Transcript File

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Untuk Murid Pemulihan

MOHD SOFI BIN MAN (210494) FAZILAH BINTI HAROON (210166)

PEMBINAAN KIT BAHASA MELAYU  

Kad-kad bacaan pelbagai jenis dan kegunaan Buku bacaan bergred

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan memberikan impak yang positif terhadap murid.

Ianya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dimana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Dari segi interaksi pula, penggunaan BBM yang berpusatkan murid akan menggalakkan interaksi yang lebih berkesan dalam proses PdP.

Penggunaan BBM yang menarik dan berwarna-warni dapat memikat murid.

Dapat mewujudkan suasana

 Kad bacaan merupakan pelbagai jenis kad yang dicipta mengikut kreativiti bertujuan untuk menarik minat pembaca.

 Kad bacaan mesti mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik minat murid untuk belajar.

 Kad bacaan mestilah mengandungi sukukata yang jelas, beraneka jenis dan warna  Kad bacaan juga sebaik-baiknya diselitkan gambar-gambar yang mampu memberikan keseronokan kepada murid.

BAHAN: AYAT BERGAMBAR, RIBEN,PLASTIK LAMINATE DAN KOTAK KECIL.

 Kad ini mempunyai sukukata yang berwarna, bergambar, dan mudah dibaca.

 Kad ini juga bersaiz kecil, ini akan memudahkan murid membaca di mana sahaja.

 Kad ini boleh diguna sebagai bahan bacaan ringan dan sebagai penanda buku .

BAHAN : AYAT BERGAMBAR, KAD BUAH STRAWBERI, RING.

 Kad ini menarik minat murid untuk membaca kerana bentuk dan warnanya.

 Kad ini membentuk sepohon pokok yang boleh di pegang, dipusing dan di baca .

BAHAN: KERTAS WARNA, KAD SUKUKATA BERGAMBAR, PLASTIK.

 Kad ini terdiri dari pelbagai warna yang menarik.

 Warna-warna ini mampu menarik minat murid untuk membacanya  Kad ini juga disertai dengan gambar-gambar yang menarik .

BAHAN: PANCING, IKAN BERWARNA WARNI, KAD GAMBAR.  Permainan kad pancing adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan.

 Dapat menimbulkan rasa ingin mencuba dan merasai pengalaman memancing.

 Ikan-ikan yang dipancing mengandungi pelbagai bahan bacaan .

 Murid yang berjaya mendapat ikan boleh membaca kad tersebut.

 Hadiah/ganjaran diberi kepada yang berjaya.

 Bahan bacaan bergred merupakan bahan bacaan yang mempunyai aras bacaan yang bermula dengan yang mudah kepada susah.

 Ayat boleh bermula dari satu perkataan, diikuti dua perkataan, tiga perkataan dan seterusnya kepada ayat yang lebih panjang.

 Bahan bacaan ini disediakan dalam bentuk kad ring, fail, dan buku.

BAHAN:FAIL , KAD BERGAMBAR.

 Bahan bacaan disediakan dalam bentuk fail supaya murid boleh membaca pelbagai bahan dalam fail tersebut.

 Fail lebih mudah disimpan dan tahan lama.

 Murid boleh membaca pelbagai bahan bacaan.

 Menarik minat murid kerana sukukata nya berwarna dan bergambar.

 Bahan bacaan berring ini adalah bahan yang sangat mudah untuk dibawa ke mana saja.

 Mengandungi bahan bacaan di hadapan dan di belakang kad.

 Di laminate supaya tidak mudah rosak dan tahan lama.

 Sukukata berwarna dan bergambar dapat menarik minat murid.

      Disediakan dalam bentuk buku yang menarik Setiap halaman mengandungi perkataan.

Halaman satu ada satu perkataan.

Halaman dua ada dua perkataan.

Halaman tiga ada tiga perkataan, dan seterusnya hingga selesai.

Setiap halaman terdapat gambar berkaitan dengan perkataan .