(PPT, Unknown)

Download Report

Transcript (PPT, Unknown)

MANUSIA DAN
KECERDASAN
TEORI PELBAGAI
KEPINTARAN/KECERDASAN
Pembahagian otak manusia
 OTAK KIRI
bahasa
 formula
 matematik
 logik
 nombor
 urutan
 linear
 analisis
OTAK KANAN
 Bentuk dan corak
 Ruang
 Irama
 Apresiasi muzik
 Imej/gambar
 imaginasi
 dimensi
 Apabila disebut otak, kita akan terus memikirkan
tentang pemikiran. Pemikiran juga mempunyai
kecerdasan atau kelajuan, maka kecerdasan
adalah kelajuan otak melakukan proses berfikir.
Maka dewasa ini ahli psikologi menyatakan
manusia bukan lagi mempunyai kecerdasan
yang tekal, kecerdasan seiring dengan
kematangan usia dan kecerdasan juga
mempunyai kaitan dengan jantina.
Dr. Roger Sperry (1961) menyatakan
kaitan kecerdasan dan fungsi otak
manusia yang berbeza-beza bergantung
kepada dua faktor yang disebut terdahulu.
Kecerdasan manusia dikatakan
berkembang seiring dengan tahap
penggunaanya. Terdapat pelbagai definisi
kecerdasan antaranya :
 Kecerdasan merujuk kepada kebolehan
semasa yang dipunyai oleh individu, kebolehan
ini bileh dikenalpasti melalui ujian kecerdasan
tertentu, merujuk kepada cara berhujah,
menyelesaikan masalah dan komunikasi
seseorang. Kecerdasan juga ditakrif sebagai
potensi prestasi, potensi keupayaan tidak dapat
dilihat secara langsung, kecerdasan dikaitkan
dengan sifat terpendam atau konsep
berhipotesisan. Kecerdasan juga dikaitkan
dengan tahap perkembangan, merujuk kepada
kecepatan seseorang memasuki suatu peringkat
perkembangan kognitif.
 Sternberg (1981) menyatakan kecerdasan
konsep yang membabitkan potensi kognitif,
daya motivasi, keadaan sosial, dan konteks
budaya bagi mencapai prestasi cemerlang
dalam satu atau lebih bidang kehidupan
manusia seperti bidang pendidikan, ekonomi,
kesenian, perniagaan, perindustrian dan politik.
Konsep pintar cerdas mempunyai pelbagai
komponen. Gardner(1983) menjuruskan
kecerdasan membabitkan berbagai-bagai
bentuk atau kebolehan yang dimiliki oleh
individu berbeza dengan individu yang lain.
 Tulisan Scheifele(1956), Rice (1970), Reynolds
dan Birch(1977) dan Bloom(1982) dalam Nik
Aziz Nik Pa (1999) menyimpulkan sifat individu
cerdas seperti berikut:
 mempunyai keinginan yang tinggi untuk
mengetahui sesuatu
 mempunyai kecekalan dan ketabahan hati untuk
menyelesaikan masalah yang kompleks
 mempunyai bidang minat yang meluas dan
mendalam
 mempunyai keupayaan yang tinggi untuk
membuat generalisasi
 menunjukkan kebolehan berbahasa yang tinggi
 mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti
hubungan antara sesuatu
 mempunyai kebolehan untuk menjalankan kerja
secara bersendirian dengan berkesan
 menunjukkan kemahiran yang tinggi dalam
bacaan
 menunjukkan minat terhadap perkara-perkara
yang bersifat futuristik
 mempunyai daya persepsi yang tinggi
 mendapat kepuasan daripada aktiviti yang
banyak menggunakan daya intelek
 menunjukkan keupayaan untuk memberi
perhatian yang lama kepada aktiviti yang berkait
dengan bidang akademik yang khusus
 menunjukkan penguasaan yang tinggi dalam
kemahiran asas
 mempunyai motivasi yang tinggi terhadap aktiviti
dalam bidang akademik yang khusus
 menunjukkan kebolehan untuk melahirkan idea
yang pelbagai dalam konteks yang berbeza
 menunjukkan kebolehan untuk mempelajari
sesuatu dengan cepat dan mudah
Gardner(1983) menerusi kajian yang
dilaksanakan dalam tahun 19-80an,
menjelaskan bahawa setiap individu
mempunyai satu himpunan
bakat,kecekapan kognitif atau kemahiran
mental yang sama yang dikenali sebagai
kecerdasan dan semua orang boleh
menggunakan kebolehan tersebut secara
produktif.
 Howard Gardner(1983) menyatakan “an intelligence ia
the ability to solve problem or to create products, that are
valued within one or more cultural settings”.
Gardner menggariskan lima sebab utama menyokong
kajiannya iaitu
 1. Semua manusia mempunyai semua sembilan
kecerdasan, hanya yang mana lebih ditonjolkan.
 2. Setiap manusia mempunyai komposisi kecerdasan
yang berbeza-beza.
 3. pendidikan boleh diperbaiki dengan menggunakan
teori ini
 4. kecerdasan ini terletak di tempat yang berbeza di
dalam sistem otak manusia tetapi ianya boleh bertindak
secara bersendiri atau bergabung.
 5. Kecerdasan turut dipengaruhi oleh persekitaran hidup
manusia.
VERBAL / LINGUISTIC
 seseorang yang cenderung dalam berfikir menggunakan
penyampaian dalam bentuk lisan atau penulisan serta
suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati
maklumat dan boleh meyakinkan orang lain
 KELEBIHAN MEREKA YANGMEMILIKI KECERDASAN
VERBAL
 Membaca
Perbendaharaan kataPertuturan
Penulisan Journal/Diary
Penulisan kreatif
PuisiPerdebatan, perbahasan
Perbincangan Imprompto Humor
Pencerita yang baik
BODY / KINESTHETIC
 kecerdasan menggunakan keseluruhan atau sebahagian anggota
tubuh badan untuk berkomunikasi atau berfikir. Cekap
menginterpretasi pergerakaan tubuh dan anddota. Juga cekap
memipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan
fizikal dan mental
Tarian kreatif
Role Playing
Pergerakan fizikal
Drama
Seni mempertahan diri
bahasa badan
Senaman fizikal
Mime
Inventing Sports Games
MUSICAL / RHYTHMIC
 kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya
mengesan bunyi tanpa lisan, muzik dan irama yang
terdapat di persekitaran.
Gubahan irama
keunikan suara
mengubah lagu/irama
Gerakan asas
Humming
Suara alam
Suara instrumental
menyanyi
memahami paten irama
kelebihan mengendali alat muzik
LOGICAL / MATHEMATICAL
kecerdasan yang dominant di bahagian kiri otak ini
membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan
induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.
Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh
menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan
dengan matematik secara mudah Symbol
abstrak/formula garisan mengorganisasi nombor dan
urutan membuat kod-kod matematik melihat hubung kait
sebab dan akibat penyelesaian masalah rumusan
matematik membuat pengiraan spontan suka bermain
dengan nombor
VISUAL / SPATIAL
 –kecenderungan untuk memebuat persepsi terhadap
alam sekitar dengan tepat.. Seseorang individu juga
dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan
serta secara tiga dimensi.
 Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan
sesuatu dan membuat hubung kait antara objek dan
ruang, membolehkannya mempersembah idea visual
dan ruang secara grafik, hasil karya dua dimensi atau 3
dimensiImiginasi terarah pergerakan aktif memahami
warna bentuk rekabentuk design mampu melukis
dengan baik kemahiran menggunakan bahan
NATURALIST
 –seorang pencinta alam yang dapt mengenali
dan mengklasifikasi flora, galian dan fauna.
Banya menghabiskan masa di luar terutama
meneroka khazanah alam. Sensitif terhadap
alam sekitar dan dapat menghubungkait antara
kehidupan yang terdapat dalam alam adakala
mempunyai sifat ingin tahu alam yang
tinggiPencinta alam, melihat alam sebagai suatu
sumber yang mempunyai nilai yang tinggi gemar
melakukan aktiviti yang berkait dengan alam
INTRAPERSONAL
 –dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta
mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan
diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan yang
tinggi terhadap kebolehan diri. Prinsip menentukan hala
tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip
serta azam yang tinggi. Mampu berdikari
 Bersifat sendiri(introvert)Suka bekerja
sendiranMempunyai cara berfikir yang abstrak. Tahu
menggunakan kelebihan diri
 Penuh daya usaha Mampu membuat penumpuan dan
mencerakin dengan baik Mempunyai ‘high-order
reasoning’ Bergerak secara individu
INTERPERSONAL
 - mempunyai kelebihan memahami perasaan, motivasi,
tabiat serta hasrat oeang lain.dapat berinteraksi dengan
mudah dan dapat bekerjasama dengansemua orang
secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain
dan layak menjadi pemimpin yang berkebolehan
Memberi kerjasama sepenuhnya Mempunyai kemahiran
berinteraksi mempunyai rasa bertimbang rasa pelbagai
cara mendekati orang lain Mempunyai kelebihan
bercakap Sesuai dengan bentuk pembelajaran
kooperatif, dan bijak mengendalikan suasana yang diberi
praktikal
SPIRITUAL
– mempunyai kebolehan menginterpretasi
perkara-perkara yang berbentuk mistik,
sukar dipercayai dan mempunyai daya
intuitif dalaman. Mampu melihat sesuatu
dari dimensi dalaman.Sensitif Lebih
pendiam Banyak mendiamkan diriMelihat
sesuatu dari perspektif ilusi Gemar
mengikuti cerita-cerita seram, mistik dan
khayalan
Justeru kecerdasan berkait dengan
kesungguhan berfikir. Seterusnya Gardner
mendefinisikan kecerdasan sebagai
keupayaan menyelesaikan masalah yang
dialami dalam kehidupan sebenar,
keupayaan untuk melihat sesuatu yang
baru dari pelbagai perspektif, dan
keupayaan memikirkan sesuatu yang
mempunyai nilai melingkungi budaya
hidup.