kejatuhan Melaka

Semangat penjajahan Portugis:

Bangsa Portugis mengikuti jejak langkah bangsa Sepanyol itu untuk
mencari dan memerangi mana-mana kerajaan Islam yang berada di
kawasan di Timur Jauh dan merampas kawasan itu atas nama agama
mereka. Mereka sudah tahu bahawa di Timur Jauh sudah wujud
beberapa kerajaan Melayu-Islam, khususnya Melaka. Mereka membina
kapal-kapal untuk mengharungi Lautan India, mencari kawasan atau
pelabuhan yang dikuasai oleh kerajaan Islam untuk diserang dan
dirampas. Mereka berjaya bertapak di Goa, India. Dari situlah mereka
melancarkan gerakan untuk menyaingi orang Sepanyol (yang sudah
mulai berada di kawasan itu, terutama di Filipina) untuk menyerang
kerajaan Islam yang lain dan menguasai perdagangan rempah dan hasil
bumi dunia Melayu. Raja Portugis, Manoel (atau Mannuel), melantik
Francisco de Almeida sebagai panglima perang di Timur. Dalam
tahun 1506, Manoel mengarahkan Almeida untuk membina ‘kubu’ di
Melaka.
Punca Kejatuhan Melaka

Kekecohan dalaman Istana Melaka

Istana Melaka berada di dalam krisis hasil dari pertembungan di
antara Tun Mutahir dan musuh-musuhnya dari kalangan
keturunan Tun Perak dan orang Melayu serta peniaga-peniaga.
Diikuti dengan fitnah cubaan menjatuhkan Sultan Mahmud hasil
dari pertelingkahan di antara Raja Mendeliar dan Nina Sura
Dewana. Sikap Sultan Mahmud yang menajatuhkan hukum mati
secara terburu-buru memburukkan lagi suasana. Sultan
Mahmud tidak begitu disukai oleh rakyat kerana sikapnya yang
bermudah-mudah menjatuhkan hukum ke atas sesiapa sahaja
dengan hanya sedikit tohmahan (seperti kes Sri Bija Diraja dan
Raja Zainal)
Serangan Portugis (Julai 1511)



Angkatan perang diketuai oleh Alfonso de
Albuquerque. Dia menggantikan Almeida
sebagai panglima perang di Timur. Dialah
yang menawan Goa dalam tahun 1510 dan
mendirikan kubu di situ. Dia diarahkan oleh
Raja Manoel supaya menawan Melaka.
Albuquerque bertolak dari Goa dalam
bulan April 1511 dengan mengetuai 18 buah
kapal dan lebih 1,000 orang askar, termasuk
askar-askar upahan dari kalangan orang
Malabar. Dia berlabuh di perairan Melaka
awal bulan Julai 1511.
Percubaan awal askar-askar Alfonso untuk
mendarat dan menyerang kota Melaka gagal
beberapa kali kerana mereka menerima
tentangan yang berani dan kuat daripada
para pejuang Melayu Melaka untuk
mempertahankan negeri dan kota mereka.
Replika Kapal Perang Portugis
Serangan Portugis (Julai 1511)




Tetapi askar-askar upahan dari kalangan orang Jawa tidak puas
hati dengan upah (atau gaji) yang diterima dari kerajaan Melaka,
jadi mereka tidak berperang dengan bersungguh-sungguh.
Ada pula seorang perempuan Jawa yang menjadi ‘teman wanita’
beberapa orang askar Portugis. Perempuan ini digunakan oleh
orang Portugis sebagai ‘mata-mata gelap’ atau ‘spy’ untuk
melaporkan keadaan pertahanan Melaka.
Ada juga seorang ‘Hindu’ yang menyampaikan maklumat
kepada orang Portugis tentang keadaan kota Melaka.
Sebahagian peniaga Cina di Melaka memberi bantuan kepada
orang Portugis dengan meminjamkan kepada mereka lima buah
kapal atau tongkang mereka untuk digunakan oleh Portugis
untuk mendarat di kota Melaka melalui sungai atau jambatan
yang membelah kota Melaka kepada dua bahagian kota.
Serangan Portugis (Julai 1511)
Diego Lopez
de Sequiera
King Emanuel
Affonso d’
Albuquerque
Serangan Portugis (Julai 1511)


Sultan Mahmud turun dengan gajahnya menentang askar-askar
Portugis, kemudian anaknya Ahmad, menentang askar Portugis.
Menurut SM, dia begitu berani sehingga dia tidak menghiraukan
serangan bertalu-talu askar Portugis, sehingga dia dinasihatkan
oleh guru agamanya yang ikut serta supaya meninggalkan
tempat itu. Ahmad luka apabila gajahnya ‘panik’ setelah
dicederakan oleh tembakan askar Portugis, dan dia terpaksa
melepaskan dirinya.
Dipendekkan cerita, orang Melayu Melaka telah menentang
serangan Portugis itu dengan gagah dan berani, tetapi akhirnya
kalah. Banyak faktor yang menyebabkan kota Melaka jatuh ke
tangan Portugis. Yang penting ialah Sultan, anaknya, dan askaraskar Melayu Melaka tidak cabut lari apabila melihat kekuatan
senjata Portugis menyerang mereka. Mereka memberikan
tentangan yang hebat.
Serangan Portugis (Julai 1511)
Adakah Melaka Benar-benar Jatuh?



Yang jatuh hanyalah kotanya sahaja
Kesultanan Melayu Melaka berpindah pusatnya ke Johor
lalu meneruskan keagungan dan budayanya di sana
Cubaan membebaskan pelabuhan Melaka terus berlaku
tetapi tidak berjaya atas faktor-faktor tertentu
Pengukuhan Melayu Islam Selepas Melaka




Kekalnya kesultanan Melayu Islam hingga ke hari ini
Berkembangnya bahasa Melayu
Berkembangnya tulisan Jawi
Melayu dikenali sebagai bangsa Islam dengan budaya unik
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu-padulah segenap baka
Membela hak keadilan pusaka
(Dr. Burhanuddin Al-Helmi)