hfmd 2012 Tumpat Sekolah edit1

Download Report

Transcript hfmd 2012 Tumpat Sekolah edit1

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN
MULUT (HFMD) TUMPAT KELANTAN
Pejabat Kesihatan
Daerah Tumpat
Pengenalan
• HFMD ialah penyakit berjangkit yang biasa menyerang kanakkanak berumur 10 tahun kebawah.
• Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di
kalangan kanak-kanak kecil
Pengenalan
• Biasanya disebabkan oleh Coxsackie A virus, Enterovirus 71
(EV71) dan lain-lain enterovirus.
• HFMD yang disebabkan oleh EV71 boleh menyebabkan
komplikasi Saraf dan kematian.
Rawatan
• Sehingga kini belum ada ubat anti-viral dan
vaksin yang berkesan
• Biasanya rawatan hanya untuk mengurangkn
gejala-gejala penyakit.
• Hampir keseluruhan pesakit yang mengidap
penyakit HFMD pulih tanpa rawatan
perubatan dalam masa 7 – 10 hari
• Majoriti sembuh sepenuhnya.
Faktor Risiko HFMD
• Kajian di Taiwan mendapati yang dikaitkan dengan
jangkitan EV71 ialah:
1. Kontak dengan pesakit HFMD,
2. Amalan kebersihan yang tidak baik/ persekitaran
kotor
3. Menghadiri pusat jagaan atau pusat bimbingan
kanak-kanak serta bilangan kanak-kanak yang tinggi
dalam sesuatu keluarga.
4. Tinggal di kawasan luar bandar.
Tanda-tanda
Difinasi kes
Kanak-kanak yang mengalami salah satu atau gabungan
daripada tanda-tanda berikut iaitu:
demam,
T > 37.2C
ulser mulut.
ruam (rash) tapak
tangan/kaki atau
vesicles di tapak
tangan/kaki
Langkah Pencegahan Wabak HFMD
• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
sebelum menyediakan makanan, selepas ke
tandas, selepas menukar lampin dan
membersihkan najis anak.
• Pakai selipar/kasut semasa bermain di luar
rumah.
Langkah Pencegahan Wabak HFMD
• Tutup mulut dan hidung ketika bersin dan
batuk.
Langkah Pencegahan Wabak HFMD
• Elakkan berkongsi keperluan peribadi seperti
berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut,
cawan/gelas, garpu dan sudu dengan pesakit.
Langkah Pencegahan Wabak HFMD
• Bersihkan peralatan yang telah terdedah
dengan air liur kanak-kanak seperti alat
permainan, permukaan meja, kerusi dan
lantai.
Jika Anak Menunjukkan TandaTanda Dan Gejala Penyakit HFMD :
• Bawa Anak Berjumpa Doktor Dengan Segera!
• Jangan hantar anak ke sekolah, pusat jagaan
kanak-kanak atau tadika, tabika dan taska sehingga
sembuh.
Jika Anak Menunjukkan TandaTanda Dan Gejala Penyakit HFMD :
• Elakkan membawa kanak-kanak ke tempat awam
yang sesak seperti pusat membeli-belah,
pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.
• Asingkan anak anda dan peralatannya daripada
kanak-kanak lain.
Jika Anak Menunjukkan TandaTanda Dan Gejala Penyakit HFMD :
• Bersihkan lelehan dari mulut dan hidung
menggunakan tisu.
• Cuci barangan anak dengan sabun dan air bersih.
• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
sebelum dan selepas memegang/menyentuh anak.
Bawalah anak berjumpa doktor
dengan segera jika keadaannya
bertambah teruk!