PENULISAN - philosophia bahasa melayu

Download Report

Transcript PENULISAN - philosophia bahasa melayu

BAHASA MELAYU
KOMUNIKASI
(KOMUNIKASI BERTULIS)
PENULISAN
Kegiatan merakamkan idea, pandangan
atau pendapat dalam bentuk lambanglambang bertulis untuk disimpan atau
digunakan pada masa hadapan.
 Dilakukan secara spontan atau terancang.
 Penulisan yang baik akan dan sempurna
akan melibatkan beberapa faktor seperti:

Isi atau Fakta
 Gaya dan Laras
 Pengolahan
 Bahasa

Fakta
Isi yang hendak dipamerkan bagi tatapan
pembaca
 Bagi karya berbentuk ilmiah, fakta yang
diketengahkan mestilah berdasarkan sesuatu
yang dapat dipegang kebenarannya.
 Digarap
melalui
pembacaan,
hasil
penyelidikan ataupun daripada pengalaman
penulis.
 Faktor –faktor tersebut diadun, disusun dan
dirancang persembahan sebelum ia dapat
diketengahkan.

Fakta yang sempurna mempunyai nilai
kebolehpercayaannya yang tinggi.
 Pandangan dan pendapat yang berasaskan
prinsip, falsafah, ideologi dan teori-teori juga
merupakan bahan-bahan yang dapat digunakan
sebagai fakta.
 Paling penting, fakta-fakta yang dipamerkan
hendaklah jelas, bermutu, terbukti kesahannya,
meyakinkan dan dapat disampaikan secara
mudah, logik, dan penuh bertanggungjawab.

Gaya
Stail atau cara sesebuah penulisan itu
diolah dan disampaikan.
 Melibatkan penggunaan
bahasa yang
tertentu yang biasanya diadun dengan
pengolahan yang menarik dan berkesan.
 Gaya
yang
menarik
dan
baik
meransangkan pembaca dan memberikan
impak yang mendalam kepada para
pembaca.

Laras
Ditujukan kepada penggunaan bahasa
mengikut bidang-bidang tertentu dan
berdasarkan konteks dan situasi tertentu.
 Laras berubah-ubah mengikut situasi.
Laras bahasa yang berbeza mempunyai
kepentingan yang tersendiri dalam fungsi
perlakuan sosialnya.

Adalah penting untuk mengenali laras
utama bahasa Melayu. Apabila kita dapat
membezakan laras formal dengan laras
yang tidak formal, kita dapat mengelak
daripada menggunakan laras yang tidak
sesuai dengan situasi tertentu.
 Pengetahuan ini penting dan berguna
kepada mereka yang sering terlibat
dengan saluran media cetak, penulis,
penyair dan sebagainya.

Pengolahan
Kebolehan seseorang memerihalkan sesebuah
penulisa secara menyeluruh.
 Melibatkan bahasa dan penggunaannya secara
berkesan, serta melibatkan format dan bentuk.
 Pengolahan yang baik dan sempurna mempunyai
kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan
pertalian.
 Dapat membantu penulis memberi gambaran
yang jelas dan menggerakkan ransangan serta
daya berfikir pembaca dengan sempurna. Dengan
kata lain, penulisan akan menjadi lebih matang,
menarik dan berkesan.

Bahasa
Haruslah mudah dibaca, ditelahi dan
dinikmati.
 Penulis haruslah peka terhadap bahasa
dengan menjaga penggunaan bahasa yang
digunakan agar ia menarik dan mudah
dinikmati.

JENIS-JENIS TEKS
Penulisan teks perlulah kemas, dapat
dibaca dan difahami.
 Teks haruslah mempunyai isi yang cukup,
dan tersusun baik.
 Terdapat 2 jenis teks iaitu karangan
berformat kusus teks dan karangan yang
berformat umum.

Teks karangan berformat khusus ialah
karangan yang terikat dengan formatformat tertentu dari segi penulisan.
 Teks karangan berformat umum ialah jenis
teks karangan yang formatnya lebih
sederhana.

Jenis-jenis Teks Format Khusus











Surat Rasmi
Laporan
Minit Mesyuarat
Pengumuman
Rencana
Ucapan
Wawancara
Kertas Kerja
Kad Ucapan
Puisi
Cerpen
SURAT RASMI
Surat rasmi bersifat formal dan digunakan
untuk tujuan yang penting sahaja seperti
urusan
pejabat.Contoh-contoh
surat
kirman rasmi ialah surat aduan,surat
rayuan,surat pesanan barang,surat undangan
rasmi,surat
permohonan
dan
surat
edaran(pekeliling)
Gaya Bahasa Surat Rasmi
Gaya bahasa atau laras bahasa yang
digunakan untuk surat kiriman rasmi
haruslah baku dan dapat menggunakan
ejaan serta tanda bacaan yang betul.
 Selain itu bahasanya juga haruslah mudah
tetapi tepat dan padat.
 Penggunaan kiasan dan sebagainya tidak
digalakkan dalam penulisan surat rasmi ini.

SAMBUNGAN
Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian:
Gaya penulisan dan bahasa haruslah sesuai
dengan penerima dan tujuan surat.
 Pemilihan
ungkapan dan perkatan yang
digunakan haruslah sesuai.
 Surat haruslah sesuai dan bersih,tanpa kesilapan
ejaan,tatabahasa tanda bacaan dan fakta.
 Strukturnya mestilah mengikuti urutan dan
logik,untuk
membantu
penerima
surat
memahami mesej dan bertindak sewajatnya.

FORMAT SURAT RASMI




ALAMAT PENGIRIM
Ditulis di sudut atas sebelah kiri surat.
GARIS PANJANG MELINTANG
Dibuat selepas menulis alamat pengirim.
NAMA DAN ALAMAT PENERIMA.
Ditulis selepas rgaris melintang. Barisan akhir alamat
penerima hendaklah digaris.
TARIKH
Ditulis di bahagian sebelah kanan surat,sebaris dengan
baris akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah
berhuruf besar sepenuhnya dan dibubuh tanda noktah(.)
selepas itu.
sambungan



PANGGILAN HORMAT PENERIMA
Ditulis dibawah alamat penerima selepas melangkaui satu baris
kosong. Tanda koma dibubuh selepas panggilan penerima tersebut.
PERKARA
Ditulis di bawah panggilan hormat penerima selepas melangkaui
satu baris kosong dan diberi garis dibawahnya.Huruf besar
digunakan pada setiap awal kata.Jangan bubuh tanda noktah di
bahagian akhir ayat ini.
PEMERENGGANGAN / ISI-ISI
Perenggan pertama dan akhir tidak diberi nombor.Kedua-dua
perenggan ini dimulakan dari tepi surat.Perenggan kedua dan
seterusnya diberi nombor dan disertai noktah.Permulaan ayat ini
dijarakkan sedikit dari nombor
sambungan
PENGAKUAN PENGIRIM
Ditulis di sebelah kiri surat selepas melangkaui
dua hingga tiga baris kosong sesudah perenggan
akhir. Tanda koma hendaklah diletakkan selepas
rangkaian kata-kata ini.
 TANDATANGAN
Diletak sebelah kiri bahagian akhir surat
selepas pengakuan pengirim.
 NAMA PENUH PENGIRIM
Nama penuh pengirim hendaklah ditulis dengan
huruf besar di dalam kurungan di bawah tanda
tangan.

GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Dalam surat rasmi perkataan “saya” digunakan untuk
menunjukkan jumlah tunggal. Manakala perkataan “kami”
dan “kita” digunakan untuk menunjukkan jumlah jamak.
Jika surat rasmi ditujukan kepada orang yang mempunyai
gelaran diraja seperti Tengku, Tuanku dan Raja anda tidak
perlu membahasakan diri sebagai patik.
 Sekiranya surat tersebut anda tujukan kepada raj yang
memerintah seperti Yang Dipertuan Agong,Sultan dan
permaisuri baginda, maka dalam keadaan ini wajiblah
anda merujuk diri sebagai patik.Raja yang memerintah
dan isteri baginda pula akan menggunakan “beta” sebagai
gantinama diri pertama.

GANTI NAMA DIRI KEDUA
Penggunaan ganti nama diri kedua di dalam surat
rasmi agak rumit. Beberapa perkara perlu
dipertimbangkan iaitu
jantina,umur,pangkat,status dan hubungan
penerima dengan anda. Anda juga boleh
menggunakan nama gelaran dalam konteks ini.
 Penggunaan nama tuan dan puan boleh
digunakan untuk penerima yang mempunyai
gelaran diraja atau gelaran bukan diraja seperti
Profesor, Tan Sri,Pehin Puan Sri,Tun,Haji,Hajah
dan sebagainya.Gelaran-gelaran tersebut
bersama-sama rujukan terhormat boleh diulanulang supaya penggunaan bahasa anda halus.

GANTI NAMA DIRI KETIGA



Dalam urusan surat-menyurat secara rasmi anda boleh
menggunakan kata beliau sebagai gantinama diri orang
ketiga untuk merujuk kepada sesiapa sahaja kecuali raja
yang memerintah dan isteri baginda.
Dalam konteks ini,anda perlu menggunakan rujukan
Tuanku, Seri Paduka. Sekiranya anda merujuk kepada
jumlah yang ramai, anda boleh menggunakan kata
mereka kecuali untuk raja yang memerintah dan isteri
baginda.
Untu merujuk orang yang ketiga anda juga boleh
menggunakan nama penama.Contoh:
Penama yang tersebut di atas telah berkhidmat selama
dua tahun………
KEKUATAN SURAT RASMI
1.
2.
3.
4.
5.
Pengirim dapat dihubungi dengan segera kerana
terdapat rujukan surat,nombor telefon,nombor faks
dan sebagainya.
Degala hubungan dengan orang luar di bawah
pengetahuan Ketua Jabatan kerana segala urusan rasmi
yang ditujukan kepada kakitangan dan staf mestilah
melalui Ketua Jabatan.
Surat boleh dibaca berulang kali dan boleh disimpan
secara manula dan perkomputeran.
Perancangan awal dan penyusunan kandungan surat
yang baik membolehkan pengirim menghuraikan ideaidea dengan jelas.
Dapat menjimatkan kos dan lebih ekonomi kerana
harga setem jauh lebih murah jika dibandingkan
dengan bil telefon bagi panggilan jauh.
KELEMAHAN SURAT RASMI
1.
2.
3.
Kesilapan dalam surat yang diposkan
tidak dapat diperbetulkan dengan serta
merta.
Surat harus ditulis dengan teliti dan
tertib kerana surat ini mewakili diri dan
menggambarkan sahsiah pengirim.
Pengiriman surat mengambil masa yang
lebi berbanding dengan cara
telefon,faksimili dan sebagainya.
LAPORAN



1.
2.
3.
4.
Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang
telah berlaku. Selalunya, penulisan laporan adalah tentang kegiatan
persatuan, lawatan, hari penyampaian hadiah dan sebagainya. Untuk
menulis laporan, penulis mestilah benar-benar mengetahui segala
butir tentang hal ataupun peristiwa yang hendak dilaporkan. Butirbutir seperti persoalan tentang apa, siapa, bila, di mana dan
mengapa haruslah dapat dimasukkan dan diolah dengan baik dalam
laporan.
Ellis dan Hopkin(1985) – definisi laporan sebagaidokumen untuk
menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus.
Mengikut Nuraini(1991:69)- laporan boleh dikategorikan
berdasarkan tujuan penulisan seperti berikut:
Makluman
Pemujukan
Penerangan
Sejarah
GAYA BAHASA LAPORAN



Dalam menghasilkan laporan terdapat lima perkara yang
perlu difikirkan iaitu persediaan, pengumpalan
bahan,penyusunan bahan, penulisan dan penyemakan
semula. Penyusunanbahan amat amat penting kerana
pembaca akan terkeliru dengan penulisan bahan yang
tidak dirancang dengan baik.
Bahasa garus jelas dan mudah difahami.
Penulis boleh memilih kaedah
logik,kronologi,berdasarkan ruang,memulakan maklumat
yang diketahui umum kepada yang tidak diketahui
umum,memulakan dengan yang lengkap kepada
bahagian-bahagiannya iaitu secara cerakinan ataupun
boleh memulakan bahagian-bahagiannya dahului dan
diakhiri dengan yang lengkap.
FORMAT LAPORAN



Tajuk Laporan
Ditulis dengan menggunakan huruf besar pada setiap
awal kata(kecuali kata sendi,kata hubung dan kata
sandang)dan diberi garis dibawahnya.
Isi Laporan
Ditulis bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan
penutup sama seperti karangan biasa.
Pengakuan Pelapor
Ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan
akhir,sesudah melangkau dua atau tiga baris kosong.
Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar
dan tanda koma(,) dibubuh selepas pengakuan tersebut.
sambungan
Tarikh
Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan
pengakuan pelapor.
 Tanda Tangan Pelapor
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah iaitu selepas
pengakuan pelapor.
 Nama Pelapor
Ditulis sepenuhnya dengan huruf besar di dalam
kurungan selepas tanda tangan.
 Jawatan Pelapor
Ditulis disudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh
tanda koma(,) dihujungnya. Seterusnya ditulis nama
persatuan yang mewakili dan dibubuh tanda titik(.).

KEKUATAN LAPORAN
1.
2.
Laporan yang baik seperti laporan
sejarah,laporan penerangan dan sebagainya
akan meninggalkan kesan yang mendalam
kepada pembaca.
Laporan selalunya memuatkan perkaraperkara penting yang mendatangkan faedah
kepada pembaca. Contohnya jika laporan
kajian,selalunya akan memuatkan ruangan
abstrak, implikasi daripada dapatan kajian dan
sebagainya.
KELEMAHAN LAPORAN
Laporan yang teliti memerlukan masa,
tenaga serta kewangan yang agak banyak
untuk menghasilkannya terutamanya
laporan formal seperti projek
kerajaan/swasta.
 Untuk menghasilkan laporan yang baik
bukan suatu kerja yang mudah kerana
lapora perlu menggunakan kebolehan
menulis yang tinggi daripada segi
penggunaan bahasa.

MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat dicatatkan oleh
setiausaha.
 Satu daripada bentuk laporan.
 Akan dijadikan sebagai sumber rujukan
pada masa-masa akan datang.,
 Penulisan mestilah tepat lengkap dan
kemas.

GAYA BAHASA MINIT MESYUARAT
Bahagian pendahuluan lazimnya
memuatkan aluan pengerusi.
 Bagaimanapun bahagian ini tidak
dicatatkan sebagai sebahagian daripada
agenda.
 Sebarang pindaan terhadap minit
mesyuarat yang lalu misalnya pembetulan
ejaan , frasa, ayat nombor dan sebagainya
perlu dicatatkan.
 Nyatakan juga jika tiada pindaan.

sambungan
Bahagian-bahagian yang berbangkit perlu
memuatkan perkara yang dibangkitkan oleh ahli
berdasarkan minit mesyuarat.
 Selepas pengesahan minit mesyuarat dibuat dan
diikuti dengan perkara-perkara
berbangkit,barulah mesyuarat diteruskan dengan
membincangkan agenda-agenda yang ditetapkan.
 Dalam bahagian “hal-hal lain” setiap isu yang
dibentangkan hendaklah diberi bilangan nombor
yang berlainan.
 Penulisan minit mesyuarat mengikut format yang
khusus.

FORMAT MINIT MESYUARAT
Sebenarnya tidak ada keseragaman dalam
penyediaan penyediaan minit mesyuarat.
 Setiap jabatan, persatuan atau badanbadan tertentu mempunyai cara yang
tersendiri untuk mencatatkan minit
mesyuarat masing-masing.
 Lazimnya mengikut format seperti
berikut:

sambungan
Bahagian kepala / tajuk
- Bilangan minit mesyuarat
- Jabatan / Jawatankuasa
- Pertubuhan / Organisasi
Contoh :
MINIT MESYUARAT KELAPAN PERSATUAN BOLA
SEPAK AMATUR KEDAH DARUL AMAN.
2.
Masa dan tempat
- Tarikh mesyuarat
- Waktu mesyuarat dijalankan
- Tempat
1.
sambungan
Contoh :
Tarikh : 17 Disember 1990
Waktu : 2.30 petang
Tempat: Kediaman rasmi YB Menteri Besar
Kedah Darul Aman.
sambungan
3. Kehadiran ditulis dalam susunan seperti
berikut:
a)Hadir - senarai nama ahli yang hadir
dan jawatan.
b)Turut hadir –senarai nama mereka yang
hadir sebagai pemerhati atau undangan
khas.
c) Tidak hadir – senarai nama ahli yang
tidak hadir (sama ada beri
alasan atau tidak).
sambungan
Contoh:
Ahli-ahli yang hadir :
Dato’ Sri Osman Hj Arof
(Pengerusi)
Dato’ Hj Ahmad Basri Akil
(Setiausaha)
En Lee Kin Hong
En Mohd Azmi Mahmud
En Tan Cheng Hoe
En Naina Mohamad Ismail
En Abd Aziz Azizan
En Romli Ghani
En Radhi Mat Din
En Ng Chew Beng
En Mohamad Ramli
-
sambungan
Turut hadir : En Milous Kvacek
En Rincic Bratislav
En V. Sundram Moorthy
En Abdul Halim Hj Abd
Hamid
 Ahli tidak
: En Hussin Jaafar
hadir
En Chan Keat Swee
En Ahmad Sobri Ismail

sambungan
Agenda
Penulisan agenda-agenda yang dibincangkan adalah seperti berikut:
 Kata-kata aluan
 Meluluskan minit mesyuarat yang lalu
 Perkara-perkara berbangkit
 Ganjaran istimewa
 Hal-hal lain
Dalam penulisan minit mesyuarat,ayat yang digunakan harus
menggambarkan keputusan dibuat berdasarkan persetujuan ahli-ahli
mesyuarat.
Contoh: Mesyuarat telah dimaklumkan……
Mesyuarat telah bersetuju menerima…..

sambungan

Penutup
bahagian penutup mesyuarat terdiri
daripada
a) Penangguhan
b) Nama serta jawatan penyedia minit
mesyuarat dan nama serta jawatan orang
yang akan mengesahkan minit mesyuarat
berkenaan,iaitu pengerusi dengan
persetujuan ahli-ahli mesyuarat.
PENGUMUMAN


Maksud: Pemberitahuan, perihalan mengenai sesuatu
perkara untuk pengetahuan umum atau pihak tertentu
sahaja.
Saluran: media massa
1. Televisyen dan radio - digunakan untuk menyiarkan
pengumuman-pengumuman yang perlu diketahui oleh
orang ramai.
2. surat khabar – sediakan ruangan khas pengumuman
daripada jabatan-jabatan, badan-badan berkanun atau
perseorangan.
BEZA PENGUMUMAN DAN PEKELILING
Pekeliling
Pengumuman
1. Dipanjangkan kepada
1. Hanya sebagai
pihak berkenaan. Satu
pemberitahu sahaja.
senarai nama
2. Tandatangan pembaca
dilampirkan.
tidak perlu
2. Perlu tandatangan pihak
yang membacanya.
Gaya Bahasa Pengumuman
Laras bahasa: mudah difahami, ringkas, padat dan tidak
meleret-leret.
 Ciri-ciri umum surat pengumuman:i. Alamat pengirim
ii. Alamat penerima
iii. Tarikh
iv. Nombor telefon
v. Rujukan kami/ Rujukan tuan
vi. Perkataan menghadap surat
vii. Tajuk
viii. Isi surat
ix. Penutup
x. Tandatangan

Kekuatan Pengumuman



Penting kerana dapat memberitahu pembaca tentang
perkara-perkara yang berlaku.
Bahasanya yang ringkas dan mudah difahami - pembaca
senang memahami pengumuman.
Dapat disampaikan dengan menggunakan pelbagai medi
elektronik - pengumuman lisan.
Kelemahan Pengumuman


Keberkesanan pengumuman tidak dapat diketahui
kerana tiada tindakan susulan pengumuman diberikan.
Pembaca/pendengar yang tidak mempunyai kemudahan
seperti media elektronik ataupun cetak tidak dapat
menerima pengumuman dengan sempurna.
RENCANA
Rencana ditulis untuk dimuatkan dalam majalah atau
surat khabar.
 Tujuan: memberitahu sesuatu kepada pembaca.
 Kandungan: ajaran, buah fikiran, propaganda atau iklan.
 Jenis: rencana umum & rencana berita.
 Rencana umum – penulisnya bercorak ilmiah. Penulis
berpengetahuan luas tentang tajuk yang ditulis.
 Rencana berita – ditulis berdasarkan pemerhatian,
penyelidikan dan wawancara daripada orang terbabit.

Gaya Bahasa Rencana
Bahasa: mudah dan lancar.
 Boleh dimuatkan dialog.
 Setiap teks haruslah mengandungi isi penting yang diolah
secara berkesan.
 Isi yang utama didahulukan.
 Format teks rencana: format umum. Tajuk ditulis di
bahagian tengah atas teks rencana tersebut.

Gaya Bahasa Rencana

Bentuk penulisan:
i. Perenggan pendahuluan
ii. Perenggan isi pertama
iii. Perenggan isi kedua
iv. Perenggan isi ketiga
v. Perenggan isi seterusnya
vi. Perenggan Penutup
Kekuatan Rencana
Bahasa mudah dan lancar – permudahkan pembacaan.
 Rencana bercorak ilmiah boleh memberikan
pengetahuan kepada pembaca.
 Rencana dapat memberitahu sesuatu kepada pembaca.

Kelemahan Rencana

Penulis perlu membuat kajian yang mendalam – guna
tenaga yang banyak dan memakan masa yang lama serta
melibatkan kos yang tinggi.
UCAPAN
Ucapan adalah ceramah.
 Seorang berdiri depan penonton atau menerusi radio
dan televisyen.
 Komunikasi sehala – penceramah berucap dan penonton
mendengar.
 Kandungan – penerangan, penjelasan dan fakta tentang
sesuatu.
 Situasi: majlis perasmian, perpisahan, perhimpunan dan
keraian.

Gaya Bahasa Ucapan
Bahasa mudah, jelas dan lancar.
 Isi haruslah tepat, munasabah dan menyakinkan.
 Format ucapan:
1. Pengenalan – kata-kata aluan kepada hadirin mengikut
protokol.
2. Isi – dimulakan dengan ucapan terima kasih serta
menyatakan tujuan ucapan. seterusnya isi ucapan.
3. kata-kata Penghadapan – kata-kata seperti hadirin sekalian,
saudara sekalian dan sebagainya.
4. Penutup – dimulakan dengan kata-kata yang dapat
membayangkan atau menandakan ucapan akan ditamatkan.

Kekuatan Ucapan


Dapat mempengaruhi pembaca/pendengar secara tidak
langsung kerana ia lebih kepada penerangan, pujian
ataupun sanjungan.
Bahasa yang digunakan sejajar dengan sasaran pembaca
atau pendengar – mudah dan dapat difahami dengan
mudah.
Kelemahan Ucapan


Pembinaan teks memerlukan penyelidikan terlebih
dahulu – sesuai dengan majlis dan khalayak.
Pembaca/pendengar tidak banyak – berdasarkan majlis
dan tujuan ucapan itu sahaja.
WAWANCARA
Penulis hanya menulis apa yang diperbualkan sahaja.
 Pembukaan: mengupas atau memberi tafsiran terhadap
tajuk.
 Pertanyaan: bercorak ilmiah

Gaya Bahasa Wawancara
Pembukaan dimulakan dengan salam.
 Gunakan panggilan tuan/puan, encik, pak cik/mak cik.
 Yang berstatus: panggilan Yang Berhormat, Yang Mulia,
Profesor, Doktor dan sebagainya.
 Pewawancara membentuk pertanyaan-pertanyaan yang
berasas dan wujudkan suasana perbualan selesa. Soalan
pendek dan tersusun.
 Bahasa yang digunakan haruslah sejajar dengan orang
yang diajak berbual. Kata-kata ringkas.
 Akhiri wawancara dengan lafaz terima ksaih.

Format Wawancara
1.
2.
3.
Pendahuluan
- tafsiran terhadap tajuk
Isi
- berkaitan tajuk.
Penutup
- lafaz terima kasih.
Kekuatan Wawancara


Bercorak formal dan ilmiah. Hasil teks boleh dijadikan
sumber rujukan kepada pembaca.
Soalan-soalan tersusun dan sentiasa berkaitan dengan
tajuk. Permudahkan pembacaan.
Kelemahan Wawancara


Bercorak formal. Tidak dapat menyoal perkara penting
atau peribadi.
Ambil masa yang lama – perlukan temujanji, tempat
sesuai, dan peralatan lain. Penulisan memakan masa
panjang dan lama.
Kertas Kerja

Bahan untuk menulis atau mencatatkan sesuatu perkara
bertujuan menghasilkan atau menyediakan sesuatu.
• Dibentangkan kepada orang ramai atau kumpulan dalam
seminar atau bengkel.
• Digunakan dalam urusan-urusan lain termasuk dalam
perancangan sesuatu projek, kajian dan sebagainya oleh
sesuatu jabatan, syarikat dan lain-lain.
Gaya bahasa kertas kerja
Ciri-ciri umum kertas kerja ceramah:
1)
Tajuk
2)
Nama penceramah
3)
Nama institusi
4)
Abstrak (Snopsis / Ringkasan)
5)
Pengenalan
6)
Perkaedahan
7)
Keputusan
8)
Perbincangan
9)
Rujukan
10) Lampiran
Ciri-ciri umum kertas kerja projek / kajian:
1)
Tajuk
2)
Rasional
3)
Objektif / matlamat
4)
Jangkamasa yang diperlukan
5)
Kumpulan sasaran
6)
Andaian halangan yang mingkin timbul semasa menjalankan
kajian / projek
7)
Kewangan – perbelanjaan yang diperlukan
8)
Penubuhan jawatan kuasa
9)
Menentukan jadual tugas
10) Pelaksanaannya
Cara menulis kertasa kerja
Tajuk
- Bergantung kepada tujuan kertas kerja tersebut
- Merangkumi semua idea utama yang hendak disampaikan
- Hendaklah ringkas, seelok-eloknya tidak melebihi 15 patah
perkataan
Nama penulis dan institusi
- Hendaklah ditulis penuh
- Nama penulis hendaklah dituliskan tanpa gelaran
Abstrak
- Kandungan dan tujuan penulisan dibuat
- Tidak perlu ditulis terlalu panjang, memadai sekadar antara
100 hingga 150 patah
Pengenalan
- Memaparkan aspek yang berkaitan dengan tajuk secara
menyeluruh tetapi ringkas
- Biasanya dibuat lebih kurang dalam satu muka surat
Objektif
- Matlamat atau tujuan menulis kertas kerja
- Merupakan idea menentukan daya penarik kepada peserta
untuk mendengar atau menilai ini kertas kerja
Petikan
- Hendaklah disemak mengikut sumber asal dan nyatakan
sumbernya
- Kandungan petikan hendaklah sebagaimana yang asal
- Tidak boleh dibuat sebarang pindaan atau perubahan
Senarai rujukan, bibliografi dan nota rujukan
- Senarai rujukan – bahan khusus yang menyokong sesebuah
kertas kerja hendaklah dicatatkan dalam senarai rujukan
- Bibliografi – nama buku yang menjadi panduan bahan kerja,
latar belakang atau bacaan lanjutan kepada pembaca yang
berminat, ditulis di bahagian akhir sesuatu kertas kerja
- Nota rujukan – bahan atau kerja yang sukar diperolehi serti
laporan yang terhad
Cara menaip
- Sebaik-baiknya guna kertas taip berukuran A4
- Tinggalkan 2.5 inci disebelah kiri kertas taip dan 1.5 inci untuk
bahagian tepi sebelah kanan, atas dan bawah
Kelebihan kertas kerja
- Memberi faedah dan pengetahuan kepada pembaca kerana ia
mempunyai pelbagai bahan yang diperlukan – daripada bahan
ilmiah sehingga kepada bahan tentang sesuatu projek kerajaan
/ swasta yang besar
Kekurangan kertas kerja
- Mengambil masa yang agak lama, tenaga yang banyak dan kos
yangagak tinggi
- Memerlukan penekanan yang berlainan, penulisan yang tepat
dan teliti sesuai denga tujuan kertas kerja
Kad Ucapan


Bertujuan untuk menyampaikan ucapan/hasrat sempena
peristiwa atau hal-hal yang berkaitan
Untuk mengeratkan hubungan dan silatur rahim
Gaya bahasa kad ucapan
- Menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah tetapi bermakna
- Menggunakan bahasa puitis, menarik dan indah serta bahasa
yang berunsur usikan atau jenaka
sambung
- perkara-perkara dasar yang perlua da dalam kad ucapan adalah:
a) nama pengirim kad ucapan
b) nama penerima kad ucapan
c) untuk tujuan apakah ucapandiberikan?
- Boleh diperindahkan lagi denga kata-kata perangsang, pantun,
sajak dan sebagainya.
- Laras bahasa yang dipelbagaikanini sememangnya dibentuk
sedemikian sejajar dengan kepada siapa kad tersebut hendak
diberikan.
Kelebihan kad ucapan
- Dapat dihasilkan dengan cepat dan mudah kerana bahasa yang
yang digunakan pelbagai dan lebih menekankan kesesuaian
bahasa dengan suasana majlis
- Tidak ada format yang tertentu dalam penulisan kad ucapan
- Lebih ekonomi kerana saiznya kecil – menjimatkan kertas dan
kos penghantaran murah
Kekurangan kad ucapan
- Penulis tidak dapat menggambarkan perasaan sebenar –
ruang kad kecil dan terikat dengan bahasa yang ringkas yang
terdapat pada kad ucapan itu sahaja
Puisi
• Satu genre sastera atau bentuk-bentuk sastera yang
menggunakan unsur bahasa seperti rima, irama, dan metafora
• Bentuk-bentuk mantera, gurindam, syair, nazam, seloka, pantun
dan sajak tergolog dalam puisi
• Dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa
yang indah, melukis kemanisan dan kecantikan bahasa
• Ciri-ciri puisidilihat daripada aspek:
a) bentuk
b) bahasa
c) ema
Gaya bahasa puisi
- Suatu persembahan dalam bentuk perkataan
- Bahasa dalam puisi adalah satu alat penuh rahsia; padanya ada
badan, ada bentuk, ada suara dan makna dasar, makna hubungan
sampingan atau konotasi dan ada pula makna peribadi
- Lebih kental dan membawa bahan makna dan bunyi yang lebih
berat daripada bahasa harian
- Pendengar dan pembaca boleh melangkau kepelbagai dimensi
dan meninggalkan pelbagai kesan mengikut kedayaan
Kelebihan puisi
- Penyair berjaya memberikan fungsi yang lebih luas kepada
bahasa dengan beberapa kuasa baru dalam menyatakan
perasaan tersendiri
- Penggunaan lebih padat, teliti dan kadang-kadang mendekati
lagu
Kekurangan puisi
- Pembaca yang biasa dengan pembacaan puisi semata-mata
untuk fahaman akan rasa sukar apabila hendak memahami
maksud sesebuah sajak terutamanya untuk imaginasi dan
perasaan
- Sikap penyair yang membataskan pembacaannya juga menjadi
salah satu faktor kekaburan dalam puisi
Cerpen
• Adalah cereka atau cerita yang relatif pendek
• Dilakukan dengan penuh hemat dan ekonomis supaya
wujudnya satu kesan sahaja kepada pembaca
• Merupakan suatu kesatuan bentuk yang benar-benar utuh dan
lengkap
• Tujuh unsur yangpenting
1) tema
2) plot
3) watak
4) latar
5) latar
6) gaya
7) suasana cerita
sambung
Gaya bahasa cerpen
- Setiap orang ada gaya yang tersendiri untuk mengungkapkan
sesuatu
- Gaya adalah peribadi pengarang itu sendiri
- Gaya bahasa ini terdiri daripada empat unsur yang saling
berkait:
1) diksi – pemilihan kata-kata
2) sintaksis – penyusunan ayat
3) langgam penceritaan – unsur mengandungi dialog,
pemikiran, aksi, deskripsi dan eksposis
4) tempo – berhubung erat dengan ketiga-tiga unsur
yang disebut tadi
Kelebihan cerpen
- Satu daripada karya penulisan kreatif terbukti amat
mengutamakan daya imaginasi dan kecerdasan akal untuk
mengusik kepekaan pembaca melalui cerita dan tema yang
dikemukakan
- Karya kreatif ini berusaha mencipta sesuatu yangbaru dan
bukan sekadar memaparkan fakta sahaja
Kekurangan cerpen
- Menampilkan satu plot dan perkembangan cerita lebih cepat
dan ini boleh menimbulkan ketidakpuasan pembacaan di
kalangan pembaca
- Suasana cerita dan watak agak terhad, ruang liputnya lebih
terbatas – gambaran sebenar terhadap cerpen mungkin tidak
dapat diperolehi dengan jelas