Transcript File

Komponen Sistem Rangka
 Sistem rangka merupakan sokongan dan
memberi bentuk terhadap tubuh manusia.
 Sistem rangka terdiri daripada tulang-tulang
dan struktur-struktur sokongan seperti
ligamen, tendon dan kartilej.
 Dalam tubuh manusia, terdapat 206 ketul
tulang yang berlainan bentuk dan saiz.
 Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran
yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah
berongga yang mengandungi sum-sum.
Sistem rangka
Ligamen
Tendon
Kartilej
Ligamen
 Sejenis tisu berfiber
kenyal
yang
menyambungkan
dua
atau lebih tulang atau
rawan
yang
boleh
bergerak.
 Fungsi:
a) mengekalkan dan
menetapkan tulang
pada kedudukannya.
b) membolehkan
pergerakan pada sendi.
Tendon
• Sejenis tisu berfiber tidak
kenyal yang sangat kuat.
• Melekatkan otot pada tulang
dan juga otot yang lain.
• Apabila otot berkontraksi,
tendon yang terdapat pada
hujung otot akan menarik
tulang.
• Hal ini menyebabkan
pergerakan pada tulang-tulang
yang membentuk sendi.
Kartilej
• Tisu yang kuat tetapi lembut,
elastik dan tiada saluran darah.
• Menyaluti hujung tulang yang
membentuk sendi.
• Terdapat dalam pelbagai bentuk
dan saiz disamping meningkatkan
stabiliti pada sendi.
• Fungsi:
a) melindungi tulang-tulang
daripada haus semasa berlaku
geseran antara sendi.
b) penyerap hentakan.
Fungsi Sistem Rangka
Sokongan
Pergerakan
Perlindungan
Menentukan postur badan
Penyimpanan mineral
Pembentukan sel darah
1. Sokongan
•
tulang membentuk rangka tubuh bagi
menyokong tisu-tisu lembut dan organorgan tubuh.
•
Contoh: pelekat otot-otot rangka pada
tulang-tulang rangka
2. Pergerakan
• Tulang-tulang bertindak sebagai tuas
apabila otot-otot yang melekat padanya
menguncup lalu menghasilkan gerakan
berpaksi pada sendi.
• Contoh: sendi lutut melibatkan fibula, tibia
dan femur.
3. Perlindungan
• Rangka melindungi organ dalaman yang
penting seperti saraf tunjang, otak, jantung
dan mata.
• Contoh: kranium melindungi otak, sangkar
rusuk melindungi paru-paru dan jantung.
4. Penyimpanan mineral
• Tulang rangka merupakan tempat
menyimpan mineral seperti kalsium dan
fosforus.
• Mineral-mineral ini akan dikeluarkan untuk
kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila
diperlukan.
• Terdapat lemak yang disimpan di dalam
kaviti tulang, di mana lemak ini akan diserap
ke dalam darah dan digunakan oleh tisu-tisu
lain sebagai sumber tenaga apabila
diperlukan.
5. Pembentukan sel darah
• Sum-sum merah tulang orang dewasa
menghasilkan sel-sel darah merah, putih
dan platlet.
• Tulang-tulang yang terlibat adalah sternum,
sebahagian daripada pelvis, femur dan
humerus.
6. Menentukan postur badan
• Sistem rangka penting dalam menentukan
bentuk postur badan yang baik.
• Postur badan yang baik ialah apabila berat
badan manusia tersokong pada kedudukan
yang betul semasa melakukan aktiviti.
Klasifikasi Tulang
1.
Tulang panjang
•
Tulang-tulang dalam
kumpulan ini secara
umumnya lebih panjang,
lebar dan berfungsi sebagai
tuas.
•
Kebanyakan daripada tulangtulang panjang adalah
tulang-tulang mampat.
•
Contoh: Humerus, radius,
ulna, femur, tibia, fibula dan
falanges
2. Tulang pendek
• Lazimnya, tulang-tulang
pendek berbentuk kiub dan
didapati di ruang-ruang yang
tertutup.
• Tulang-tulang ini berongga
dan ukuran panjang dan
lebarnya tidak begitu banyak
perbezaan.
• Tulang-tulang ini berperanan
memindahkan daya.
• Contoh: Tulang-tulang
pergelangan tangan (karpal)
dan pergelangan kaki (tarsal).
3. Tulang leper/pipih
• Tulang-tulang ini berbentuk
pipih, nipis dan melengkung.
• Tulang-tulang ini berfungsi
sebagai melindungi organorgan yang lembut.
• Contoh: rusuk, ileum,
sternum, skapula dan
kranium
4. Tulang tak sama bentuk
• Tulang –tulang yang tidak boleh
dikategorikan dalam jenis tulang
panjang, tulang pendek dan
tulang leper.
• Berfungsi sebagai tempat
pelekatan otot atau artikulasi.
• Contoh: tulang-tulang vertebra
(servikel, torasik, lumbar,
sekrum dan koksiks) dan tulang
telinga tengah (stapes, inkus,
maleus).
Struktur Tulang Panjang
• Menyediakan rangka tuas yang teguh bagi
membolehkan pergerakan dalam aktiviti-aktiviti
fizikal.
• Pertumbuhan tulang panjang bukan sahaja
secara diameter tatapi juga memanjang.
• Setiap tulang panjang mempunyai dua epifisis
dan di antara epifisis itu terdapat diafisis.
• Hampir keseluruhan permukaan tulang dilapisi
periosteum kecuali permukaan tulang yang
berartikulasi dengan tulang lain.
Epifisis
• Terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang.
• Terdiri dari lapisan nipis tulang mampat yang
melingkari kawasan tulang yang berongga.
• Terpisah oleh plat epifiseal merupakan kawasan
aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam
tumbesaran tulang secara memanjang.
• Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan
epifiseal apabila tumbesaran tulang terhenti
pada akhir remaja.
Diafisis
• Tulang mampat yang disaluti dan dilindungi
membran tisu penghubung berfiber yang dikenali
sebagai periosteum.
• Melingkari kaviti medulari yang mengandungi
sum-sum kuning tulang.
Periosteum
• Menyediakan salur darah dan saraf ke tulang.
• Merupakan bahagian tulang yang menghasilkan
sel-sel untuk membesar secara diameter.
Perkembangan dan Pertumbuhan Tulang
Pembentukan tulang
•
Sel-sel tulang
– Tulang terdiri dari sel tulang berfiber kolagen dan
bahan matriks bermineral padat.
– Sel-sel pembentuk tulang yang dikenali sebagai
osteoblas merembes fiber-fiber yang
memerangkap mineral.
– Sel-sel tulang yang dilingkari mendapan mineral ini
kemudiannya menjadi sel-sel matang yang dikenali
sebagai osteosit.
– Tulang juga mempunyai osteoklas iaitu sel-sel
yang melarutkan tulang.
– Osteoblas dan osteoklas bersama-sama bertindak
untuk sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk
tulang.
b) Osifikasi tulang
• Ketika embrio, tulang-tulang rangka (tulang
lembut) terbina daripada kartilej hialin.
• Tulang lembut ini kemudiannya membentuk
tulang keras yang dihasilkan melalui proses
osifikasi tulang.
• Proses ini bermula ketika embrio berusia
enam minggu dan berterusan sehingga
dewasa.
Peringkat-peringkat semasa proses
osifikasi tulang rangka
• Osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej
hialin dengan bahan matriks bermineral.
• Osteoblas memendapkan bahan matriks
bermineral dalam kartilej ini ke bahagian dalam
tulang. Osteoblas beransur-ansur bertukar
menjadi osteosit untuk membentuk tulang baru.
• Semasa proses ini berterusan, kartilej yang
terdapat pada bahagian dalam tulang akan
menjadi keras.
• Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang
akan dilarutkan oleh osteoklas untuk
membentuk kaviti mendulari.
Tumbesaran tulang
• Semasa proses tumbesaran, sel-sel pada plat
epifiseal membahagi secara mitosis dan
memanjangkan tulang.
• Semasa proses ini berlaku osifikasi terus
terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis.
• Pada akhir akil baligh, ketika tumbesaran
tulang hampir lengkap, hormon-hormon
ekstrogen dan testosteron merencatkan
pembahagian sel-sel pada plat epifiseal lalu
menyebabkan plat epifisial mengecil.
• Apabila tumbesaran secara memanjang
terhenti pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat
epifiseal berhenti membiak tetapi osifikasi
terus berlaku sehingga lapan tahun selepas
itu.
• Pada peringkat ini diafisis bersatu dengan
epifisis dan garisan epifiseal menggantikan
plat epifiseal.
• Semasa tumbesaran, diameter tulang juga
bertambah akibat daripada pertambahan
beban ke atas tulang.
Rangka aksial
Tengkorak
•
Rangka atau tulang-tulang tengkorak ini
melindungi kepala dan organ-organ dalam
kepala.
Bahagian-bahagian tengkorak ialah:
1) Kranium
– Berfungsi untuk melindungi otak.
– Mempunyai 8 kepingan tulang yang
berasingan bercantum melalui
satur(sendi tak bergerak)
2) Soket mata (atau Orbit)
– Berfungsi untuk melindungi kedua-dua
bebola mata.
3) Tulang hidung
– Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu
hidung yang lembut.
4) Lubang telinga
– Berfungsi untuk melindungi bahagian
dalam telinga.
5) Rahang atas (atau Maksila)
– Berfungsi menyokong barisan gigi atas.
6) Rahang bawah (atau Mendibel)
– Berfungsi menyokong barisan gigi bawah.
– Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu
untuk menguyah makanan dan sebagainya.
7) Bukaan pada dasar tengkorak
– Berfungsi untuk menyambung tengkorak
dengan turus vertebra.
Tulang vertebra
• Terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi dan
disambung oleh rawan.
• Pada setiap hujungnya terbentuk satu turus
yang boleh luntur.
• Berfungsi untuk melindungi saraf tunjang
yang terletak dibahagian tengahnya.
• Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat
cakera rawan yang bertindak sebagai
kusyen untuk penyerap hentakan(daya) dan
mengurangkan geseran semasa pergerakan.
Bahagian-bahagian tulang vertebra ialah:
JENIS
VERTEBRA
BILANGAN
VERTEBRA
TEMPAT
Vertebra serviks
7
Bahagian leher
Vertebra toraks
12
Bahagian toraks
Vertebra lumbar
5
Sakrum
5
Koksik
4
Bahagian
pinggang
Bahagian
punggung
Bahagian
hujung tulang
belakang
Bahagian-bahagian vertebrata
1) Sentrum
– Bersifat Pejal dan tegar
– Memberi sokongan
– Menentang daya mampatan
2) Arka
– Merupakan lengkuk saraf
– Terletak pada bahagian dorsal sentrum
– Melindungi saraf tunjang
3) Salur saraf
– Merupakan salur rongga kosong
– Berfungsi sebagai laluan saraf tunjang
4) Zigapofisis
– Merupakan muka sendi antara 2
vertebra.
– Prazigapofisis mengarah ke atas.
– Postzigapofisis mengarah ke bawah.
5) Cuaran spina
– Berfungsi untuk melekatkan otot
6) Cuaran melintang
– Berfungsi untuk melekatkan otot
Sangkar Thorasik
• Sangkar thorasik berfungsi untuk melindungi
jantung dan peparu.
• Tulang-tulang yang membentuk sangkar thorasik
ialah:
a) 12 pasang tulang rusuk bersendi dengan
vertebra toraks dan melengkung ke hadapan.
b) 7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum
secara terus.
c) 3 pasang yang lain dihubung secara tidak
langsung dengan rawan.
4) pasang tulang rusuk terakhir tergantung bebas
dan tidak dihubungkan kepada sternum.
Rangka Apendikular
•
Rangka apendikular bersendi dengan
rangka paksi pada bahagian bahu dan
punggung.
Lengkungan pektoral
•
•
Terdiri daripada 2 tulang iaitu:
Tulang klavikel
– Berbentuk rod dan melengkung sedikit.
– Bersendi dengan manubrium pada suatu
hujung dan cuaran akromion pada suatu
hujung yang lain.
– Berfungsi untuk mengalirkan daya
daripada lengan kepada badan manusia.
Tulang skapula
–
Berbentuk sekeping tulang leper dan lebar
yang berupa segitiga.
–
Terletak di bahagian bahu dan bercantum
dengan bahagian belakang tulang rusuk.
–
Mempunyai lesung glenoid yang bersendi
dengan tulang humerus anggota hadapan.
–
Pada permukaan luar skapula terdapat spina
yan terdiri daripada dua cuaran iaitu:
•
metakromium
•
akromiom
Tangan
• Terdiri daripada
a) Humerus
merupakan tulang terpanjang
b) radius-ulna
lengan bawah dan terdiri dari pada 2
batang tulang
c) karpus
tulang pergelangan tanga ( 8 tulang kecil)
d) metakarpus
merupakan tapak tangan (5 tulang)
bersendi
dengan falanks
e) falanks (14 tulang)
Jenis-Jenis Sendi
Sendi berdasarkan fungsi
Sendi Berdasarkan Struktur
Jenis-jenis sendi sinovial
Jenis-jenis sendi sinovial
Jenis-jenis sendi sinovial
Jenis-jenis pergerakan
Pergerakan Asas
Pergerakan Asas
Pola artikular dan fungsi
Rumusan
1.
Sistem rangka terdiri daripada tulangtulang, ligamen, tendon dan kartilej.
2. Fungsi sistem rangka adalah sebagai
sokongan, perlindungan, pergerakan,
pembentukan sel darah dan penstoran
mineral.
3. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan kepada
tulang panjang, tulang pendek, tulang leper
dan tulang tidak sama bentuk.
4. Proses tumbesaran tulang secara
memanjang melibatkan sel-sel pada plat
epifisial pada kedua-dua epifisial. Manakala
tumbesaran secara diameter berlaku akibat
penambahan berat ke atas tulang.
5. Sendi merupakan tempat pertemuan dua
atau lebih tulang dan jenis sendi dinamakan
mengikut tulang atau bahagian tulang yang
terlibat.
6. Sendi boleh diklasifikasi berdasarkan
fungsi dan struktur.
Tahukah anda ?
• Tangan manusia mempunyai 27 tulang.
• Muka manusia mempunyai 14 tulang.
• Tengkorak manusia mempunyai 22 tulang.
• Tulang yang terpanjang ialah tulang femur
yang merupakan 1/4 jumlah tinggi
manusia.
• Sum-sum tulang menghasilkan kirakira 2.6 juta sel darah merah per saat.
• Tulang merupakan benda hidup yang
menghasilkan sel yang
membuatkannya kuat. Oleh itu, tulang
akan diperbaiki jika ia rosak.
• Apabila lahir, manusia mempuyai 300
tulang dan apabila dewasa, manusia
mempunyai 206 tulang.