perlis - SK Seri Ampang

Download Report

Transcript perlis - SK Seri Ampang

ASAL USUL NAMA TEMPAT
KAJIAN TEMPATAN
Prepared By:
NUR IRDINA DARWISYA ,ADRIANA ADAWIYAH,
ATIFAH BATRISYIA,AMIRATUL HUDA.
4 AMIR
PENDAHULUAN
Nama tempat mencerminkan sejarah,
budaya dan lokasi dan ia tidak berakhir
dengan cerita rakyat, mitos dan sebab-sebab
kewujudan nama tersebut.
PERLIS
• Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas.
Terdapat pelbagai andaian:1. Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil,
terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu
berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang
bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan
dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau
Perlis.
2. Berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia
daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
3. Sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut
adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok
Perlis.
PERLIS
4.
•
Berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis
ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah.
Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah,
Perlis mendapat namanya.
Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat,
dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis
pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh
dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan
pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus. Meskipun terdapat
banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis,
kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan
bersempena dengan nama pokok perlis.
KEDAH
• Nama negeri Kedah mempunyai persamaan dengan
perkataan Kadah atau Khedah yang bermaksud
perangkap gajah.
• Namun demikian, besar kemungkinan nama Kedah
bukan berasal daripada perkataan tersebut.
• Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam.
Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula
bermaksud warna hitam.
• Pada zaman dahulu, pedagang-pedagang Arab dan
Parsi memanggil kawasan yang terletak di sebelah
utara Semenanjung sebagai Kilah, Kalah atau Qalha.
PERAK
•Pada zaman dahulu Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas,
Manjung dan Janin (Hulu Perak). Dikatakan ketiga-tiga ketua daerah ini telah
bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri
dengan memakai nama yang khusus. Mereka bersetuju untuk menamakan
ketiga-tiga daerah ini sebagai Perak mengambil sempena nama Bendahara
Tun Perak. Ini adalah cerita versi Almarhum Sultan Idris.
•Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan nama negeri Perak ada
kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan
telah pergi meneroka membuka sebuah negeri baru. Putera itu telah sampai
ke sebuah sungai besar dan terdapat pula tasik, melingkungi tiga atau empat
buah pulau. Putera tersebut berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah
negeri...", Lalu baginda memanah ke udara menggunakan sebilah anak panah
yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'.
Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam keatas sebuah daripada pulaupulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera
Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.
SELANGOR
• Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir
Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah sempena sungainya.
Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman dahulu memang telah
menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat dari nama sungai.
Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yangmenjadi
alat perhubungan ketika itu. Nama Selangor (Kuala Selangor) ini dikatakan
juga telah wujud lebih awal dari KurunMasehi 15, kerana sebelum Melaka
dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511, Kuala Selangor pernah
ditakluk oleh Melaka.
NEGERI SEMBILAN
• Nama Negeri Sembilan yanag kita warisi sekarang ini adalah diambil dari
nama 'Sembilan Negeri' yang diketuai oleh 'Sembilan Penghulu' yang
menabalkan Raja Melewar.
• Perkataan 'Negeri' di pangkal huruf 'Sembilan' itu adalah diambil dari
istilah yang lazim dipakai dari tanah leluhur (asal) Minangkabau yang
membawa pengertian satu kawasan atau daerah yang kira-kira seluas luak
atau mukim atau kampung, orang-orang Minang memanggil dengan nama
'negeri'.
MELAKA
Sejarah Melayu
Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil
menendang anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah
sepohon pokok
Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu
menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut
sesuai untuk dijadikan negeri
JOHOR
Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang
bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para
pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah
yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali
sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang
bermaksud “Batu Permata”.
PAHANG
Dalam catatan sejarah pengembara zaman dahulu, pelbagai nama telah diberikan kepada
Pahang.Daripada unsur Arab dan Eropah, Pahang pernah disebut sebagai ‘Pam’, ‘Pan’,
‘Paam’, ‘Paon’, ‘Phaan’, ‘Phang’, ‘Pahan’, ‘Phaun’ atau ‘Pahangh’. Dalam catatan Cina pula,
mereka menyebut Pahang sebagai ‘Pan-Pan’, ‘Peng Keng’, ‘Peng-Feng’, ‘Pang Hang’ atau
‘Fong-Fong’. Dalam bahasa Khmer perkataan Pahang disebut ‘timah’. Dalam Hikayat Hang
Tuah dan lain-lain catatan lama, Pahang dirujuk sebagai ‘Indera Pura’ dan ibu negerinya
ialah Pekan.
Menurut cerita rakyat tempatan, asal usul nama Pahang diperolehi daripada nama
sebatang pokok mahang yang amat besar, dikatakan tumbuh di tebing Sungai Pahang.
Oleh kerana pokok itu amat besar sehingga nampak dari Laut China Selatan dan menjadi
pedoman kepada lanun-lanun di laut untuk merompak penduduk negeri itu.Bagi tujuan
keselamatan pemerintah Pahang ketika itu telah mengarahkan pokok itu ditebang.
Akhirnya seramai tujuh orang batin Orang Asli telah sanggup untuk menebang pokok itu.
Setelah pokok itu tumbang, ketujuh-tujuh orang batin tersebut meninggal dunia.
Menurut cerita, ketujuh-tujuh orang batin itu mengambil masa tujuh hari tujuh malam
untuk menumbangkan pokok raksasa itu. Setelah tumbang, pangkal pokok mahang itu
dikatakan dapat memuatkan sebanyak 40 hidangan. Daripada peristiwa itu, sungai yang
mengalir berhampiran dengan pokok itu dinamakan Sungai Mahang dan negerinya pula
dinamakan Mahang. Tetapi lama-kelamaan sebutan itu bertukar menjadi Pahang dan kekal
sehingga hari ini.
KELANTAN
Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam",
iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang
mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau
"kolam tanah". Ada juga yang mengatakan gabungan daripada perkataan
kolam (tanah) dengan autam (sempadan).
TERENGGANU
Asal-usul nama Terengganu agak kurang jelas. Sungai Terengganu mempunyai
sebatang cabang yang dikenali sebagai Trengan, namun ini mungkin hanya
satu kebetulan sahaja. Trengan bermaksud sungai yang mengalir di kawasan
yang telah diterangkan. Jalan masuk ke kawasan ini, yang dikatakan diliputi
oleh hutan yang tebal, telah diterangkan oleh orang asli yang hanya
menerima upah dalam bentuk mata kail. Kawasan ini dicatatkan sebagai
Tarangaran di dalam salah sebuah peta yang terdapat di Muzium Negara
Singapura
KESIMPULAN
Kebanyakan nama-nama tempat di Malaysia
kekal sama sejak zaman berzaman manakala
sesetengah nama telah diubah atau diubahsuai
untuk disesuaikan dengan masa atau zaman.
Namun cerita-cerita di sebalik kewujudan nama
tempat tersebut ada yang banyak nama
membingungkan orang-orang yang percaya
akan mitos dan linguistik.