Struktur dalam penulisan akademik

Download Report

Transcript Struktur dalam penulisan akademik

GWP1092
WACANA PENULISAN
Topik 7
Struktur dalam Penulisan
Pensyarah:
Dr. Sajap Maswan
Jabatan Penyelidikan
Inovasi Profesinalisme Keguruan
IPG Kampus Tuanku Bainun
Kandungan Perbincangan
1. Struktur/binaan dalam penulisan
2. Pemerenggan yang berkesan
3. Penanda Wacana:
 Penggunaan penunjuk arah (sign posts)
 Kata kesinambungan ayat
Apakah struktur atau binaan
dalam sesebuah esei?
Maksud struktur/binaan dalam
penulisan
Struktur binaan dalam esei/karangan
Menurut Awang Sariyan (1992), pada
dasarnya binaan karangan yang lengkap harus
terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu
pendahuluan, badan karangan, dan penutup.
Maksud struktur/binaan dalam
penulisan
Struktur binaan dalam esei/karangan
1. Pada bahagian Pendahuluan atau
Pengenalan perlu memuatkan definisi atau
huraian ringkas tentang keseluruhan isi
karangan atau tema karangan.
Maksud struktur/binaan dalam
penulisan
Struktur binaan dalam esei/karangan
2. Badan karangan menjadi wadah untuk
memuatkan isi-isi penting yang
mendukung atau menunjangi tema atau
persoalan pokok dalam karangan.
Maksud struktur/binaan dalam
penulisan
Struktur binaan dalam esei/karangan
3. Bahagian penutup pula biasanya berfungsi
untuk mengukuhkan atau merumuskan
apa-apa yang telah dibincangkan dalam
badan karangan.
Bagaimanakah pemerengganan yang baik di
dalam sesebuah esei?
Pemerenggan yang berkesan
1. Sesuatu wacana yang utuh dan berkesan
dapat dilihat dari segi kesatuan
perenggan.
2. Unit asas perenggan ialah ayat.
3. Untuk mewujudkan kesatuan, setiap
perenggan mestilah mengandungi ayat
yang berkaitan, iaitu yang menyentuh
tema atau ayat judul (topik).
Pemerenggan yang berkesan
4. Untuk membolehkan perenggan berfungsi
seperti yang dikehendaki, sesuatu
perenggan itu mestilah jelas dan
berstruktur.
5. Komponen utama yang diperlukan dalam
pembinaan sesuatu perenggan ialah ayat
topik dan pengembangannya.
Pemerenggan yang berkesan
6. Ayat judul biasanya mengandungi idea
atau fakta terpenting dalam sesuatu
perenggan, dan idea itu merupakan
perkara yang difokuskan.
7. Untuk memperjelas maklumat atau
gagasan yang terkandung dalam ayat
judul, pengembangan perlu dilakukan,
sama ada dalam bentuk huraian lanjut,
bahasan perbincangan, data atau contoh.
Pemerenggan yang berkesan
8. Perenggan harus tidak terlalu panjang
untuk mengurangkan keletihan mata,
tetapi ia juga tidak boleh terlalu pendek.
9. Kumpulkan perkara-perkara dan ayat-ayat
yang serupa supaya memudahkan
pembacaan. Perenggan yang panjang
biasanya boleh dibahagikan menjadi dua
atau lebih perenggan.
Ciri-ciri penulisan yang baik
Menurut Ismail Ahmad (1992), Antara ciri-ciri
penulisan yang baik ialah:
•Jelas dan terbaca (keterbacaan)
•Koherens
•Mudah dan langsung
•Ringkas dan padat
•kepelbagaian
Ciri-ciri penulisan yang baik
Henry Guntur Tarigan (1985) pula
merumuskan ciri tulisan yang baik ialah:
1. Mengambarkan kemampuan penulis
menggunakan nada yang sesuai.
2. Menggambarkan kemampuan penulis
menyusun bahan menjadi satu
keseluruhan atau wacana yang utuh.
Ciri-ciri penulisan yang baik
Henry Guntur Tarigan (1985) pula
merumuskan ciri tulisan yang baik ialah:
1. Mengambarkan kemampuan penulis
menggunakan nada yang sesuai.
2. Menggambarkan kemampuan penulis
menyusun bahan menjadi satu
keseluruhan atau wacana yang utuh.
Ciri-ciri penulisan yang baik
Henry Guntur Tarigan (1985) pula
merumuskan ciri tulisan yang baik ialah:
3. Menerminkan kemampuan penulis untuk
menulis dengan jelas, dapat
memanfaatkan struktur kalimat, bahasa,
dan contoh yang sesuai.
4. Mencerminkan kemampuan penulis
untuk menulis secara yang meyakinkan.
Ciri-ciri penulisan yang baik
Selain itu, tulisan yang baik haruslah:
1. Jujur – tidak memalsukan idea.
2. Jelas – tidak mengelirukan atau
membingungkan.
3. Singkat – tidak membuang masa
pembaca.
4. Mewujudkan variasi – ayat atau kalimat
Apakah kepentingan penanda wacana di
dalam sesebuah teks atau esei?
Penanda Wacana
 Penanda wacana ialah perkataan ataupun
rangkaian perkataan yang berfungsi
mempertalikan sesuatu idea, hujah dan
pandangan seseorang semasa menulis.
 Penanda wacana amat penting dalam
sesebuah teks kerana penanda wacana
dapat mewujudkan pertautan atau
kesinambungan antara sebahagian teks
dengan yang lain sehingga membentuk
kesatuan.
Penanda Wacana
 Penanda wacana juga merupakan unsurunsur bahasa yang mewujudkan kohesi
dan koheran antara satu teks dengan teks
yang lain sehingga membentuk kesatuan.
Contoh penanda wacana:
 Seterusnya
 begitu juga
 di samping itu
Penanda Wacana
 CATATAN:
Maklumat lanjut tentang penanda wacana
telah dibincangkan di dalam Topik 3 yang
lalu
Sumber Rujukan
Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal
Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25 dan 24:4, hal. 9-25.
Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala
Lumpur: DBP.
Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari
2014]. Boleh didapati:
http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/
wacana-bahasa-melayu.html
Terima Kasih