Transcript Document

KREATIVITI
Oleh:
Jamilah Omar
FSKIK, UPSI
Otak manusia
• adalah suatu objek yang begitu menakjubkan.
Ia merupakan anugerah Maha Pencipta
kepada manusia yang berfungsi sebagai
bahan pemangkin untuk manusia berfikir.
Kanak-kanak seawal usia 0 – 3 tahun ibarat
span yang menyerap air! Telah terbukti
bahawa usia pra sekolah, sejak lahir hingga 6
tahun adalah masa yang paling penting untuk
memastikan kejayaan anak-anak di sekolah –
Falsafah pendidikan Amerika Syarikat.
• Apa itu sebenarnya kreativiti ? Biasanya
kegiatan-kegiatan kreatif untuk kanak-kanak
dihadkan dan disalah tafsir sebagai hanya
kerja tangan, melukis, hasil imiganisi
terhadap fantasi mereka. Lukisan dijadikan
suatu asas untuk menilai kekreatifan
seseorang kanak-kanak.
• Jika kreativiti hanya ditumpukan kepada bidan seni
terutamanya lukisan dan mewarna maka konsep
kreativiti seperti yang dinyatakan di atas bukanlah
konsep kreativiti yang sebenarnya. Sebenarnya
anak-anak kita telah dibekalkan dengan
kemampuan untuk menjadi kreatif dalam pelbagai
bidang; kreatif dalam pertuturan; kreatif dalam seni
gerak-geri dan sukan; kreatif dalam mengesan reka
bentuk baru; kreatif dalam menyesuaikan emosinya
mengikut keadaan; kreatif dalam menggunakan
bahan-bahan bauan(cita rasa).
• Apa yang mendorong kesemua inspirasi kreatif
kanak-kanak yang dinyatakan di aatas adalah apa
yang disediakan di persekitarannya.
• Kreativiti tidak boleh dihadkan hanya kepada
satu aspek kemampuan manusia. Ia
merangkumi kesemua kemampuan manusia
menerusi derianya termasuk mendengar,
melihat, merasa, menyentuh, bergerak,
bertutur, menulis, menyanyi dan apa yang
paling penting adalah apa yang difikirkan.
Fikiran merupakan suatu aspek dalam diri
kanak-kanak yang membentuk imiganisi,
kawalan emosi, fantasi yang menggerakkan
kreativiti. Justeru kreativiti perlu dilihat
secara meluas dalam pelbagai dimensi bagi
mengenalpasti bentuk aktiviti yang sesuai
menurut keistimewaan individu kanak-kanak.
OTAK MANUSIA
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
OTAK KIRI
•
Bahasa
•
Logik
•
Sains
•
Matematik
•
Lisan
•
Analitik
•
Berurutan
•
Satu maklumat pada satu masa•
linear
•
OTAK KANAN
Perhubungan ruang
Pemikiran kreatif
Fantasi
Apresiasi
Global
Keseluruhan/holistik
Analogi
Tanpa rasional
Intuitif
Kreativiti
• adalah satu potensi dan potensi ini wujud dalam diri setiap
individu. Mereka yang kreatif adalah mereka yang
menggunakan potensi yang ada dalam diri masing-masing.
Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat
respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang
diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses
separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi
tidak semua orang kreatif.
• kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti
adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang
berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau
menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga
terhasilnya suatu produk.
Yong dan Biriamah (1996)
• berpendapat bahawa walaupun tiada suatu definisi
mutlak atau menyeluruh pada masa kini, secara
umumnya kreativiti dianggap sebagai suatu
fenomena yang merangkumi pelbagai aspek di
mana empat aspek utamanya ialah proses kreatif
yang merangkumi keseluruhan sesuatu kerja
dijalankan dari peringkat awal mendapatkan idea
sehingga ke peringkat penghasilan
• hasil kreatif pula merupakan aspek penilaian kreatif
yang merujuk kepada hasil sahaja tanpa menghurai
proses perlaksanaan, insan yang kreatif memberi
gambaran pelaku yang mempunyai pemikiran yang
baik dengan ciri-ciri keupayaan berfikir yang
menjangkau kebiasaan dan situasi yang kreatif
merupakan ruang yang wujud di antara insan
dengan proses untuk menghasilkan suatu hasil yang
kreatif.
Abdullah dan Ainon (1996)
• menjelaskan, pemikiran kreatif ditandai oleh
keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut,
dimensi. Seseorang melakukan suatu bentuk
pemikiran divergen yang menuntutnya untuk
berfikir dari pelbagai aspek, dan ada kalanya tidak
masuk akal.
• Apabila berfikir menggunakan daya kreatif,
matlamat berfikir adalah untuk menghasilkan
pelbagai persepsi, konsep, idea, cara penyelesaian
masalah, cara meleraikan konflik, reka cipta,
strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis,
peraturan, hasil perbincangan merupakan antara
bentuk pemikiran yang menjurus kepada kreatif.
Bob Proctor (1994)
• menyatakan kreativiti sebagai kreativiti secara
relatifnya sangat mudah. Ia merupakan gabungan
beberapa siri idea, penyusunan semula idea-idea
tersebut, penggabungan, adaptasi, penggantian dan
idea-idea yang mengagumkan
Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982)
• Menjelaskan kreativiti berkait dengan suatu garis
panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh
seseorang iaitu, menghasilkan atau memikirkan
sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik,
melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang
tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang
terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan
memperkembangkan dan meningkatkan idea
sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian
• berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan
proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan
kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu
mengkritik, menilai, idea dan subjek
dimanipulasikan serta dikaji .
• teliti.menggunakan langkah-langkah
perkembangan kreatif : sumbang saran,
penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi,
penyusunan semula, pengunduran, membuat
penyenaraian dan dimensi lain (analogi).
• Prinsip-prinsip ini boleh membantu seseorang untuk
melahirkan pemikiran kreatif, kreatif bukan sekadar
perkara atau objek yang dihasilkan, kreatif boleh
dihasilkan.
• Viktor Lowenfeld (1987) menggariskan tret
individu yang kreatif kepada 8 ciri yang dapat
dipupuk pada diri seseorang iaitu kelenturan,
pemikiran bercapah, mempunyai keaslian
dalam hasil karya, kelancaran dalam berfikir,
sedia menghadapi risiko, kerumitan,
perasaan ingin tahu, dan mempunyai daya
imaginasi yang tinggi.
Torrance (1970)
• Menjelaskan 4 ciri individu kreatif
• Keaslian –keupayaan untuk menghasilkan sesuatu
yang lain, unik
• Kelancaran- keupayaan untuk menghasilkan
pelbagai idea, membuat andaian, untuk
menyelesaikan sesuatu masalah/situasi/tugasan
• Fleksibel - mengadaptasi perubahan, pelbagai
pendekatan
• Penjelasan(elaboration) – keupayaan untuk
membentuk idea yang disertai oleh keterangan
• Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa
menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu
yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan
mempunyai nilai.
• Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah
mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya
mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang
ditemui.
• Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah
keupayaan untuk menjana idea baru, melihat
masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko
dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba
sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan
pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis
dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan
pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.
Robert Schirrmacher (1997)
• menyatakan kreativiti boleh didefinisikan kepada enam
aspek yang merangkumi :
• kreativiti sebagai sikap: kreatif adalah suatu cara yang unik
untuk melihat persekitaran tanpa jawapan betul atau salah,
yang ada hanya kemungkinan-kemungkinan terhadap
sesuatu situasi. Kanak-kanak menunjukkan sikap kreatif
apabila mereka mencuba sesuatu yang baru dan cara lain
melakukan sesuatu.
• Menolak sempadan dan meneroka kemungkinan,
memanipulasi idea dan bahan mengikut kehendak
mereka, Memisahkan dan mencantumkan idea
menerusi cara yang berbeza. Terlibat secara fizikal,
menyelesaikan masalah mereka dan bertanya
soalan atau melakukan sesuatu yang menuntut
cabaran
•
•
kreativiti sebagai proses melakukan sesuatu
Pendekatan proses diperlukan untuk melibatkan
proses kreatif walaupun akhirnya tidak akan
mendapatkan hasil yang dikehendaki. Proses
kreatif melibatkan pemikiran, percakapan,
bermain, mencatat, mengkaji objek,
memanipulasi idea sebagai asas proses.
•
•
kreativiti sebagai suatu produk
Setiap produk mempunyai nilai kreatif.
•
•
•
kreativiti sebagai hasil
Hasil sama ada dalam bentuk pemikiran mahupun
hasil maujud merupakan suatu bentuk kreatif yang
telah melalui proses pemikiran, penjanaan dan
penghasilan.
Edison sebagai contoh berjaya menghasilkan
mentol lampu hasil pemikiran kreatifnya. Kanakkanak terlalu sedikit yang mempunyai orientasi
hasil kerana mereka cepat bosan, namun jika
digalakkan dan dimotivasikan, akan menjadi hasil
yang mereka banggai.
•
•
Kreativiti sebagai kemahiran
mereka yang mempunyai kreativiti kemahiran
biasanya mempunyai potensi bakat. Namun jika
kemahiran ini tidak diasuh dan digunakan ianya
kan pudar.
•
•
Kreativiti sebagai tret personaliti
Ia sebagai bentuk personaliti seseorang yang
terdapat di dalam dirinya.
• Wallas (1926) dalam kajian kreativiti yang
dilaksanakan 77 tahun yang lalu menjelaskan empat
fasa utama dalam proses berkreatif iaitu
• Fasa 1 ialah maklumat (information) yang
membawa seseorang secara berfikir ke arah perkara
yang dinyatakan
• Fasa 2 inkubasi iaitu proses melihat perkara tersebut
dari pelbagai arah dan aspek secara bercapah.
• Fasa 3 ialah iluminasi iaitu mengenal pasti
• Fasa 4 verifikasi iaitu memikirkan kejeleketan dan
efek tindakan sebelum membuat keputusan.
Kategori Pemikiran Kreatif
Imaginatif
Imaginasi yang mencapah
berdasarkan pengalaman
Kemahiran sintesis cantuman
idea-idea sedia ada
Keberanian
Sanggup menerima risiko
dan kritikan
Bertanggungjawab atas
keputusan
PEMIKIRAN KREATIF
Perkembangan idea
Perluasan idea sedia ada
Proses sintesis idea yang
ada
Reka cipta
Penghasilan idea baru
Reka cipta berdasarkan
alternatif
Kreativiti dan kanak-kanak
• Abdul Shukor Hashim (1985) menyatakan “ sifat
kreatif telah wujud dalam jiwa kanak-kanak sejak
mereka dilahirkan. Perbezaannya sekadar lebih atau
kurangnya sifat tersebut dari satu individu dengan
individu yang lain. Proses-proses kreatif ini perlu
dijalankan secara sistematik menerusi aspek-aspek
psikomotor, kognitif dan afektif digabungjalinkan di
dalam proses pembelajaran. Hasil pemikiran kreatif
selalunya dapat dilihat semasa kanak-kanak
menjalankan aktiviti melukis”.
J. Presbury dan A. J Benson
• dalam Children and Creativity (2004) menjelaskan
tanpa kreativiti kita tidak dapat mengadaptasi
situasi baru atau menukar cara kita melihat dunia.
Apabila seseorang dikatakan kreatif, kreatif itu
boleh dilihat pada tahap mana, adakah kreatif itu
mengakibatkan keaslian, kelainan, mempengaruhi
keputusan atau hasil kerja? Tiada siapa yang dapat
meletakkan tahap kreativiti seseorang.
• Orang dewasa sering menganggap kanak-kanak
seumur dengan mereka sehingga kanak-kanak
merasa tertekan dan hilang nilai kreativiti yang sedia
ada dalam diri mereka. Imaginasi adalah “the heart
of thinking” bagi kanak-kanak untuk berusaha
berimaginasi, berfantasi, membina impian adalah
suatu kebenaran yang harus dibantu oleh orang
dewasa.
• Kerangka pemikiran mereka masih terbuka luas
untuk peluang-peluang kreatif berbanding orang
dewasa yang dikekang oleh norma-norma dan
peraturan.
• Seterusnya J. Presbury dan A. J Benson (2004)
menambah tret personaliti kanak-kanak mempunyai
perbezaan dengan orang dewasa dan kanak-kanak
yang kreatif menunjukkan tret berikut:
• berfikir bebas – bermain dengan idea yang hadir
tidak secara tersusun dan sering berakhir tanpa
penyelesaian
• ‘gullility’- kanak-kanak biasanya mempunyai idea
‘half baked’ dan sukar untuk menyatakan idea
mereka secara tersusun
• kelakar –kanak-kanak kreatif menjumpai idea
secara lucu. Keupayaan untuk bertanya dan
melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza
dilihat sebagai peniruan
• angan-angan- kanak-kanak kreatif belajar
menerusi imaginasi dan menyelesaikan
masalah mereka menerusi aktiviti praktikal
• keseorangan- kanak-kanak kreatif suka bersendiri,
kerana pemikiran mereka terangsang pada ketika
begini
• aktiviti- idea kanak-kanak datang secara aktif
semasa menjalankan aktiviti. Apabila mereka
mempunyai idea,aktiviti akan menjadi
menyeronokkan, namun sedikit masalah boleh
membawa putus asa.
Florence Beetlestone (1988)
• menjelaskan kreativiti sebagai suatu bentuk
pembelajaran kerana ianya sebahagian
daripada fungsi kognitif. Kreativiti dapat
membantu kanak-kanak menjelaskan dan
menerangkan konsep-konsep abstrak yang
tersembunyi yang melibatkan kemahiran dan
keupayaan seperti ingin tahu, kebolehan
menghasilkan dan mereka cipta, meneroka,
mempunyai sifat telus, suka mencuba yang
mana kesemua kualiti ini terdapat di dalam
diri kanak-kanak dan tidak mendapat
perhatian oleh individu di sekeliling mereka.
• Aspek-aspek ini dapat disemai ke dalam diri kanakkanak dalam usaha golongan dewasa memberi
peluang yang lebih luas kepada mereka untuk
melihat sesuatu dan secara tidak langsung kreativiti
dapat dibentuk dalam keseluruhan pembelajaran.
Piaget (1973)
• Menyatakan pemikiran kanak-kanak secara
kualitatifnya begitu berbeza daripada orang dewasa.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
perkembangan intelektualnya: pengalaman,
kematangan, transisi sosial dan paling asas iaitu
keseimbangan equilibrium (iaitu menyeimbangkan
perkara yang telah difahami dengan menerima
fahaman baru
• Kesemua faktor ini menjana kepada proses
perkembangan artistik, imaginatif dan estetika.
• Florence Beetlestone (1998) menjelaskan kreativiti
berkait rapat dengan aktiviti seni, kerja-kerja lukisan
merupakan representasi kepada kualiti kreativiti
kanak-kanak.
Robert Schirmacher 1998
• Menerusi kajian telah menghasilkan satu model
perkembangan kreatif yang menjelaskan model
holistik perkembangan kanak-kanak yang boleh
dibahagi kepada 4 aspek perkembangan yang boleh
dirujuk kepada rajah menyatakan kanak-kanak
pada peringkat awal perlu
Kognitif
•
•
•
•
•
•
penyelesaian masalah
penerokaan
bahasa
ingin tahu
keinginan dan kesungguhan belajar
pemikiran
Sosial/emosional
•
•
•
•
•
•
•
hubungan dengan orang lain
konsep kendiri
ekspresi kendiri
personaliti
kawalan emosi
kawalan diri
kefahaman kendiri dan penerimaan kendiri
Fizikal
•
•
•
•
•
pembentukan motor halus
motor perseptual/ koodinasi mata-tangan
sensori
kesihatan
penjagaan diri
 pembentukan motor kasar
Kreatif
• imaginasi
• ekspresi – verbal dan non verbal
 keaslian pemikiran
HALANGAN-HALANGAN KEPADA KREATIVITI
• Kanak-kanak yang kreatif berasa terperangkap
dalam persekitaran yang mempunyai struktur sosial,
norma, nilai, kepercayaan dan budaya yang telah
ditetapkan (Habibah & Noran 2002).
• Kanak-kanak kreatif berani menyatakan pendapat
yang berbeza dari biasa bukan sahaja tidak diberi
ganjaran sebaliknya ditertawakan dan dilabel
sebagai ‘pengacau’ atau ‘banyak mulut’.
• Mengikut Torrance (1965) matlamat kebanyakan
usaha terapi adalah untuk membantu individu
menjadi lebih kreatif supaya mereka boleh
menghadapi tekanan hidup dengan lebih wajar.
Khayalan dan bayangan juga sangat penting dalam
proses kreatif.
• Torrance dan Myres (1970) menyatakan bahawa
ramai kanak-kanak disekat pemikiran mereka
kerana ibu bapa dan guru memberi amaran supaya
mereka menghentikan khayalan.
• Sebenarnya khayalan patut dihidupkan sehingga
perkembangan mental kanak-kanak sudah sampai
ke tahap yang membenarkan pemikiran kreatif yang
lebih realistik.
• Mereka juga biasanya akan ditegur dan penggunaan
perkataan ‘jangan’ membantutkan keupayaan
kreatif kanak-kanak.
• Menurut Yong (1983) pada usia 4 hingga 5 kanakkanak berada pada tahap kreatif yang paling
berbanding apabila usia mereka semakin
meningkat, ini adalah disebabkan faktor-faktor
persekitaran yang menghadkan kreativiti.
• Faktor-faktor ini termasuklah peraturan, desakan,
arahan dan larangan tanpa penjelasan. Sebaliknya
mereka yang memberi jawapan yang selamat tetapi
tidak kreatif diberi penghargaan kerana mampu
memberi apa yang dikehendaki oleh guru.
Alamshah (1972)
• menyatakan bahawa halangan kepada kreativiti ada
banyak. Antaranya boleh dikenal pasti adalah sosio
ekonomi, psikologikal dan “characterological”.
• Halangan-halangan sosio ekonomi terdiri daripada
tanggapan-tanggapan yang salah, pengambilan
risiko dan kecerdasan manusia.
• Halangan psikologikal pula merangkumi kurangnya
desakan dalaman, perasaan rendah diri dan
tanggapan yang salah tentang bakat berhubung
dengan kreativiti.
• Halangan-halangan “characterological” ,sifat
individu terhadap diri dan persekitaran berfokus
kepada kurangnya disiplin kendiri, pertautan,
ketiadaan dan komitmen.