Transcript Document
PEDAGOGI TEORI PEMBELAJARAN MAZHAB KOGNITIF IPGM, KAMPUS PERLIS 1 PENGENALAN Pendapat ahli psikologi seperti Kohler, Bruner, Gagne & Ausubel definisi ‘Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif’ “Satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku” IPGM, KAMPUS PERLIS 2 Tumpuan kajian - jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori menumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori Gestalt – manusia menpunyai struktur kognitif dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan susun segala maklumat dalam ingatannya. IPGM, KAMPUS PERLIS 3 TEORI PEMBELAJARAN KOHLER Wolfgang Kohler (1887-1967) & Kuri Koffka (1886-1941) ahli psikologi German bermastautin di AS pada awal abad ke-20. Menggunakan pendekatan kognitif untuk menkaji bagaimana seekor cimpanzi selesaikan masalah untuk dapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Cimpanzi mula gunakan cara melompat-lompat tetapi gagal dapatkan pisang. IPGM, KAMPUS PERLIS 4 Tiba-tiba dapat lihat pertalian di antara susunan lotakkotak dengan cara mendapat pisang tersebut. Kesimpulan : haiwan seperti cimpanzi pula belajar melalui proses kognisi. Cimpanzi gunakan alatan untuk selesaikan masalah berdasarkan pengalaman dan persepsinya iaitu mendapati perkaitan antara ransangan seperti kotak dan pisang yang ada dalam masalah yang dihadapinya. IPGM, KAMPUS PERLIS 5 Persepsi perkaitan untuk selesaikan masalah ini dikenali sebagai “celik akal”. Hasil kajian, Kohler sarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi IPGM, KAMPUS PERLIS 6 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOHLER Guru perlu galakkan pelajar agar gunakan celik akalnya untuk selesaikan masalah. Bimbing pelajar guna persepsinya untuk hubungkaitkan unsur-unsur persekitaran. Sampaikan pelajaran langkah demi langkah ikut urutan yang sesuai. Bimbing pelajar selesaikan masalah dengan teknik menyoal. Gunakan contoh khusus utk bimbing pelajar supaya guna celik akal mereka utk dapatkan kesimpulan. IPGM, KAMPUS PERLIS 7 Ajarkan pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan pelajar dan pengalaman mereka. Memberikan bahan pelajaran yang lengkap supaya pelajar boleh guna untuk selesaikan masalah. Sebagai contoh dalam masalah geometri yang datang secara tiba-tiba jika individu tidak pernah belajar teori geometri tentu tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut jika bergantung celik akalnya sahaja. IPGM, KAMPUS PERLIS 8 PEMBELAJARAN ISYARAT TOLMAN (SIGN LEARNING) E.C. Tolman- ahli psikology dalam kajian peta kognitif haiwan pembelajaran individu mempunyai tujuan yang bermakna iaitu dalam situasi pembelajaran ia adalah tindakan yang mempunyai hasrat mencapai sesuatu objektif. Gerak balas individu bukan sahaja tindakan fizikal bahkan aktiviti yang ada arah tujunya. Selepas objektif dicapai kali pertama, apabila situasi pembelajaran yang sama berlaku semula, gerak balas yang diharapkan akan lebih kukuh. IPGM, KAMPUS PERLIS 9 Selepas diulang berkali-kali, maka tingkah laku individu di anggap berjaya dibentuk. Tapi jika objektif tidak lagi bersama tanda berkaitan dahulu maka gerak balas yang diharapkan akan lemah. Syarat yang diperlukan aialah kefahaman terhadap tanda, dan kognitif terhadap perhubungan tand dan objektif yang hendak dicapai. IPGM, KAMPUS PERLIS 10 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN ISYARAT TOLMAN DALAM P&P Pembelajaran merupakan perkaitan ransangan dengan objektifnya. Untuk capai objektif, guru perlu melatih pelajar gunakan persepsi mereka dengan tepat. Persepsi penting untuk perkaitan rangsangan denagn kemahiran atau ilmu pengetahuan. Sesuatu masalah yang melibatkan penggunaan beberapa ransangan hendaklah dipersepsikan secara keseluruhan. Cth utk selesaikan masalah geometri tentang bulatan, teorem asas geometri yang berkaitan akan dipertimbangkan IPGM, KAMPUS PERLIS 11 Guru hendaklah bimbing pelajar supaya membentuk peta kognitif yang tepat dalam proses pembelajaran. Pelajar hendaklah ada gambaran secara keseluruhan terhadap isi kandungan yang akan dipelajari untuk mencapai pembelajaran berkesan. IPGM, KAMPUS PERLIS 12 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET Dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970) menjelaskan huraian lima pandangannya yang asas yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu iaitu : Skema Adaptasi Keseimbangan Asimilasi Akomodasi IPGM, KAMPUS PERLIS 13 SKEMA (SCHEMA) Model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar Dirujuk sebagai kebolehan/pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Aksi, bahasa, pemikiran, pandangan atau idea yang boleh mewakili ciri tingkah laku disebut sebagai skema individu. Skema individu merupakan tingkah laku yang sering berubah mengikut pembelajaran. IPGM, KAMPUS PERLIS 14 Pada peringkat perkembangan kanak-kanak, skema tingkah laku berubah dari semasa ke semasa, dari kasar ke halus, dari mudah ke kompleks. Contoh aksi kanak-kanak berusaha pegang benda adalah skema pegangannya. Mulanya aksi memegang kurang cekap kemudian tekniknya beransur maju apabila perubahan koordinasi otot semakin cekap serta banyak pengalaman dari pembelajaran. Mengikut Piaget, perubahan skema kanak-kanak ini mewakili hasil yang didapati dari pembelajaran. IPGM, KAMPUS PERLIS 15 ADAPTASI (ADAPTATION ) & KESEIMBANGAN (EQUILIBRATION) Adaptasi dan keseimbangan saling berkait,saling mempengaruhi dan menggunakan skema sebagai asas tindakan di antara mereka. Proses perubahan skema selaras dengan keperluan situasi. Keseimbangan adalah sama dengan seseuatu kuasa penggerak dalaman yang dikatakan motivasi pembelajaran. IPGM, KAMPUS PERLIS 16 ASIMILASI (ASSIMILATION ) & AKOMODASI (ACCOMODATION) Perubahan skema individu sehingga tingkahlakunya menjadi kompleks. Terdapat dua bentuk iaitu asimilasi dan akomodasi yang saling berkait rapat dan bergantung kepada keputusan struktur kognitif. Cthnya dalam pembelajaran, biasanya menggunakan pengalaman, pandangan, sikap dan gerak balas. IPGM, KAMPUS PERLIS 17 IMPLIKASI TEORI PIAGET DALAM P&P Isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanakkanak iaitu : Konkrit kepada abstrak Dekat kepada jauh Pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru Kasar kepada halus Pembelajaran adalah perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran baru dan kompleks perlu guna proses akomodasi untuk ubah struktuk kognitif agar sesuai dengan keadaan pembelajran. Guru perlu galakkan mereka libatkan diri secara aktif sebab proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrisik. IPGM, KAMPUS PERLIS 18 TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT R.M GAGNE Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) kemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia mendapatkan maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat akan ditafsirkan dalam stor ingatan, dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. IPGM, KAMPUS PERLIS 19 PERSEKITARAN Rangsangan-rangsangan Pelaksanaan Rakaman Deria Penggerak Tindak Balas Stor Ingatan Jangka Pendek Stor Ingatan Jangka Panjang Teori Asas Pembelajaran Gagne IPGM, KAMPUS PERLIS 20 Pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting untuk kaitkan dengan pengalaman baru bagi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne sarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Fasa motivaasi Fasa kefahaman Fasa penyimpanan Fasa penahanan Fasa ingatan kembali Fasa generalisasi Fasa prestasi Fasa maklum balas IPGM, KAMPUS PERLIS 21 TEORI METAKOGNISI Metakognitif berkait rapat dengan pemikiran. Meta bermaksud pusat atau tahap yang lebih tinggi. Metakognitif adalah sesuatu jenis pemikiran yang berfungsi merancang, mengarah, mengawal, menyemak dan menilai segala proses pemikiran kognitif yang merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif, membuat keputusan dan selesaikan masalah. Metakogntif dibahagikan kepada tiga iaitu ilmu metakognitif, kemahiran metakognitif dan pengalaman metakognitif. Ketiganya berkait rapat dengan pembelajaran IPGM, KAMPUS PERLIS 22 Dalam proses pembacaan, proses metakognitif berlaku dalam pemikiran kognitif : i. Kawalan kefahaman – kesedaran individu sama ada faham apa yang dibaca atau tidak. ii. Semakan diri – kesedaran individu sama ada dirinya telah faham dan analisis apa yang dibacanya tepat atau tidak. iii. Kesedaran tehadap tujuan membaca – ubahsuai teknik membaca berdasarkan objektif diri. Model Proses Pemikiran –operasi metakognitif bukan mengarah dan kawal segala proses pemikiran tetapi juga proses ingat kembali (proses refleksi). Proses pemikiran pula ada tiga komponen – input, operasi, output. Flavell(1981) – metakognisi adalah kognitif refleksi iaitu pengalaman dan kesedaran dalam proses pemikiran kognitif individu diri sendiri. IPGM, KAMPUS PERLIS 23 SEKIAN, TERIMA KASIH IPGM, KAMPUS PERLIS 24