Transcript File

AKHLAK: PENGERTIAN &
KONSEP
Oleh:
Ustaz Wan Yusof Bin Wan Sulong
Definasi Akhlak
• Menurut istilah bahasa bermaksud tabiat,
kebiasaan dan maruah
• Menurut istilah ilmu akhlak memberi erti:
serumpun nilai-nilai dan sifat-sifat yang sebati
di dalam diri seseorang
• Beza adab dengan akhlak
Definasi:
Abd Ghani Shamsuddin (1989): Akhlak
adalah sifat semulajadi yang dimiliki oleh
seseorang yang menjadi amalan dan
direalisasikan dalam bentuk kelakuan.
* Ia juga ditakrifkan sbg ilmu yang
menghuraikan hakikat perbuatan, perkataan
baik atau buruk, kewajipan individu dan
masyarakat, hati nurani atau suara hati
yang patut menjadi landasan kelakuan
manusia.
Al-Jahiz (w. 255H) menyatakan bahawa akhlak
itu merupakan keadaan diri seseorang yang
melakukan pelbagai perbuatan tanpa rencana
dan usaha.
Ibn Maskawih (w. 421H) mendefinasikannya
sebagai hal keadaan diri seseorang yang
mendorong untuk melakukan sesuatu tanpa
berfikir dan merancang.
Menurut al-Jurjani (w. 816H), akhlak ialah
gambaran mengenai bentuk diri
seseorang yang melakukan pelbagai
perbuatan dengan mudah tanpa perlu
memikir dan merencanakannya, sekiranya
perbuatan yang dilakukan itu baik, dikenali
sebagai akhlak yang baik, sementara jika
perbuatan yang dilakukan itu jahat,
dikenali sebagai akhlak yang buruk.
• Al Imam al Ghazali mentakrifkan akhlak ialah
suatu keadaan yang tertanam dan sebati di
dalam jiwa yang melahirkan tingkahlaku tanpa
perlu kepada berfikir atau teragak-agak. Jika
yang lahir itu tingkahlaku yang baik dan terpuji
sesuai dengan akal dan syariat bererti lahir
dari akhlak yang terpuji, begitulah sebaliknya.
*Dr Miqdad Yalchin(1986) menjelaskan akhlak
mengandungi aspek-aspek berikut:
1. Sifat semulajadi yang dimiliki seseorang
2. Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui
latihan atau sebagainya yang akhirnya sebati
dan menjadi adat atau tabiat.
3. Dimensi batin atau kejiwaan dan zahir
dalam membentuk kelakuan.
Akhlak Dan Agama
• Konsep akhlak dalam islam adalah meliputi
nilai-nilai kehidupan dalam hubungan yang
bersepadu menurut ajaran islam iaitu
hubungannya dengan tuhan, dan hubungan
nya dengan alam sekitarnya. Surah al-hajj 41
﴾‫﴿إِ ْن ْه ََ َذا إْ َِ ََال ْخ َُلُ ْق َُ اْ ْل ََ َّوِ ِْل ََن‬
Maksudnya: Segala apa (yang Engkau katakan)
ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulukala. (Shu’ara’:137)
Ibn Kathir (w. ) menjelaskan bahawa ayat
tersebut merupakan jawapan kaum Hud
terhadap nabi Allah Hud yang telah
memberikan peringatan dan ancaman
kepada mereka.2 Pada ayat tersebut
penggunaan lafaz khuluq membawa
maksud perangai dan adat kebiasaan.
ِ َ‫كَ ْلَعلَى ْخَلُق ْع‬
ِ‫﴿وإ‬
َّ
﴾‫يم‬
‫ظ‬
‫ن‬
ْ
َ
ْ
َ
ُ
َ
َ
ْ
َ
Maksudnya: dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.
Menurut al-Razi di dalam tafsirnya, makna ayat
tersebut ialah sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) mempunyai keperibadian agama (aldin) yang agung.
Di dalam tafsir al-Baghawi (w. 516H) menyatakan
Ibn ‘Abbas dan Mujahid meriwayatkan hadith alqudsi bahawa Allah S.W.T mengatakan tidak ada
agama yang agung, yang setanding dengan manamana agama atau seluruh isi dunia selain dari
agama Islam. Al-Hasan menyatakan ia bermaksud
adab-adab al-Quran.
‫كان ْخلقه اْلقرآ ْن‬
Maksudnya: Akhlak baginda S.A.W adalah alQuran.
Menurut Imam al-Nawawi (w. 676H),
baginda S.A.W mempunyai adab seperti
adab yang terkandung di dalam al-Quran
seperti mengikut perintah, meninggalkan
larangan, mengambil pengajaran dan
nasihat.
Setiap agama yang terdapat di dunia
menitikberatkan aspek akhlak dan budi pekerti.
Islam menonjolkan akhlak terpuji melalui
pengutusan Nabi Muhd s.a.w. Ia jelas
diterangkan di dalam hadith;
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yg mulia”
• Nabi Muhammad meletakkan taraf orang yang
mulia akhlaknya untuk duduk bersama
sahabat-sahabatnya pada hari kiamat.
• Sabda Nabi;
“Orang yang paling aku kasihi antara kamu
dan paling dekat kedudukannya denganku
pada hari kiamat ialah orang yang paling baik
akhlaknya”
• Kepada mereka yang berakhlak buruk, Nabi
menjelaskan,walau banyak mana amalan baik,
masih lagi dianggap buruk.
• Sabda Nabi Muhd s.a.w;
“Seorang perempuan sentiasa berpuasa di
siang hari dan bangun solat diwaktu malam
tetapi buruk akhlaknya, beliau selalu
menyakiti jiran tetangganya dengan katakatanya”. Sabda Nabi: “Tidak ada kebaikan
kepadanya, dia termasuk dalam golongan ahli
neraka”.
• Agama menampilkan konsep dosa dan pahala
yang menjadi pendorong ke arah amalan
hidup berakhlak
• Dalam masa yang sama islam menganjurkan
taubat sebagai salah satu anak tangga yang
boleh dilalui oleh mereka yang terlanjur
melakukan kejahatan untuk kembali untuk
menjadi orang yang baik dan berbudi mulia.
• Akhlak yang kukuh ialah akhlak yang
bersendikan aqidah atau keyakinan agama
dengan melaksanakan segala suruhan dan
meninggalkan laranganNya
• Dari segi perundangan, sistem hidup, baik
ibadat, muamalat munakahat, jinayat dan
lain2 akhlak islam adalah adil, seimbang dan
berperikemanusiaan.
Kedudukan Akhlak dalam Islam
•
Islam telah menjadikan akhlak sebagai illat kenapa
agama islam diturunkan. Sabda nabi saw – aku
diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia
Islam menganggap orang yang paling tinggi
darjat keimanan ialah mereka yang paling
mulia akhlaknya
Dalil Sabda Rasulullah s.a.w
“Sesiapa yang menunjukkan kebaikan maka
baginya pahala (seperti pahala) orang yang
mengamalkannya
• Islam telah mentakrifkan “ addin” dengan
akhlak yang baik
• Kepada mereka yang berakhlak buruk, Nabi
menjelaskan,walau banyak mana amalan baik,
masih lagi dianggap buruk.
• Akhlak merupakan syarat untuk
membebaskan diri azab api neraka dan
memenangi syurga
• Sabda Nabi Muhd s.a.w;
“Seorang perempuan sentiasa berpuasa di
siang hari dan bangun solat di waktu malam
tetapi buruk akhlaknya, beliau selalu
menyakiti jiran tetangganya dengan katakatanya”. Sabda Nabi: “Tidak ada kebaikan
kepadanya, dia termasuk dalam golongan ahli
neraka”.
Islam menganggap bahawa akhlak yang baik
merupakan amalan yang utama yang dapat
memberatkan neraca amal baik di akhirat
mafhum dari sabda nabi saw “perkara yang
lebih berat yang diletakkan di hari akhirat
ialah takwa kepada Allah dan akhlak yang
baik”
• Allah telah memuji rasulNya Muhammad saw
kerana memiliki akhlak yang sangat terpuji
Mafhum dari firmanNya “ sesungguhnya
engkau memiliki akhlak yang sangat agong
al-qalam ayat 4
• Allah memerintahkan supaya setiap orang
beribadat hanya kepadaNya dan jangan sekalikali mensyirikkanNya dengan sesuatu dan
kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat
baik
Dalil tentang kebaikan amalan meninggikan
kalimah Allah dan menolong agama Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w;
• “Pergi sekali kerana perang Fisabilillah di
waktu pagi dan petang adalah lebih baik dari
dunia dan segala isinya”.
• Kesimpulannya- Umat Islam perlulah
membiasakan diri dengan kebaikan dan
berusaha untuk melakukan kebaikan.
Kepentingan dan Matlamat Akhlak
• 1. Memandu akal dapat membuat pertimbangan yang
waras dengan memikirkan apa yang bakal dibuat atau
tindakan itu sesuai dengan dengan pembawaan dan
sifat yang ada dalam jiwanya.
• 2. Akhlak membentuk manusia menjadi khalifah yang
terbaik di dunia dan akhirat.
• 3. Menyempurnakan keperluan manusia untuk
mendapat kebahagiaan, keadilan,keamanan,
kesejahteraan dan selamat dari huru-hara, perpecahan
dan sbgnya.
• 4. Melahirkan keluarga yang harmoni.
• 5. Melahirkan masyarakat yang beradab dan berakhlak.
Unsur-Unsur Akhlak Islam
• 1. Al-Wala’ atau Penyerahan Diri Kepada Allah,
Rasul & Mukmin
• 2. Al-Mahabbah atau Kasih
• 3. Lemah lembut Terhadap Mukmin
• 4. Jihad Fisabilillah
Konsep Moral:Definisi
• Berasal daripada perkataan Greek, iaitu ‘mores’ yang
membawa maksud adat dan kebiasaan.
• Merupakan idea umum yg diterima oleh sesuatu
masyarakat tentang sesuatu tingkah laku yang baik
dan yang buruk oleh manusia lain.
• Istilah moral meliputi sifat-sifat luhur sepeti baik hati,
belas kasihan, tolong menolong,bersih,
berani,adil,berkasih sayang, toleransi,bersosialisasi
dan rajin.
• ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu
perbuatan (kelakuan, kewajiban dan sebagainya),
Konsep Moral
• Konsep moral menekankan aspek-aspek
moral,kemanusiaan dan kemasyarakatan.
• Tumpuan khusus diberikan kepada
pemupukan penghayatan dan amalan nilai
murni yang terdapat di dalam agama, tradisi
dan adat resam pelbagai kaum. Koo Kee Peng
merujuk moral di dalam keadaan berikut:
• 1. Penentangan terhadap sesuatu keinginan
atau penahanan sesuatu tingkah laku yang
dianggap salah dan tidak patut dilakukan.
2. Tingkah laku yang berdasarkan peraturanperaturan dan prinsip-prinsip yang diterima
secara rasional.
3. Tingkah laku yang berdasarkan suatu
keputusan moral yang melibatkan penafsiran
tentang apa yang dikatakan tindakan yang
betul.
Perbezaan Antara Akhlak & Etika
• Dr Harun Din menggariskan beberapa
perbezaan antara akhlak dan etika, antaranya:
• 1. Akhlak mempunyai daya kekudusan yg
menghasilkan 2 perkara,pernghormatan kpd
sistem akhlak dan sistem ini akan memberikan
kesan yang praktik dalam kehidupan
seseorang.
• 2. Undang2 akhlak dapat membawakan
manusia untuk mencapai kebahagiaan di
dalam hidupnya, kerana ia merangkumi
kedua-dua faedah material & moral.
• 3. Dari segi prinsip, akhlak bersifat umum dan
tetap yg melewati batas undang-undang dan
ciptaan manusia sama ada dari segi kesan atau
perlaksanaannya.
• Manakala moral & etika mempunyai batas
yang diselaraskan dengan keinginan &
pemahaman manusia tentang hidup.
Tasawuf
Tasawuf bermaksud bersih (safa’).
Abd al-Qadir Jilani (w.561H) menyatakan
bahawa sufi itu ialah seseorang yang
membersihkan zahir dan batinnya serta
mengikut apa yang terkandung di dalam alQuran dan sunnah Nabi S.A.W.
Tasawuf bermaksud hakikat beramal
dengan syariat telah diungkap oleh alSha’rani (w. 973H)
Abu Bakar al-Kattani (w. 233H)
menjelaskan :
Tasawuf bermaksud akhlak disebut oleh
bahawa tasawuf itu adalah akhlak,
sesiapa yang memperelokkan akhlak
maka dia telah memperbaiki dan
menyucikan hatinya.
al-Sahruwardi (w. 632H) mendefinasikan
istilah tasawuf secara hampir tepat :
bahawa sufi adalah seseorang yang sentiasa
berada di dalam pembersihan, sentiasa
menyucikan diri dan hatinya dari segala
kekotoran, terutamanya sentiasa suci dari
yang lain daripada Allah. Dengan penyucian
ini ia akan membersihkan jiwanya dari
kekotoran. Tiap-tiap kali jiwanya bergerak,
sifat-sifat baik akan terjelma dan jiwanya
terus berjalan menuju kepada Allah.
Tuntasnya :
• Akhlak ialah perkara yang berkaitan dengan
perilaku seseorang samada baik atau buruk.
• Moral pula ialah pegangan seseorang baik atau
buruk bergantung kepada ukuran yang diberikan.
• Tasawuf bermaksud praktik amalan bagi
memperbaiki perlakuan supaya tercapai matlamat
menuju keredhaan Allah S.W.T dan mendekatkan
diri kepadaNya.
HUBUNGAN ANTARA AKHLAK,
MORAL DAN TASAWUF
• Akhlak, moral dan tasawuf mengacu
kepada ajaran atau gambaran tentang
perbuatan, tingkah laku, sifat, dan
perangai yang baik.
• Akhlak, moral dan tasawuf merupakan
prinsip atau aturan hidup manusia untuk
mengangkat martabat dan kemuliaannya.
• Hubungan tersebut terletak pada
fungsi dan peranan iaitu menentukan
hukum atau nilai dari suatu perbuatan
manusia untuk ditetapkan baik atau
buruk.
• Hubungan ketiga-tiga ilmu tersebut
boleh dirumuskan kepada objek,
ukuran dan tujuan.
Objek = perbuatan manusia
Ukuran = baik dan buruk
Tujuan = adalah untuk membentuk
keperibadian seseorang.
PERBANDINGAN ANTARA AKHLAK,
MORAL DAN TASAWUF
1. Dari segi sumber :
 Akhlak - acuannya adalah akal dan syariat Islam.
Moral - norma atau adat istiadat.
Tasawuf - syariat Islam dan nilai-nilai yang lahir
daripada latihan dan mujahadah.
2. Dari segi pengamalan :
Akhlak dan tasawuf adalah amalan yang telah
digaris oleh syariat Islam.
 Moral adalah amalan yang bergantung kepada
masyarakat dan adat.
3. Dari sudut pengukuran :
 Akhlak dan tasawuf diukur dari segi ketakwaan dan
keimanan.
Moral diukur dengan kehendak masyarakat, jika
mereka mengatakan baik, maka baiklah perilaku
tersebut, begitulah sebaliknya.
4. Dari sudut perubahan pada perlakuan seseorang:
 Akhlak dan tasawuf tidak akan berubah sama sekali
kerana sumber dan asasnya adalah tetap iaitu alQuran dan al-Sunnah.
Moral akan berubah mengikut keadaan dan citarasa
masyarakat.
PANDANGAN ULAMAK TERHADAP
AKHLAK DAN TASAWUF
Kesimpulan