Transcript P1_GMGA3023
MOHAMMAD BASTYIAN MAHMUD 50336 013-8945498 [email protected] BAB 1 PENGENALAN KEPADA KONSEP PEMIMPIN, PENGARUH, KUASA DAN KEPIMPINAN 1. Mendefinisi dan membincangkan istilah dan konsep pemimpin, pengaruh kuasa dan juga jenis-jenis kuasa. 2. Menjelaskan maksud kepimpinan serta peranan pemimpin. 3. Memahami dan membincangkan dengan lebih lanjut lagi peranan dan tugas yang harus dilaksanakan oleh seseorang pemimpin. PENGENALAN • Setiap kumpulan masyarakat atau organisasi haruslah diketuai oleh seorang ketua atau pemimpin. • Tamadun manusia memperlihatkan tentang pentingnya pemimpin dalam sesebuah masyarakat atau negara. • Pemimpin, pengaruh dan kuasa merupakan satu kesinambungan dan sememangnya berkait antara satu sama lain. • Pelantikan seorang pemimpin secara formalnya akan memiliki pengaruh dan kuasa untuk merencana, mengurus dan melaksanakan objektif sesuatu organisasi. PENGENALAN • Ringkasnya, pemimpin dan kepimpinan memberi gambaran tentang kuasa dan autoriti. • Menurut Abdul Aziz (2000), apabila seseorang pemimpin gagal untuk mengambil kira perihal moral kepimpinan, maka akibatnya mereka tidak akan kekal lama dengan jawatan yang dipegang. KONSEP PEMIMPIN • Menurut Kamus Dewan (1991:1038), pemimpin merujuk kepada orang yang memimpin. • Menurut Razali (1998), ungkapan ini lahir hasil daripada strata masyarakat zaman dahulu iaitu kedudukan seseorang akan diwarisi mengikut keturunan dan kelas-kelas tertentu. KONSEP PEMIMPIN • Stoner dan Wankel (1989), seseorang pengurus yang hendak menjadi pemimpin haruslah memiliki sifat-sifat peribadi yang jitu dalam melahirkan idea dan pemikiran yang dinamik untuk kemajuan organisasi. – (i) Minat untuk mengurus – (ii) Keinginan terhadap kuasa – (iii) Keupayaan empati KONSEP PENGARUH • Menurut Kamus Dewan (1991: 1006) pengaruh didefinisikan sebagai kuasa yang terbit daripada seseorang individu kepada individu lain dan meninggalkan kesan kepada orang lain. • Satu keadaan yang membolehkan seseorang membuatkan orang lain menyokong, mengundi, patuh dan berpuas hati dengannya (Ramanathan, 1993). • Pengaruh sebagai satu kebolehan secara semula jadi untuk mengambil hati orang lain dan memberi tunjuk ajar terhadap seseorang bagi memudahkan pelaksanaan objektif kumpulan atau organisasi (Certo, 2000). • Menurut Md. Zhahir (2000: 96) pengaruh berbeza dengan kuasa kerana konsep pengaruh lebih luas daripada kuasa. KONSEP PENGARUH • Dalam sesebuah organisasi, apabila disebut pengaruh, ia kerap kali merujuk kepada istilah kuasa dan juga kewibawaan. • Namun dalam situasi-situasi tertentu, ketigatiga konsep ini tidaklah seiringan dan haruslah dilihat dari perspektif yang berlainan (Ahmad Atory, 1998). KONSEP KUASA • Bertand (1948), mendefinisikan kuasa sebagai satu nilai yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu kesan atau kejadian. • England et al. (1974) melihat kuasa ini dari sudut positif. • Kuasa penting untuk melakukan sebarang perubahan dan melalui kuasa juga pihak-pihak yang terbabit bertanggungjawab untuk menerima dan melaksanakan segala arahan yang diberikan. KONSEP KUASA • Mitcell dan Larson (1987) kuasa dikaitkan dengan kebolehan seseorang untuk mengubah kelakuan dan sikap orang lain bagi mengikut kehendak dan arahannya. • Razali (1990) melihat kuasa sebagai satu tekanan yang boleh diturunkan daripada individu kepada individu lain, mengikut had kuasa dan autoriti yang diberikan kepadanya. • Kurt Lewin percaya bahawa tekanan yang diterima oleh pihak pengurus dan subordinat akan mengubah stail pengurusannya agar selari dengan objektif dan matlamat organisasi. KONSEP KUASA • Mengikut Pfeffer (1981) pula, kuasa boleh diertikan sebagai kapasiti seseorang, pasukan atau organisasi untuk mempengaruhi pihak lain. • Kuasa tidak mampu untuk mengubah sikap dan gelagat seseorang namun masih berpotensi untuk melakukannya (Abdul Aziz, 2000). • Kuasa bolehlah diertikan sebagai kebolehan dan kemahiran seseorang untuk mempengaruhi orang lain agar melakukan tugasan yang diperintahkan. • Manfred (1989) yang mengatakan bahawa kuasa boleh membawa maksud kotor. • Sebarang tindakan penggunaan kuasa melebihi daripada yang sepatutnya akan menjadikan kuasa tersebut terhad dan berkurangan (Jinkins, 1998). KONSEP KUASA • Jenis-Jenis Kuasa 1. Kuasa ganjaran 2. Kuasa paksaan 3. Kuasa sah 4. Kuasa kepakaran 5. Kuasa petunjuk Punca-Punca Kuasa • Menurut Razali (1990): 1. Kuasa berdasarkan sumber 2. Kuasa berdasarkan fizikal / luaran 3. Kuasa kemahiran / pengetahuan 4. Kuasa hutang / budi 5. Kuasa karismatik KONSEP KEPIMPINAN • Ini dapat dilihat dengan jelas apabila Koontz dan O’Donnel yang mengaitkan pemimpin sebagai satu pengaruh apabila kuasa yang dimiliki mampu untuk mempengaruhi pihak lain berusaha secara sukarela demi mencapai matlamat bersama. • Greenberg dan Baron (1997), pemimpin bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju dan objektif organisasi. KONSEP KEPIMPINAN • Fulmer (2001) “kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu matlamat, dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu pekerja bawahannya untuk mencapainya”. • Robbin dan Coulter (2002) yang melihat keupayaan dan kebolehan sebagai teras bagi seseorang pemimpin dalam mencapai matlamat organisasi yang diwakilinya. KONSEP KEPIMPINAN • Gordon (1955:51) telah mengaitkan kepimpinan sebagai satu interaksi dengan pihak lain • Menurut Bennis (1989), ciri-ciri pemimpin yang berkarisma adalah seperti berwawasan jelas dan menarik, boleh berkomunikasi tentang wawasan mereka, memiliki daya tumpuan yang baik dan juga mengenali kekuatan organisasi sepenuhnya. KONSEP KEPIMPINAN • “Seseorang pemimpin tidak akan kekal lama sebagai pemimpin sesuatu kumpulan sekiranya anggota-anggota kumpulan tersebut tidak lagi menerima pengaruh, petunjuk dan juga arahannya.” (Razali, 1989: 2). • Ivancevich dan Matterson (2002) kepimpinan ialah satu proses berterusan dan berpanjangan. Peranan pemimpin sangat diperlukan dalam proses merancang, melaksana dan menentukan hala tuju sesebuah organisasi. • Harold dan Heinz juga mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya pekerja berjuang dengan rela hati dan penuh semangat bagi tujuan mencapai matlamat organisasi. KONSEP KEPIMPINAN • Pemimpin yang ditampilkan juga haruslah mempunyai komitmen dan dorongan yang tinggi, bersikap terbuka, memiliki akhlak yang baik dan paling penting menjadi sumber inspirasi kepada orang bawahannya (Naisbitt, 1995). • Cumming dan Woley (2001), pengurusan perubahan haruslah dalam keadaan baik dalam memastikan organisasi mampu bertahan dan bersaing pada masa depan. KONSEP KEPIMPINAN • Menurut Abdul Aziz (2000: 293), pemimpin yang lahir pada masa kini haruslah dari kalangan individu yang mampu menangani sebarang perubahan dan kesannya sama ada terhadap persekitaran, budaya, dan jangkaan subordinat. • Kepimpinan trasformasional: – “...pasukan interfunctional semakin mendapat tempat dalam sesebuah organisasi apabila pasukan kerja memerlukan integrasi yang tinggi sesama unit kerja...pemimpin harus memberi latihan semasa ke semasa kepada subordinat bawahannya agar mereka dapat memikul tanggungjawab dengan baik dan berkesan...merangsang subordinat untuk berubah dengan menggilap bakat mereka, mengembangkan potensi dan menyegarkan nilai-nilai murni yang mereka miliki...” (Abdul Aziz, 2000: 294-295) KENAPA KEPIMPINAN PENTING PADA HARI INI? • Kepimpinan merujuk kepada proses individu mempengaruhi ahli kumpulan lain untuk mencapai matlamat kumpulan dan matlamat organisasi. • Menurut Md. Zhahir (2000) didapati bahawa manusia sebenarnya suka dan peka terhadap perubahan. • Pihak pengurusan harus mengamalkan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan keadaan. – Ramai sarjana yang berpendapat bahawa keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh faktor nilai peribadi, latar belakang pengurus dan juga kaedah pembuatan keputusan (Zainal, 1997: England et al, 1974). TAMAT BAB 1 PENGENALAN KEPADA KONSEP PEMIMPIN, PENGARUH, KUASA DAN KEPIMPINAN BAB 2 TEORI-TEORI KEPIMPINAN 1. Mendefinisikan istilah-istilah pemimpin. 2. Menjelaskan teori-teori kepimpinan. 3. Memahami dan membincangkan kelemahan serta kekuatan setiap teori yang telah digunakan dalam menghuraikan konsep-konsep kepimpinan. TIPOLOGI DAN TAKSONOMI KEPIMPINAN • Tidak semua pemimpin dilahirkan dengan sifat kepimpinan semula jadi. • Oleh yang demikian, pemimpin jenis ini perlulah dibentuk dan dilatih agar menjadi lebih berkarisma dan mempunyai kemahiran tinggi. • Razali (1990), keberkesanan dan kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada penerimaan oleh pihak pekerja. • Menurut Md. Zhahir (2000) pula, selain daripada penerimaan oleh pihak pekerja, keberkesanan seseorang pemimpin juga bergantung kepada perkara-perkara yang bersangkutan dengan dirinya. TIPOLOGI DAN TAKSONOMI KEPIMPINAN • Kepimpinan ialah satu proses mempengaruhi, kerana tanpa pengaruh maka tidak wujud konsep kepimpinan. • Ia merupakan satu proses berterusan bukan hanya dilaksanakan atau diamalkan apabila keadaan terdesak atau apabila timbul sesuatu krisis. TIPOLOGI DAN TAKSONOMI KEPIMPINAN • Kepimpinan berkait rapat dengan pengaruh yang bergantung kuat kepada keupayaan memujuk. • Seterusnya, mendorong pengikut untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi ialah ciri utama dalam proses kepimpinan. • Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang (Razali, 1990). PERANAN PEMIMPIN (rujuk m/s 23) • • • • • Melaksanakan Misi dan Visi Organisasi Mengeratkan Hubungan antara Subordinat Menerima dan Memberi Maklumat Membuat Keputusan etc TEORI PENDEKATAN SIFAT • Pendekatan ini melihat pemimpin sebagai personaliti semula jadi yang membezakan mereka dengan individu bukan pemimpin. • Pendekatan ini percaya bahawa pemimpin haruslah memiliki sifat dan tabiat istimewa yang tidak dimiliki oleh individu lain. • Menurut Stogdill (1948), teori pendekatan sifat ini menekankan kepada 2 perspektif utama iaitu: • (i) Membezakan pemimpin dengan bukan pemimpin; dan • (ii) Membezakan pemimpin yang berkesan dan tidak berkesan. TEORI PENDEKATAN SIFAT • Ramai sarjana yang sependapat bahawa pelantikan seseorang pemimpin bukanlah ditentukan oleh sifat semula jadi pemimpin itu sendiri, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti politik, persekitaran, sosiologi, umur dan juga kelas sosial (Razali, 1989; Greenberg & Baron, 1997). • Hollander (1978: 21) yang menyatakan bahawa “…terdapat faktor-faktor lain yang turut memberi sumbangan kepada pelantikan seorang pemimpin kejayaan seseorang pemimpin turut dipengaruhi oleh faktor motivasi dan juga keupayaankeupayaan interpesonal yang lain”. TEORI PENDEKATAN SIFAT • Shahrom (1997), jika kesemua sifat semula jadi dijadikan ukuran dalam melantik seseorang pemimpin, kesimpulan yang boleh dibuat ialah kepimpinan ialah kebolehan semula jadi. • Sedangkan dalam realiti, terlalu sukar untuk membezakan sifat-sifat yang dimiliki oleh seseorang pemimpin. TEORI PENDEKATAN TINGKAH LAKU (BEHAVIORAL THEORY) • Pendekatan tingkah laku ini mula aktif diperkenalkan pada akhir tahun 1950-an iaitu fokus kajian pada masa itu lebih kepada ragam kelakuan pemimpin dan bukannya kepada sifat-sifat pemimpin (Razali, 1998). • “...pendekatan ini menilai ragam kelakuan seseorang pemimpin seperti autokratik berbanding demokratik, orientasi terhadap kerja berbanding dengan sosio-emosional, tumpuan terhadap pekerja berbanding dengan tumpuan pengeluaran dan sebagainya”. (Razali, 1990: 16) TEORI PENDEKATAN TINGKAH LAKU (BEHAVIORAL THEORY) • Teori pendekatan tingkah laku memberi penekanan terhadap pengenalpastian kepimpinan yang efektif dengan melihat kepada tingkahlaku pemimpin serta kesan tingkah laku tersebut terhadap pencapaian subordinat di bawahnya. • 3 kajian awal yang menjadi titik tolak kepada kajian tingkahlaku dalam kalangan pemimpin: TEORI PENDEKATAN TINGKAH LAKU (BEHAVIORAL THEORY) 1. Kajian oleh Universiti Ohio State • Tingkah laku pertimbangan menjelaskan tentang semangat kekitaan, saling mempercayai antara satu sama lain, keselesaan dan hormat menghormati dalam kalangan pemimpin terhadap subordinat di bawahnya. • Ini berbeza dengan tingkah laku struktur yang lebih memfokuskan kepada tingkah laku pemimpin dalam pembentukan tatacara kerja subordinat dan kaedah untuk membimbing mereka ke arah pencapaian matlamat. • Rujuk Rajah 2.1: Hubungan tingkah laku pertimbangan dan tingkah laku struktur (m/s 48) TEORI PENDEKATAN TINGKAH LAKU (BEHAVIORAL THEORY) 2. Kajian oleh Universiti Michigan • Pendekatan tersebut ialah pendekatan berorientasikan pekerja dan pendekatan berorientasikan pengeluaran. • Penemuan kajian ini mendapati bahawa tingkah laku pendekatan berorientasikan pekerja akan mendapat tempat di hati pekerja berbanding pendekatan berorientasikan pengeluaran. • Ini bermakna pengurus yang inginkan produktiviti dan prestasi yang baik dalam kalangan pekerja haruslah lebih bersikap bertimbang rasa dan prihatin dengan keperluan pekerja. • Menurut Katz dan Kahn (1966), pemimpin yang berorientasikan pekerja akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan juga kepuasan yang lebih baik dalam kalangan pekerja. TEORI PENDEKATAN TINGKAH LAKU (BEHAVIORAL THEORY) 3. Grid Pengurusan • Menurut Black dan Mouton (1964), bagi mengenal pasti gaya dan ciri kepimpinan yang baik, ia haruslah ditunjukkan melalui rajah dua dimensi. • Rujuk Rajah 2.2: Grid pengurusan (m/s 30) 2.2.3 Teori Kelompok: Polisi Sebagai Satu Perimbangan Kumpulan • • • • Dalam teori ini, individu-individu disifatkan mempunyai kepentingan bersama (common interests) sama ada secara formal atau tidak. Mereka akan membuat tekanan (press their demands) atau mendesak kerajaan bagi memenuhi permintaan mereka (Ahmad Atory Hussain, 1992: 17). David B. Truman (1951: 37) mengatakan bahawa satu kelompok yang berkepentingan (group interests) merupakan satu kelompok yang berkongsi sikap yang sama (shared attitude) akan membuat beberapa tuntutan tertentu khususnya kepada pemerintah. Truman menambah bahawa kelompok-kelompok tersebut akan menjadi lebih bersifat politik (political) apabila atau jika mereka membuat tuntutan melalui atau terhadap manamana institusi kerajaan. TEORI PENDEKATAN SITUASI • Penilaian terhadap stail kepimpinan berdasarkan kepada sifat dan tingkah laku mengandaikan gaya dan stail kepimpinan ialah tetap. • Pendekatan ini cuba untuk memperkenalkan beberapa alternatif terhadap situasi yang boleh mempengaruhi perilaku pemimpin dan kepimpinan. • Menurut Md. Zhahir (2000: 90), teori situasi diperkenalkan dengan tujuan untuk: – (i) Mengenal pasti faktor situasi yang paling penting. – (ii) Meramalkan gaya kepimpinan yang paling berkesan dalam situasi yang dihadapi. TEORI PENDEKATAN SITUASI 1. Teori Pendekatan Kontigensi Fiedler (dari perspektif pekerja) • Fokus utama kepada pendekatan ini ialah untuk mengukur dan menentukan sama ada pemimpin lebih cenderung kepada orientasi terhadap tugas atau orientasi terhadap perhubungan. • Hasilnya, Fiedler mengasaskan keputusannya kepada dua jenis markah iaitu markah bagi rakan sekerja yang paling tidak digemari atau Least Preffered Co-worker (LPC) dan juga markah bagi andaian persamaan antara pihak yang berlawanan atau Assumed Similarity Between Opposites (ASO). TEORI PENDEKATAN SITUASI • LPC merujuk kepada penilaian yang dibuat oleh subordinat tentang individu yang paling tidak digemari oleh mereka dalam membentuk satu kumpulan kerja. – LPC tinggi ialah pemimpin yang menekankan kepada orientasi perhubungan yang mesra dan percaya bahawa komunikasi yang baik mampu untuk meningkatkan pencapaian organisasi. • ASO melihat kepada andaian bahawa pemimpin merasakan subordinatnya seperti diri mereka sendiri iaitu orang lain menyukainya dan sanggup bekerjasama penuh dengannya. – ASO tinggi adalah pemimpin yang mengambilkan berat akan pekerja dan mengambil pandangan dan pendapat pekerja. TEORI PENDEKATAN SITUASI • Semakin tinggi kuasa dan pengaruh pemimpin untuk mempengaruhi orang bawahannya semakin berkesan sifat kepimpinannya. • Terdapat 3 dimensi tahap pengaruh pemimpin: 1. Kuasa kedudukan 2. Struktur tugas 3. Perhubungan antara pemimpin dan pengikut • Rujuk Jadual 2.1: Klasifikasi Kumpulan Kerja Berasaskan Tiga Dimensi (m/s 34) TEORI PENDEKATAN SITUASI • Secara kesimpulannya, model ini menghuraikan bahawa suasana yang berlainan akan melahirkan pelbagai reaksi ragam. • Ini bermakna bahawa keberkesanan kepimpinan sangat bergantung kepada suasana dan persekitaran yang berlaku. • Razali (1990) dalam model ini Fiedler menganggap faktorfaktor suasana menentukan sama ada urusan kepimpinan itu memberangsangkan atau tidak, tetapi data-data yang dikaji hanya melibatkan keadaan kumpulan semasa dikaji sedangkan tiada laporan mengenai keadaan sebelum kajian dilakukan. Teori Pendekatan Laluan-Matlamat House • Teori ini melihat peranan pemimpin untuk menjelaskan dan menetapkan matlamat organisasi dan subordinat, memberi laluan kepada pekerjapekerja supaya mereka dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan seterusnya mengalihkan halangan yang menjadi penghalang kepada peningkatan kualiti dan prestasi pekerja. • Menurut House, jika seseorang pemimpin ingin mencapai keberkesanan dalam proses kepimpinannya, beliau haruslah melihat ganjaran sebagai medium utama dalam mempengaruhi prestasi kerja pekerjanya. • Beliau juga berpendapat bahawa motivasi seseorang pekerja bergantung pada jangkaan terhadap ganjaran yang bakal diperoleh. Teori Pendekatan Laluan-Matlamat House • Menurut Md. Zhahir (2000), melalui model ini pemimpin dikenal pasti sebagai punca kepada ganjaran yang bakal diterima. • Model ini juga banyak bergantung kepada ramalan dan andaian tentang ganjaran dan hadiah yang bakal diterima hasil daripada prestasi yang diberikan. Teori Pendekatan Laluan-Matlamat House • Martin G. Evans juga berpendapat bahawa stail kepimpinan seorang pengurus mempengaruhi bentuk ganjaran yang tersedia untuk subordinatnya serta menyediakan laluan yang perlu ditempuhi bagi tujuan mendapatkan ganjaran dan hadiah tersebut. • Seorang pengurus yang mengambil kira tentang kebajikan pekerja bukan sahaja akan menawarkan gaji dan kenaikan pangkat tetapi juga menyediakan sokongan, galakan, jaminan kerja dan juga hormat. • Kesan pendekatan ini boleh dilihat daripada peribadi pekerja dan tekanan persekitaran dan permintaan di tempat kerja. Model Vroom-Yetton • 2 faktor utama dalam menghuraikan stail kepimpinan iaitu kualiti dan juga penglibatan pekerja dalam pembuatan keputusan. • Model ini juga merumuskan 5 stail gelagat (rujuk m/s 37) • Ringkasnya setiap keputusan yang bakal dilakukan haruslah mengambil kira pendapat dan penglibatan pihak pekerja bawahan. Model Situasi Kepimpinan Hersey dan Blancard • Hersey dan Blanchard (1974) percaya bahawa gaya kepimpinan yang berkesan bergantung kepada kematangan subordinat yang melaksanakannya. • Konsep kematangan yang dihuraikan bukanlah menjurus kepada umur dan emosi seseorang pekerja tetapi lebih kepada kesediaan dan juga kesanggupan seseorang pekerja menerima tugas yang diberikan. • Teori ini terbahagi kepada 4 fasa (rujuk m/s 38) • Ringkasnya, model ini mencadangkan agar pihak pengurusan mengamalkan stail kepimpinan berdasarkan kepada fasa-fasa yang dilalui oleh pekerja. TAMAT BAB 2 TEORI-TEORI KEPIMPINAN