Transcript PSS3114 K1
PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL KULIAH 1 & 2 MINGGU 1 UNIT 8 PISMP PS 1 Pengenalan Video 1 Objektif: Menjelaskan Hasil Pembelajaran Kursus Wacana dan Masyarakat. Memahami proforma Kursus Wacana dan Masyarakat. Memahami maksud analisis wacana dalam Pengajian Sosial. Mengetahui tujuan dan pendekatan analisis wacana dalam Pengajian Sosial. Hasil Pembelajaran Menjelaskan tujuan dan pendekatan analisis wacana dalam Pengajian Sosial. Mengupas isu-isu sosial semasa untuk melahirkan warganegara bertanggungjawab. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah melalui kemahiran berfikir. Menjelaskan perbezaan pendekatan analisis wacana. Menghubungkan analisis wacana dengan media massa. Kandungan Proforma Pengenalan Analisis Wacana - Maksud analisis wacana - Tujuan Perbezaan Pendekatan Klasik dan Wacana Analisis Pascamoden - Pendekatan Klasik - Pendekatan Pascamoden - Diskusi mengikut konteks Analisis Wacana dan Media Massa - Pelbagai dimensi teks media – tulisan, visual dan lisan. - Menghuraikan bahasa media dari aspek metafora, retorik dan sensasi. Kandungan Proforma Pemikiran Kritikal dan Analisis Logik - Asas pemikiran kritikal dan analisis logik Kegunaan Analisis Wacana - Pemikiran kritikal - Analisis logik Kelebihan dan Kelemahan Analisis Wacana - Kelebihan - Kelemahan Kandungan Proforma Wacana dan Isu-Isu Kemasyarakatan dan Cadangan Penyelesaian - Ekonomi dan perdagangan - Isu sosial dalam negara sedang membangun dan membangun - Pendidikan sejagat - Perhubungan antarabangsa dan dasar luar negara Penilaian Kerja Kursus 50 % Peperiksaan Akhir 50% Pengenalan Analisis Wacana Video 2 Maksud Analisis Wacana Apa maksud ‘wacana’(discourse)? Perbezaan antara ‘wacana’ dengan ‘teks’? Apakah yang dimaksudkan dengan ‘analisis wacana’? Maksud Analisis Wacana Apa maksud ‘wacana’(discourse)? - Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat. - Boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungan di antara butirbutir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada didalamnya (Asmah, 1980) Lisan 1 Lisan 2 Bukan Lisan / Tulisan Mimik Muka Maksud Analisis Wacana Perbezaan antara ‘wacana’ dengan ‘teks’? - teks lebih kepada percakapan atau penulisan oleh satu orang sahaja atau monolog non-interatif. - wacana pula adalah interaksi pertuturan dan penulisan oleh dua orang atau lebih. - wacana adalah semua bentuk percakapan dan tulisan. Maksud Analisis Wacana Apakah yang dimaksudkan dengan ‘analisis wacana’? - analisis bahasa gunaan sebenar. - kajian bahasa dalam konteks sosial dan kognitignya - usaha-usaha meneliti organisasi bahasa melampaui batas ayat atau klausa seperti perbualan atau teks bertulis. - prihatin tentang bahasa penggunaan dalam konteks osial, khususnya tentang interaksi atau dialog antara penutur. - analisis wacana berdasarkan data output linguistik pihak lain dan bukan data yang dibuatbuat oleh pengkaji sendiri. Maksud Analisis Wacana Kesatuan fikiran yang utuh. Pendekatan analitikal untuk mengupas isu / masalah / idea. Dialog interaktif Intepretasi secara subjektif Satu hasil falsafah moden (manusia punyai suara untuk menentukan cara dan matlamat yg hendak dicapai – tradisional iaitu matlamat ditentukan terlebih dahulu) Satu bentuk pemikiran kritikal Tujuan Untuk melihat masalah dari perspektif yang luas. Pendekatan retorik dalam psikologi sosial. Kesedaran untuk menyelesaikan masalah konkrit secara objektif. - kemahiran berfikir - tidak ethnosentrik dan prejudis - bersedia menghadapi cabaran - futuristik Jenis Wacana (Deskripsi) berbentuk pemerihalan, penerangan, pemberitahuan, atau penggambaran lengkap tentang sesuatu perkara, proses atau peristiwa kepada pihak lain. Menerangkan maklumat tentang apa, siapa, bila, dan bagaimana. Tiada unsur tokok tambah atau komen pewacana dimuatkan. Matlamat supaya khalayak mengetahui atau mendapat maklumat, gambaran atau imej yang jelas tentang perkara, peristiwa atau proses berkenaan. Mengikut kronologi, perbandingan keadaan, rujukan pada peristiwa yang telah berlaku dan konsep berterusan sesuatu perbuatan. Ciri-cirinya ialah berwacana tunggal, kedudukan pewacana tak setara dengan khalayak, dan tema wacana ditentukan Contoh: Berita pada surat khabar atau radio, tv, buku teks, minit mesyuarat dan laporan Jenis Wacana (Eksplanatori) Bersifat penjelasan iaitu menerangkan secara mendalam dan lanjut tentang sesuatu perkara, peristiwa dan proses. Peluasan wacana deskriptif. Menerangkan ’apa’, ’bila’, ’siapa’, dan ’bagaimana’. Menuntut perjelasan ’mengapa’ atau sebab. Menjelaskan sebab, akibat, faktor, kesan dan lain-lain sesuatu perkara, keadaan, peristiwa atau proses secara terperinci. Khlayak dapat memahami dengan sebaik mungkin apa yang dijelaskan, siapa, bila, bagaimana dan mengapa. Contoh: penyediaan proposal sesuatu projek, manifesto pilihan raya dan laporan terperinci sesuatu perkara. Video Jenis Wacana 1 Jenis Wacana (Argumentasi) Penghujahan yang banyak menggunakan proses penaakulan (reasoning). Mengemukakan pendapat atau fikiran pewacana tentang sesuatu perkara berdasarkan fakta yang diketahui. Pembentangan bukti-bukti yang munasabah dalam format tertentu supaya diterima oleh khalayak (bersifat ’membahas’). Bermatlamat pemujukan rasional yang boleh mengubah kepercayaan sasaran secara objektif dan bertanggungjawab. Contoh: perbahasan sesuatu isu atau perkara berdasarkan bukti kajian saintifik. Jenis Wacana (Instruksi) Bersifat tunjuk cara atau panduan. Contoh: tunjuk cara proses melakukan sesuatu, pergi ke sesuatu destinasi, menggunakan sesuatu, mengelakkan kemalangan dan sebagainya. Langkah demi langkah secara mudah difahami supaya sasaran dapat mencapai matlamat akhirnya. Contoh; buku panduan penggunaan, resipi, risalah dan sebagainya. Juga dibantu oleh gambar rajah atau grafik. Video Jenis Wacana 2 Video Jenis Wacana 3 Jenis Wacana (Narasi) Bersifat penceritaan atau pengisahan. Wacana yang mempunyai unsur ’peristiwa’ yang disampaikan secara kronologi atau urutan. Penceritaan peristiwa ada permulaan, perkembangan, dan pengakhiran. Penghasilan yang kemas, rapi dan tersusun akan menghasilkan sebuah wacana yang menarik (peristiwa sebenar atau fiksyen). Contoh; cerpen, novel, cerita rakyat, hikayat dalam sebagainya. Soalan berkait dengan ’apa yang berlaku’, di mana dan bila berlaku, ’siapa terlibat’ dan ’bagaimana berlaku’. ISL dan Tutorial Individu - Perjelaskan maksud analisis wacana secara terperinci dengan menyatakan contoh-contoh yang sesuai. - Dapatkan sekurang-kurangnya daripada lima sumber rujukan. - Persembahkan maksud analisis wacana tersebut dengan menggunakan cara penyampaian ‘i-Think’. ISL dan Tutorial Kumpulan - Bincangkan keberkesanan setiap tujuan analisis wacana dengan merujuk kepada persekitaran dan kehidupan sosial masyarakat Malaysia. Perbincangan Kumpulan Kumpulan 1 Untuk melihat masalah dari perspektif yang luas. Kumpulan 2 Pendekatan retorik dalam psikologi sosial. Kumpulan 3 Kesedaran untuk menyelesaikan masalah konkrit secara objektif. - kemahiran berfikir - tidak ethnosentrik dan prejudis - bersedia menghadapi cabaran - futuristik ISL dan Tutorial Kumpulan - Berdasarkan tiga jenis wacana yang dipilih oleh kumpulan anda, bincangkan bagaimanakah setiap jenis wacana tersebut dapat memenuhi kehendak tujuan mempelajari analisis wacana. Kumpulan 4 Kumpulan 5 Sekian, Terima Kasih