GMGA1013_Nota Bab 4

Download Report

Transcript GMGA1013_Nota Bab 4

BAB 4
PENTADBIRAN KEWANGAN
OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
• Menerangkan latar belakang pentadbiran
kewangan di Malaysia.
• Menghuraikan perkara-perkara penting dalam
pentadbiran kewangan di Malaysia, iaitu
belanjawan, dasar kewangan, bidang kuasa
kewangan, dan kawalan-kawalan kewangan.
PENGENALAN
• Malaysia mengamalkan sistem
ekonomi terbuka (Ahmad
Atory,1996:203).
ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM
PENTADBIRAN KEWANGAN
• Belanjawan Negara merupakan anggaran
perbelanjaan dan hasil untuksatu-satu tahun
kewangan tertentu.
• Dalam konteks Malaysia, Belanjawan Negara
dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober
atau November setiap tahun oleh Menteri
Kewangan (Ahmad Atory, 1983:144).
• Belanjawan Negara telah memainkan beberapa
peranan penting dalam pentadbiran kewangan
negara kita. Di antara peranan tersebut ialah:
a) Mengawal perbelanjaan negara -kerajaan akan
mengagihkan peruntukan berdasarkan kepada anggaran
pendapatan dan perbelanjaan yang dibuat sebelumnya.
b) Menstabilkan ekonomi negara - kerajaan boleh
menggunakan belanjawan sebagai strategi menghadapi
keadaan semasa ekonomi negara dengan memberi
penekanan kepada langkah-langkah yang bersesuaian.
c) Mengukur kecekapan dan keberkesanan pengurusan
kewangan negara
- Menilai kecekapan dan keberkesanan agensiagensi kerajaan dalam
merancang dan menggunakan peruntukan yang diberikan.
- Prestasi pengurusan kewangan agensi berkenaan diukur melalui
sejauh mana ia dapat membelanjakan peruntukan pada akhir
tahun mengikut perancangan sebelumnya.
- Belanjawan juga bergantung kepada sistem belanjawan yang
digunakan.
Tahap-tahap Peralihan
Pentadbiran Kewangan Malaysia
1. Sistem Belanjawan Zaman Masyarakat Melayu
Tradisi
- Hasil yang paling utama ialah dalam bentuk cukai. Cukai
kepala dan cukai pelabuhan yang dipungut oleh
Syahbandar ke atas pedagang-pedagang yang singgah di
pelabuhan.
- Hasil negara yang dipungut dikawal oleh Raja yang
dinamakan Perbendaharaan Negeri.
- Hanya Sultan atas nasihat Bendahara, boleh mengeluarkan
harta dan perbendaharaan untuk dibelanjakan mengikut
keperluan negara.
2. Sistem Belanjawan Zaman Penjajahan – sistem belanjawan
yang digunakan adalah sistem berdasarkan amalan negara
penjajah.
3. Sistem Belanjawan Selepas Merdeka - kebanyakan dasar
kerajaan termasuk sistem belanjawan masih lagi terikat
dengan sistem yang diamalkan oleh British, iaitu kuasa
penjajah yang terakhir di Tanah Melayu.
4. Item Belanjawan Lini - tumpuan negara adalah terhadap
pembangunan sosial dan ekonomi, terutamanya
pembangunan infrastruktur dan luar bandar. Agensi-agensi
kerajaan dikehendaki menyenaraikan aktiviti-aktiviti (objek
atau item) yang dirancang untuk dilaksanakan, berserta
dengan anggaran perbelanjaan yang terperinci.
5. Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP)
- Sistem belanjawan lini didapati kurang berkesan kerana terdapat
banyak kelemahan.
- Tidak ada mekanisme kawalan untuk menilai kecekapan dan
keberkesanan terhadap peruntukan yang dibelanjakan.
- Pada tahun 1968, kerajaan telah memperkenalkan satu sistem
belanjawan yang dikenali sebagai Sistem Belanjawan Program dan
Prestasi.
- Sistem berorientasikan pengurusan kerana ini ia melibatkan aktivitiaktiviti perancangan, pelaksanaan dan penilaian sesuatu projek.
- Ia juga memperlihatkan sejauh mana kecekapan dan keberkesanan
agensi-agensi memperoleh, mengorganisasikan, mengawal dan
menggunakan sumber-sumber negara yang terhad itu.
• Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP)
(samb.)
- setiap agensi dikehendaki menyediakan anggaran
belanjawan untuk tahun hadapan dengan menjelaskan
secara terperinci objektif-objektif dan strategi-strategi
perlaksanaan bagi sesuatu projek.
- Prestasi agensi pada tahun perlaksanaan akan diukur
berasaskan kecekapan dan keberkesanan dalam
menggunakan sumber ke arah pencapaian objektif
mengikut strategi-strategi pelaksanaan yang ditetapkan
itu.
6. Sistem Belanjawan DiubahSuai (SBD)
- Diperkenalkan oleh kerajaan dalam tahun 1990 dan merupakan sistem
yang digunakan oleh Malaysia sehingga hari ini.
- Pengubahsuaian ke atas bidang kuasa melibatkan penurunan kuasa
untuk membuat keputusan kepada peringkat pengurusan bawahan.
Kuasa membuat keputusan ini dihadkan kepada pegawaipegawai pada
peringkat akauntabiliti yang bersesuaian.
- Pengubahsuaian yang dilakukan adalah bertujuan untuk memberi
keberkesanan kecekapan dalam pengurusan kewangan kerana setiap
aktiviti dapat di tadbir dan dikawal selia oleh individu yang paling
hampir dengan pelaksananya.
• Sistem Belanjawan DiubahSuai (SBD) (samb.)
- pengubahsuaian dalam proses pula melibatkan peraturan dan
prosedur dalam agihan peruntukan belanjawan.
- Batas Perbelanjaan merupakan satu had perbelanjaan kasar ke atas
sesuatu aktiviti tanpa mengambil kira faktor-faktor lain dan tidak
boleh dilampaui oleh agensi yang melaksanakannya.
- Perjanjian Program, iaitu satu persetujuan yang menetapkan tahap
prestasi yang ingin dicapai bagi sesuatu peruntukan yang diagihkan.
- Pengubahsuaian dalam proses juga melibatkan aspek penilaian ke atas
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Dasar Kewangan (Fiskal)
Negara
• Kerajaan mempunyai matlamat
untuk meningkatkan prestasi dan
menstabilkan kedudukan ekonomi
negara (INTAN 1991:661).
• Terdapat beberapa dasar yang sering digunakan dalam
usaha menyelesaikan beberapa masalah ekonomi
tertentu, iaitu:
a) Dasar Percukaian –untuk meningkatkan hasil negara
atau mempengaruhi kuasa beli orang perseorangan
dan organisasi dalam negara.
b) Dasar Perbelanjaan Kerajaan
-
-
sikap yang diamalkan oleh kerajaan dalam menghadapi sesuatu
keadaan ekonomi.
Perbelanjaan kerajaan boleh menjadi pengganti utama kepada
semua perbelanjaan yang tidak dapat dipenuhi oleh sektor
(firma atau perseorangan) dalam sistem ekonomi se sebuah
negara.
Kerajaan boleh menentukan sama ada ingin atau tidak
melakukan perbelanjaan dalam keadaan yang tertentu.
c) Pengendalian Hutang Negara
- Pinjaman dalam dan luar negara.
- Kerajaan sukar untuk mengagihkan
peruntukan bagi membayar balik pinjaman
mengikut jadual yang ditentukan,
terutamanya hutang luaryang besar
jumlahnya.
- Keadaan akan menjadi lebih buruk
sekiranya nilai mata wang negara menjadi
semakin rendah berbanding nilai mata
wang asas yang digunakan oleh negara
pemberi pinjaman.
d) Dasar Perlepasan Cukai
- Bertujuan untuk menarik pelaburan
dari luar negara.
- Dasar ini digunakan bertujuan untuk
menggalakkan industri berteknologi
tinggi tumbuh dan bertapak di
negara ini.
Bidang Kuasa Kewangan
• Dalam aspek kewangan Kerajaan Pusat juga
mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada
kerajaan-kerajaan negeri.
• Hanya Parlimen boleh mengenakan sebarang
cukai atau kadar ke atas mana-mana pihak.
• Segala hasil dan pendapatan utama
Persekutuan hendaklah dimasukkan dalam
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan
hanya melalui akta Parlimen sahaja
membolehkan wang tersebut diagihkan atau
dibelanjakan.
Bidang Kuasa Kewangan
• Kerajaan-kerajaan negeri dibenarkan
memungut dan membelanjakan apaapa hasil yang diperoleh dalam bidang
kuasanya seperti mana disenaraikan
dalam Jadual Ke Sembilan(Senarai
Negeri).
• Prosedur memungut dan
membelanjakan ini hendaklah selari
dengan prosedur yang ditetapkan oleh
kerajaan pusat.
• Semua akaun Kerajaan Persekutuan dan
negeri hendaklah diaudit dan dilaporkan
kepada Ketua Audit Negara.
• Perkara 106 merupakan satu perjawatan
peringkat Persekutuan. Ketua Audit Negara
akan mengemukakan laporan audit kepada
Yang Dipertuan Agong dan dibentangkan di
Parlimen.
• Bagi laporan audit Kerajaan Negeri, satu
salinan disampaikan kepada Raja atau yang Di
Pertua Negeri dan dibentangkan di Dewan
Undangan Negeri.
• Kedudukan kerajaan pusat lebih tinggi
berdasarkan kedudukan di mana
Pegawai Kewangan peringkat negeri
adalah bertanggungjawab kepada
Ketua Audit Negara di peringkat
Persekutuan.
• Jumlah geran yang boleh diberikan
kepada negeri dengan berdasarkan dua
kriteria utama yang telah ditetapkan,
iaitu berdasarkan bilangan penduduk
dan kos penyelenggaraan jalan raya
negeri.
Kawalan-Kawalan Kewangan
• Kawalan-kawalan kewangan adalah merujuk
kepada proses untuk memastikan kewangan
negara di tadbir dan diurus dengan cekap,
berkesan, dan mengikut peraturan yang
ditentukan seperti berikut:
a) Peruntukan Perlembagaan - Perlembagaan
merupakan undang-undang tertinggi dan tiada
mana-mana pihak boleh membuat undang-undang
dalam Persekutuan yang bercanggah dengan
perlembagaan.
b) Kawalan Parlimen
- Dalam hal kewangan, Parlimen mengeluarkan akta-akta
yang diterima pakai di seluruh Persekutuan.
- Badan perundangan yang lebih rendah daripada parlimen,
tidak boleh membuat undang-undang yang bercanggah
dengan peruntukan akta berkenaan.
c) Kawalan Eksekutif
- Melalui kementerian yang bertanggungjawab dalam halhal kewangan, iaitu Kementerian Kewangan.
- Kementerian Kewangan juga dikenali sebagai
Perbendaharaan.
- Arahan Perbendaharaan mengeluarkan garis panduan
pengurusan kewangan negara secara terperinci.
- Arahan perbendaharaan ini boleh dipinda atau ditambah
mengikut keperluan semasa melalui surat-surat pekeliling
yang dinamakan Surat Pekeliling Perbendaharaan.
d) Kawalan Pentadbiran
- Kawalan Pentadbiran pula merujuk kepada kawalan
kewangan yang berlaku pada tahap jabatan tertentu.
- Pegawai Pengawal dalam hal berkaitan kewangan agensi
masing-masing.
BAB 5
PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
• Mendefinisikan konsep-konsep penting dalam pengurusan sumber manusia.
• Membincangkan alternatif-alternatif pengrekrutan, kaedahkaedah pengrekrutan,
jenis-jenis temuduga, dan jenis-jenis ujian.
• Menerangkan maksud dan bentuk pampasan.
• Menjelaskan peranan, kaedah, dan kesilapan di dalam penilaian prestasi.
• Menerangkan objektif penubuhan kesatuan sekerja, keperluan pekerja menyertai
kesatuan sekerja, dan jenis tindakan perusahaan.
• Membincangkan faktor-faktor yang mewujudkan masalah disiplin, klasifikasi
masalah displin, dan tahap tindakan displin.
• Menghuraikan matlamat, faktor, proses, dan teknik-teknik latihan.
• Membezakan di antara pengurusan kerjaya dan perancangan kerjaya.
• Menjelaskan jenis-jenis dan kepentingan perkembangan kerjaya.
PENGENALAN
• Pengurusan sumber manusia hendaklah bermula
daripada peringkat awal sebelum kemasukan pekerja
ke dalam organisasi, iaitu pada peringkat
pengrekrutan dan pemilihan dan sentiasa berterusan
agar mereka terus setia di dalam organisasi tersebut.
• Pengurusan sumber manusia bolehlah didefinisikan
sebagai polisi dan praktik yang diperlukan untuk
menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan
sumber manusia termasuk pengrekrutan dan
pemilihan pekerja, pampasan, latihan dan
pembangunan, penilaian prestasi dan perkembangan
kerjaya, serta perhubungan industri dan keselamatan
pekerja.
PENGREKRUTAN DAN PEMILIHAN
• Pengrekrutan
– proses mengambilan individu yang berkelayakan
untuk mengisi jawatan di sesebuah organisasi.
– Membantu organisasi memenuhi tanggungjawab
sosial dan perundangan seperti mengurangkan
kesan diskriminasi.
– Dua perkara berkaitan dalam proses pengrekrutan
yang perlu dibincangkan ialah alternatif kepada
pengrekrutan dan kaedah pengrekrutan:
Alternatif kepada Pengrekrutan
• Bagi sesetengah keadaan, pengrekrutan bukanlah
jalan terbaik untuk membantu organisasi mengatasi
masalah kekurangan pekerja.
• Sesebuah organisasi boleh menimbangkan
alternatifalternatif lain selain daripada pengrekrutan
iaitu:
–
–
–
–
–
Kerja lebih masa
Subkontrak
Pekerja sementara
Employee Leasing
Kaedah Pengrekrutan
Kaedah Pengrekrutan
a) Pengrekrutan dalaman
b) Pengrekrutan luaran
-
Pengiklanan
Agensi mencari pekerjaan swasta dan awam
Pengrekrutan kampus
Acara khas
"Walk-In Interview"
Pemilihan
• Merupakan satu proses di mana
sesebuah jabatan atau organisasi
memilih daripada senarai pemohon,
calon yang paling layak atau
berkebolehan untuk menjawat
sesuatu jawatan (Mondy dan
Noe,1993:208).
• Matlamat proses ini adalah untuk
memadankan calon dengan tugastugas yang akan dilaksanakan.
• Proses pemilihan selalunya
bermula dengan penapisan caloncalon untuk mengeluarkan
pemohon-pemohon yang tidak
memenuhi kriteria yang
ditetapkan.
• Bentuk-bentuk pemilihan adalah
seperti berikut:
1) Temu Duga Pekerjaan
• Terdapat dua jenis temu duga, iaitu temu duga
tidak berstruktur dan berstruktur.
• Di dalam temu duga tidak berstruktur soalan yang
dikemukakan tidak mengikut format yang
ditetapkan.
• Temu duga berstruktur, soalan yang dikemukakan
adalah soalan-soalan yang telah disediakan
terlebih dahulu oleh penemu duga dan bentuk
soalan adalah sama bagi setiap calon.
• Teknik yang boleh digunakan di dalam temu duga:
temu duga berkumpulan , temuduga panel, temu
duga tekanan dan lain-lain.
2) Ujian Pemilihan – langkah pemilihan yang
seterusnya ialah mengadakan ujian bagi
caloncalon yang berjaya di dalam temu duga.
PAMPASAN
• Pampasan merupakan setiap bentuk faedah
yang diterima oleh pekerja sebagai pulangan
ke atas kerja yang dilaksanakan (Mondy dan
Noe, 1993:442). Pampasan boleh diberi dalam
bentuk wang, perkhidmatan atau faedahfaedah lain yang sesuai.
• Merupakan satu alat yang penting untuk
menarik serta mengekalkan pekerja-pekerja
yang produktif.
• Pampasan boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian yang utama, iaitu gaji dan upah,
insentif, serta faedah-faedah sampingan.
PENILAIAN PRESTASI
• Penilaian prestasi merupakan satu sistem penilaian
berkala untuk menilai prestasi dari segi kualiti dan
kuantiti kerja yang dihasilkan dan juga tingkah laku
individu pekerja (Mondy, Noe, dan Edwards,
1986:55).
• Sistem penilaian prestasi yang baik akan dapat
membantu organisasi mencapai objektif yang
ditetapkan serta dapat memotivasikan pekerja untuk
meningkatkan prestasi mereka.
• Objektif Penilaian Prestasi:
-
Imbuhan
Pembangunan sumber manusia
Maklum balas prestasi
Meningkatkan motivasi
Perancangan sumber manusia
Pengrekrutan dan pemilihan
Perkembangan kerjaya
Kaedah Penilaian Prestasi
a) Rating scale - Setiap pekerja akan dinilai
berasaskan pencapaian mereka terhadap setiap
kriteria yang ditetapkan mengikut skala
terendah hinggalah tertinggi (Dessler,
1994:334).
b) Critical incidents - Penggunaan teknik ini
menghendaki pengurus dan pekerja
mencatatkan tingkah laku efektif dan tidak
efektif di dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
c) Ranking - pekerja akan disenaraikan
mengikut turutan prestasi mereka daripada
cemerlang ke bawah (Dessler, 1994:34).
d) Behaviorally Anchored Rating Scale (BARS) Kaedah ini memerlukan pengurus merekod
tingkah laku efektif dan tidak efektif tetapi
dengan lebih objektif.
Kesilapan di dalam Penilaian Prestasi
a) Standard yang tidak jelas
b) Kesan halo - penyelia menilai pekerja bawahnya
berdasarkan satu ciri tertentu sahaja dan berat
sebelah.
c) Kecenderungan memusat - penilaian terhadap
pekerja dengan memberi nilai kadaran secara
purata atau sama terhadap semua pekerja ataupun
penilai.
d) Leniency dan strictnes- "Leniency" terjadi apabila
penilai membuat penilaian secara murah hati dan
tidak tegas terhadap kriteria prestasi yang ada.
"strictness" pula terjadi apabila penilai membuat
penilaian dengan tegas dan ketat yang
menyebabkan kebanyakan pekerja mendapat
markah yang rendah di dalam penilaian tersebut.
e) Berat sebelah - penilai melakukan pertimbangan
yang tidak objektif dan bergantung kepada
prasangka dan stereotaip.
KESATUAN SEKERJA DAN
PERHUBUNGAN INDUSTRI
• Satu badan yang dapat mewakili hakhak dan kepentingan pekerja perlu
diwujudkan bagi menjaga kebajikan
mereka.
• Kesatuan Sekerja - Kesatuan sekerja
secara umumnya merupakan satu
gabungan pekerja yang bekerjasama
untuk memperbaiki keadaan kerja
mereka (Maimunah, 1994).
• Objektif Penubuhan Kesatuan Sekerja:
– Memperbaiki suasana fizikal pekerjaan.
– Meminta gaji atau upah yang setimpal
dengan kelulusan dan kemahiran yang ada
pada mereka.
– Memperbaiki kemudahan sosial semasa
bekerja seperti pengangkutan dan tempat
tinggal.
– Mendapatkan hak atau suara dalam
kerajaan
– Mewujudkan suasana industri yang
demokratik.
• Kepentingan Pekerja Menyertai
Kesatuan Sekerja:
–
–
–
–
–
–
Meningkatkan Kuasa Perundingan.
Gaji dan Upah yang Setimpal.
Perlindungan Hak.
Saluran untuk Bersosial.
Jaminan Pekerjaan.
Peluang untuk Menjadi Pemimpin dan
Ketua.
• Perundingan dan Perjanjian Bersama
- Perundingan bersama ialah satu proses
di mana pihak pengurusan dan wakil
kesatuan sekerja bertemu untuk
membuat perundingan tentang syaratsyarat pekerjaan ataupun peraturanperaturan pekerjaan (Dessler,1994:566).
- Rundingan mencapai kata sepakat,
maka perjanjian bersama ditulis dan
ditandatangani.
• Tindakan Perusahaan
- Merupakan satu tindakan yang dilakukan
oleh ahliahli kesatuan sekerja apabila
pertikaian perusahaan tidak dapat
diselesaikan secara rundingan.
- Mogok merupakan perbuatan menarik
diri dari pekerjaan oleh sekumpulan
pekerja.
- Konsep menarik diri daripada pekerjaan
termasuk keengganan pekerja untuk terus
bekerja ataupun keengganan menerima
kerja serta melewatkan perlaksanaan
tugas yang bersangkutan.
• Jenis mogok:
• Mogok simpati -sekumpulan pekerja
yang tidak terlibat di dalam pertikaian
perusahaan membuat keputusan
untuk mogok bagi menunjukkan
sokongan dan perpaduan dengan
kumpulan pekerja yang sah bermogok.
• Mogok Politik atau Umum - Mogok
yang ditujukan kepada kerajaan,
bukan kepada majikan.
• "Wildcat strike“- mogok tanpa undi
atau tanpa mengikut prosedur.
DISIPLIN
• Tatatertib adalah peraturan-peraturan atau tata kelakuan yang
perlu dipatuhi oleh kakitangan sesebuah organisasi supaya
organisasi dapat mencapai kestabilan dan objektif yang telah
ditetapkan (Malaysia Kita, 1991).
• Disiplin juga merupakan suatu latihan terhadap pemikiran dan
kelakuan supaya dapat melahirkan para pekerja yang
berfikiran rasional, berakhlak, dan bersopan seterusnya dapat
mengawal diri agar mematuhi peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan oleh organisasi.
• Ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan
peraturan kebiasaannya disebabkan oleh kurang
pengetahuan tentang undang-undang, salah faham
akan sesuatu arahan, kecuaian, kurang perasaan
bertanggungjawab, dan sikap yang sengaja tidak
mahu mengikut peraturan.
• Di dalam perkhidmatan awam, tatatertib atau disiplin
adalah berkaitan dengan tata kelakuan dan larangan
yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan & Tatatertib).
• Tindakan Disiplin
- Tindakan disiplin akan diambil apabila berlakunya
pelanggaran terhadap peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan.
- Terdapat tiga syarat bagi memastikan tindakan disiplin yang
diambil adalah adil kepada pekerja, iaitu:
(i) Peraturan atau undang-undang mestilah digariskan dengan jelas dan
hendaklah diberitahu kepada pekerja.
(ii) Sistem tindakan disiplin dibuat secara progresif, iaitu semua jenis
hukuman hendaklah bergantung kepada jenis-jenis kesalahan dan
bilangan kesalahan dilakukan.
(iii) Pekerja diberi peluang untuk membuat rayuan.
• Masalah Displin
- Masalah displin bukan hanya timbul disebabkan oleh sikap
atau tingkah laku pekerja, tetapi juga disebabkan oleh
pengurusan displin yang lemah oleh organisasi.
- Faktor-faktor yang membawa kepada pengurusan displin yang
lemah ialah:
-
Prosedur pengrekrutan yang lemah.
Kekurangan latihan dan pengembangan kerjaya.
Kurang komunikasi di antara pegawai atasan dan bawahan.
Pengawasan yang lemah.
Polisi dan peraturan yang tidak munasabah.
• Klasifikasi Masalah Displin:
- Prestasi yang lemah.
- Melanggar peraturan dan undangundang.
- Gangguan emosi.
- Penentang atau pemberontak.
•
•
Tahap-Tahap Tindakan Disiplin - tindakan disiplin yang adil mestilah
mempunyai sistem yang progresif, iaitu mengikut tahap kesalahan yang
dilakukan.
Bagi kakitangan awam, seksyen 36 Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan & Tatatertib) menggariskan sembilan jenis hukuman atau tindakan
disiplin yang boleh dikenakan oleh Lembaga Tatatertib iaitu:
(i) Amaran
(ii) Celaan
(iii) Denda
(iv) Lucut Gaji
(v) Hentikan Kenaikan Gaji
(vi) Tangguhkan Kenaikan Gaji
(vii) Turun Gaji
(viii) Turun Pangkat
(ix) Buang Kerja
•
Sebelum tindakan disiplin diambil terhadap pekerja, siasatan yang menyeluruh
perlu dilakukan untuk tujuan keadilan.
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
• Pembangunan sumber manusia di dalam sesebuah
organisasi amat penting bagi memastikan bahawa
pekerja sentiasa peka terhadap sebarang
pembaharuan yang diwujudkan.
• Pembangunan sumber manusia memerlukan
usaha yang terancang dan berterusan bagi
memperbaiki atau meningkatkan kemahiran
pekerja dan seterusnya prestasi organisasi dan
usaha ini dapat dilakukan melalui latihan.
• Latihan merupakan satu alat untuk meningkatkan
pengetahuan, keupayaan dan kemahiran, serta
mengubah sikap pekerja dan seterusnya
meningkatkan lagi keyakinan pekerja dalam
menjalankan tugas yang lebih mencabar.
• Matlamat Latihan:
• Meningkatkan produktiviti dan prestasi
organisasi.
• Mengelakkan daripada kemahiran yang
ada pada pekerja menjadi usang.
• Menghasilkan pekerja yang berkualiti
dan mempunyai potensi untuk
meningkatkan prestasi dalam
pekerjaan.
• Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Latihan
• sokongan daripada pihak pengurusan
• kemajuan teknologi
• persaingan di antara organisasi
• pengetahuan tentang faktor
kemanusiaan
• Proses Latihan- Sebelum sesuatu program latihan
dijalankan, perancangan awal hendaklah dilakukan
untuk memastikan kelancaran program latihan dan
memberikan pulangan yang setimpal dengan kos yang
dikeluarkan oleh organisasi. Perancangan program
latihan perlu melalui beberapa tahap, iaitu:
a) Identifikasi keperluan latihan - memastikan
individu yang memerlukan latihan dan dalam bidang
yang ditentukan berdasarkan tanggungjawab dan
kesesuaiannya.
b) Menetapkan objektif latihan – Objektif latihan
hendaklah jelas, boleh dicapai dan dapat membantu
organisasi membuat keputusan tentang kandungan
program.
c) Analisis faedah dari segi kos - Analisis yang
dilakukan juga memudahkan pihak pengurusan
membuat belanjawan bagi program latihan yang
hendak diadakan.
d) Mengenal pasti teknik latihan dan memilih fasilitator
- teknik latihan yang dipilih hendaklah mengambil
kira cara penilaian yang akan digunakan untuk menilai
sejauh mana kemahiran atau pengetahuan yang
diperolehi oleh pelatih.
e) Mengatur keperluan latihan - Keperluan latihan
termasuklah penentuan bilangan peserta, tempat
latihan, peralatan dan kelengkapan latihan serta
keperluan-keperluan lain.
f) Mengendalikan program latihan - program latihan
dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat.
g) Penilaian program latihan -menilai keberkesanan
program latihan tersebut serta sejauhmana
kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi oleh
setiap pelatih. Hasil penilaian ini dapat membantu
organisasi memperbaiki lagi program latihan yang
akan diadakan pada masa akan datang. Selain
daripada itu, ia juga dapat digunakan untuk mengukur
tahap prestasi pelatih sendiri.
• Teknik Latihan:
–
–
–
–
Teknik audio visual
Kuliah
Latihan semasa bekerja
Program latihan menggunakan bantuan
komputer
PERKEMBANGAN KERJAYA
• Perkembangan kerjaya merupakan satu proses yang
tersusun dan terancang untuk mencapai
keseimbangan di antara kehendak kerjaya seseorang
pekerja dan juga keperluan tenaga kerja sesebuah
organisasi (Leibowitz, Farren, dan Kaye, 1986).
• Ia merujuk kepada usaha untuk membantu individu
pekerja merancang kerjaya mereka supaya selari
dengan objektif dan perancangan strategik
organisasi.
• Perkembangan kerjaya juga merupakan satu sistem
yang menghubungkan matlamat kerjaya individu
pekerja dengan keperluan organisasi terhadap
sumber manusia.
• Berdasarkan kepada definisi ini, terdapat tiga pihak
yang terlibat di dalam proses perkembangan kerjaya
iaitu pengurusan atasan, pengurus dan juga individu
pekerja itu sendiri.
• Perancangan Kerjaya -Perancangan kerjaya
ialah proses perancangan yang dilakukan
oleh seseorang pekerja seperti memilih
pekerjaan dan organisasi yang ingin diceburi.
• Penyediaan perancangan kerjaya oleh
individu pekerja adalah penting untuk
meningkatkan penyertaan mereka di dalam
program-program perkembangan kerjaya
yang lain.
• Pengurusan Kerjaya-Pengurusan kerjaya pula ialah suatu program
perkembangan kerjaya yang tersusun dan sistematik yang
dilaksanakan oleh organisasi untuk membantu perkembangan
kerjaya pekerja. Antara tindakan organisasi ialah mewujudkan
program-program maklumat kerjaya, kaunseling kerjaya,
pembangunan kerjaya, dan peningkatan kerjaya.
• Terdapat tiga elemen yang perlu dianalisis terlebih dahulu oleh
organisasi bagi memastikan program-program berkenaan bukan
saja tersusun dan sistematik tetapi juga efektif dan benar-benar
memberi faedah kepada organisasi dan juga pekerja-pekerja.
Elemen-elemen tersebut ialah analisis keperluan organisasi, analisis
keperluan pekerjaan dan analisis keperluan individu.
• Jenis-Jenis Program Perkembangan Kerjaya:
– Perancangan kerjaya
– Program maklumat kerjaya
– Kaunseling kerjaya
– Program pembangunan kerjaya
– Peningkatan kerjaya
BAB 6 BIROKRASI
OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
• Mendefinisikan konsep-konsep penting birokrasi.
• Membincangkan tiga kecenderungan utama dalam birokrasi.
• Menghuraikan ciri-ciri struktur birokrasi.
• Menjelaskan tiga model utama birokrasi.
• Membincangkan kritikan-kritikan terhadap konsep birokrasi.
• Menerangkan konsep-konsep asas birokrasi di Malaysia.
• Menghuraikan evolusi perkhidmatan awam di Malaysia.
• Menjelaskan tiga peranan utama birokrasi di Malaysia.
PENGENALAN
• Birokrasi adalah satu konsep yang
sukar difahami dan sering kali
disalahtafsirkan kepada bentuk
yang negatif.
• Teori Marx Weber .
KONSEP ASAS BIROKRASI
• Birokrasi sebagai fenomena yang berkaitan
dengan organisasi yang besar dan kompleks
yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.
• Victor Thomson melihat birokrasi sebagai
organisasi yang mengandungi pengelasan
pekerjaan yang mendalam.
• Kecenderungan birokrasi adalah seperti
berikut:
a) Berdasarkan ciri-ciri struktur:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
Jawatan yang berhierarki.
Pengelasan pekerjaan berdasarkan kemahiran dalam sesuatu tugas.
Sistem peraturan yang meliputi hak, tugas, dan tanggungjawab
seseorang pemegang jawatan.
Prosedur kerja dalam menghadapi tugas seharian.
Tidak ada unsur-unsur berat sebelah dalam hubungan sesama
pekerja dan pelanggan.
Pemilihan jawatan dan kenaikan pangkat berdasarkan kebolehan
teknikal.
b) Berdasarkan ciri tingkah lakunya.
– Ciri-ciri yang diutarakan oleh Friedrich (1963), iaitu objektif
(objectivity), tepat (precision), konsisten (consistency), dan
kebijaksanaan (discretion).
– Pegangan yang total terhadap peraturan-peraturan di dalam birokrasi
demi mencapai keberkesanan kerja akan mewujudkan tingkah laku
negatif seperti kebergantungan terhadap isu-isu teknikal dan
pendekatan yang lebih konservatif.
– Ketiadaan kebebasan dalam hubungan (depersonalization of
relationships) telah mewujudkan konflik di antara penjawat awam
dengan pelanggan-pelanggan.
– Tiada fleksibel dalam pelaksanaan tugas, tiada sifat keprihatinan, tiada
ketelusan dalam pekerjaan, tiada unsur delegasi tugas, dan tiada
kebijaksanaan dalam tugas.
c) Bentuk pencapaian matlamat.
– Birokrasi sebagai sebuah organisasi yang cuba
memaksimumkan kecekapan di dalam pentadbiran
atau cuba untuk menginstitusikan tingkah laku sosial
yang teratur demi mencapai keberkesanan dalam
pentadbiran.
– Kesesuaian sesuatu tingkah laku itu banyak
bergantung kepada bagaimana sumbangannya
terhadap pencapaian matlamat organisasi.
– Sesebuah organisasi itu di lihat sebagai birokrasi
bilamana ia mencapai matlamatnya dan ini bermakna
elemen-elemen struktur dan tingkah laku itu akan
sentiasa berubah mengikut masa dan keadaan.
STRUKTUR BIROKRASI
a) Hierarki
– ciri yang paling penting kerana ia
menggambarkan keupayaan untuk
merasionalisasikan kerja-kerja
pentadbiran.
– Sistem yang formal ini penting demi
menentukan hala tuju, kekuatan,
dan kesinambungan dalam sesuatu
bentuk pentadbiran.
b) Perbezaan atau Pengkhususan wujud kerana pembahagian
tugas dan ia amat penting dalam
mewujudkan kerjasama di antara
satu sama lain demi mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
Perbezaan dalam pengkhususan
kerja mewujudkan peranan
tertentu.
c) Kelayakan atau Kebolehan penting dalam menjamin supaya
peranan yang telah dikhususkan
akan mampu dilakukan dengan
efektif oleh individu yang
memegang peranan tersebut.
Kelayakan ini datang melalui
persiapan atau pendidikan.
MODEL-MODEL
BIROKRASI
a) Stateness Model
– Diperkenalkan oleh Heper (1987) melalui
penulisannya dalam “The State and Public
Bureaucracies.”
i.
Kerajaan personalist yang diterajui oleh seorang
pemerintah, terdapat dua bentuk birokrasi iaitu
personal servant bureaucracy dan machine
model bureaucracy.
ii. Kerajaan yang berteraskan ideologi, yang mana
pemerintahan adalah di bawah kekuasaan
birokrasi atau parti, terdapat dua bentuk
birokrasi, iaitu bonapartist bureaucracy dan
birokrasi yang dikuasai oleh parti.
ii. Kerajaan mengamalkan dasar liberal, di mana
tidak ada kuasa yang dominan dalam
pemerintahan negara, model birokrasi yang
diamalkan ialah weberian legal-rational
bureaucracy.
iii. Kerajaan praetorian di mana tidak wujud
sebuah pemerintahan yang bersistematik dan
bentuk birokrasi yang terdapat di dalam sistem
ini ialah spoils system bureaucracy.
b) Model Klasik (Classic Model)
– Model Klasik kadangkala dikenali juga sebagai
model Weber mengambil sempena nama Marx
Weber.
– Model ini menggabungkan pendekatan struktur
dan tingkah laku dalam pengaplikasiannya.
– Model ini menggunakan ketiga-tiga unsur penting
dalam sesebuah pentadbiran birokrasi iaitu
hierarki, pengkhususan, dan kelayakan.
– Dari sudut tingkah laku pula, model ini
menggunakan konsep rasional, iaitu tingkah laku
sesuatu pentadbiran mestilah berlandaskan kepada
pengetahuan.
c) Model Prismatik (Prismatic
Model)
– Model ini lahir berdasarkan
perkembangan yang berlaku di
dalam pentadbiran kerajaan di
negara-negara membangun.
– Diperkenalkan oleh Riggs pada
tahun 1973.
– Masyarakat membangun secara
keseluruhan terutama dari sudut
tingkah laku sosial.
• Model Prismatik (Prismatic
Model) (samb.)
– Riggs lebih melihat fungsi birokrasi
di negaranegara membangun dalam
konteks yang negatif yang
berdasarkan kepada terma dan
piawaian dari perspektif barat.
– Birokrasi di negara tersebut sebagai
tergolong kepada dua kumpulan
iaitu:
i.
ii.
Kumpulan pertama ialah birokrasi yang mempunyai kuasa yang
banyak sehinggakan ia turut mencampuri urusan-urusan politik
dan pemerintahan kerajaan.
Kumpulan yang kedua pula ialah birokrasi yang mempunyai kuasa
yang banyak akan mengurangkan kecekapan dalam pentadbiran.
– Ini berlaku apabila pembahagian yang tidak rata dalam
perkhidmatan, ketidakberkesanan dalam permohonan
sesuatu projek, pengambilan berdasarkan kenalan dan
ahli keluarga (nepotisme), percubaan untuk melindungi
daripada dikenakan tindakan akibat melanggar peraturan,
dan ketidaksamaan antara harapan pelanggan dan
tindakan sebenar.
KRITIKAN-KRITIKAN TERHADAP KONSEP
BIROKRASI
• Idea Weber dalam menerangkan teori birokrasinya melalui
konsep rasional sebagai mekanisme untuk mencapai
ketepatan dan keteguhan adalah tidak tepat.
• Menurut Merton, peraturan-peraturan yang mengawal
penjawat awam akan menjadi penghalang dalam usaha
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
• Faktor tidak dipengaruhi oleh perasaan dalam melakukan
hubungan dengan pelanggan akan turut memberi kesan yang
negatif apabila pelanggan merasakan bahawa kehendakkehendak mereka tidak dilayan dengan sepenuhnya.
• Talcott Parson adalah di antara tokoh terkenal yang tidak bersetuju
dengan konsep birokrasi berdasarkan teori Weber yang
mengklasifikasikan penjawat awam sebagai kumpulan profesional
yang mempunyai kuasa untuk memberi arahan (Albrow, 1970).
• Talcott menyatakan bahawa arahan yang diberikan oleh pegawai
atasan tidak semestinya sesuai jika pegawai berkenaan tidak
mempunyai kepakaran dalam jabatan di bawah pentadbirannya.
• Fungsi birokrasi berlandaskan ketaatan terhadap peraturan sebagai
elemen penting dalam konsep rasional tidak akan tercapai apabila
pekerja-pekerja bawahan akan lebih selesa mengikuti perintah
pihak atasan berdasarkan kesesuaian dan kehendak-kehendak
semasa.
• Model birokrasi yang digunapakai dalam pentadbiran
sesebuah kerajaan adalah berpaksikan kepada perkembangan
politik, ekonomi, dan sosial di negara-negara maju seperti
Eropah Barat dan Amerika Syarikat.
• Negara-negara ini kebanyakanya mempunyai ciriciri yang
sama jika di lihat dari aspek sosial, politik, mahupun ekonomi.
• Teori birokrasi yang diamalkan di negara tersebut tidak boleh
berfungsi dengan baik jika di aplikasi di negara-negara
membangun yang mempunyai struktur pemerintahan, sistem
sosial, politik, dan ekonomi yang berbeza di antara satu
dengan yang lain.
BIROKRASI DI MALAYSIA
• Kerajaan British apabila mereka
memulakan dasar kolonialisme ke atas
Tanah Melayu.
• Telah memper kemaskan perkhidmatan
awam yang ada untuk melicinkan
jentera pentadbiran.
• Struktur yang ada kemudiannya telah
diteruskan apabila negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.
• Ahli-ahli di dalam perkhidmatan awam
merupakan kakitangan kerajaan yang akan
melaksanakan polisi-polisi yang telah digubal
oleh kerajaan.
• Kakitangan ini hendaklah bertugas secara
bebas, adil, dan berani.
• Mereka mestilah berkecuali dalam memberi
sokongan terhadap mana-mana parti politik.
• Kakitangan-kakitangan kerajaan yang bertugas
di Perkhidmatan Awam Negeri adalah dilantik
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
masing-masing kecuali negeri Melaka, Pulau
Pinang, Negeri Sembilan, dan Perlis di mana
kuasa pelantikan adalah di bawah Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Evolusi Perkhidmatan
Awam di Malaysia
a) Sebelum Kedatangan British
– Di dalam masyarakat feudal, fungsi pentadbiran
awam lebih terhad kepada memberi perkhidmatan
kepada sultan dan pembesarpembesarnya.
– Keadaan ini mencerminkan bahawa penekanan
birokrasi pada ketika itu lebih menjurus kepada
penjagaan keselamatan dan keamanan sesuatu
daerah atau kawasan daripada ancaman luar,
bukan kepada perancangan-perancangan
pembangunan.
b) Zaman Penjajahan British
– Sejarah perkhidmatan awam di Malaysia adalah
distrukturkan berdasar kepada pengaruh
penjajahan British di Tanah Melayu sebelum
kemerdekaan.
– Menurut Milne (1969), struktur birokrasi di
Malaysia adalah lebih kompleks jika dibandingkan
dengan negara-negara ASEAN yang lain seperti
Thailand, Burma, dan Filipina kerana pemerintahan
kerajaan negeri-negeri Melayu sebelum
kedatangan British adalah berpusat di kalangan
negeri masing-masing.
– Negeri-negeri ini pula sentiasa berada dalam keadaan
yang tidak stabil kerana terlibat dalam peperangan bagi
menguasai industri bijih timah mendatangkan
keuntungan kepada pemerintah.
– British telah mengambil kesempatan di atas
perpecahan ini dengan memulakan pengaruhnya di
Tanah Melayu apabila Francis Light menubuhkan tapak
perniagaan untuk Syarikat Hindia Timur di Pulau
Pinang pada tahun 1786.
– Kepentingan kerajaan British terhadap Tanah Melayu
menyebabkan British membentuk sistem
pentadbirannya sendiri di negara ini.
– Ini telah menyebabkan tertubuhnya Perkhidmatan
Awam Tanah Melayu (Malayan Civil Service).
c) Selepas Merdeka
– Masih lagi mempunyai persamaan dengan struktur
pentadbiran sebelumnya.
– Ini bermakna, sistem federalisme masih kuat
diamalkan, di mana kuasa hanya tertumpu di
kerajaan pusat sahaja.
– Pemecahan kuasa juga berlaku di mana kuasakuasa pentadbiran telah dipertanggungjawabkan
kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bagi
melicinkan jentera pentadbiran.
– Sebelum kemerdekaan, perkhidmatan awam Tanah
Melayu banyak dikuasai oleh pegawai-pegawai
British (expartriates).
PERANAN BIROKRASI
• Proses-proses pemodenan yang berlaku di
dalam perkhidmatan awam di Malaysia pada
hari ini adalah berasaskan kepada perananperanan yang perlu dimainkan sejajar dengan
tuntutan semasa.
• Perkhidmatan awam di Malaysia telah melalui
tiga tahap penting yang telah menyebabkan
berlakunya perubahan dalam peranan
perkhidmatan awam seperti berikut:
1) Tahap 1: Pemeliharaan Undang-Undang dan Peraturan
(1950-1960)
• Perkhidmatan awam di lihat sebagai kerajaan kerana ia
merupakan satu-satunya alat untuk British meneruskan
pemerintahan mereka di Tanah Melayu.
• Tugas utama perkhidmatan awam ialah untuk menjaga dan
memelihara undang-undang dan peraturan di dalam negara.
• Perkhidmatan awam ini juga bertanggungjawab
melaksanakan polisi-polisi British.
2) Tahap 2: Penekanan Terhadap Pentadbiran Penyelenggaraan
(1960-1970).
• Permintaan-permintaan yang semakin bertambah terutamanya
daripada pihak luar telah menyebabkan perkhidmatan awam
berusaha mempertingkatkan keupayaan prestasinya.
• Isu utama yang menjadi tumpuan ialah bagai manakah
perkhidmatan awam dapat melakukan proses pemodenan tanpa
melibatkan sensitiviti perkauman.
• Dasar-dasar sosioekonomi yang dilancarkan amat mengambil kira
pertimbangan komunal.
• Peranan-peranan yang semakin bertambah ini wujud kerana negara
Malaysia pada ketika itu baru sahaja mencapai kemerdekaan dan
perlu menumpukan kepada pembangunan nasional.
3) Tahap 3: Penekanan terhadap Pentadbiran Pembangunan (1970-1990).
• Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun
1970 adalah bertujuan mengimbangi ketidaksamarataan dalam
penguasaan ekonomi di antara penduduk Bumiputera dengan orangorang
Cina.
• DEB juga berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan
orang-orang Melayu.
• Untuk mencapai matlamat tersebut, perkhidmatan awam terpaksa
memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.
• Dasar-dasar baru juga diperkenalkan bagi melicinkan jentera pentadbiran
kerajaan.
• Melalui dasar ini, kerajaan berhasrat menggalakkan lebih banyak
perkongsian maklumat mengenai sesuatu perkara agar matlamat kerajaan
untuk membangunkan masyarakat dan negara dapat dijalankan dengan
lebih berkesan melalui bantuan kepakaran daripada pihak swasta.
TAMAT
BAB 4, 5 DAN 6.