Transcript File

BBK3308
Cerpen Melayu
Tajuk: Sejarah
Perkembangan Cerpen
Tahun 1930
Nama Ahli :
Nurul Aini binti Maidin
Nur Nadia binti Mohd Rawi
Grace anak Ledis
Siti Norsyahida binti Mohd A. Rashid
Noor Hidayah binti Mohamad Salleh
156550
156916
156199
156960
158958
Pendahuluan
Definisi cerpen :–



Cerpen pendek atau sering disingkatkan sebagai
cerpen adalah satu bentuk prosa naratif fiksyen.
Cerpen kebiasaannya bersifat padat berbanding
dengan karya fiksyen yang lebih panjang seperti
novel.
H.B Jassin – cerita pendek harus memiliki
bahagian pengenalan, pertikaian dan
penyelesaian.
Akhbar dan Majalah:
 Warta Ahad
(102 buah cerpen)
 Majlis
(69 buah cerpen)
 Warta Jenaka
(52 buah cerpen)
 Majalah Cherita
(40 buah cerpen)
 Warta Malaya
(26 buah cerpen)
 Kehidupan Dunia Akhirat (20 buah cerpen)
Tokoh Penulis : –
 Ishak Haji Muhammad , Abdul Rahim Kajai, Yusof Adil ,
Harun Amminurrashid, Yahaya Yusof, Abdul Rahman
Haji Ahmad, LM Sabri
 Bapa Cerpen Moden – Abdul Rahim Kajai, telah
menghasilkan sebanyak 48 buah cerpen pada tahun ini.
Faktor-Faktor Perkembangan
 Kemunculan alat cetak – akhbar dan majalah
 Pendidikan – mendapat pendidikan rendah Melayu
dan di Sultan Idris Training College
 Kemunculan golongan agama, guru dan wartawan
Tema
SOSIAL
 Kebanyakan cerpen tahun ini lebih tertumpu kepada
tema sosial. Hal ini demikian kerana pada zaman ini
berlakunya pertembungan antara budaya Timur dan
Barat.
 Sesetengah penulis melihat gejala keruntuhan akhlak
ini sebagai akibat daripada kurangnya didikan agama
Islam dalam kalangan masyarakat dan pengaruh
moden barat.
 Terdapat juga cerpen yang mengemukakan
pengajaran moral supaya masyarakat Melayu
memperbaiki segala sifat-sifat kebaikan yang
ada.
 Selain itu, masalah kebebasan sosial seperti
hal cinta muda-mudi juga mendapat
perhatian penulis pada tahun 30-an. Dalam
hal cinta muda-mudi, pengarang bersetuju
dengan konsep cinta sebelum kahwin.
 Moral
- Banyak karya yang lebih mengutarakan hal :
 Keruntuhan Akhlak/ Moral :–
“Hantu Arak” , “Hantu Judi” “Salah Sendiri”
“Gelombang Hidup”
 kurang didikan agama :–
“Bertukar Agama Kerana Cinta” , “Tercabut Iman
Kerana Cinta” , “Siapa Salah?”
 Pergaulan bebas :–
“Moden Barat Dituju ke Kuno Timur Sampainya”
 Contoh cerpen “Moden Barat Dituju ke Kuno Timur
Sampainya”
– Mengisahkan watak Rokiah Jaafar yang begitu
bebas bergaul dengan anak-anak muda Serani
dan Cina hingga dia hamil lapan bulan. Untuk
menutup malu, dia dikahwinkan dengan pak
sanggup, Kasan, tukang kebunnya. Mereka
kemudiannya disuruh hidup bercucuk tanam
pada sebidang tanah di pinggir hutan hingga
anak kandungan Rokiah dilahirkan.
 Kebebasan
 Kahwin Paksa :–
“Tanggungan Muda” “Kesedihan Perkahwinan
Paksa” “Merbahaya Kahwin Paksa”
 Pemilihan Jodoh :-
“Putus Harapan Tetapi Tidak!” “Kekasih yang
Setia atau Perjumpaan di Panggung Wayang” ,
“Jamil dan Jamilah” “Ombak Perasaan”
 Kehidupan Berumah Tangga
 Konflik dan Kepincangan Rumah Tangga :Contoh Karya : “Apa boleh Buat Talak Sudah
Gugur” “Isteri” “Hati Yang Bengkok Itu memang
Allah Balaskan” “Perdayaan Seorang
Perempuan” “Suami Yang Sabar” “Cik Tom
dengan Nasibnya” “Siti Jamilah” “Isteri yang
Setia lagi Sabar”
POLITIK
 Manakala tema politik pula tidak berapa kuat
penegasan dan keseriusan penulis terhadap
isu ini.
 Penulis memperlihatkan kedewasaan dalam
penghasilan cerpen bertemakan politik.
 Semangat nasionalisme yang diutarakan pada
tahun ini belum memperlihatkan keseriusan
mereka ke arah itu.
 “Istana Berembun” “Anak Dibuat Denak” karya
Ishak Haji Muhammad
 Cerpen “Anak Dibuat Denak” – mendedahkan
rasa protes dan tidak puas hati orang – orang
yang terjajah yang sekaligus memperlihatkan
keinginan yang kuat untuk membebaskan tanah
air dari belenggu penjajah.
EKONOMI
 Tema ekonomi orang Melayu juga banyak
diperkatakan oleh penulis cerpen.
 Mereka sedar betapa parahnya kemunduran orang
Melayu dalam bidang ekonomi terutama selepas
kedatangan penjajah Inggeris dan kaum-kaum
imigran seperti Cina dan India.
 Timbul kesedaran penulis untuk mengemukakan
aspek ekonomi daripada perspektif jimat cermat,
bertani, dan berniaga.
 “Tauladan daripada Peladang” “ Jimat dan Cermat”
“Perasaan Yang Baik” “Jangan Berharapkan Makan
Gaji Sahaja” “Berhenti Kerja”
 Contoh cerpen “Jimat dan Cermat”
- Mengisahkan sikap tidak boros, jimat cermat dalam usaha
sampingan yang dilakukan oleh Fakih Ramat dalam
hidupnya.Isterinya juga ikut memberi sumbangan dengan
mengambil upah menumbuk tepung dengan padi.Walaupun dia
digelar kedekut,tetapi akhirnya dia berupaya membeli dua ekar
kebun getah. Dia semakin kaya kerana harga getah yang
melambung,kemudiannya membina sebuah rumah besar dan anak
gadisnya, Minah berkahwin dengan seorang guru sekolah.
Tema-Tema Lain
 Tema Pengembaraan
– “Kisah Pelayaran yang Berbahaya” “Panglima di
Rimba” “Terbang ke Bulan” “Pelayaran yang
Dahsyat”
 Tema Detektif
– “Inspektor Black” “Musuh dalam Selimut” “Puteri Ipoh”
“Cerita Berlian Duka”
 Tema Jenaka
“Suatu cerita yang pelik” “Si Buta dan Si Pekak”
“Anak Dara Dikata Bunting Enam Bulan”
 Tema Sindiran
“ Sang Kucing dengan Tikus” “Sahabat yang Khianat”
“Persahabatan Si Senin”
Kesimpulan
 Kesimpulannya, penghasilan cerpen pada
dekad ini adalah kesinambungan daripada
cerpen-cerpen sebelumnya.
 Meskipun tidak mempunyai banyak
perbezaan, namun penulis pada dekad ini
sudah menampakkan kematangan dan
keberanian dalam membincangkan tematema sosial dengan lebih meluas.
SEKIAN, TERIMA KASIH