CHIN CHEE CHUN - panitiabmsmkcj

Download Report

Transcript CHIN CHEE CHUN - panitiabmsmkcj

UJIAN LISAN BAHASA
MELAYU
 Nama:CHIN CHEE CHUN
 Kelas:5sc1
 Guru:PUAN NORAINI
Apa itu kitar
semula?
Proses memperolehi atau menjadikan
sebahagian atau semua bahan
daripada sampah untuk diguna
semula.
Bagaimana untuk
laksanakan kitar semula?
 Pemungutan Sampah
mengasingkan sampah-sampah yang boleh
dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar
semula. Pemungut sampah akan tahu apa
yang akan dilakukan seterusnya.
 Pusat Pengumpulan
Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar
semula ini adalah dengan hanya menghantar
barangan yang dikumpulkan untuk
kitar semula ke pusat kitar semula yang
terdapat di seluruh negara
Kenapa kitar semula?
 Kitar semula untuk memelihara ruang hidup
kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak
pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya
berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar,
bergantung pada lokasi dan jumlah sampah
ynag dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak
pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak
baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini
akan berkembang dan menular mencerobohi
ruang hidup kita
Apa yang boleh dikitar
semula?
 Semua jenis kaca termasuklah botol
minuman, bekas makanan, botol
vitamin dan bekas kosmetik.
 Semua jenis kaca ini mestilah
diletakkan di dalam tong yang
berwarna COKLAT
Aluminium
 Semua jenis barang yang diperbuat
daripada aluminium seperti tin-tin
minuman boleh dikitar semula.
 Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam
tong yang berwarna JINGGA
Plastik
 Beg-beg membeli belah plastik, beg
plastik dari supermarkat, botol minuman
plastik, botol air mineral dan bekas
makanan yang diperbuat daripada plastik
boleh diproses untuk dikitar semula.
 Semua jenis plastik ini mestilah
dimasukkan ke dalam tong yang
berwarna JINGGA juga.
Kertas
 Semua jenis kertas sama ada yang
berwarna ataupun yang tidak berwarna,
seperti suratkhabar lama, majalah lama,
buku, katalog, risalah, kalendar, kad,
sampul surat dan kotak boleh dikitar
semula.
 Semua jenis kertas mestilah dimasukkan
ke dalam tong yang berwarna BIRU.
KEPENTINGAN
KITAR SEMULA
Kitar semula untuk
persekitaran yang lebih sihat
dan lebih bersih
 Sampah boleh menjejaskan kesihatan
dan keselamatan. Jika dibiarkan
bersepah, ia akan menjadi tumpuan
haiwan pembawa penyakit seperti tikus
dan gagak. Melalui kitar semula, kita
dapat mengurangkan sampah yang
dibuang dan seterusnya mengawal
penyakit daripada merebak.
Kitar semula untuk
mengurangkan pencemaran
 Longgokan bahan buangan di dalam
tong sampah, lori atau tapak pelupusan
sampah merupakan salah satu punca
pencemaran dalam iklim tropika. Amalan
mengitar semula dapat mengurangkan
ancaman alam sekitar seperti
pencemaran air bawah tanah dan udara.
Kitar semula untuk
menjimatkan kos
 Dalam jangka panjang, mengitar semula
adalah lebih menjimatkan berbanding dengan
usaha menyelenggara tapak pelupusan
sampah atau sistem yang lain. Apabila
program kitar semula bertambah cekap,
sampah yang perlu dilupus akan semakin
berkurangan. Ini seterusnya akan
memanfaatkan anda kerana caj untuk
pelupusan sampah akan dikurangkan
Kitar semula untuk
menyelamatkan hutan
 Untuk menghasilkan satu tan kertas,
sebanyak 17 pohon pokok terpaksa
ditebang. Mengitar semula kertas
akan mengurangkan bilangan pokok
yang perlu ditebang. Kita perlu
memelihara hutan kerana ia
merupakan paru-paru yang memberi
kita oksigen dan udara bersih.
KESIMPULANNYA
 ibu bapa dan pihak sekolah perlu
menyemai budaya kitar semula ini di
kalangan anak-anak supaya ia akan
menjadi amalan mereka sampai bila-bila.
TAMAT