Pengenalan Kepada Kecergasan Fizikal

Download Report

Transcript Pengenalan Kepada Kecergasan Fizikal

Pengenalan Kepada
Kecergasan Fizikal
Disediakan oleh:
ABDUL LATIF BIN AHMAD
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor
Kecergasan fizikal
Secara umumnya, kecergasan fizikal
bermaksud kemampuan individu
menguruskan diri setiap hari,
berekreasi dan bertenaga untuk
bertindak balas dalam situasi yang
mencemaskan tanpa rasa lesu. Pelajar
yang cergas fizikal mampu melakukan
perkara yang berikut:
(a) Boleh melakukan kerja atau tugas
sepanjang hari tanpa kelesuan.
(b) Boleh mengambil bahagian dalam
kegiatan fizikal dan rekreasi tanpa
keletihan yang berlebihan.
(c) Berupaya menghadapi keadaan
kecemasan.
Komponen Kecergasan fizikal
KECERGASAN FIZIKAL
BERLANDASKAN KESIHATAN
Daya Tahan Kardiovaskular
- keupayaan sistem kardiovaskular mengedar
darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja
dan seterusnya membawa keluar bahan
kumuhan dari otot. Fenomena ini berlaku dalam
jangka masa yang lama dan secara
berterusan. Sistem kardiovaskular terdiri
daripada:
(a) Jantung
Mengepam darah melalui sistem peredaran
pulmonari dan sistemik.
(b) Paru-paru
Membekalkan oksigen ke dalam darah dan
mengeluarkan karbon dioksida dari darah.
(c) Rangkaian Arteri dan Vena
Rangkaian arteri membawa darah dari jantung
ke seluruh tubuh, manakala vena membawa
darah dari seluruh tubuh balik ke jantung.
KECERGASAN FIZIKAL
BERLANDASKAN KESIHATAN
Daya Tahan Otot
-Keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan
otot melakukan sesuatu kerja berulang-
ulang dalam suatu jangka masa yang
panjang. Daya tahan otot terbahagi
kepada dua jenis:
- Daya tahan otot statik ialah
kemampuan otot untuk menanggung
beban pada kedudukan yang tetap atau
pegun.
- Daya tahan otot dinamik ialah
kemampuan otot untuk menanggung
beban pada kedudukan yang bergerak
atau berulang alik.
KECERGASAN FIZIKAL
BERLANDASKAN KESIHATAN
Komposisi Tubuh Badan
Komponen komposisi tubuh badan terdiri
daripada bahagian berlemak dan tanpa
lemak. Jumlah kedua-dua bahagian ini
menentukan berat dan bentuk tubuh
badan. Bentuk tubuh badan manusia boleh
dibahagikan kepada:
• Endomorf - bentuk tubuh badan yang
gempal kerana banyak lemak yang
terkumpul di bawah kulit.
• Mesomorf -bentuk badan yang berotot,
tegap dan mempunyai rangka badan yang
menarik.
• Ektomorf – bentuk tubuh badan yang
kurus dan tinggi lampai kerana kurang tisu
lemak di bawah lapisan kulitnya.
KECERGASAN FIZIKAL
BERLANDASKAN KESIHATAN
Kekuatan Otot
Kekuatan otot didefinisikan sebagai
kebolehan sesuatu otot atau sekumpulan
otot-otot untuk mengatasi rintangan bagi
menghasilkan daya (kerja). Kekuatan otot
diukur berdasarkan daya maksimum yang
dihasilkan daripada satu pergerakan atau
penguncupan otot yang spesifik. Kekuatan
otot berhubung kait dengan saiz otot,
jenis fiber otot, fungsi sistem saraf dan
peratusan hormon testoteron yang
dimiliki. Kekuatan otot ialah kemampuan
otot mengatasi beban atau rintangan
yang berat.
KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN
PERLAKUAN MOTOR
Kelajuan
Kelajuan dikaitkan dengan
kebolehan individu untuk
bergerak secepat mungkin dari
suatu tempat ke suatu tempat
yang lain dalam masa yang
singkat. Kelajuan berkait rapat
dengan kekuatan dan kuasa otot
serta rangsangan yang diterima.
Kelajuan individu berkait rapat
dengan masa tindak balas dan
masa bergerak (Jarak
langkahan x Kekerapan
melangkah = Kelajuan)
KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN
PERLAKUAN MOTOR
Ketangkasan
Ketangkasan ialah kebolehan individu
untuk menukar arah dengan pantas
semasa bergerak. Atlet yang tangkas
dapat melakukan pergerakan dengan cekap
dan mengawal kedudukan badannya supaya
sentiasa berada dalam keseimbangan.
Ketangkasan penting dalam menghadapi
situasi kecemasan. Seseorang individu
boleh mengaplikasikan ketangkasan dalam
kebanyakan jenis permainan. Hal ini
penting kerana setiap pemain perlu
bertindak dengan cepat mengikut situasi
permainan.
KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN
PERLAKUAN MOTOR
Koordinasi
Koordinasi ialah keupayaan otot
melakukan dan menyelaras
pergerakan dengan kemas dan
lancar. Koordinasi merupakan
keberkesanan dan keseragaman
yang cekap dalam pergerakan
tubuh badan seseorang. Ianya
melibatkan penggunaan kesemua
anggota badan serta kebolehan
menggunakan panca indera dan
hubungannya dengan minda akan
menghasilkan pergerakan yang
sempurna.
KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN
PERLAKUAN MOTOR
Masa Tindak Balas
Masa tindak balas berlaku sebaik
sahaja seseorang itu menerima
rangsangan melalui sistem
pendengaran atau perasaan
sehingga tindak balas dilakukan
dengan pantas. Kepantasan masa
tindak balas dikaitkan dengan
ketangkasan. Contohnya, pelari 100
meter memulakan lariannya dengan
pantas sebaik sahaja dia
mendengar letupan pistol di
permulaan perlumbaan.
KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN
PERLAKUAN MOTOR
Imbangan
Imbangan ialah kebolehan individu
mengimbangkan badan semasa
dalam keadaan statik atau dinamik.
Imbangan merupakan kesan kepada
reaksi dan kebolehan untuk
mengekalkan keseimbangan apabila
pusat graviti seseorang dan tapak
yang menyokongnya diubah.
Imbangan statik ialah imbangan
badan yang baik semasa badan
individu berada dalam keadaan
yang tetap. Imbangan dinamik
ialah imbangan badan anda yang
tetap semasa melakukan
pergerakan.
KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN
PERLAKUAN MOTOR
Kuasa
Kuasa adalah kombinasi
kekuatan otot dan kelajuan.
Kuasa merujuk kepada
kebolehan individu melakukan
pergerakan pantas yang kuat
dalam jangka masa yang
singkat dengan kecekapan
yang tinggi.
SEKIAN
TERIMA KASIH