GANGGUAN JIN DAN SIHIR - Pusat Rawatan Islam AL

Download Report

Transcript GANGGUAN JIN DAN SIHIR - Pusat Rawatan Islam AL

“Jenayah Sihir di Malaysia”
Program Wacana Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia
16 NOVEMBER 2011

Hj Lokman Abdul Hamid berumur 52 tahun, beristeri dan
mempunyai 5 orang anak berumur antara 13 tahun hingga
25 tahun.

Berkelayakan Diploma ITM, BBA daripada University of
Athens, Ohio USA dan MBA daripada University of New
Haven, Connecticut USA.

Pengalaman pekerjaan – 8 tahun dengan SHELL dan 15
tahun dengan Securities Commission Malaysia.

Menubuhkan Perubatan Syifa Al-Hidayah pada tahun 1999
semasa berusia 40 tahun.

Mendirikan klinik di Sg. Pusu, Gombak pada Nov 2006.

Bersama-sama Saudara Ashraf Muslim menubuhkan
Pusat Rawatan Islam Al Hidayah pada Disember 2010.
"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang
daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta
pertolongan kepada ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka
menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."
(al-Jinn: 6)
"Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang
menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia
ciptakan; dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan
makhluk (tukang sihir) yang menghembus pada simpulan- (dan ikatan); dan
daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.“
(al-Falaq: 1-5).
“Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam
Tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah.”
(Riwayat al-Bukrari dan Muslim)
JENIS-JENIS PENYAKIT ROHANI
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Gangguan Jin dan Sihir
Gangguan Saka
Racun Santau
Sawan Tangis
Sihir Jerutan (suami/isteri)
Sihir Pelalau / Penghalang
Sihir Pemisah / Pembenci (untuk suami isteri)
Susuk
Kerasukan / Histeria
PUNCA PENYAKIT GANGGUAN
• Akibat kelemahan iman atau lemah ketahanan diri atau
semangat. Ini menyebabkan seseorang itu senang untuk di
dampingi dan dikuasai oleh makhluk-makhluk halus.
• Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin seperti amalan
kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang
berkaitan dengan permainan teater tradisional
• Berubat dengan bomoh/pawang/tukang ubat yang pada
hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh sesat.
PUNCA PENYAKIT GANGGUAN
• Anak-anak yang mengalami peyakit terencat akal selalunya
diganggu oleh makhluk halus kerana daya pertahanan mereka
lemah kerana tidak sempurnaan akal pemikiran mereka.
• Ada juga penyakit fizikal seperti stroke,buah pinggang dan
sebagainya disebabkan oleh gangguan makhluk halus yang
memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggotaanggota badan yang tertentu seperti otak, buah pinggang, urat
saraf dan sebagainya.
GANGGUAN SIHIR DAN JIN - PENGENALAN
• Sihir merupakan satu perbuatan menyakiti
atau mempengaruhi badan, emosi atau akal
fikiran orang yang disihir secara tersembunyi
(ghaib) yang melibatkan makhluk halus (jin,
iblis, roh-roh sesat) dan dilakukan di luar
hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu.
GANGGUAN JIN DAN SIHIR - SINTOM
• Sakit anggota badan
-di tengkuk, kepala, pinggang, tulang belakang, sendi dan sebagainya.
• Gangguan pemikiran
-fikiran bercelaru, berserabut, tidak fokus dan tidak dapat
menumpukan perhatian.
-menguasai pemikiran sehingga ke tahap melakukan jenayah
seperti pembunuhan, membuat zina, mencuri dan perlakuan lain.
• Gangguan emosi
-rasa resah, gelisah,berdebar, rasa sedih atau marah tanpa
sebab.
GANGGUAN JIN DAN SIHIR - SINTOM
• Perasaan cepat marah
-marah tanpa sebab dan merasakan semua orang memandangnya
dengan pandangan yang buruk.
• Kemurungan
-berasa putus asa untuk hidup, rasa gelisah, sedih dan tekanan
perasaan yang berpanjangan.
• Perasaan fobia/ “anxiety”
-tidak boleh berada di khalayak ramai
• Gangguan tidur
-tidur tidak lena, mimpi yang menakutkan dan terjaga
tengah malam.
GANGGUAN JIN DAN SIHIR - SINTOM
• Gangguan ketika beribadah
-tidak dapt mengingati doa-doa atau ayat Al-Quran yang pernah
dihafal, tidak boleh mendengar azan dan berasa menggeletar dan
timbul rasa pilu dan sedih ketika beribadah.
• Suka bersendirian
-suka mengelamun, mengurung diri, bercakap bersendirian atau
kelihatan bercakap dengan seseorang. Pesakit akan menjadi agrresif
dan kelakuan ganas.
• Terdengar atau ternampak sesuatu
-terdengar suara memanggil nama atau memberi salam.
-ternampak bayang-bayang.
GANGGUAN JIN DAN SIHIR - SINTOM
• Berlaku peristiwa ganjil
-bunyi suis lampu dinyalakan, paip air dibuka, bunyi tingkap atau pintu
rumah dibuka dan ditutup, bunyi orang berlari atau berjalan didalam
rumah dan sebagainya.
• Terhidu bau yang pelik
-terhidu bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi.
-hanya dapat dihidu oleh pesakit
• Melemah atau merangsang tenaga batin
-bertujuan meruntuhkan rumah tangga
-mendorong melakukan kejahatan di luar ikhtihar diri
seperti berzina dan sebagainya
GANGGUAN JIN DAN SIHIR - SINTOM
• Kerasukan
-jin atau syaitan akan menguasai pemikiran dan diri pesakit atau
jin itu akan meresap kedalam diri pesakit.
-Bila dirasuk, pesakit mengeluarkan suara yang lain, berbicara
dengan bahasa yang tidak diketahui, pesakit menjadi agresif
dan tidak tahu apa yang telah berlaku keatas dirinya.
• Reaksi atau tindak balas anggota badan
-perjalanan darah menjadi kencang, menggeletar kedua-dua
belah tangan atau jari-jari, memejamkan mata bersangatan,
menjerit, menangis, sayu, ketawa, mengilai dan sebagainya.
GANGGUAN JIN DAN SIHIR - SINTOM
• Sawan tangis
-bayi akan mengalami kembung perut (colic pain) dan menangis
tanpa henti.
• Penderitaan dan halangan
-kedai makanan yang tidak dimasuki pelanggan.
- rasa benci atau tidak suka ke tempat kerja.
- anak-anak rajin menjadi malas.
-tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja
-menyebabkan hidup terasingdibenci oleh keluarga
GANGGUAN SAKA- PENGENALAN
• Gangguan jin yang berasal daripada keturunan keluarga pesakit
• Berpunca daripada keturunan teratas pesakit yang mempelajari
ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau makhluk halus yang lain.
• Jin-jin ini akan berpindah kepada keturunan yang berikutnya
apabila waris atau pemilik yang asal meninggal dunia.
• Salah satu ciri yang ada pada makhluk jin ialah kesetiaan pada
tuan empunyanya.
• Sekiranya jin itu tidak dibebaskan, jin-jin tersebut akan sentiasa
berkhidmat kepada tuan nya hinggalah tuan nya meninggal
dunia.
GANGGUAN SAKA - SIMTON
• Sakit anggota badan seperti bahagian pinggang dan
tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim dan
sebagainya.
• Gangguan emosi dan perasaan
• Gangguan pemikiran dan minda
• Gangguan tidur
RACUN SANTAU - PENGENALAN
• Sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa
melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui jin.
• Mangsa yang kena santau selalu dibinasa dengan
perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita
berpanjangan yang berakhir denga kematian ataupun
menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.
RACUN SANTAU - SIMTON
• Pesakit akan berasa lenguh sendi terutamanya di bahagian
lutut dan pinggang.
• Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
• Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih,
dan kurang aktif.
• Kurang daya ingatan.
• Berubah tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
• Sakit di bahagian tengkuk.
• Kesan lelah atau asma.
SAWAN TANGIS - PENGENALAN
• Kanak-kanak atau bayi yang sawan tangis biasanya akan menangis
pada masa-masa tertentu tanpa sebab.
• Disebabkan oleh rasukan atau gangguan jin atau makhluk halus.
• Bayi itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan
wajah yang ketakutan seolah-olah melihat sesuatu objek yang
menggerunkan di hadapannya.
• Makhluk halus ini memasuki badan nayi tersebut dan mengganggu
sistem saraf dan ini membuat bayi itu kesakitan atau tidak selesa.
SAWAN TANGIS - SIMTON
• Tangisan akibat gangguan pada kebiasaannya
mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan
berpanjangan.
• Mata bayi kelihatan kejam. Tangisan itu terjadi
seumpama dalam keadaan tidak sedar diri (tidur)
• Ada anak-anak kecil yang terganggu,menangis dan
menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolaholah adanya sesuatu yang mengerikan di hadapannya.
SIHIR PELALAU/PENGHALANG
PENGENALAN
• Menghalang pesakit daripada mendapat rezeki
samada di tempat kerja/pejabat atau premis, rezeki
dari segi perkahwinan atau rezeki dari segi
pembelajaran.
• Sihir ini biasanya menggunakan kaedah makhluk
halus iaitu jin untuk menjaga atau menghalang
premis perniagaan dari pelanggan-pelanggan
SIHIR PELALAU/PENGHALANG
SIMTON
•
Sihir pelalau perniagaan
-Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang
berkenaan,ataupun nampak, tetapi seperti tidak perasan.
•
Sihir pelalau pekerjaaan
-Pesakit rasa malas di pejabat,tidak disenangi oleh rakan-rakan dan
produktiviti pekerjaan merosot,
•
Sihir pelalau pembelajaran
-Anak akan menjadi leka dan tidak focus dalam pembelajaran dan akhir sekali
tidak mahu ke sekolah
•
Sihir pelalau penghalang perkahwinan
-Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan
seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam
badannya.
SIHIR JERUTAN (SUAMI/ISTERI)
PENGENALAN
• Mengakibatkan pasangan suami isteri tidak dapt
melakukan persetubuhan tanpa sebab sebab
tertentu.
• Jin,iblis atau syaitan mengawal pusat ransangan
utama iaitu otak.
• Sebaik-baik sahaja suami hendak bersama isteri, jin
atau iblis tadi akan mematikan atau mengganggu
ransangan seks dengan serta merta.
SIHIR JERUTAN (SUAMI/ISTERI)-SIMTON
• Suami tidak berupaya bersama dengan isteri biarpun pada
awalnya mempunyai nafsu dan ransangan.
• Isteri terasa dingin dan dalam kebingungan, tidak merasa apaapa nikmat daripada persetubuhan yang dilakukan.
• Keluar darah setiap kali suami hendak bersama dengan
isterinya.
• Isteri merasa sakit ketika disentuh oleh suami biarpun dengan
sentuhan yang sedikit.
SIHIR PEMISAH - PENGENALAN
• Sihir ini dillakukan untuk memisahkan
pasangan suami isteri atas alasan tertentu.
• Selalunya sebab utama berkaitan dengan
masalah peribadi, hasad dengki, balas
dendam, khianat, dan sebagainya.
SIHIR PEMISAH - SIMTON
• Timbul rasa benci tanpa sebab yang berlaku pada salah
seorang daripada pasangan atau kedua dua sekali.
• Berlaku perselisihan paham dan pertengkaran tanpa sebab.
• Timbul rasa was-was dan curiga dalam hati yang boleh
menyebabkan isteri takut mendekati suami.
• Timbul rasa cemburu
• Rasa resah gelisah dan perasaan tidak selesa selagi pasangan
berada di sampingnya.
• Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata
• Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri
PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIDAYAH
www.alhidayah-medic.com