TAJUK : - seminar penyelidikan seni visual 2009

Download Report

Transcript TAJUK : - seminar penyelidikan seni visual 2009

TAJUK :
KEMAHIRAN PSIKOMOTOR DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL MURID TAHUN 2
PENGENALAN

Pembelajaran kemahiran psikomotor melibatkan proses dalam
saraf deria dan proses motor di mana pembelajaran ini bertujuan
untuk memperolehi maklumat, menggunakan maklumat, belajar
sesuatu dan membuat sesuatu.

Dikenali sebagai kemahiran deklaratif mengikut pandangan
(Merrieuboer, 1992) di mana pandangan ini berasaskan kepada
kemahiran melihat apa yang perlu dilakukan dan akan
dilaksanakan.

Kesediaan psikomotor merujuk kepada kesediaan seseorang
individu melakukan aktiviti di mana dalam aktiviti pendidikan seni
visual memerlukan koordinasi pergerakan otot.
PERNYATAAN MASALAH


mengetahui tahap kemahiran psikomotor di dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan seni visual di kalangan murid
Tahun 2 selain faktor psikomotor dapat menjana minda yang
kreatif di kalangan murid-murid. (Haubenstricker dan Seefeld
(1986))
tinjauan tahap kemahiran psikomotor adalah untuk mengetahui
samada berlaku peningkatan kesedaran dan kefahaman muridmurid mengenali tubuh badan sebagai perantaraan untuk
pergerakan.

mengenalpasti jenis-jenis kemahiran psikomotor yang dominan
dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
visual murid tahun 2 tersebut.

mengetahui kumpulan dan jantina yang lebih dominan
melaksanakan kemahiran psikomotor.
OBJEKTIF KAJIAN
1.
Mengetahui tahap kemahiran psikomotor di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan
seni visual murid tahun 2.
2.
Menyenaraikan jenis-jenis kemahiran psikomotor
yang lebih dominan sewaktu menjalani pengajaran
dan pembelajaran pendidikan seni visual murid
tahun 2.
3.
Mengenalpasti jantina yang lebih dominan
menggunakan kemahiran psikomotor dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
visual.
4.
Mengenalpasti kumpulan yang lebih banyak
menggunakan kemahiran psikomotor dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual?
BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya dijalankan ke atas murid-murid tahap 1 tahun 2 di
sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan di Seremban, Negeri
Sembilan sahaja dan tidak melibatkan semua murid di sekolah
berkenaan dan mana-mana sekolah rendah kebangsaan di seluruh
Malaysia.

tumpuan penemuan pemerolehan data kajian hanya tertumpu di
dalam kawasan sekolah rendah kebangsaan tersebut sahaja.

kajian tertakluk sepenuhnya terhadap pengkaji sendiri dari segi
masa, kos dan cara pengendalian kajian.
TINJAUAN LITERATUR

Menurut Lansing (1971) murid-murid di peringkat
sekolah rendah lagi perlu diberi latihan untuk
meningkatkan kemahiran psikomotor dalam penggunaan
bahan dan peralatan.

Laura Chapman (1978) dan Efland (1977) pula
menyatakan pelajaran pendidikan seni harus boleh
menerapkan latihan yang menggunakan kemahiran
psikomotor untuk membuat pernyataan mengenai seni
dan bertindak balas dengan meningkatkan keupayaan
individu sebagai seorang penggiat atau sebagai peminat
seni.
METODOLOGI KAJIAN
1. REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif

Menggunakan kaedah tinjauan dengan instrumen alat kajian
ialah borang soal selidik dan senarai semak pemerhatian juga
digunakan kerana ia membantu pengkaji mengumpulkan data
yang banyak dan difikirkan suatu kaedah yang berkesan.

Rasional menggunakan reka bentuk kuantitatif ini ialah untuk
memastikan hampir semua faktor yang mempengaruhi sesuatu
keadaan telah dikaji.
2. INSTRUMEN KAJIAN

satu set soalan/borang soal selidik
3. PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Mengutip data daripada responden melalui set soalan borang soal
selidik dari 3 kelas tahun 2 yang berlainan aras kecerdasan (setiap
kelas 20 orang)

Bagi murid-murid tahun 2, pengkaji akan membacakan arahan dan
soalan tersebut bagi memudahkan pemahaman.
JADUAL 1. Demografi Kajian
______________________________________
Jantina
bilangan
_______________________________________
Lelaki
30
Perempuan
30
Bangsa :
Melayu
India
Cina
Lain-lain
46
7
5
2
_______________________________________
Jumlah
60
HASIL DAPATAN

Bilangan Murid Bagi Ketiga-Tiga Kelas
Memberikan Respon Terhadap Soalan 1 (MuridMurid Suka Aktiviti Melukis)

Bilangan Murid Bagi Ketiga-Tiga Kelas
Memberikan Respon Terhadap Soalan 2 (Murid
Suka Melakukan Aktiviti Menggunting Dan
Menampal )

Bilangan Murid Bagi Ketiga-Tiga Kelas
Memberikan Respon Terhadap Soalan 3
(Murid Suka Menggunakan Warna
Krayon Dan Warna Pensil Dalam
Menjalankan Aktiviti Seni )

Bilangan Murid Bagi Ketiga-Tiga Kelas
Memberikan Respon Terhadap Soalan 4
(Murid Gemar Menggunakan Plastisin )

Bilangan Murid Bagi Ketiga-Tiga
Kelas Memberikan Respon Terhadap
Soalan 5 (Murid Suka Berkomunikasi,
Bekerjasama Dan Saling Membantu
Rakan-Rakan Yang Lain Semasa
Membuat Tugasan Seni)

Bilangan Murid Bagi Ketiga-Tiga Kelas
Memberikan Respon Terhadap Soalan
6 (Murid Suka Membuat Binaan
Daripada Kotak Menghasilkan Sebuah
Kereta, Lori, Rumah Dan Lain-Lain )

Bilangan Murid Bagi Ketiga-Tiga Kelas
Memberikan Respon Terhadap Soalan 7
(Murid Suka Membuat Corak Menggunakan
Ubi Kentang, Span, Daun Kering Dan
Ranting)

Bilangan Murid Bagi Ketiga-Tiga Kelas
Memberikan Respon Terhadap Soalan 8
(Murid Gemar Aktiviti Melipat Kertas
Untuk Menghasilkan Sesuatu Objek)
JADUAL 2. Skala Min Bagi Tahap Kemahiran Psikomotor
__________________________________
Skala Min
Tahap
__________________________________
0 – 0.33 Rendah
0.34 – 0.66 Sederhana
0.69 – 1.00
Tinggi
___________________________________
Jadual 3 : Kekerapan kemahiran psikomotor dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
JADUAL 4. Kekerapan jantina lebih dominan kemahiran psikomotor dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
________________________________________________________________
Jantina
Frekuensi
Min
________________________________________________________________
Lelaki
203
0.42
Perempuan
193
0.40
________________________________________________________________
JADUAL 5. Kekerapan kumpulan yang lebih banyak menggunakan
kemahiran psikomotor
___________________________________________________
Kumpulan
Frekuensi
Min
___________________________________________________
Cerdas
150
0.93
Sederhana
126
0.78
Lemah
120
0.75
___________________________________________________
RUMUSAN

Kemahiran psikomotor adalah berada pada tahap yang tinggi mengikut
nilai min keseluruhan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual yang merangkumi aktiviti keempat-empat bidang

Murid lebih dominan terhadap kemahiran menggunakan warna krayon
dan warna pensil dalam melaksanakan aktiviti seni berbanding tujuh
kemahiran lain yang dilihat.

Hasil dapatan telah membuktikan bahawa kaum lelaki telah berjaya
menguasai kemahiran psikomotor dalam aktiviti seni berbanding kaum
perempuan dengan bukti kiraan min lelaki yang lebih tinggi berbanding
perempuan.

Murid-murid dalam kumpulan cerdas sememangnya lebih aktif
menguasai kemahiran psikomotor berbanding dengan kumpulan
sederhana dan kumpulan lemah yang menunjukkan nilai min agak
rendah berbanding kumpulan cerdas tersebut.