VKMB1011_Bab 4

Download Report

Transcript VKMB1011_Bab 4

BAB 4
PEMBANGUNAN DAERAH
PENGENALAN
• Ketidakseimbangan dalam masyarakat menyebabkan
wujudnya tuntutan untuk membetulkannya.
• Di sinilah wujudnya peranan pihak kerajaan dan badanbadan bukan kerajaan untuk memulihkan keadaan
• Kokurikulum Khidmat Masyarakat ialah satu daripada
cabang penglibatan universiti dalam masyarakat.
• Pembangunan Daerah pula membolehkan universiti
memberi tumpuan penglibatan berdasarkan ruang
(pembahagian geografi, golongan masyarakat atau isu-isu
tertentu) sebagai satu daripada langkah mewujudkan
keseimbangan terhadap jurang yang wujud dalam
masyarakat.
PENGENALAN
• Hubungan dan peranan pihak-pihak
yang terlibat dalam proses
pembangunan masyarakat dapat
dijelaskan seperti di bawah:
–
–
–
–
–
–
Universiti
Pelajar
Agensi-agensi kerajaan
Sektor swasta
Badan-badan sukarela
Individu perseorangan
Konsep
• Konsep Pembangunan
– Pengertian pembangunan dalam konteks
pembangunan daerah khususnya merujuk kepada
pembangunan sosioekonomi.
– Pembangunan sosioekonomi bererti membawa
pembangunan untuk kesejahteraan sosial dan
ekonomi sesebuah masyarakat.
– Ia mungkin melibatkan usaha dan bantuan dalam
bentuk fizikal (sumbangan material), dari sudut
psikologi (sumbangan nasihat), ataupun emosi
(kaunseling dan sebagainya).
Konsep
• Konsep Daerah
– Menurut INTAN (1991), daerah di Malaysia
merupakan satu unit pentadbiran kerajaan yang lebih
kecil dalam sesebuah Negeri.
– Pembangunan sesebuah daerah juga mestilah selaras
dengan dasar-dasar kerajaan sementara kerajaan
menyediakan sejumlah peruntukan untuk
membangunkan daerah yang terletak di bawah
pentadbiran pegawai yang berkenaan masing-masing.
– Daerah di sini boleh merujuk kepada kawasan, isu
atau golongan masyarakat.
Konsep
• Konsep Pembangunan Daerah
– Merujuk kepada pembangunan sosioekonomi sesebuah
masyarakat dan ia turut mempunyai hubungan dengan
faktor lain seperti politik dan psikologi sesebuah
masyarakat.
– Daerah pula membawa maksud satu skop kajian yang
boleh menggambarkan sesuatu subjek berdasarkan isu,
golongan masyarakat mahupun pembahagian geografi.
– Proses pembangunan akan berlaku apabila pengetahuan
dan kemahiran yang dibawa oleh universiti diterapkan
dalam masyarakat melalui kerjasama dengan agensi-agensi
berkaitan, pemimpin-pemimpin dankumpulan sasaran
(target group) sesuatu projek.
PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT
PEMBANGUNAN DAERAH
• Sebelum Pelaksanaan
– Pengetahuan teori dan konsep (Bab 1,
2 dan 3)
– Penubuhan kumpulan projek
– Mengadakan mesyuarat kumpulan
(Bab 10)
– Memajukan kertas cadangan projek
(proposal) (Bab 9)
– Persediaan terakhir
• Pembahagian tugas secara terperinci
• Pengetahuan am
• Taklimat akhir
PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT
PEMBANGUNAN DAERAH
• Semasa Pelaksanaan
– Menemui pihak yang berkenaan
– Membuat tinjauan dan pemeriksaan
– Mengadakan raptai dan latihan
– Menjaga adab dan tata susila
– Mesyuarat selepas tamat sesuatu
aktiviti (post-activity)
PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT
PEMBANGUNAN DAERAH
• Selepas Pelaksanaan
– Memulangkan peralatan dan
kelengkapan
– Mengemaskini rekod pendapatan
dan perbelanjaan
– Penyediaan dan penyerahan laporan
akhir (Bab 12)
– Membuat susulan dan penilaian
semula
BAB 5
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
PENGENALAN
• Rakyat yang tidak berpendidikan akan
mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir atau
musuh-musuh negara
• Pendidikan merupakan alat penting dalam
membentuk benteng pertahanan sesebuah
negara yang aman dan damai serta maju
seperti Malaysia.
• Kemunduran dan kemajuan sesebuah
negara bergantung kepada betapa mundur
atau majunya rakyat dari segi pendidikan
yang diperolehinya
DEFINISI
• Pendidikan
– Pendidikan (Yaakub Isa, 1996) ialah perkembangan
individu yang termasuk pendedahan kepada pelbagai
pengalaman penting.
– Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan
pemindahan pengetahuan, nilai-nilai murni dan
kemahiran-kemahiran yang berlaku secara berterusan
sejak kecil sehingga akhir hayat.
• Pengajaran
– Pengajaran ialah perubahan baru yang berlaku dalam
pengetahuan, sikap dan kemahiran
• Pembelajaran
– Gabungan dua aspek, iaitu pengajaran bagi guru dan
pemelajaran bagi pelajar
DEFINISI
• Pemelajaran
– Aktiviti yang dilakukan oleh pelajar
semasa mempelajari pelajaran yang
diajar oleh guru
• Instruksi
– Penyusunan persekitaran dan maklumat
dalam membantu pembelajaran pelajar
• Akademik
– Aktiviti yang berkaitan dengan aspek
pendidikan seperti guru dan pelajar
DEFINISI
• Disiplin
– Disiplin (Yaakub Isa, 1996) ialah
peraturan-peraturan yang ditetapkan
untuk melatih seseorang supaya
berkelakuan baik
• Pedagogi
– Pedagogi (Yaakub Isa, 1996) ialah satu
sains pengajaran yang merangkumi
aspek kurikulum dan pengkaedahan
pada peringkat kanak-kanak
DEFINISI
• Perkembangan Afektif
– Perkembangan afektif (Yaakub Isa, 1996)
ialah perkembangan yang berkaitan
dengan emosi, perasaan dan sikap dan
mempunyai hubungan yang sangat rapat
dengan sikap, pembawaan, motivasi,
keutamaan-keutamaan, citarasa dan nilai
• Pengajaran & Pembelajaran (P&P)
– Wujudnya interaksi di antara guru (yang
melaksanakan pengajaran) dan pelajar
(yang mengalami pembelajaran)
DEFINISI
• Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR)
– Memberi penekanan kepada perkembangan
potensi individu secara menyeluruh yang
meliputi aspek rohani dan jasmani; yang
termasuk juga aspek kognitif, sosio-emosi,
bakat dan fizikal;
– Menyediakan pendidikan asas kepada setiap
pelajar bagi membolehkan mereka,
sekurang-kurangnya berkomunikasi dalam
masyarakat seharian;
– Memberikan pertimbangan kepada bakat
setiap individu yang berbeza-beza.
DEFINISI
• Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM)
– Kesinambungan daripada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang
dilaksanakan secara berperingkatperingkat mulai 1988.
– Matlamat KBSM adalah untuk memberi
peluang kepada pelajar-pelajar
mengembangkan potensi diri mereka dari
segi rohani dan jasmani, yang termasuk
juga aspek intelek, emosi, dan
psaikomotor secara menyeluruh. (Yaakub
Isa, 1996)
DEFINISI
• Taksonomi Bloom
– Dikemukakan oleh Benjamin Bloom
merupakan satu sistem klasifikasi
dalam bidang kognitif yang
mempunyai enam peringkat yang
disusun dari peringkat rendah hingga
ke peringkat yang tinggi: pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis
dan penilaian.
Falsafah Pendidikan Negara
• Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmoni dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
TUJUAN PENDIDIKAN
• Satu proses yang membolehkan
seorang manusia mempelajari hidup
sebagai seorang insan (mempunyai
nilai moral yang tinggi) dan menjadi
seorang ahli yang berguna dan
diterima oleh masyarakat.
• Melengkapkan para pelajar dengan
kemahiran asas yang penting supaya
mereka berjaya dalam hidup mereka
TUJUAN PENDIDIKAN
• Spencer (1989) mengemukakan 4
tujuan pendidikan berikut:
i. Menjaga diri
ii. Menyara keluarga
iii. Mengekalkan hubungan sosial dan
politik
iv. Menghiburkan hati
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PENDIDIKAN
• Ibrahim Mamat (1998) menyatakan
bahawa di antara faktor-faktor itu
adalah berkenaan kemudahan asas,
tenaga manusia, kurikulum, pelajar,
bahan pengajaran dan kepimpinan.
Ciri-Ciri Kecemerlangan Akademik
i. Tahap atau taraf membaca yang luas dan tingi;
ii. Mempunyai keupayaan menulis yang tinggi;
iii. Mempunyai tahap pemikiran dan kematangan
yang tinggi;
iv. Mampu dan berupaya untuk berusaha dengan
sendiri mencari atau mengumpul maklumat;
v. Menganuti orientasi atau disiplin diri yang ketat
lagi tersendiri; dan
vi. Mempunyai penguasaan dan pemahaman asasasas matematik yang tinggi.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
• Perancangan pembangunan pendidikan masa kini bukan
sahaja dibina sebagai mewujudkan kesinambungan
perancangan masa lalu, tetapi juga menjadi asas
penyediaan masyarakat Malaysia bagi menjadikan negara
ini sebuah negara maju.
• Perancangan pembangunan pendidikan haruslah juga
memberi perhatian kepada aspek ekonomi dan
pelaksanaannya.
• Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam
permbangunan sesebuah masyarakat dan negara.
• Masyarakat berilmu dan mempunyai pendidikan yang
tinggi biasanya dikaitkan dengan masyarakat maju,
makmur dan berbudaya yang tinggi.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
• Strategi-strategi pembangunan pendidikan (Yaakub Isa,
1996) ialah
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
Meningkatkan mutu pendidikan di semua peringkat;
Memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan di
kawasan-kawasan luar bandar dan kawasan penduduk miskin di
bandar;
Memberikan keutamaan kepada pembangunan pendidikan rendah
sebagai tahap pendidikan yang terpenting;
Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional;
Meningkatkan lagi pendidikan perguruan dan profession keguruan;
Memperluaskan lagi program perkhidmatan sokongan;
Mengambil langkah-langkah ke arah penjimatan kos pendidikan
tanpa menjejaskan mutu dan kecekapan pendidikan; dan
Meningkatkan usaha memajukan mutu pendidikan dengan
menggalakkan penyelidikan dan inovasi di peringkat sekolah dan
daerah.
Perbezaan
Agenda Pengajaran
• Gagne R. (1972) telah memberi
panduan yang berguna dalam usaha
kita menyampaikan sesuatu
pelajaran.
• Sembilan Agenda Pengajaran
disesuaikan lagi membentuk Lima
Belas Agenda Pengajaran (Smith
dan Ragan, 1993)
Agenda Pengajaran
• Sembilan Agenda Pengajaran (Events
of Instruction) tersebut ialah
i.
Mendapat perhatian pelajar (gaining
attention).
ii. Menyatakan tujuan pengajaran
(informing the learner of the objective).
iii. Merangsang pelajar lepas (stimulate
recall of prerequisite learning).
iv. Mempersembahkan bahan yang dapat
memberi rangsangan minda
(presenting stimulus materials).
Agenda Pengajaran
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
Memberi bimbingan kepada pelajar
(providing learning guidance).
Mencungkil agar pelajar membuat
persembahan (elicit performance).
Memberi maklum balas (providing
feedback).
Menilai persembahan/produk
(assessing performance).
Memperbaiki agar ingatan lebih kekal
dan pemindahan pengetahuan
(enhancing retention and transfer).
Agenda Pengajaran
• Lima Belas Agenda Pengajaran
– Pengenalan (introduction)
i.
ii.
iii.
iv.
Mengaktifkan perhatian terhadap pelajaran.
Memberi tujuan pengajaran.
Menarik minat dan motivasi.
Memberi gambaran keseluruhan tentang topik
yang akan diajar.
– Isi (body)
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
Mengingati pelajaran sudah yang berkaitan.
Proses maklumat dan contoh.
Fokus kepada perhatian.
Menggunakan strategi pembelajaran.
Membuat latihan.
Menilai maklum balas.
Agenda Pengajaran
– Penutup (conclusion)
ix. Meringkas dan membuat ulangkaji.
x. Memindahkan pengetahuan.
xi. Memberi motivasi sekali lagi dan
menutup pelajaran.
– Penilaian (assessment)
xiv. Menilai persembahan.
xv. Menilai maklum balas dan mendapat
bantuan (remediation).
BAB 6
PEMBANGUNAN WANITA
Definisi Wanita
• Wanita merupakan golongan yang lemah.
• Perempuan yang dianggap sudah berumah
tangga.
• Wanita dikategorikan sebagai sebuah
golongan yang penyayang.
• Seorang pemimpin hal-ehwal keluarga.
• Golongan wanita merangkumi 50 hingga 60
peratus penduduk dunia.
• Wanita atau perempuan masih dikuasai dan
tunduk kepada lelaki.
• Sumbangan golongan wanita jarang
diiktirafkan di mana-mana negara.
Pengertian Pembangunan Wanita
• Proses ke arah pembentukan wanita
yang berdaya saing dan cemerlang
serta bijak untuk mengambil
manfaat daripada perubahanperubahan yang memanfaatkan diri
mereka sebagai manusia yang
mempunyai hak yang sama dengan
lelaki, isteri, ibu dan ahli
masyarakat.
PERKEMBANGAN WANITA
• Pertubuhan-pertubuhan wanita di Malaysia boleh
dikatakan boleh dibahagikan kepada 3 tahap:
i.
Zaman penjajahan hingga 1963: fokus soal-soal
kebajikan wanita
ii. 1963 – 1985: bertumpu kepada gabungan NGONGO lalu menjadi pertubuhan yang lebih besar
iii. 1985 – sekarang: menyaksikan isu-isu wanita di
persada antarabangsa dan pemantapan
pertubuhanpertubuhan wanita melalui
penggabungan atau kerjasama antara pertubuhan
CARA-CARA MEMBANGUNKAN WANITA
• Mengambil langkah-langkah bagi menggalakkan
wanita tempatan menjadi pembantu rumah dengan
tawaran gaji yang menarik serta kemudahan
perubatan, cuti, caruman kepada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) serta kenaikan gaji
tahunan.
• Melaksanakan waktu bekerja yang anjal di sektor
awam dan swasta.
• Memberi peluang yang saksama kepada pekerja
wanita untuk mengikuti latihan teknikal, vokasional,
kemahiran serta latihan-latihan lain yang berkaitan.
• Memberi peluang yang saksama kepada pekerja
wanita untuk meningkat dalam kerjaya hingga ke
peringkat tertinggi dalam organisasi awam dan
swasta.
CARA-CARA MEMBANGUNKAN WANITA
• Memastikan tidak wujud lagi diskriminasi dari segi
upah bagi kerja yang sama nilai di antara lelaki dan
wanita.
• Menyediakan latihan bagi kemasukan semula wanita
dalam pasaran termasuklah suri rumahtangga yang
ingin menyertai pasaran buruh di bandar dan luar
bandar.
• Menjalankan kajian kemungkinan mewujudkan satu
bank khususnya untuk membantu wanita
mendapatkan pinjaman dan kemudahan kredit agar
mereka dapat bergiat cergas dalam aktiviti Ekonomi.
• Menjalankan kajian tentang penyertaan wanita
dalam sektor tidak formal bagi membantu merangka
program program ke arah peningkatan daya
pengeluaran dan daya saing mereka.
CARA-CARA MEMBANGUNKAN WANITA
• Mengambil langkah bagi menggalakkan lebih
ramai wanita menceburi bidang pendidikan
Sains dan Teknologi agar wanita turut
melibatkan diri dalam bidang yang berkaitan
dengan Sains dan Teknologi.
• Memperhebatkan program bagi
mengurangkan kemiskinan di kalangan wanita
terutamanya di luar bandar dengan
melibatkan mereka dalam aktiviti peningkatan
tahap Ekonomi.
• Mewujudkan “One-stop Centre”, iaitu pusat
pengumpulan dan penyebaran maklumat
mengenai perniagaan dan keusahawanan
untuk wanita.
CARA-CARA MEMBANGUNKAN WANITA
• Memastikan wanita diwakili dalam badan-badan
yang menggubal dasar mengenai aktiviti ekonomi,
serta badan-badan seperti Kesatuan Sekerja, Dewan
Perniagaan, Lembaga Perlesenan Perniagaan dan
lain-lain.
• Memastikan majikan menguatkuasakan peruntukanperuntukan dalam Akta Pekerjaan dari segi
keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja,
kemudahan perumahan, pengangkutan, riadah,
kaunseling dan mencegah amalan diskriminasi dan
gangguan seksual terhadap pekerja wanita.
• Menyediakan lebih banyak program latihan dalam
bidang perniagaan dan keusahawanan untuk pekerja
wanita.
HALANGAN WANITA
• Menurut Makmor (1998), terdapat enam halangan
utama dalam arus pembangunan, iaitu
– percanggahan antara tanggungjawab kerjaya dengan
keluarga;
– perbezaan jantina mengikut disiplin pendidikan di sekolah;
– pandangan negatif masyarakat umum terhadap peranan
dan status wanita;
– peranan wanita hanya sebagai pencari nafkah kedua;
– suasana kerja yang mengehadkan latihan dan
pembangunan kerjaya;
– tiadanya kemahiran khusus yang dimiliki oleh wanita untuk
memenuhi pasaran kerja.
Perjuangan Pembangunan Wanita
• Peranan kerajaan Malaysia
– Menubuhkan agensi-agensi dan menyokong
penganjuran persidangan serta seminar tentang
isu-isu wanita
– Menggunakan tujuh daripada lapan Strategi
“Memandang Ke Hadapan” yang dikemukakan
dalam Persidangan Wanita Sedunia di Nairobi,
Kenya pada tahun 1985.
– Kerjasama yang diberikan oleh kerajaan telah
membawa kepada pertambahan bilangan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita di
Malaysia.
– Mengikut Makmor (1998), bilangan NGO wanita
telah meningkat selepas Persidangan Wanita
Sedunia Keempat di Beijing, China.
Perjuangan Pembangunan Wanita
• Kementerian dan badan bukan
kerajaan yang memperjuangkan hak
wanita
• Kerjasama yang erat di antara
badan kerajaan dan pertubuhan
bukan kerajaan atau NGO telah
menghasilkan perkembangan yang
membanggakan.
Perjuangan Pembangunan Wanita
• Penubuhan Majlis Kebangsaan bagi
Mengintegrasikan Wanita dalam
Pembangunan 1979
• Penubuhan HAWA pada tahun 1983 juga
turut membantu meningkatkan
penglibatan wanita dalam pembangunan
negara di samping menyahut seruan
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
yang menyeru penubuhan jentera kerajaan
mengenai hal ehwal wanita sempena
Dekad Wanita tahun 1976 hingga 1985
Perjuangan Pembangunan Wanita
• Dasar Wanita Negara turut juga
diluluskan pada tahun 1989 dan ia
mempunyai dua matlamat, iaitu:
– menjamin perkongsian saksama
– mengintegrasikan wanita dalam
semua sektor pembangunan negara
selaras dengan kemampuan dan
kehendak wanita
TAMAT
BAB 7-12:
SILA RUJUK TUGASAN 1 DAN 2